Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

.:: Fakta Perang UHUD ::.

Wednesday, June 30, 2010


Aku nak berkongsi ckit la.. Fakta n sejarah Islam...

Aku da baca majalah SOLUSI, Isu 19. Ada Info mengenai perang Uhud...
Jika perang Badar ni cukup sinonim dengan 313 yang menyamai jumlah tentera Islam ketika itu, tapi Perang UHUD pun ada jugak.. Persamaannya adalah dengan angka ganjil iaitu 7, 70 dan 700.

Meh nak cita satu-persatu hikmah disebalik semua ni...hehe (chewahhh...lagak cm ckgu..hihi)

Angka 7
: Panjang Bukit Uhud adalah 7 km
: 5 ekor unta dan 2 ekor kuda turut serta dalam peperangan ini
so, it's means 5+2=7 (kmbali bljar math yer..hii)

Angka 70
: 70 orang sahabat telah syahid dalam peperangan ini(subhanallah)
: 70 orang tentera Musyrikin telah dibunuh
: 70 orang lagi telah ditawan oleh tentera Muslim


Angka 700
: Bilangan tentera Islam adalah 700 orang
(Pada asalnya jumlah tentera Islam adalah seramai 1000 orang)
: Diriwayatkan bahawa 700 baju besi dijadikan sebagai senjata perlindungan
oleh pihak musuh.
p/s : nanti nak cita lak pengorbanan shabat n macam mana truknya luka Nabi... tunggu...

Read more...

..:: IkoN ::.

Assalamualaikum semua!

Saja nak kemas-kemaskan blog hari ni. ^_^ Semak sangat dengan warna-warna oleh entri dulu-dulu ni.


Hari ni saja nak kongsi cket. Semalam ada la tengok "Halaqah, Sentuhan Qalbu"...

Panel dia semalam ialah Ustaz Badlisyah...Semalam ada slot bagi Ckin macam Malam Keinsafan... Persoalan yang ditimbulkan, selama kita hidup ni, siapakah yang menjadi :

Ikon kita?
Ikon anak-anak kita?
Ikon sahabat-sahabat kita?

Yang kita tahu, ikon mereka ialah Bintang Kecil, Bintang Akademi Fantasia, Bintang Bola Sepak...
Perasankah kita mengenai perkara ni?..

Untuk lihat webnya, sila rujuk facebook/halaqahsentuhanqalbu 

Pernahkah kita mengenang pengorbanan Baginda kat kita? Mai cni cek nak cita cket kat sahabat-sahabat sekalian. Nk story tentang syafaat yang Nabi nak bagi kat kita... 

Rasulullah s.a.w. bersabda : 

"Allah menawarkan kepadaku sama ada memasukkan separuh daripada umatku ke dalam Syurga atau memberiku syafaat. Lalu aku memilih syafaat."

Baginda menyambung :

"Syafaat ini adalah untuk semua Muslim"

(Hadis Riwayat Imam al-Tirdmizi dan Ibnu Majah)

Untuk pengetahuan sahabat2 sekalian, ini merupakan syafaat terbesar kepada Rasulullah. 

Dalam sabdanya :

"Aku telah diberikan lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada nabi-nabi sebelumku, salah satunya aku diberikan syafaat."

Hadis ini tidak bermakna bahawa syafaat hanya dimiliki oleh Rasulullah s.a.w., tetapi apa yang ingin dibincangkan adalah tentang syafaat khas yang ekslusif dimiliki Rasul akhir zaman, iaitu apa yang dikenali dalam ilmu aqidah sebagai Syafaat al-'Uzma (syafaat terbesar).

Dan untuk peringatan kita semua, Nabi ialah nabi yang tidak pernah mendoakan keburukan kepada umatnya sperti nabi-nabi sebelum ni... Nabi-nabi sebelum ni mendoakan agar umat mereka ditimpa bala sebab umat nabi tersebut mengingkari perintah Allah...

Dalam sahih al-Bukhari, Abu Hurairah bertanya Rasulullah s.a.w., 

"Wahai Rasulullah,siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaatmu?"

Mendengar soalan itu, Baginda menjawab :

"Aku sudah mengagak bahawa engkau akan menjadi orang pertama yang bertanya tentang perkar ini, kerana kecintaanmu kepada hadis-hadisku. Sesungguhnya manusia yang paling berbahagia dengan syafaatku pad hari Qiamah nanti ialah orang yang pernah mengucapkan syahadat 'tidak ada Tuhan selain Allah' dengan ikhlas dari dasar hatinya".

Imam al-Tirmizi meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik yang bertanya kepada Nabi s.a.w. :

""Di manakah aku harus mencari tuan nanti untuk meminta syafaat?""

Baginda menjawab,
"Carilah aku di titian sirat".

Anas bertanya lagi,
"Kalau aku tidak menemukan tuan di titian sirat?"

Baginda menjawab,
"Carilah aku di tempat penimbangan amal"

Anas bertanya lagi,
"Kaalau aku tidak menemukan tuan di saana?"

Rasulullah s.a.w. berkata,
"Carilah aku di telaga, sesungguhnya aku pasti hadir di salah satu daripada ketiga-tiga tempat ini".

Kesimpuannya di sini, apa yang ingin saya kongsikan bersama adalah sikap kita sebagai umat Nabi Muhammad... Pernahkah terdetik di hati kita atau hati kita, pernahkah merindui untuk berjumpa dengan Baginda yang bakal menjadi penyelamat kita di hari akhirat kelak???

Read more...

.:: Ya Allah.. Ujianku... ::.

Tuesday, June 29, 2010

Hatiku mula meronta...Subhanallah...


Sesungguhnya hati ini amat merindukan 'si dia' yang bakal menjadi peneman diri kala suka dan duka....

Tapi, Allah lebih mengetahui bila aku akan berjumpa dan bila aku akan diijabkabulkan dengan 'si dia'...

Ya Allah...
Tabahkan hati ini yang selalu terganggu hatinya dengan perasaan ingin menyayangi dan disayangi....

Kuatkanlah imanku...
Hadirkanlah 'si dia' ke dalam hatiku apabila tiba masanya nanti, sesungguhnya aku hanyalah insan biasa yang sering terlupa...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Kau kurniakanlah kepadaku suami yang baik, beriman lagi soleh,
Yang mampu untuk mendidikku,
Yang boleh membantuku untuk menjaga putera puteri Islam yang bakal lahir,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Dekatkanlah dia denganku,
Janganlah Kau bolak-balikkan hatiku setelah Kau beri petunjuk,
Bantulah diriku untuk menjaga imanku...Amin ya Rabbal Alamin.

Read more...

.:: Berhadapan Dengan Salah Faham??? ::.

Monday, June 28, 2010




Tidak dinafikan, memang banyak salah faham dalam kalangan masyarakat bukan Islam, terhadap Islam. Ada antara salah faham tersebut, berasal dari kejahilan atau atas dasar tidak tahu. Ada juga salah faham yang sengaja ditimbulkan untuk mengelirukan masyarakat dunia sebagai satu bentuk serangan terhadap Islam. Ada juga salah faham tersebut, yang ditimbulkan/disebabkan oleh umat Islam itu sendiri sama ada sedar atau tidak.
Pun begitu, walau dari mana pun asal-usul salah faham tersebut, kita umat Islam kena ada common ground dalam menghadapi tanggapan dan salah faham mereka tersebut. Sering saya sebutkan, bahawa kita tidak dapat mengawal apa yang mereka fikirkan/lakukan, tetapi kita dapat mengawal bagaimana cara kita bereaksi apabila berhadapan dengan mereka.
Antara common ground yang dapat saya fikirkan adalah:

1. Jangan Melatah.


Salah faham dalam kalangan masyarakat bukan Islam ini, memang banyak. Sesetengahnya memang membuatkan kita rasa terganggu, offended dsb. Contohnya, salah faham oleh rakan twee_cute itu, yang pada menyangkakan tuhan bagi umat Islam itu adalah babi. Banyak juga, saya pernah mendengar salah faham yang agak sensitif dan offending ini. Salah satunya yang saya pernah dengar (mungkin agak censored sedikit), "Lelaki Islam ini anunya semuanya kontot2, kerana telah berkhatan!" Disturbing bukan?

Teringat saya akan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang mengatakan, gagahnya seorang lelaki bukan kerana kekuatannya bergusti, tetapi pada keupayaannya mengawal diri dari marah.
Sesetengah mereka, gemar memprovok. Sengaja mengapi-apikan dan membuat kita marah. Dalam kes ini, kita kena bersabar lah. Orang putih kata,
''Don't stand down to their level''

2. Jangan judge niat mereka.

Ada sesentengah tu, bila ditanyakan soalan yang provocative, membalas atau memandang sinis akan persoalan tersebut. "Ala dia tu saja je tanya nak provoke, bukan betul2 nak tahu pun."
Bagi kita, kita anggap mereka sama. Kalau betul mereka sengaja nak provoke pun, kita layan mereka dengan baik. Kalau betul mereka jujur nak tahu, kita pun layan mereka dengan baik juga. Bukan hak kita, untuk menghakimi apa niat mereka. Sebaliknya adalah menjadi tanggungjawab kita, untuk berlaku adil, serta menjelaskan mengenai apa jua persoalan yang diajukan.

Walaupun kadang-kadang ayat yang mereka gunakan, sememangnya ayat yang berbentuk provokasi, yang membuatkan kita ingin marah. "Korang kata kami bodoh sembah tokong, korang lagi bodoh sembah kotak batu kat arab" (contoh ayat yang provokasi). Elakkan dari terpengaruh dengan emosi, dan hendaklah kita bersabar. Pertama sekali, minta maaf dulu kepadanya, bagi pihak muslim yang memanggilnya bodoh itu. Kemudiannya, barulah kita cuba terangkan konsep kaabah dalam Islam.
Sama ada dia dapat terima atau tidak, bukan kita yang menentukan. Bagi kita, kita cuma menyampaikan. Sama ada mereka menerima hidayah ke tidak, biar Allah yang tentukan.

3. Jangan memandai-mandai.

Sememangnya diakui, kita ini bukan muslim yang sempurna, yang tahu serba-serbi. Tambah-tambah pula, jika kita ini bukan ustaz, bukan lulusan timur tengah dan sebagainya, iaitu bukan ahli dalam bidang-bidang agama ini. Namun begitu, berhadapan dengan masyarakat bukan Islam, bukan lagi merupakan pilihan. Tambah-tambah dalam negara Malaysia yang berbilang bangsa ini. Mahu atau tidak, mereka akan menjadi rakan sekerja kita, mereka akan menjadi jiran kita dan sebagainya.

Justeru, setiap daripada kita mestilah bersedia untuk memberi kefahaman Islam yang sebenarnya. Tanggungjawab "berdakwah" bukan lagi terletak di bahu ustaz-ustaz sahaja, namun tergalas pada pundak kita semua. Namun begitu, dalam keadaan pengetahuan agama kita yang terhad, maka hendaklah kita merujuk kepada mereka yang ahli (ustaz-ustaz, ulama' dsb).
Maka atas sebab itulah, jika kita ditanyakan soalan-soalan yang kita tidak tahu jawapannya, maka sewajarnya lah kita mengakui bahawa kita tidak tahu. Bak kata pepatah Inggeris,
"there's no shame in admitting what we don't know."


Malahan, sebenarnya pengakuan bahawa kita tidak tahu itu memberi gambaran bahawa umat Islam itu jujur. Ia juga memberi tanggapan bahawa umat Islam tidak boleh memandai-mandai memberi jawapan, serta bahawa kita ini berpegang kepada kebenaran, bukannya semata-mata hendak menang dalam perdebatan!
Pun begitu, janganlah pula tinggalkan persoalan individu tersebut tergantung tanpa jawapan. Rujuklah ustaz atau mereka yang lebih mengetahui, dan setelah mendapat jawapan baru kita olah agar dapat disampaikan kepada individu tersebut dengan seringkas dan seoptimum mungkin dengan kefahamannya.

4. Jangan merendah-rendahkan @ offend agama mereka.

Kadang-kadang, kita ni bersemangat sangat nak cerita macam-macam sampai tidak sedar yang kita offend agama mereka. Contohnya, seperti persoalan yang ditimbulkan rakan twee_cute di awal post ini tersebut. Jika kita menjawab "eh taklah, takkanlah babi tu tuhan kitorang, u all orang cina sembelih pun dia tak melawan. takkan binatang jadi tuhan". Dalam tak sedar, kita dah offend rakan twee_cute yang beragama Hindu tersebut.

Hormat agama orang lain. Kita tidak disuruh mengakui @ mempercayai agama mereka, tapi kita disuruh menghormati agama mereka. Dalilnya, rujuk surah al-an'am ayat 108. Begitu juga dengan surah Al-Kafirun.
Jalan yang baik, adalah dengan menceritakan mengenai Islam, cukup. Tak perlu nak banding-bandingkan dengan agama2 lain. Kalau nak sentuh mengenai agama lain juga, perlulah berhati-hati dan "berlapik".
Permudahkanlah, jangan kamu susahkan!

Antara punca berlakunya salah faham terhadap Islam, adalah kerana banyak persepsi negatif yang ditonjolkan dan difokuskan mengenai Islam. Seolah-olah itulah asas kepada Islam. Hasilnya, agama Islam dilihat sebagai sebuah agama yang mengongkong, agama yang menunjukkan keganasan, yang menyekat kebebasan, yang menindas gender dan sebagainya.
Pengalaman peribadi, berbual dengan seorang remaja bukan Islam yang menghubungi saya melalui contact-form blog saya ini, menzahirkan mengenai minat beliau terhadap Islam. Siapa sangka, soalan pertama beliau, adalah mengenai khatan! "Berkhatan itu, sakit ke?"

Sesungguhnya, Islam itu agama yang indah. Agama yang mempermudahkan, bukan menyusahkan. Namun dikesali, adanya segelintir umat Islam yang gemar menakut-nakutkan. Suka benar, menceritakan mengenai azab kubur, mengenai seksaan di neraka, mengenai balasan kepada orang yang berdosa, dan sebagainya.

Sungguhpun atas niat untuk mencegah kemungkaran dan sebagainya, namun konsep pahala dan dosa itu mestilah diterangkan dan difahami terlebih dahulu. Menceritakan mengenai azab balasan dan sebagainya kepada orang yang baru mendekati Islam atau yang baru bertatih hendak kembali ke pangkal jalan, hanya memberikan impressi kepada mereka bahawa Islam itu zalim. Bahawa Tuhan itu kejam!

Teringat saya akan sebuah penulisan Ustaz Hasrizal (Ke Syurga Bukan Dengan Jantina) yang ada mengupas mengenai salah satu daripada salah faham ini. Akibat terlalu gopoh dalam dakwah, menyebabkan ada yang mengatakan Islam itu gender-biased kerana adanya hadis bahawa perempuan adalah yang paling ramai masuk ke neraka.

Justeru itulah, sekiranya kita berhadapan dengan audiens yang kefahamannya terhadap Islam adalah minimal - contohnya mad'u yang baru nak berjinak-jinak dengan Islam, non-muslim yang baru nak mengenali Islam dan sebagainya, sewajarnya lah kita memperlihatkan keindahan Islam itu dengan menceritakan perkara-perkara yang baik dan indah. Bukan menggula-gulakan, tetapi adil (kena pada tempatnya), iaitu sesuai dengan kefahaman audience.
p/s : Disunting dari iluvislam.com
editor : sakura_abyad303


Read more...

.:: Anak Saudaraku ::.

Friday, June 25, 2010

Comel kan? Jangan jeles .. ^_^

Read more...

.:: Inilah Kehidupan ::.

Inilah pendidik-pendidik di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin...


Sahabat-sahabatku yang pi latihan industri bagi Sesi Jun 2010... Gud Luck yah!!!

Sahabat-sahabat Muslimat Seprjuanganku....hehe aku rindu hampa suma tau....hii










Read more...

> :: Muslimat Iraq diperkosa Tentera Amerika :: > Jahannam!

Thursday, June 24, 2010

#fullpost{display:inline;}
بسم الله الرحمن الرحيم
"Mereka memperkosaku seperti binatang!!!"

Nadia adalah salah seorang korban tentera Amerika di penjara Abu Ghraib. Dia ditangkap tanpa alasan. Ketika dia dibebaskan dari penjara, tidak langsung kembali ke pangkuan keluarganya sebagaimana kebanyakan tahanan lainnya yang telah mengalami pengalaman dahsyat. Meskipun ketika dia telah terbakar oleh api penindasan dan kerinduan pada keluarganya.Nadia melarikan diri dengan segera setelah dia meninggalkan penjara. Bukan kerana perasaan malu yang akan diterimanya kerana sejumlah kejahatan yang dilakukannya. Akan tetapi kerana apa yang telah dialami olehnya dan wanita Iraq lain yang tertangkap, iatu pemerkosaan dan penyeksaan yang dilakukan oleh tentera Amerika di penjara Abu Ghraib. Dinding penjara mengungkapkan banyak cerita tragis, namun apa yang dikisahkan Nadia merupakan kebenaran hidup dan sekaligus neraka hidup.

*************************************
Nadia memulai ceritanya:“Saya sedang mengunjungi salah seorang kerabat saya. Kemudian tiba-tiba tentera Amerika memasuki rumahnya dan mulai menggeledah rumah itu. Mereka menemui beberapa senjata ringan. Maka mereka pun menangkap semua orang yang berada di rumah itu termasuk saya. Saya cuba menjelaskan pada penterjemah yang menyertai pasukan tentera Amerika itu bahawa saya hanyalah seorang pengunjung. Akan tetapi pembelaan saya gagal. Saya kemudiannya menangis. Memohon kepada mereka sehingga pengsan kerana ketakutan ketika mereka membawa saya ke penjara Abu Ghraib.Nadia melanjutkan: “Mereka menempatkan saya sendirian di sebuah sel penjara yang gelap dan kotor.
Saya berharap saya akan segera dibebaskan. Lebih-lebih lagi setelah siasatan membukti saya tidak melakukan kesalahan”.Nadia menjelaskan sambil air matanya mengalir ke pipinya - menandakan betapa banyak penderitaan yang dialaminya.“Hari pertama sangat memeritkan. Selnya berbau tidak sedap, lembab dan gelap. Kondisi ini membuat saya semakin lama semakin takut. Gelak tawa prajurit di luar sel semakin membuat saya ketakutan. Saya khuatir akan apa yang menimpa saya nanti. Untuk pertama kalinya saya berasa berada dalam cengkeraman situasi yang sulit dan saya telah memasuki sebuah dunia yang tidak dikenal yang saya tidak akan pernah keluar darinya".
"Di tengah beraneka ragam perasaan saya saat itu, saya terdengar suara seorang tentera wanita Amerika bertutur dalam bahasa Arab. Dia berkata kepada saya: “Aku tidak menyangka penjual senjata di Iraq adalah wanita.” Ketika saya cuba menjelaskan kepadanya kondisi yang sebenarnya, dia memukul saya dengan kejam. Saya menangis dan berteriak “Demi Allah ! Saya dianiaya, demi Allah ! Saya dianiya”Tentera wanita itu menghujani saya dengan cacian dengan cara yang belum pernah saya bayangkan boleh terjadi atau saya akan diperlakukan seperti itu dalam keadaan apapun selamanya.
Kemudian dia mulai metertawakan saya sambil mengatakan bahawa dia telah memerhatikan saya sepanjang hari dengan satelit. Dan bahawa mereka mampu menumpaskan musuh-musuh mereka meskipun sedang berada di dalam kamar tidur mereka sendiri dengan teknologi Amerika.Kemudian dia tertawa dan berkata,“Aku mengawasimu ketika kamu berasmara dengan suamimu.” Saya menjawab dengan suara kebingungan “Tapi saya belum menikah”.Dia memukul saya selama lebih dari 1 jam dan dia memaksa saya minum segelas air - yang kemudian saya ketahui mereka memasukkan ubat di dalam air itu. Saya kembali sedar setelah 2 hari dalam keadaan telanjang. Lantas saya mendapat tahu bahawa saya telah kehilangan sesuatu yang hukum apapun di dunia tidak akan mampu mengembalikannya kepada saya lagi. Saya telah diperkosa. Saya kemudian histeria tanpa terkawal. Dan saya mulai memukul kepala saya dengan kuat di tembok sehingga lebih daripada lima tentera Amerika yang diketuai tentera wanita itu memasuki sel dan mulai memukul saya.
Kemudian mereka memperkosa saya bergantian sambil tertawa dan memperdengarkan muzik keras.Hari demi hari senario pemerkosaan terhadap saya diulangi. Dan setiap hari mereka menemukan cara baru yang lebih kejam dibanding dengan yang sebelum-sebelumnya.”Nadia mulai menjelaskan perbuatan mengerikan dari Amerika bajingan:“Setelah sekitar satu bulan, seorang tentera negro memasuki sel saya dan melemparkan 2 helai pakaian militer Amerika kepada saya. Dalam bahasa Arab yang lemah dia menyuruh saya agar memakainya. Setelah dia menutup kepala saya dengan kantung hitam, dia menuntun saya ke tandas umu yang ada paip untuk air dingin dan panas. Dan dia mengarah saya untuk mandi. Kemudian dia menutup pintu dan pergi.Saya menjadi sangat lelah dan merasakan kesakitan. Tanpa mempedulikan banyaknya calar di tubuh saya, saya menuangkan sejumlah air ke badan. Sebelum saya selesai mandi, tentera negro tadi masuk ke dalam. Saya ketakutan dan memukul wajahnya dengan gayung air. Namun dia sangat kuat, dia memperkosa saya dengan kejam dan meludah muka saya.
Kemudian dia pergi dan kembali lagi dengan 2 tentera yang membawa saya kembali ke sel.Perlakuan seperti itu terus berlanjutan. Yang paling parah ialah kadang-kala saya diperkosa sampai 10 kali dalam sehari - membuat kesihatan saya sangat teruk.”Nadia menlanjutkan cerita tentang perbuatan Amerika yang mengerikan terhadap wanita-wanita Iraq, dia berkata:“Setelah lebih dari 4 bulan, seorang tentera wanita datang. Dan saya menyimpulkan dari percakapannya dengan tentera lainnya bahawa namanya adalah Mary. Dia berkata kepada saya, “Sekarang kamu memiliki peluang keemasan kerana seorang petugas yang memiliki jawatan tinggi akan mengunjungi kita hari ini. Jika kamu menghadapinya dengan sikap yang positif kamu akan dibebaskan. Lebih-lebih lagi kerana kami sekarang yakin kamu tidak bersalah.”Saya menjawab,“Jika kalian yakin saya tidak bersalah, mengapa kalian tidak membebaskan saya?”Dia menjerit dengan gelisah,“Satu-satunya yang menjamin terbebasnya kamu adalah sikap positifmu terhadap mereka.”Dia membawa saya ke tandas umum. Dan dia mengawasi saya mandi sambil membawa tongkat tebal untuk memukul saya jika saya tidak melakukan perintahnya. Kemudian, dia memberi saya make up. Dan memperigatkan saya untuk tidak menangis dan merosakkan solekan saya. Lalu dia membawa saya ke sebuah ruangan kosong yang di situ tidak ada apapun kecuali sebuah penutup lantai. Setelah satu jam dia datang dengan ditemani 4 tentera dengan memegang kamera.
Dia melepas bajunya dan mulai menggangguku seolah-olah dia adalah seorang lelaki. Tentera yang lain tertawa dan memperdengarkan musik yang rancak, mengambil photo saya dalam berbagai pose, dan mereka menunjuk-nunjuk wajah saya. Yang wanita menyuruh saya tersenyum, jika tidak dia akan membunuh saya. Dia mengambil pistol dari salah satu temannya dan menembak empat peluru dekat kepala saya seraya bersumpah bahawa peluru yang kelima akan ditembakkan tepat di kepala saya.""Setelah itu, keempat tentera yang lain memperkosa saya secara bergantian sampai saya pengsan. Ketika saya sedar, saya mendapati diri saya berada dalam sel dengan bekas gigitan, cakaran dan kesan rokok terdapat di seluruh tubuh saya.”Nadia berhenti bercerita tentang tragedi yang menimpanya untuk menyeka air matanya, kemudian dia melanjutkan lagi:“Kemudian suatu hari Mary datang dan mengatakan kepada saya bahawa saya perlu bekerjasama dan akan dibebaskan setelah saya menonton filem yang mereka rakam.
Saya berasa sakit setelah menonton filemnya, dan Mary mengatakan,“Kamu telah diciptakan hanya untuk membuat kami bersenang-lenang”. Saat itu saya menjadi sangat marah dan saya menyerangnya meskipun saya takut akan reaksinya. Saya pasti dapat membunuhnya kalau saja tentera lain tidak turut campur. Ketika para tentera melepaskan saya, Mary menghujani saya dengan pukulan. Kemudian mereka meninggalkan saya.""Setelah kejadian itu, tidak ada seorang pun yang mengganggu saya selama lebih dari satu bulan. Saya menghabiskan masa itu dengan beribadah dan berdoa pada Allah Ta’ala yang memiliki seluruh kekuatan untuk menolong saya.""Mary datang dengan beberapa tentera yang memberi saya pakaian yang dipakai ketika mereka menangkap saya, lalu mereka membawa saya ke sebuah kereta Amerika. Kemudian mereka melemparkan saya di sebuah jalan raya setelah memberi saya 10 000 dinar Iraq.Saya pergi ke sebuah rumah yang berdekatan dengan tempat saya dibuang. Dan untuk mengetahui reaksi keluarga saya, saya memilih mengunjungi salah seorang kerabat saya supaya mereka mengetahui apa yang telah menimpa saya ketika menghilang. Saya mengetahui bahawa saudara saya telah memasang papan tanda berkabung untuk saya selama lebih dari 4 bulan - mereka menganggap saya sebagai orang yang sudah mati.
Saya memahami jika tikaman malu sudah menunggu saya. Maka, saya pergi ke Baghdad dan menemui sebuah keluarga yang baik yang menampung saya. Dan saya bekerja pada keluarga ini sebagai pembantu dan guru persendirian bagi anak-anaknya.Nadia menekankan dalam kesakitan, penyesalan dan kemarahan:“Siapa yang akan memuaskan dahaga saya? Siapa yang akan mengembalikan keperawanan saya? Apa salah keluarga saya? Saya mengandung seorang bayi, bahkan saya pun tidak tahu siapa ayahnya.”Dan Nadia mengakhiri ceritanya sampai di sini.

*************************************
Apakah Amerika hanya memperkosa Nadia ataukah mereka memperkosa seluruh pria dan wanita di Ummat Islam ? Nadia adalah saya dan anda, istrimu dan juga istriku, saudarimu dan juga saudariku, ibumu serta ibuku. Dimanakah para pembela kesucian Islam! Dimanakah para pembela Islam!“Mungkin masih banyak kisah menyesakan dada, bagi kita ummat Islam. Mungkin masih ada Nadia-Nadia lain di dalam penjara penuh penjaga babi dan kera berbangsa Amerika. Dimanakah kalian, jikalau kalian tidak tersentuh dengan cerita saudari kita, marahkah kalian dengan perlakuan manusia-manusia yang lebih kotor dari binatang ternajis sekalipun, bahkan mungkin mereka menjadi yang paling hina di Dunia dan Akhirat.
Bangunlah wahai ummat!! Tidur kalian sudah terlalu lelap!!”
(ameenmuslim.blogspot.com)
Sumber: lahaonline.com

Read more...

.:: Jom Ber 'TRIVIA' ! ::.


Haa...insan budiman dah mula nak menaip ni....(chewah)....

Bukan apa, dari aku dok saja2 kat pejabat ni, baik aku buat bnda berfaedah kan...hehe dpt gak ilmu n bagi ilmu kat orang len...hehe
Aku nak uji minda ckit ni... Tak banyak aku nak bagi soalan, ada lima ja.... (apa tuh???)
Kalu kita kata kita ni faham Islam, kita tau ka soalan2 remeh ttg Islam...
(ops!bukan soalan ssh la..)
kalu ingat :


1) Di mana kiblat pertama Umat Islam?
- Jawapannya adalah di Baitul Maqdis (haa,,,,,baru tau ka???)

2) Namakan anakanda Sarah dan Hajar, isteri nabi Ibrahim a.s. (agak2???)
- Takpa lah...bia aku gtau naa...hehe
- Jawapannya adalah :
Ishak anak kpd Sarah
dan
Ismail anak kpd Hajar (ouh...tak penah teringt??ish3)

3) Pahlawan yang terkenal dengan gelaran Saifullah atau 'pedang Allah'. Siapa?..... (hmmmm)
- Jawapannya adalah Khalid al-Walid (Wahhhhhh...info bwu nih)

4) Berapakah jumlah tentera Islam yang syahid dalam perang Uhud? (alamak!)
- Kalau nak tau jumlahnya adalah 70 orang. (Innalillahiwainnailaihiroji'un...baarakallahialaihim)

5) Surah apakah yang diulangi pada setiap ayatnya dengan perkataan "Allah" ?
- Surah Al-Mujadalah yang berjumlah 22 ayat. Perkataan Allah diulangi sebanyak 22 kali.
(kalu tak percaya, buka surah ni and baru terbukti....kan....hehe)


Subhanallah... Aku pun tak tau ttg bnda2 yang ringan ni... kalu bab artis kita bleh tau sampai ke dalam peribadinya, zaman sahabat??? takkan kita nak bia je kan...n aku pcya...golongan muda masa hadapan mungkin tidak akan mngetahui ttg ni..bab tu kna byk membaca...aku bg ckit ja dalam blog aku ni...just utk bg aku igt n bg ilmu kat orang len....lagipun, ilmu ni takkan habis...hehe nak kgsi ngan aku pun bleh....(panjang sgguh dia bletiaq)....


nanti kalu aku tak da keja aku bagi la lagi....hahahaha

Read more...

Mengqadakan Solat... BOLEHKAH?

Assalamualaikum semua! 

Act, Ckin tadi terklik pada entri lama ni. Rupa-rupanya tak dikemaskinikan lagi. ^_^ Sebab dulu background hitam, jadi kaler pun macam-macam. Berpinar mata bila dah tukar kepada background putih. Ckin nak kongsikan sedikit ilmu yang c
Apakah hukum mengqada sola fardu yang telah luput?


Ada dua pendapat iaitu ada yang mengatakan wajib diqada dan setengah yang lain mengatakan hanya cukup dengan bertaubat.

Ok... Jawapannya ada kat bawah ni.. Jom TERJAH!

Sememangnya terdapat segolongan umat Islam yang mengbidaahkan dan batal penggantian (qada) solat yang sengaja tidak dilaksanakan pada waktunya, bahkan tidak sah perlakuan mengqada solat fardu yang sengaja ditinggalkan pad waktu yang lain tetapi memadai dengan membanyakkan solat sunat untuk menutupi kekurangan tersebut.

Tetapi, pendapat dia atas dibantah oleh ulama besar secara sepakat seperti Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Syafi'i dan lainnya tentang hukum wajibnya mengqada solat yang ditinggalkan sa ma ada dengan sengaja atau tidak.

"Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya." 

(Surah al-Nisa' 4:103)

Tahukah kalian maksud qada'?

Qada didefinisikan sebagai :

"Melakukan sesuatu amalan yang didwajibkan selepas waktunya atau melakukan solat selepas waktunya yang telah ditetapkan."
Perlu diingatkan di sini bahawa sebab yang membolehkan qada solat adalah kerana TERTIDUR dan TERLUPA.




Kedua-dua situasi ini adalah dimaafkan bagi sesesorang yang tidak solat pada waktunya. 
Hendaklah ia mengqadakan sejurus dia terjaga atau teringat, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. : 

"Sesiapa yang lupa untuk solat atau tertidur, hendaklah dia menunaikannya apabila teringat Tidak ada hukuman selain daripada itu". 

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Melalui pernyataan di atas dapat kita fahami bahawa orang yang yang terlupa atau tertidur diperintahkan mengqada solatnya apatah lagi yang SENGAJA MENINGGALKANNYA, maka WAJIB baginya mengqada solat tersebut. Hatta dah lewat Subuh pada jam 10:00 pagi, tetap wajib solat. 

So, based on the above statement, mereka yang masih belum selesai 'HUTANG' mengqada solatnya, maka REBUTLAH PELUANG semasa masih ada umur sebelum tibanya KEMATIAN...

InsyaAllah inilah fakta dan perintahNya. Jadi, jangan sesekali mengabaikannya naa. Segala yang baik adalah dari Allah, yang tak baik tu datangnya dari diri ini sendiri. Wassalam. 

Read more...

Isra' Mikraj

Wednesday, June 23, 2010


ISRA' MIKRAJ

(Hijjaz vs UNIC vs MESTICA vs In-Team)

Hening malam gelap yang membungkus
Desir angin tiada kedengaran
Gemuruh suara memanggil
Membangunkan Rasul dari tidurnya

Jibril berwajah putih bersih
Bersayap bergemerlapan
Dari Mekah ke Sidratul Muntahal
Buraq menawan tujuh petala

Membelah langit...
Langit perak bertakhtakan bintang
Bergantungan rantai, rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Tabir akhirat disingkapkan
Mendengarkan apa yang diwahyukan
Dosa pahala dijelaskan
Dipamerkan tiap pembalasan

Dipertemukan dengan Nabi-nabi
Diperlihatkan ragam malaikat
Diperbentangkan hari kebangkitan
Diwajibkan lima waktu sembahyang

Isra' Mikraj yang amat panjang
Disingkatkan menjadi semalaman
Sukarnya untuk mempercaya
Hanya keimanan yang membenarkannya....

Written by : Ckin Kembaq

Read more...

... 3rd Day ...

Hari ni aku tak tau nak cita pa yang aku buat kat sini... Cuma aku pi teman sorang staf kat sini g bank bab nak bayaq road-tax keta...Pastu g makan kat satu restoran ni...Uihh..gulai ikan dia memang sedap..hehe dah lama aku tak rasa gulai ikan yang macam tu...ish3 gulai kedai mana sama ngan gulai kat umah..ahakz

Tadi aku try igt2 balik jalan kat situ..mana tau nanti bleh la aku ajak kawan2 aku ka pi sana kan..hehe aku bowink sebenaqnya ni..hari ni aku perabih masa ngan just bukak email n update blog aku...wahhhh blog ku dah bertukar kaler n rupa...

'Dia sudah bertukar wajah..bertukar segalanya...'
(adaptasi lagu senario)...

It's the time to nyanyi2...hee

Aku tak tau nak story pa lagi nih..nak teman kak parisyah kat bawah kaunter tu, tak bleh dah deh...bab kwn dia dah mai hari ni...so aku duk ja kat atas..tmpat CC bahagian pengurusan ni... haa..sbut CC, satgi tak tau pulak pbnda CC ni kan.. CC ni maksud dia Chief Clerk...ketua kerani deh..aku tnya..tu la ..banyak bertanya, banyak la pengalaman kita kan..so,pasni kalu tak tau,kna tanya le..

Haa...Aku dah ada cita nak story ni..hehe
Kelmarin kan aku jaga kat bahagian kaunter pertanyaan kan, aku diajar la cara nak sambung panggilan dari orang luar kpd orang dalam ni...cuma yg susahnya aku kna igt la suma kod depa kat sini...kak tu yang ajar aku...Kelmarin aku cuma uruskan bahagian surat TYT.. Surat ni merupakan surat permohonan biasiswa untuk student baru nak msuk ke IPTA...kebanyakan yang mai tu adalah Cina..Melayu kurang..bukanlah nak membezakn kepandaian budak Cina..tapi bila aku tengok kesungguhan depa ni, aku dah makin sedar...acceeii Depa ni berusaha nak dapatkan biasiswa ni walaupun ianya hnyalah nasib kan..

Tp suma tu bergantung kpd diri kita sendiri kan.. Tak kisahla Melayu ka, Cina ka, India ka...yang penting kemahuan tu...

Aku bukannya nak mrendahkan sapa2, tapi untuk menaikkan semangat aku yang kadang2 jatuh gak cket...hehe aku dapat la bberapa ilmu kelmarin kan daripada tak dapat langsung...kihkih

Kelmarin gak murah rezki aku, Kak Farisyah ni buat laksa..n aku dapat la nak makan...hehe (kenyang deh)...kalu kat umah, dah lama aku pkena bermangkuk2 tau....haa aku ni suka sgt laksa n bihun sup, tu yang aku mkn sgt...

Balik umah ni muka aku dah makin bulat...ya la..makan nasik byk..sekali makan 2 pinggan...(Wahhh mmg melantak kot)...

Nak buat camna...sdap sgt..

Haa..teringat dulu, masa knduri sepupu aku, aku makan laksa sgt2..sampai aku kna resdung...ish3 bersin dari pagi smpai la ke malam...(cam na hidup tuh)

Pstu aku g kdai buang resdung..(pedih deh)

Mau tak pedih, asap masuk dalam hidung...huhu

Tapi sat ja...hehe pastu alhamdulillah aku lega...

Bru2 ni pulak aku mkn udang, (pergh, resdung mai lagi)

Smpai hari ni aku dok bersin....(ciannya....)

Aku dok tggu PTPTN ni..nak buang resdung ...hehe sakit deh...

Read more...

2nd DAY IN MY OFFICE..........

Tuesday, June 22, 2010


Hari ni alhamdulilllah tak ujan..tapi aku tetap pkai baju hujan bab takut ujan deh......hehe
Sampai aku 'punch-card' awal la hari ni....aku suka kalu aku mai awal.....tak suka deh lambat2....
tapi hari ni tak da g keja.......aduiiiiiiiiii.......agak pening.......aku dah la bwink....duk ngadap kmputer ni ja.....nak buat camna....hmm tapi aku dpt pengalaman cket la bkerja kat pejabat krajaan..mmg betui apa yang lec aku cakap, Puan Sal la........Puan Sal cakap kat pejabat ni tak sama ngan pejabat swasta......tak tau la pa bezanya......tapi aku leh nampak la..hehe
kalu nak tau,keja la sndiri..hehe suma staf kat sini buat keja ikut tugasan masing2 yang diberikan oleh bos depa......keja orang len tak becmpur antara satu sama lain...hehe aku duk tnggu nak jumpa pengarah aku yang namanya lebih kurang ngan pengarah politeknik tuanku syed sirajuddin, Tuan Haji Md Noor bin Baharom..hehe Ketua aku ni namanya Tuan Haji Mohd Noor bin Rejab....hehe sama kan....ada jodoh la tu aku kat cni....
Hari ni ramai yang cuti n g krsus.......aku ngan bbrapa staf ja da kat cni...
Yang penting, aku nak keja yang bleh aku wat..tu ja...dah le sjuk sangat ni....keras tangan aku....tapi still leh typing maa......cuma kalu nak tulis ja aku jadi k.o cket tau.......hehehe
Kelmarin aku saja cari bnda yang bleh menyejukkan mata aku......carii gambaq pelamin.......hehe ni saja ja pun........ni antra yang sempat aku save yang bleh menyejukkan mata......n berangan cket kot......ahakz tak da la........aku suka tgk benda2 yang cantik......tu ja........yang bleh meyedapkan mata....n menenagkan jiwa........hee


cantik kan...fuh....mmg grand..tapi kerusi dia biasa sangat la....hehe

Read more...

Hari Pertama..latihan industri

Monday, June 21, 2010

Lama asanya aku tak tulis dalam blog ni...tak sempt deh..
Cuma nak cta cket penglaman 1st day ke siini... Tadi, aku mai cni..adik hantaq..pastu pulak ujan..huhu mmg basah le..pkai high heel..tapi mujur tak takung air dlm kasut aku tu..hehe
sampai ja kat cni,buka ja sweater, masyaAllah...psaan tu..huhu tkejut la..bsah abis aku punya baju tau..Tapi, aku bsabaq ja... mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni..musibah kat aku...

Adik aku pulak bawak laju kemain..hehe
dia redah ja segala bentuk jalan yang manusia bina ni..hahaha sampai kat satu simpang tu aku hampir nak jatuh, tapi mujur aku sempat paut bahu dia...haha

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP