Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

.:: Usah Dibenci Pelaku Maksiat ::.

Friday, July 30, 2010



Diceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa a.s. sedang berjalan bersama seorang muridnya.  Tiba-tiba seorang lelaki yang terkenal suka melakukan maksiat mengikuti mereka dari belakang.
Murid Nabi Isa itu menoleh ke arah orang itu dengan penuh kebencian.

Lalu dia berdoa di dalam hati, "Ya Allah, janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini".
Nabi Isa tiba-tiba menoleh kepada muridnya dan berkata, "Doamu telah dikabulkan. Allah menerima taubat orang itu dan mengusir kamu.  Pergilah engkau dari sisiku."

Kita sememangnya membenci perbuatan maksiat.  Namun kebencian kita kepada maksiat tidak bererti membenci dan menghina orang yang melakukannya. 

Sering kali sikap negatif sebegini membuatkan orang semakin jauh daripada agama.  Sebaliknya, kita harus membuka hati kita untuk mengasihi lalu memberi nasihat yang tulus kepadanya.
Kelembutan selalunya lebih berkesan dalam mengubah orang lain daripada kekerasan atau penghinaan.

(Solusi Isu 21:29)

Ckin juga ada terbaca hadis Nabi ni yang boleh Ckin kongsi bersama dengan sahabat sekalian... Hadis ini menunjukkan yang kita tak boleh mengata orang lain atas apa yang dilakukannya takut nanti benda tu akan jadi kat diri kita sendiri...

Daripada Mu'az bin Jabal : 
Rasulullah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut".

(Hadis Riwayat Al-Tirmidzi)

Bila baca hadis ni jadi takut and rasa semacam...Na'uzubillahiminzalik..
Mungkin kita tak sedar kadang2 percakapan kita tu melampaui batas and tanpa disengajakan kita membenci sesuatu atas keburukan yang berlaku...Moga kita semua dapat mengambil ibrah daripada hadis di atas dan cuba jgn cepat membnci sesuatu perkara terlalu 'over' kerana barangkali kita jua akan melakukan perkara yang sama nanti...

<< Ingatan Bagi Pelupa >>

p/s : istighfar atas dosa yang dilakukan...

Read more...

.:: Jom Solat Sunat Dhuha! ::.

Thursday, July 29, 2010

Assalamualaikum.
Tiba2 teringat tentang solat sunat Dhuha ni..

Sahabat sekalian tahu kan kelebihan2 solat sunat ni? Antaranya boleh murahkan rezeki dan rezeki tidak putus2 kan...InsyaAllah..

Ckin teringat akan sebuah hadis yang menceritakan ttg sunnah Rasulullah s.a.w. yang kita patut contohi terutamanya sebagai seorang student, seorang pekerja tidak kira di jabatan kerajaan mahupun swasta. Apa kata kalu kita try cari peluang2 waktu nak solat sunat ni kan... sbbnya waktu solat sunat Dhuha ni adalah bermula area pukul 8.00 pagi till 11 pagi.  Sebelum kita mulakan kerja tu, mungkin lebih baik kita mulakan hari kita dengan solat sunat ni kan kan...

Nak mudah lagi? Haa...sahabat2 sekalian bolehlah ambil wudhuk siap2 kat rumah sbelum pergi kerja or g kuliah and mana la tau kan nanti ada ruang free tak payah lah nak g amik wudhuk banyak2 kali kan...Macam seseorang permpuan pulak, better ikut cara ni sbb mudah...nanti mesti bagi banyak alasan. Antaranya, dah pakai tudung la, renyah(susah) la, ambik masa lama la...bla..bla..hmm 

Tapi, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, betul tak?...n_n 

 Daripada Abu Hurairah r.a :
"Kekasihku telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat sunat Dhuha kerana ia adalah solat sunat awwabin dan berpuasa tiga hari tiap-tiap bulan."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

* al-'awwabin bermaksud orang yang bertaubat.

<< Ingatan Bagi Pelupa >>

p/s : alhamdulillah setakat 2 minggu ni tak tinggal lagi solat sunat Dhuha...

Read more...

.:: Kisah Cicak dan Burung Kecil ::.



Assalamualaikum.
Hari ni nak kongsi cket story antara cicak dan seekor burung kecil ni yang berlaku di zaman Nabi Ibrahim...
Jom Baca!

Daripada Amir bin Saad, daripada bapanya Saad bin Abi Waqas katanya :

"Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai 'si penjahat kecil'.
(Hadis Riwayat Muslim)

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar.  Itulah yang dilakukannya berulang kali. 

Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu : "Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu?

Lalu dijawab oleh burung berkenaan : "Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak".

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.

<< Ingatan Bagi Pelupa >>

p/s : burung kecil tetap berusaha dengan sedaya mungkin..begitu juga dengan kita sebagai dai'e kan.. ..n_n..


Read more...

.:: Haram Berpuasa Selepas Nisfu Syaaban ::.

Masih ramai kalangan awam yang keliru dengan hukum berpuasa selepas hari Nisfu Sya'baan (hari 15 Sya'baan). Ramai yang tidak tahu bahawa menurut qawl yang mu'tamad dalam Mazhab Syafi`i hukum berpuasa selepas Nishfu Sya'baan adalah HARAM DAN TIDAK SAH dengan beberapa pengecualian yang akan datang penjelasannya.

Kekeliruan mungkin disebabkan mazhab-mazhab lain mempunyai pendapat yang berbeza dengan Mazhab Syafi`i berdasarkan kepada ijtihad mereka. Ulama Syafi`i mengistinbathkan pengharaman berpuasa tersebut berdasarkan beberapa dalil termasuklah hadits-hadits Junjungan Nabi SAW. Antaranya apa yang diriwayatkan dalam "Sunan at-Tirmidzi", juzuk 2, halaman 183, bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda sebagai berikut:-

"Telah diberitakan kepada kami oleh Qutaibah, telah diberitakan kepada kami oleh 'Abdul 'Aziiz bin Muhammad, daripada al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman, daripada ayahnya, daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. yang telah berkata: Telah bersabda Junjungan Rasulullah SAW:"Apabila tinggal baki separuh dari bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa". Dan telah berkata Abu `Isa (yakni Imam at-Tirmidzi): "Hadits Abu Hurairah ini adalah hadits hasan shohih dan tiada kami ketahui akan dia melainkan dengan wajah (riwayat) ini atas lafaz ini.

Selain daripada hadits di atas, Imam Abu Daud turut meriwayatkan dalam sunannya sebagai berikut:-

Daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawasanya Junjungan Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa."

Imam ash-Shan`ani dalam "Subulus Salam" juzuk 2, halaman 345 menyatakan bahawa hadits ini adalah hasan shohih di sisi para muhadditsin selain Imam Ahmad. Imam Ahmad mendhoifkannya kerana bagi Imam Ahmad perawi yang bernama al-'Alaa` bin `Abdur Rahman adalah perawi yang dhoif. Menurut kajian Imam ash-Shan`aani, pendapat Imam Ahmad tersebut adalah tidak tepat kerana al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman adalah seorang perawi yang hadits-hadits yang diriwayatkannya diambil oleh Imam Muslim dan selanjutnya Imam Ibnu Hajar al-`Asqalani dalam "at-Taqrib" menghukumkan al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman ini sebagai seorang perawi yang shaduuq (benar atau kepercayaan).

Sungguhpun dihukumkan haram, tetapi pengharaman berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan ini tidaklah mutlak seperti pengharaman berpuasa pada 5 hari yang diharamkan secara mutlak berpuasa, iaitu 2 hari raya dan 3 hari tasyriq. Pengharaman berpuasa pada hari-hari nishfu kedua Sya'baan dan hari Syak tidaklah mutlak kerana ianya mempunyai pengecualian. Maka hukum HARAM DAN TIDAK SAH puasa yang dilakukan selepas nishfu Sya'baan (iaitu selepas tanggal 15 Sya'baan) mempunyaiPENGECUALIAN seperti berikut:-
1. puasa sunnat tersebut disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada di nishfu pertama (separuh pertama) bulan Sya'baan walaupun dengan hanya satu hari sahaja (yakni dihubungkan dengan berpuasa pada hari 15 Sya'baan) dengan syarat ianya hendaklah berterusan sehingga Ramadhan, jika terputus walaupun dengan uzur maka tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut. Contohnya, jika seseorang berpuasa sunnat pada 15 Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Sya'baan dan hari-hari berikutnya. Tetapi katakanlah setelah berpuasa pada 15, 16, 17 dan 18 Sya'baan, dia tidak berpuasa pada 19 Sya'baan, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunnat pada 20 Sya'baan dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah Ramadhan.

2. puasa sunnat tersebut telah menjadi amalan biasa seseorang (yakni yang telah dijadikan wirid kebiasaannya). Contohnya, seseorang yang telah mewiridkan puasa pada setiap Isnin, maka tidaklah jadi halangan untuk dia meneruskan wiridnya itu.

3. puasa qadha` samada qadha puasa fardhu atau qadha puasa sunnat yang berwaktu

4. puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ianya tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan.Misalnya, seseorang bernazar hendak berpuasa pada hari Khamis minggu hadapan tanpa menyedari bahawa Khamis hadapannya sudah masuk dalam nishfu kedua Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada Khamis tersebut. Maka jika sekiranya dia tahu yang Khamis tersebut adalah dalam nishfu kedua bulan Sya'baan, maka tidaklah boleh dia berpuasa dan tidaklah sah nazarnya itu.

Inilah perincian hukum bagi puasa yang dilaksanakan setelah nishfu Sya'baan menurut Mazhab Syafi`i yang menjadi pegangan kita, sebagaimana yang tersebut dalam kitab-kitab fiqhnya. Antaranya dalam "Anwarul Masaalik syarah 'Umdatis Saalik wa 'Uddatin Naasik" karya Syaikh Muhammad az-Zuhri al-Ghumrawi rahimahUllah yang menyatakan pada halaman 125 seperti berikut:-

(Dan haram berpuasa [sunnat] pada hari-hari selepas nishfu Sya'baan, jika sekiranya puasa tersebut tidak berbetulan dengan adat kebiasaan seseorang) sebagaimana yang telah disebut terdahulu ketika perbincangan tentang hari Syak, (dan [puasa tersebut] tidak berhubung / bersambung dengan hari yang sebelumnya) iaitu tidak bersambung puasa pada nishfu yang kedua [bulan Sya'baan] dengan berpuasa pada separuh yang pertama bulan tersebut. Maka jika sekiranya puasa tersebut berbetulan dengan adat kebiasaan baginya atau dihubungkan [dengan hari-hari separuh pertama Sya'baan], sahlah puasa tersebut dan hilanglah keharamannya.

Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahUllah menulis dalam "al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah", jilid 2 halaman 82, sebagai berikut:-

Dan daripadanya [yakni daripada hadits-hadits berkaitan dengan] puasa dalam bulan Sya'baan, ialah hadits Sayyidatina 'Aisyah r.`anha yang menyatakan: "Tidak aku melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan penuh, melainkan bulan Ramadhan dan tiada aku melihat baginda berpuasa lebih banyak daripada bulan Sya'baan", hadits diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dan keduanya meriwayatkan juga hadits lain dengan kata-kata: "Tiada baginda berpuasa dalam suatu bulan yang lebih banyak daripada bulan Sya'baan, bahawasanya baginda berpuasa pada keseluruhan bulan Sya'baan", dan bagi Imam Muslim terdapat satu lagi riwayat dengan kata-kata:- "

Adalah baginda berpuasa pada bulan Sya'baan keseluruhannya kecuali sedikit.".......... Kemudian hadits-hadits tersebut tidaklah menafikan hadits yang mengharamkan puasa pada hari-hari selepas nishfu bulan Sya'baan, kerana berlakunya pengharaman tersebut ialah kepada sesiapa yang hanya berpuasa selepas nishfu tersebut dan tidak menghubungkan puasanya [dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan (yakni hari 15 Sya'baan)].

Manakala berlakunya keharusan (baca: boleh / jaiz) berpuasa, bahkan sunnat berpuasa, ialah kepada sesiapa yang berpuasa sebelum nishfu lagi dan meninggalkan berpuasa selepasnya [yakni dia berpuasa sunnat pada nishfu pertama bulan Sya'baan dan berhenti setelah nishfunya tersebut]; ATAU dia meneruskan puasanya dengan menghubungkan puasanya itu dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan [yakni hari 15 Sya'baan]; ATAU dia tidak menghubungkan puasanya, akan tetapi puasanya pada hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan tersebut ialah puasa kerana qadha` atau puasa nazar atau puasa yang menjadi wiridnya (kebiasaannya).

Dan hadits yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam at-Tirmidzi, Imam an-Nasai dan Imam Ibnu Majah, iaitu:"Apabila berbaki separuh daripada bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa sehingga menjelang Ramadhan", adalah jelas pada yang demikan (yakni pada menyatakan haramnya berpuasa pada hari-hari selepas Nishfu Sya'baan).

Murid Imam Ibnu Hajar rahimahUllah, iaitu Syaikh Zainuddin bin 'Abdul 'Aziz al-Malibari, rahimahUllah, menulis dalam karya beliau "Fathul Mu`in"pada halaman 60:-

(Tatimmah) Haram puasa pada hari-hari tasyriq ......., dan demikian pula haram puasa selepas Nishfu Sya'baan, selagi mana ianya tidak berhubung / bersambung dengan hari sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan] atau jika puasa tersebut tidak muwafaqah dengan adatnya (yakni tidak berbetulan dengan kebiasaannya atau wiridnya); atau jika puasa tersebut bukan puasa nazar atau puasa qadha` walaupun hanya qadha` puasa sunnat.

Penjelasan 'Allaamah Sayyid Muhammad 'Abdullah al-Jurdani dalam "Fathul 'Allam" juzuk 4, halaman 152- 153, pula adalah seperti berikut:-

Dan haram puasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan, melainkan jika ianya disambung / dihubungkan dengan hari yang sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan], walaupun hanya satu hari [yakni walaupun dengan hanya berpuasa pada 15 Sya'baan sahaja] dan hendaklah berkekalan puasa tersebut sehingga ke akhirnya. Maka jika tidak berkekalan, bahkan jika berbuka (yakni tidak berpuasa) dengan uzur sekalipun, tertegahlah atasnya untuk berpuasa lagi dengan tanpa sebab.

Inilah khulasah hukum berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan. Harap kita sebagai pengamal Mazhab Syafi`i dapat beri perhatian sewajarnya. Allahlah yang Maha Mengetahui.

Sumber : KISAS

Read more...

.:: Jom Tengok Kelebihan Nisfu Syaaban! ::.

Tuesday, July 27, 2010

Amik gambar ni ja la..tak sempat nak cari pic...

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.


Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban.


Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani).


Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.


Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Sya'aban kerana padanya terdapat dapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.


Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Sya'aban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Sya'aban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyangutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Sya'aban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya.


Apabila pada malam Nisfu Sya'aban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman yang bermaksud: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar subuh.


Tersebut dalam kitab Al-Barakah: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Sya'aban


Tersebut di dalam Kitab Iqna' : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya'aban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah s.a.w. kali keduanya katanya: Ya Muhammad! gembirakanlah kamu bahawa Allah Ta'ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tidak mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.


Bahawa malam Nisfu Sya'aban adalah hariraya Malikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.


Barang siapa membaca pada bualan Sya'aban, ayat dibawah ini. Allah hapuskan daripadanya dosa seribu tahun dan keluarkan dari kuburnya mukanya seperti bulan purnama yang bermaksud:

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya'aban enam orang:


1. Orang yang kekal minum arak.

2. Orang yang durhaka dua ibubapanya.

3. Orang yang kekal dalam zina.

4. Orang yang banyak berkelahi.

5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.

6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.

Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta, maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan diampunkan bagi sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan melainkin orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.


Sabda Nabi s.a.w.: Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab Aisyah: Ya, aku izinkan, lalu Nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam Nisfu Sya'aban itu, beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya yang bermaksud::


AKU BERLINDUNG DENGAN KEMAAFAN ENGKAU DARI SIKSA ENGKAU DAN AKU BERLIDUNG DENGAN KEREDAAN ENGKAU DARIPADA KEHINAAN ENGKAU DAN AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN YANG DATANG DARIPADA ENGKAU, AKU TIDAK TERHINGGA MEMUJI ENGAKU SEPERTIMANA ENGAKU MEMUJI DARI ENGKAU.


Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa ini dalam sujut.


Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Sya'aban daripada umat Muhammad s.a.w. terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi `Isa a.s, lalu Nabi `Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan: Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w.


Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat (berbuat amal kebajikan) iaitu malam Nisfu Sya'aban, malam Raya Fitrah yang pertama dan malam Arafah. Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan mereka daripada api neraka, supaya sapanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir daripada Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat


AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.


Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.


(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.


Memohon keampunan dua ibubapa,


Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.


Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)


Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.

Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun).


Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.


Membaca Al-Qur'an.


Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)


Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.


Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.


Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.


Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)


Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)


Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.


p/s: mana yang sempat dilakukan,buat la naa...


sumber : hira

Read more...

.:: Duitku Hilang...huhu ::.

Monday, July 26, 2010

Bersabarla ckin...
Assalamualaikum...
Hari ni ckin nak kongsi ckit la...ada dugaan yang agak besar...huhu
Tahu apa? hmm duit PTPTN dalam akaun Bank Islam dah hilang secara senyap sebanyak RM400...
Innalillahiwainnailaihiroji'un...

The story was began with a long journey...but, I try to cut it first...hmm bad english..hehe
Okeh, mula2 camni, ckin pi la kat Maybank kat satu tempat ni and cucuk la kad bank nak ambik duit Ckak nak msukkan dalam akaun Maybank dia utk simpanan semester depan...Pastu try cucuk2 selama 2 kali, tak bleh pun nak bwk kuaq duit tu..hmm sbaq ckin...
Pastu ckin try bwk kuar RM200 dua kali transaction, alhamdulillah berjaya akhirnya... Then, balik umah sbb tak leh nak bank in lagi duit ckak nih...sbb mesin deposit nya buat hal..tak pa la..esok ckin igt nak g Maybank kat Kepala Batas la nak bank in duit tuh...hehe

Pastu esoknya ckin pi la tekan duit, amik RM50 ja la utk buat belanja beli barang cket kan...hehe nak beli stokin, skarf, getah rambut...hehe stokin nih kna beli byk2 cket nanti nak guna waktu urgent kan...alhamdulillah dah dpt port baek punya kat Pekan Ahad yang jual stokin yang tahan lama....kan nak kna pakai selalu kan kan...Okeh, berbalik pada kisah tadi nih...haa..tiba2 ckin teringat nak check bpa jumlah yang ada dalam akaun tu...

MasyaAllah...darah menyirap di seluruh badan nih...ketaq(gementar) satu badan ni...huhuhuuhuhu
Duit ckin sebanyak RM400 hilang sekelip mata dalam akaun...huuuu

Ya Allah..Berilah aku hidayahMu ya Allah...Jika ini ujianMu, aku akan terimanya Ya Allah...

Balik tu, ckin telefon ckak n bagitau kat dia... Menangis ckin nih..duit tu nak guna utk simpanan sem depan...Ckak punya la terkejut...lepas ngadu kat Ckak, ckin telefon Abg Hai pulak..cakap yang duit hilang...Dia kata, "relax...relax...pi kat Bank Islam and mintak transaction..." Okeh abg Hai, pastu tanya Kinah(kakak ckin), kat mana Bank Islam yang dekat..dia siap tanya g nak buat apa..then gtau la yang duit hilang....Kinah dengan pantas  telefon pulak mak..laju sungguh dia...hehe dia mintak no telefon Bank Islam and calling2...then dia suh ckin telefon sendiri...

Then, masuklah top up RM10 dalam nset mak dengan tujuan utk telefon pihak Bank..pastu telefon le..bla..bla...bla....and yang seumpama dengannya...dalam tempoh 14 hari katanya...

Hari ahad kelmarin, ckin g kat CIMB Bank nak check skali lagi, tngok mmg betul duit tu hilang...tak pa la..ujian utk mu...ni mungkin Ilmu dari Allah...insyaAllah..Dia nak bagi pengalaman kat ckin...


Hari ni, ckin g la Bank Islam kat Bukit Mertajam dengan kawan yang praktikal kat sini...dia bawak g sana nek keta dia..alhamdulillah dia nak tolong ckin kan...syukur sangat....

Bila sampai, cakap la kat akak kat kaunter tu yang duit hilang so nak mtk transaction selama sebulan....isi borang then g amik nombor...pastu lak tunggu la...dah dapat transaction tu, tengok la..mmg ada pengeluaran RM400..tapi, mana ada ckin amik...hmm

Pstu gtau kat akak tu, dia amik transaction tu then bagi satu borang suh isi and dia cakap,
"Dik,laen kali simpan tau resit yang urusniaga tidak berjaya tu and dalam tempoh seminggu duit akan masuk semula ke dalam akaun adik"

TERIMA KASIH AKAK..... ALHAMDULILLAH...itu yang mampu ckin ucapkan..terima kasih Ya Allah Ya Tuhanku....senyum memanjang....and lega hati...

p/s : pasni kalu ada kawan yang jadi cam ckin,leh la ckin tolong...kan kan...
       : Niat tak mau tinggal solat sunat Dhuha....InsyaAllah...(murah rzki kan...)


Read more...

.:: Ibadah Hamba vs Ibadah Saudagar ::.

Wednesday, July 21, 2010

Assalamualaikum....
Kali ni nak kongsi pulak mengenai ilmu lain pulak yang ckin rasa bermanfaat untuk dikongsi bersama semua yg singgah kat blog ni...InsyaAllah..

Apa yang ckin nak smpaikan pada entri kali ni adalah mengenai Ibadah Hamba vs Ibadah Saudagar...

Perlu diketahui bahawa Ibadah Hamba ni adalah setiap ibadah yang dilakukan oleh seseorang itu kerana ia takutkan Allah. 

Manakala Ibadah Saudagar pula adalah dilakukan oleh seseorang kerana untuk mendapat pahala.

Begitulah diibaratkan oleh En Rozaidi.
Maksudnya macam ni lah, selama kita hidup di dunia ni, dah cukupkah amalan kita???
Perasan tak di kaca TV and macam2 lagi, diberitakan kepada kita mengenai tarikh Qiamat and yang seangkatan dengannya... Tapi, adakah kita tanya pada diri kita ni, selama aku hidup ni amalan kita dah cukupkah?

Tahajud pernah buat seminggu sekali?
Istighfar dah cukup 100?
Solat sunat selepas Isyak dan sebelum Subuh kita buat kah?
Kita mengumpat mengenai saudara kita tak?
Astargfirullahalazim....(nak tulis ni pun takut...huhu)

Pada zaman Rasulullah, sedang Rasulullah duduk2 bersama para sahabat di bawah sepohon pokok, kemudian seorang lelaki yang berpakaian serba putih dan belum pernah dilihat wajahnya datang menemui Rasulullah dan dia duduk menghadap Rasulullah, lututnya bertemu dengan lutut Rasulullah...Antara yang ditanya adalah mengenai bila akan terjadinya Qiamat?Rasulullah menjawab, "yang ditanya tidak mengetahui dan yang bertanya pun tidak mengetahui".
Rasulullah yang statusnya sebagai kekasih Allah pun tidak mengetahui bila akan berlakunya Qiamat, apatah lagi kita manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan sehinggakan ada yang pencipta filem Barat mencipta Movie 2012 yang mengatakan bahawa Qiamat akan berlaku pada tarikh tersebut?
Percayakah kita?

Sebenarnya, pemikiran kita perlu diubah kepada yang lebih tinggi dan jauh... ckin ada terbaca satu entri dalam blogger seseorang mengenai seorang lelaki yang sangat kuat beribadah tanpa memperdulikan orang lain. Apabila ditanya padanya, mengapa dia sangat bersungguh2 dalam beribadah kpd Allah?
Jawab si lelaki ni, "Aku telah bermimpi yang aku telah berjumpa dengan sekumpulan bidadari ni dan salah seorang daripadanya berkata padaku bahawa Allah telah meminangkannya utkku dan dia sangat berharap agar aku dapat bersama dengannya. Sebab itulah aku terlalu suka beribadah." (macam tu lah cita nya...tak bapa ingat)

Lelaki ni beribadat dengan begitu tekun semata2 nak dapatkan bidadari syurga yang tak pernah dilihat kecantikannya di dunia, takkan kita nak tunggu?

p/s : Amalan kita tidak akan pernah cukup dah agak mustahil utk kita mencapai taraf iman para anbiya' dan sahabat tapi jangan kita lupa, ISTIQAMAH lah dalam setiap perbuatan...InsyaAllah ganjarannya lebih besar dari yang dijangka... 
p/s: Meskipun ibadah yang kita lakukan itu kecil sahaja, tetapi jika dilaksanakan secara istiqamah, maka ia lebih disukai oleh Allah berbanding yang besar, tetapi tidak disertai dengan sikap istiqamah.

Read more...

.:: Baru Lepas Kursus Integriti... Alhamdulillah! ::.


Assalamualaikum...

Alhamdulillah Ckin baru ja selesai menghadiri kursus Integriti di MPC Wilayah Utara pada hari Isnin and Selasa baru2 nih... Mm..first tu asa lemah ja bila nak pegi kursus ni.. Mind-setting dah salah kan kan...sepatutnya ckin and yang lain2 positifkan minda bila g kursus ni, sbb mungkin ada ilmu baru yang Allah nak bagi kat kami semua kan... 

Memang pun... Ckin mmg rasa banyak sangat ilmu yang ckin dapat kat sini... Sebelum let me introduce the moderator that is Encik Rozaidi Razali yang merupakan seorang penjawat awam di sektor swasta... Beliau juga berpengalaman dalam menguruskan kursus motivasi and macam2 lagi... Pendek kata beliau ni ada gaya macam En Radhi, pensyarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin...Cuma ada la perbezaan kan...hehe 

Okeh, berbalik pada ilmu yang disampaikan oleh En Rozaidi yang ckin rasa nak kongsi dalam blog ni. Bagi ckin, En Rozaidi pandai menarik minat semua orang yang hadir ke kursus ni dengan ilmu beliau..

Nabi (saw) pernah ditanya:
"Apakah ilmu?," baginda (saw) menjawab, "Diam," 
baginda (saw) ditanya lagi, "Kemudian?," 
baginda (saw) menjawab, "Mendengar dengan penuh perhatian," 
baginda (saw) ditanya lagi, "Lalu?," 
baginda (saw) menjawab, "Mengamalkan apa yang dipelajari," 
baginda (saw) ditanya lagi, "Setelah itu?," 
baginda (saw) menjawab, "Menyebarkannya."

(al-Majlisi,Bihar al-Anwar,Jilid:2,ms:28)

Begitulah yang dimaksudkan dengan ilmu... Setiap yang disampaikan ssebaiknya disebarkan melalui pelbagai cara kan..InsyaAllah..

Permulaannya ckin nak kongsi mengenai apa yang ckin blajar sepanjang 2 hari berkursus dengan En Rozaidi nih... Perkara pertama adalah mengenai Integriti... Hmm,  tahu ke maksud integriti ni? Ok, secara simple ckin nak explain. Integriti ni melibatkan banyak perkara. Contohnya, adab dengan pelanggan iaitu senyum,bercakap degn sopan and bla..bla..bla.. ksimpulannya kat sini, integriti ni lebih kurang mcm 'manner' kita dengan orang lain and terhadap diri kita sendiri...haa..faham?hehe

En Rozaidi ni lebih suka mengaitkan apa yang dibincangkan dalam kursus atau kehidupannya dengan Al-Quran wa Sunnah... Tiap yang dicakap nya akan dikaitkan dengan apa yang dikajinya... menurut beliau, sebagai seorang muslim kita kena mengaji dan mengkaji...(bukan mengaji sahaja k..) 

Beliau suka mengkaji dan mendapatkan bukti secara logik berdasarkan apa yang dilihat, dibaca, dilakukan...Contoh, beliau mengkaji ttg pemerintahan Khalifah di zaman dulu seprti Khalifah Umar Abd Aziz, sistem peperangan Khandak dan macam2 lagi...beliau lebih mengaitkan sirah Nabi dengan kehidupannya...

Berbalik pada tadi, ada 3 elemen yang perlu seseorang lakukan sama ada pemegang jawatan sebagai penjawat awam, ketua, suami, isteri, pelajar,bla..bla... and yang lain2 iaitu  PENERAPAN, PENGHAYATAN dan PENGAMALAN.

Allah dah mengurniakan kita yakni manusia dengan pancaindera yang cukup sempurna dan adakah ianya akan digunakan secara yang tidak betul???

Allah telah menyebut mengenai pancaindera mata dan telinga sebanyak 167 kali dalam Kitab Suci Al-Quran...Perlukah ianya disangkal lagi?

Sangatlah benar di sini bahawa sebagai manusia, kita perlu and wajib menggunakan akal untuk berfikir. Malah, menurut kajian risiko orang yang malas berfikir untuk mendapat penyakit Stroke adalah sangat tinggi... Cuma, bila kita mahu, baru kita akan cuba mendapatkannya... Sesungguhnya ilmu itu ibarat kuda yang berlari, sekiranya kamu tidak mengejarnya pasti dia akan lari.

En Radhi pun pernah pesan kat ckin and kawan2 yang sebagai seorang student kita perlu sentiasa bawa 2 benda penting ni iaitu sehelai kertas dan sebatang pen. Tujuannya apa? Sebab ilmu ni akan datang pada bila-bila masa sahaja, jadi bila kita dah ada kertas dan pen tu, dengan cepat kita boleh menulis kan kan... 

Wallahua'lam...
p/s : ckin nak post ilmu ni ckit2  tak mau bagi banyak sangat...hehe

Read more...

.:: Exclusive for Ckak utk Pilih ::.

Friday, July 16, 2010

Assalamualaikum...

Hari ni nak post pic baju yang ckin dah beli utk Ckin and Ckak...hehe terpaksa post kat cni bab tak da fon kamera nak mms kat dia..eheheh takpa, ckin gunakan perkhidmatan yang ada utk memudahkan kerja kan kan..ahakz

For my twin, you can choose baju ni..hehe

Foto yang baru tangkap semalam guna kamera kinah nih...macam2 ada..ahakz




 





p/s : Baju2 ni only publish for my twin, tapi nak tengok pun ok jerk..hihi

Read more...

.:: iLi Port baru Ckin! ::.

Wednesday, July 14, 2010

Assalamualaikum..

Hari ni Ckin lebih habiskan masa dengan mengikuti ruangan forum iluvislam.com yang Ckin rasa bermanfaat sangat.... Bnyk yang ckin jumpa dalam nih .... Sekurang2nya masa yang terbiar diisi jugak dengan ilmu pengetahuan kan...

Actually, tak ingat dah apa yang nak tulis hari ni, bila sakit perut suma bnda hilang dalam kepala nih...huhu

Cuma nak peringatkan diri sendiri, jangan lupa berdoa tiap hari pada Allah...mintak petunjuk...and moga diberi pengajaran sekiranya leka dan diberi petunjuk sekiranya tersasar...amin.

p/s:ckin suka tengok imej dak laki nih...smart!hehe

Read more...

Pencuri Menyamar Pakai Jubah and Kopiah!

Tuesday, July 13, 2010

Assalamualaikum...

Hari ni Ckin nak kongsi ckit... Alkisahnya semalam kakak kepada ckin ada la cita ttg sorang budak ni yang menyamar sebagai budak baik la katakan...mana taknya, dia ni pencuri tapi berlagak baik dengan pakai jubah n pakai kopiah lagi tuh...ish3 Haa, tau apa yang dia buat, kak ckin story la ckit malam tadi...dia cakap budak tu mai la kat kedai top-up tempat dia bkerja tu and tanya kak kak ckin sama ada kat situ ada jual handphone tak dia nak beli....? kak ckin ingat dia tu budak pondok yang mengaji agama tuh....nampak alim, dahi hitam cam orang kuat solat malam lagi...hmm  Pstu kak ckin cakap la kat situ tak ada dah nset jual kat sana bab nset yang ada dah berpindah ke kedai baru... Pastu budak tu pun pi la kat kedai baru... Lama pastu polis pun mai kat kedai kak ckin... Polis tu gtau yang budak tu dah curi handphone seorang pempuan nih,,,, (Ish2)

Kisahnya cmni, budak tu menyamar sebagai budak baik n pegi la mintak sedekah kat pempuan ni...dia cakap mak dia sakit and mak dia skang ni duk kat Penang...pempuan tu tak mau bagi sebab dia tak knal budak laki nih...then, pempuan tu g la dapur... budak laki tu pun masuk kat dalam bilik air pempuan nih n curi duit yang berjumlah RM500 and dia turut ambil 2 biji handphone pempuan nih...pastu, pempuan nih risau la bab dalam handphone dia tu ada video... ntah la video apa kan..mungkin dia ada simpan kot video something kan yang tak bleh orang tengok kan kan.... tapi kak ckin cakap tak pasti la sama ada duit tu dapat balik or tak...handphone tu dah dapat balik kot....

Apa yang ckin nak cakap kat sini adalah budak laki dah jatuhkan martabat seorang Islam..dia menyamar sebagai seorang budak baik di samping dah menjejaskan maruah sebagai Muslim....mana tak nya, dia pakai jubah and kopiah cukup...(ish3 geram btul ckin dengar)

Dia nak tutup imej dia sebagai pencuri dengan pakai pakaian yang macam tu... pastu, orang akan salah anggap la...orang mula kata orang yang pakai jubah ni bukan baik sangat...orang yang btul2 baik pun terkena tempias tau....

Jadi, pesanan ckin la kpd yang nak buat smthing tak baik, janganlah sesekali gunakan pakaian Muslim tu untuk menutup kesalahan sendiri... kena berpada2 lah kan...

p/s : pakaian tu kan melambangkan imej seseorang....so, jangan tertipu! huhu

Read more...

.:: I'm happy! ::.

Friday, July 9, 2010

Assalamualaikum...
Alhamdulillah nampaknya tak sia-sia Insan duk ngadap kmputer ni...hehe Insan banyak meneroka ke dalam blogger2 yang ada n try to get more information on how to create a best blog... Now, i'm creating a new blog which i will publish it in the future... this blog is quite interesting n only publish something information which we can make them as an arrow in our life....just wait for the blog yah!

Hari ni ni gak Insan dah create new email address for Gmail...alhamdulillah...i can achieve my plan...ahakz
punya lama menjelajah kat dalam tenet ni, akhirnya dapat gak buat tuh.,.,.,.hehe wlaupun tengkuk dah sakit, pinggang asa nak bengkok ja, tapi i'm happy akhirnya...actually, tak suka nak tulis panjang2 kecuali kalu benda tu penting ja...hehe

Dalam masa cuti ni Insan akan pi kat cyber cafe bab kat cni banyak yang kna block....so, kat cc bebas cket nak menjelajah kan kan...hehe InsyaAllah dengan berblogwalking, masa kita tak rugi malah banyak lagi ilmu yang kita dapat...hehe

That's all for today....hehehe

p/s : kadang2 tak rugi apa yang kita buat tuh....ahakz
p/s 2 : jangan lupa pulak ttg Israk Mikraj esok naa....penting tuh...! banyakkan beribadat..insyaAllah

Read more...

Rentetan peristiwa
Sebelum israk
Ketika nabi tidur di makam Nabi Ismail a.s dekat Kaabah diapit dua saudaranya, Jaafar dan Hamzah bin Abu Talib.Tiba-tiba, datang malaikat Jibril membawanya dan membelah dadanya. Hati baginda dibersihkan dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam, diisinya dengan iman dan hikmah, kemudian ditutup kembali dan dimeterikan dengan ‘khatimin nubuwwah.’
Selesai pembedahan, didatangkan sejenis haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa (Israk) dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.
Buraq berasal daripada perkataan Barq, bererti kilat. Buraq itu ialah binatang atau kenderaan yang kecepatannya seperti kilat.Menurut sarjana, kecepatan kilat itu sama dengan kecepatan cahaya, iaitu 300,000 kilometer setiap saat. Kecepatan Buraq sekelip mata di antara Makkah dan Palestin.
Semasa Isra’ (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa )
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah )
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

p/s : jadikan ini sebagai pengajaran...

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP