Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

.:: "Hang Cari Standard Aku k.." ::.

Monday, August 30, 2010

Assalamualaikum sahabat2...

Halamak haih...rindu sangat kat blog ni... Banyak benda nak story-mory nih tau...hehe ye la, cuti Jumaat, Sabtu and Ahad keja jalan ja...kuar ngan Abang Hai and Kak Mustika and mak..hehe pi Tesco beli barang-barang, beli tudung labuh kat Tesco, mak aih..mahal gak la..RM25, tapi bila pi Kulim kat Long Wan, tau bpa harga tudung tu?... RM14.90 ja tau..ish2..agak menyesal la..tapi duit tu semua Abg Hai yang wak kuar la kan..hehe si adiknya ni menumpang ja..hehe 

Ckin beli la 3 tudung labuh..kat Ckak beli gk... Kak Mus borong sakan gak tau.. Beli 6 kot tudung labuh..wah3..bukannya apa, kat mana2 pun mahal tudung nih...tambah2 kalu yang ada batu... Tak sanggup dah nak beli.. Haa..kalu sahabat2 ada port yang baik punya jual tudung labuh bersegi boleh la gtau kat Ckin naa... 
I'm need it!

Haa.. Apa kaitannya dengan tajuk entri Ckin hari ni?... Actually, nak bercerita cket la kan... Waktu Abang Hai balik ni, dia duk tanya kat Ckin bab kahwin..hadoih.. macam-macam la Abang Hai kan?.. Jom tengok perbualan antara kami..hehe

Abg Hai : Ckin, hang nak kahwin bila?
Ckin      : Ish, awat tanya bab kahwin..hang nih..aku muda lagi la..(ckp slow2..hehe)

Abg Hai : Kita hidup ni kena ada matlamat...
 Baru la boleh buat sesuatu benda tu.. sbb dah ada tujuan, betul x?

-- Cinta tu adalah subjektif --

Diam. Merenung masa depan... =_=

Abg Hai : Kalau hang nak cari lelaki, cari standardnya cam aku. Kalau kurang dari aku, 
hang tinggal,
               kalau kurang lagi dari aku, tinggal ja, tapi kalau lebih dari aku standard aku, bgtau aku, 
               mai aku nak uji.
Ckin : Hmm.. Ya la.. Senang-senang hang cari la kat aku..(senyum malu..n_n..)

Abg Hai : Hah? Okeh.. Kita 'hello' ja la.. Nak yang macam mana? Kurus? Gemuk? Tinggi?

Gelak ja..

Hmm.. bleh nampak mesej yang Ckin nak jelaskan kat sini?.. Tau x, perkara apa yang paling merisaukan Ckin dalam hidup ni?... Bab kahwin, bercinta... Tak salahkan kalu kita nk memilih? Takkan lelaki ja bleh pilih pasangan yg bagus2 ja time nak kawin, right? Perempuan pun ada hak tau... Ingat tu!

Ckin pernah cakap kat kawan Ckin nih, 
"Hang boleh percaya kat aku dalam semua perkara, tapi bab bercinta jangan percaya kat aku" 

Ckin berani cakap macam tu sbbnya Ckin mmg tak boleh dipercayai bab cinta sebelum kahwin ni... Eh..eh.. bukan sebab apa, takut tak setia.. haha mau try ka?..ahakz gurau2 ja naa..
InsyaAllah kalau pas kahwin dengan akak yang sah, 100% cinta hanya untuk suami yang sah la kan.. Tapi, kalau sebelum kahwin ni, macam2 boleh jadi tau... 

Contohnya, kalau bercinta, bermakna kita buat benda yang salah kan? 
So, perasaan bersalah tu akan menghantui diri Ckin.. Seriously, Ckin tak berani nak bercinta.. Ckin tau, setiap remaja and sahabat2 Ckin ni mesti nak dicintai and mencintai kan?.. Ckin pun nak gak, tapi lepas kahwin la.. Kalau ada orang ajak Ckin bercinta skarang ni pun, insyaAllah Ckin takkan trima.. Apa-apa hal Ckin akan bagitau kat Abg Hai..n_n.. Dia tu dah jadi  macam pengadu kala suka dan duka..hehe Dia tu dikira abang yang terbaik la.. 

Ingat gi, dulu waktu UPSR Ckin dapat 3A2B and Ckak dapat 5A, Ckin menangis truk jugak la.. Ya la, dah nama pun kembaq kan... Pastu, Abang Hai peluk Ckin kot belakang and cakap la ..cam bagi motivasi tuh..hehe pastu ok la.. Banyak la yang dia dah wat kat Ckin and Ckak nih.. Dia gak tolong waktu pengajian.. Banyak sangat.. Bila nak masuk IPT, dia paling risau takut Ckin and Ckak akan berubah.. Biasa la..culture shock kat IPT ni memang banyak sangat la nih.. 


Alhamdulillah masih mcam dulu.. Tak da la sangat culture shock nya... Masih tau menjaga diri sbb perasaan malu tu ttp terpahat kukuh dalam diri... Satu gi, bila Ckin start masuk poli, Abg Hai and Kak Mus siap cari lagi kawan suh tengok2kan Ckin..punya la risau kan..huhu Pastu kenal2 ngan lecturer Ckin...tapi, tak kisah pun..tu tandanya depa ni amik berat kat Ckin kan.. Alhamdulillah... Kak Mus pun orang yang paling risau gak kalau Ckin bercinta... Kalau ada orang kacau pun, memang nanti Abg Hai telefon la.. Apa kes kacau ank dara orang kan?... Tak berfaedah pun...


Haa...nak story gak kisah percintaan Abg Hai..hehe Actually, Abg Hai and Kak Mustika ni bercinta lepas kahwin tau.. Aik?? Camna boleh kenal ni?? 

Kalau ikutkan ceritanya, Abang Hai ternampak Kak Mus dalam satu usrah area bulan 2, then mintak tolong murabbi la tolong adjust..hehe Pastu bulan 6 tu tunang, then bulan 8 nikah + kahwin.. Complete. 
Mission Done! haha 


Dulu, Abg Hai  pun bercinta jugak dengan Kak Huda waktu start kat Matrix Penang, tapi Kak Huda mintak putus atas alasan nak study... Sejak tu tak bercinta dah... Akhirnya, jodoh ngan Kak Mus.. Kuasa Allah, siapa yang tau kan?...

Setakat ni, Ckin is solo lagi la..n_n.. Cuma terus terang Ckin tak brani nak bercinta or bercintun tak tentu hala nih... Bukannya apa, takut tak menjadi... That's all.. Kalau tak menjadi kan rugi, tambah dosa pulak tu..hmm tak mau la kan.. lebih baik kita tumpukan kepada benda2 yang patut ja kan.. Tak payah susah2 nak pikir birthday ka, hati ka, perasaan ka...right? Ada yang couple islamik, hmm..ikut la.. Dalam Islam, tak ada la couple camtu.. Kalau masih ada yang bertanya, maknanya hati dia belum menerima lagi ketetapan yang couple tu haram. Mana ada perhubungan halal dalam Islam melainkan perhubungan selepas kahwin.. 

Maybe ada yang cakap, 
"Kami tak buat benda salah pun"
"Kami tak keluar pegang2 tangan pun"


Dah la.. tak larat nak dengar... Cuba tengok dalam lawan web IluvIslam.com.. dah banyak kali sangat dah isu couple dibahaskan... Sekarang ni bukannya zaman nak cakap ja kan, tapi ni zaman untuk bertindak... Kalau agak2 rindu, pi la jalan2 kat tepi tasik ngan kaum sejenis or kluar main boling dengan kawan2 blogger yang sejenis, boleh ja kan?... 

Alasan? 
Kalau mintak sepuluh, seribu pun boleh bagi... Alasan punya pasal kan... 

Tak da gunanya setakat bercakap tapi tak buat.. Am I right? Ckin tau ada yang nak dekat2 ngan couple ni kan... Tak yah la pkir2 lagi.. 

Sebelum couple, tanya diri tu dulu, 
"Aku ni nak bawa anak dara orang keluar, Allah marah dak?"
"Aku ni duk rindu2 kat si fulan ni, Allah tau dak? Dicatat dalam buku catatan amalan dak?"

Haa... Kalau ikutkan, dah rasa lali dah ngan cinta muda-mudi ni walaupun skang ni tak bercinta... Tau kenapa? Sebabnya cinta tu tak bawak ke mana pun.. Kalau bawak ke jinjang pelamin, alhamdulillah... No hal.. Tapi, kena ada kaedahnya... 

Nak lintas jalan, ada caranya.. Tengok dulu kiri kanan sama ada ada kereta or lori sebelum melintas kan... Kalau main redah ja, confirm kena langgar deh... kan jadi mati katak, ye dak? 

Dalam hidup ni kan ada peraturan hatta terhadap diri sendiri pun ada peraturan yang kita kena patuh.. 

Cuba tengok contoh perut. Bukan semua benda boleh hantam masuk ke dalam perut, right? Kalau dah kenyang, kena berhenti makan. Jangan duk sumbat ikut suka hati, kan? 
Kalau la perut tu boleh bercakap, confirm kena maki kot si tuan empunya badan... 
 "Amboih.....mu ni tau bubuh semua benda kat aku..ingat kita ni tong sampah ka hapa???" 

Mak aih..kalu cmtu, alamatnya tak melekat la perot kat badan kan?...hahaha ntah nak makan turun ke lubang mana ntah la...ish3.. 



Kesimpulannya la kan, kalau nak buat sesuatu tu, fikir seribu kali pun tak pa.. Cari orang2 yang dipercayai untuk tanya benda2 yang kadang tu ada yang anggap dia remeh... Cam Ckin, nak buat apa-apa mesti tanya Ckak or Abg Hai... baru kita tau sama ada apa yang kita buat tu betul or tak, ye dak? Tak semuanya kena ikut kepala sendiri dan main terjah ja.. 

Bila kita dah faham ngan konsep peraturan tu,baru kita akan berfikir dengan lebih matang. Tak salah pun nak minat kat somebody tu, tp ada tahapnya... Jangan sampai terpengaruh ngan syaitan... Kita tak sedar, kadang2 tu apa yang kita suka tu akan memberi keburukan kepada kita, sedangkan yang kita tak suka tu adalah lebih baik.. Ckin pun pernah minat seseorang dalam diam. It's better than kita bercouple right? Kalau ada jodoh, kita teruskan.. Kalau tak da, kita diam..n_n.. Biar hanya diri kita and Allah ja yang tau kan?.. 

Segala yang baik tu dari Allah, dan yang buruk tu adalah disabitkan dengan kesilapan dan kedhaifan diri Ckin sendiri...

Wallahua'lam

p/s : Bukanlah memilih sangat, cuma nak kena pastikan calon tu mesti seorang yg beriman.... 
Itu yg pnting...  =_=


Read more...

.:: Soalan Yahudi kpd Nabi Muhammad s.a.w. Ttg Solat ::.

Thursday, August 26, 2010

Assalamualaikum sahabat2 sekalian...


-- Yang mana satu kita? --

Memandangkan Ckin tak ada apa nak kongsi mengenai tazkirah Ramadhan semalam, Ckin plan nak post entri ni mengenai apa yang Ckin dah catit dalam buku Ckin...  Ckin ni jenis yang suka mencatat apa yang ustaz ataupun sesiapa pun yang bagi ceramah ataupun ilmu... Ilmu tu ibarat kuda, kita kena ikat dia, kalau tidak, dia akan lari jauh...n_n...

Banyak sangat.. Tapi, biarlah slow2 kan supaya  sahabat2 sekalian and Ckin dapat refresh balik ilmu22 yang penah kita dapat ataupun belum pernah kita dapat.. Illmu yang ada insyaAllah akan dikongsikan untuk sama-sama kita menambah ilmu yang ada.

Suatu hari pihak Yahudi bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w,
"Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang solat"

Nabi s.a.w. bersabda :
"Jagalah waktu-waktu solat terutama solat yang pertengahan, solat zohor, pada saat itu nyalanya api neraka Jahannam, orang mukmin yang mengerjakan solat pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahannam pada hari Qiamat
.
Sabda Rasulullah lagi :
"Manakala solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir"

Setelah itu Rasulullah s.a.w. membaca ayat yang bermaksud :

"Jagalah waktu-waktu solat terutama sekali solat yang pertengahan. Solat Maghrib itu adalah solat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan solat Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankannya. 

Solat Isyak (attammah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Qiamat, maka seorang mukmn yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isyak berjemaah, Allah s.w.t. mengharamkannya daripada terkena nyalanya api nereaka dan diberinya cahaya untuk meyeberangi titian sirath"

Sabda Rasulullah yang seterusnya,
"Solat Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah dua kebebasan iaitu : Dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan daripada nifaq (sifat munafiik).

Sahabat, fadhilat ataupun kelebihan kita dah tau kan?...
InsyaAllah mungkin lepas ni kita semua boleh jadikan ini sebagai semangat kepada kita untuk lebih istiqamah di jalannya...

p/s : Dlm hati ni semakin rasa takut dengan kematian....='(

Read more...

.:: Binatang Huraisy Memburu 5 Jenis Mangsanya ::.

Assalamualaikum...
Ckin nak berkongsi mengenai peringatan yang Ckin dah catat dalam buku sejak lama dulu.. Nak refresh balik minda ni dengan ilmu yg terlekat kat buku kan...n_n...


Pada hari Akhirat, akan keluar seekor binatang dari neraka yang digelar Huraisy berasal dari anak kala jengking.

Saiz panjangnya seperti jarak di antara langit dan bumi dan lebarnya pula seperti dari Barat ke Timur. Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s. berkata :

"Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan hendak mencari siapa?" Lalu kata Huraisy, aku mencari 5 jenis orang iaitu :

1) Orang yang tidak mengerjakan solat
2) Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat
3) Orang yang menderhakai ibu bapanya
4) Orang yang suka minum arak
5) Orang yang suka bercakap-cakap tentang hal dunia di dalam masjid

Segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk hanyalah dari kesilapan Ckin sendiri... Wallahua'lam.

Read more...

.:: JOM JOIN SPEED QUIZ Aiz Batu Campur! ::.

-- Click gambaq nih --

Assalamualaikum,,,,
Sahabat2! Jom join Speed Quiz Aiz Batu Campur..

Sebelum 10.30 pagi hari ini.. 

Cepat! Cepat! 

Kita meriahkan suasana Speed Quiz hari ini!


Read more...

.:: Tips Khatam Al-Quran ::.

Wednesday, August 25, 2010

Assalamualaikum... 

Hari ni nak berkongsi dengan sahabat2 sekalian mengenai kaedah nak khatam Al-Quran ikut kaedah yang betul untuk sahabat2 yang berniat nak khatam Al-Quran di bulan yang berkat ni... Ok, kena tengok step by step naa... 


1 Al-Quran = 30 juzu'.

1 Juzu' = lebih kurang 20 muka surat.

20 muka surat = 10 helai.

Then, cuba tengok kat bawah ni... Sahabat2 boleh la ikut kaedah ni..InsyaAllah niat nak khatam Quran akan tercapai...

1 waktu solat = 2 helai.

Sebelum solat = baca 1 helai.

Selepas solat = baca 1 helai.

Insya-Allah....dalam masa sehari kita dapat menghabiskan 1 Juzu'..
Bayangkan dalam sebulan ada 30 hari...Tiap2 hari kita baca 1 Juzu'
Insya-Allah kita boleh khatam Al-Quran dalam masa sebulan....

<< Panduan Bagi Sahabat >>

p/s : perkongsian..jangan disia-siakan...n_n...

Read more...

.:: Mendoakan Orang Bukan Islam ::.

Tuesday, August 24, 2010


Ckin nak sentuh ckit mengenai isu ni yang memang macam 'pisang goreng' hangat di pasaran. Kenapa isu ni dibangkitkan?.. Ustaz mempersoalkan kpd semua jemaah yang hadir di masjid malam tu.

Rasulullah pernah berdoa, 
"Ya Allah, Kau berikanlah hidayah kepada kedua Umar ini mahupun salah seorang daripadanya iaitu Umar Ibnu Hisham (Abu Jahal) dan Umar al-Khattab".

Selain itu, tidak ada salahnya sebab mendoakan agar mereka ini diberikan hidayah dan bukannya mendoakan keburukan pun. Masyarakat pada hari ini cukup ilmu, tapi kurang bijaksana. Sebab tu isu ini menjadi besar. Ustaz lain pun ada cakap jugak, bila jadi benda ni menyebabkan golongan ustaz sukar untuk ke masjid-masjid bagi tujuan berdakwah sbb nanti masyarakat hanya akan nampak bab politik saja.

Di dalam masjid, tidak terdapat bulan atau dacing atau sebarang bentuk khusus politik, tetapi di sinilah ukhwah perlu diwujudkan. Sekiranya terjadi perkara sebegini di masjid, bukankah ianya mendatangkan keburukan dan perspektif negatif kepada orang luar, kan?...

Ada yang hina agama kita, hina masjid, simbah cat merah di masjid, baling botol arak ke rumah ibadat kita, tapi masyarakat Islam still nak menyalahkan antara satu sama lain. Sepatutnya bukanlah mencari kesalahan sesama sendiri, tapi mencari jalan penyelesaian yang lebih baik. Tau dengan apa? Buang dulu sikap ego, takabbur dan sombong dalam diri tu. Itulah punca utama terjadinya masalah ni. Kalau sikap masyarakat Islam masih berterusan macam ni, alamatnya, sampai raya la still berbalah dan hari-hari masuk paper sbb isu ni. Nak publisiti kah?.... Fikir-fikirkan...

Wallahua'lam.

<< Ingat-Mengingati Sepanjang Ramadhan >>

p/s : ilmu kalau tak dikongsi, nak sumbang kat mana pulak kan?...sama-sama ambil ibrah..n_n..

Read more...

.:: Di Hadapan Allah, Nak Bagi Jugak Alasan? ::.




 Ustaz pun ada menggambarkan kepada semua jemaah bila terlalu banyak bagi alasan dan membandingkannya dengan Nabi-nabi yang terlebih dulu diuji daripada kita. Berikut adalah contoh yang digambarkan :

Saat di hadapan Allah, seorang lelaki menghadap Allah, lalu dia mengadu,

"Ya Allah, aku ni sakit banyak, sakit 3 serangkai (sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi), aku tak larat nak beribadah kepadaMu Ya Allah...."

Kemudian, Allah berkata, "Kamu kata kamu sakit kan? Terukkah?" 
Lalu Allah panggil Nabi Ayub.

"Wahai Ayyub, khabarkan kepada si fulan ini bagaimanakah kamu menghadapi ujian dulu?"

Jawab Nabi Ayyub, 
"Ya Allah, dulu aku ditimpa sakit selama 7 tahun. Aku mempunyai 12 orang anak, tetapi semuanya meninggal dunia. Penduduk kampungku menyisihkan aku dan isteriku juga lari dariku"

Ingat lagi kisah Nabi Ayyub? 
Haa.. Dulu Nabi Ayyub ditimpa dengan bermacam-macam penyakit yang teruk sperti kusta dan banyak lagi sehinggakan ada ulat yang memakan isi-isinya. Namun begitu, Nabi Ayyub tidak berdoa kepada Allah agar disembuhkan penyakitnya kerana merasakan dirinya tidak layak untuk memohon kepada Allah sebegitu rupa.

Ulat-ulat tu makan isi Nabi Ayyub sehingga tidak ada lagi isi yang boleh dimakan. Jibril meminta kepada Nabi Ayyub agar berdoa kepada Allah agar menyembuhkan penyakitnya, tetapi Nabi Ayyub tidak mahu. 
Nabi Ayyub hanya berdoa, 
" Ya Allah, jangan Kau biarkan ulat ini memakan lidahku kerana jika mereka memakan lidahku, aku tidak akan dapat berzikir lagi kepadaMu".


Begitu kuat Nabi Ayyub menghadapi dugaan. Kita? Subhanallah. Ternyata iman para Nabi sangat tinggi.

Di hadapan Allah juga, si fulan datang bertemu Allah dan berkata,

 "Ya Allah, aku mempunyai gedung perniagaan. Disebabkan itulah aku tidak sempat untuk beribadah kerana sibuk menguruskan hartaku.."

Lalu Allah memanggil Abdul Rahman bin Auf dan bertanya, 
"Wahai Abdul Rahman, ceritakan kepada si fulan mengenai kekayaanmu di dunia dulu".
Sewaktu Abdul Rahman bin Auf meninggal dunia, beliau telah meninggalkan 1000 ekor unta yang tiap seekor darinya adalah berharga RM3000. Beliau juga telah menyumbangkan hartanya ke jalan Islam. 

Imannya sudah tentulah iman yang tinggi. Ternyata tiada lagi alasan untuk dibandingkan dengan hamba Allah yang taat ini.

Datang pula si fulan yang mengaku dirinya sebagai penyanyi dan berkata,

"Ya Allah, dulu aku menjadi penyanyi. Aku sangat sibuk."
"Sedapkah suara kamu itu?"
"Sedap Ya Allah..."

Lalu Allah memanggil Nabi Daud dan bertanya, 
"Wahai Daud, adakah suara kamu merdu?"

Jawab Nabi Daud, "Ya, Ya Allah."
"Apa buktinya?..Khabarkan kepada si fulan ini"

"Ketika aku mengalunkan ayat dalam kitab Zabur, maka angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu akan berhenti, ombak yang menderu terus menjadi kecil di persisiran pantai dan benda yang terbang akan jatuh mendengarnya..."

Antara si fulan tadi dan Nabi Daud, siapa lebih hebat?... Nak bagi lagi alasan?...

Datang si fulan yang seterusnya, mengadu kepada Allah,

"Ya Allah, aku ini seorang pemimpin suatu ketika dulu. Aku sentiasa berada di dewan Parlimen bagi menguruskan urusan pentadbiran.."


"Betulkah kamu sibuk? 
Wahai Umar Al-Khattab, khabarkan keadaan kamu ketika kamu menjadi pemimpin dahulu kepada si fulan ini"

Umar, 
"Sewaktu aku menjadi pemimpin, aku hanya berteduh di bawah pohon kurma. Aku juga hanya menaiki keldai ketika itu. Pakaianku juga adalah seperti masyarakat yang lain."


Nampak?...Bertapa zuhudnya Umar Al-Khattab.

Diriwayatkan, pada suatu ketika dahulu, ketika Muawiyah menjadi pemimpin, beliau memakai pakaian besi yang cantik dan menaiki kenderaan yang diangkat oleh pengikut-pengikutnya. Tiba-tiba, beliau ternampak Umar Al-Khattab bersama-sama dengan rakyat biasa. Dia kenal dan meminta pengikutnya menurunkannya. Lalu, dia berlari pulang ke rumah dan menukar pakaiannya kepada baju biasa. Dia berjumpa dengan Umar Al-Khattab.

Muawiyah : Ya Umar, tadi kamu nampak aku kan? Aku sengaja memakai pakaian yang cantik-cantik itu agar pemimpin bukan Islam nampak pemimpin Islam juga hebat seperti mereka. 

Umar : Wahai Muawiyah, ingatlah, buatlah apa-apa saja di dunia ini, tetapi ingatlah juga yang kamu akan ditanya oleh Allah s.w.t. kelak apa yang kamu perbuat.

Muawiyah menangis mendengar kata-kata Umar tersebut dan dia mula insaf.

Begitu hebatnya pemimpin Islam yang sebenar-benarnya. Subhanallah... Terasa kerdil sangat diri ni...

Read more...

.:: Sambungan Tazkirah Ustaz Abdullah Khairi ::.

Assalamualaikum.. Sahabat2 sekalian macam mana? Dah baca Tazkirah Ustaz Abdullah Khairi yang Ckin post?... Haa.. kena la baca. Sbab apa? Bulan ni banyak2kan la cari sebanyak ilmu yg ada kan.. Bleh guna bila2 nanti... Rugi kalu tak baca.. Eh..Eh..Ckin lupa nak perkenalkan sapa sebenarnya Ustaz Abdullah Khairi ni..

-- Dulu Engineer, Sekarang Cikgu, Malam Ustaz --

Hmm.. Ada jugak gtau kat kawan-kawan lain ttg ilmu ni, tp masih ada yg tak kenal rupanya ustaz ni.. Haa..Ustaz ni femes kat bahagian utara nih.. Mungkin sbb tu orang kat sebelah selatan tak kenal sangat kan...hehe Tengok la gambar ustaz ni naa..mana tau kenal.. Kalu nak dengar sendiri suara ustaz ni, bleh la cari kat You Tube k.. Ok, nak sambung story...

Tidak Lain Hanyalah Untuk Menyembah Allah

Allah s.w.t. menyebut dalam kitab suci Al-Quran, "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadat kepadaKu". Bermaksud di sini, kita ni hanyalah hambaNya yang sangat lemah. Tak perlu kita nak bermegah-megah dengan apa yang kita ada sekarang ni. Setakat ilmu yang kita ada ni pun mungkin hanya ibarat debu kalu nak dibandingkan dengan ilmu Allah Taala. Kalau setakat nak sombong dan takabbur dengan apa yg kita ada pada hari ini, tunggulah... Mungkin dengan apa yang kita ada tu, bermaksud Allah ingin menguji kita???

Sekiranya ada perasaan yang macam tu, cepat-cepat 'Istighfar'.. Mintak ampun kepada Allah walaupun bukan dalam keadaan solat. Selalunya, nak tunggu solat Taubat, barulah nak mintak ampun dan maaf sedangkan istighfar boleh diucapkan di mana-mana hatta sedang menaiki kenderaan mahupun sedang berjalan.

"Hendaklah kamu solat sunat dua rakaat di tengah malam bagi cahaya di siang hari"

Kata-kata ni Ckin tak pasti ianya hadis ataupun tidak, tapi bekalkan siang kita itu dengan solat sunat di malam hari. Cakap memang mudah, tapi nak buat tu....Hmm.. Ckin pun sama jugak. Manusia biasa. Bukannya mampu nak bangun tahajjud di sepertiga malam tiap2 hari, tapi dugaan tu ada.. Kalu ikutkan, ramai yang akan memberi banyak alasan kan?... Tak terjaga, malas, mengantuk, tertidur balik and macam-macam lagi... Kadang tu, Allah nak bgi peluang untuk kita bangun di tengah malam, tapi disebabkan alasan-alasan macam ni lah yang buatkan kita tak buat, kan? Ckin pun jadi jugak macam tu. Pasni, kena lebih lagi berdoa agar Allah bantu kita untuk sama-sama bangun malam. Walaupun setakat 2 rakaat, jadi la.. Asalkan bangun and buat ckit-ckit... Kalu dah buat tiap-tiap hari, kan dah jadi tabiat bagi ktia. So, tidak ada kesusahan lagi la....n_n...

Nak Bagi Alasan Lagi??

Ckin nak berkongsi bayangan yang ustaz cuba sampaikan kepada kami para jemaah pada malam ustaz bagi tazkirah tu. Selepas keluar dari pintu Masjidil Haram, ustaz pun ajak jemaah yang pergi umrah tu untuk mendaiki Jabal Nur. Namun, pelbagai alasan yang timbul.

" Ustaz, sakit lutut la..."
"Ustaz, penatla..."
"Ustaz, takut jatuhla..."

Lastly, bila dah jadi macam tu, ustaz mula memberi tazkirah... Tujuannya? Untuk menaikkan semangat pahlawan Islam le... Then, terdapat 26 orang jemaah yang terdiri daripada golongan muda yang nak ikut ustaz naik ke Jabal Nur. Dengan semangatnya, ajak ustaz naik ke atas. Setiap seorang membawa 4 botol air sebagai bekal sepanjang pendakian. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, Jabal Nur mempunyai 4 peringkat perhentian dan sekarang ni dah ada tangga bagi memudahkan jemaah ke sana. Jabal Nur bukan macam bukit biasa, tapi dia agak mencuram. Macam tu lah seperti yang digambarkan oleh ustaz.
Macam menarik kan?...

Bila dah mulakan pendakian, orang-orang muda ni bersemangat berkobar-kobar la kan. So, mereka ni pun berjalan dengan laju dan dikategorikan agak tergesa-gesa. Bila sampai di perhentian yang pertama, group muda ni mintak nak berhenti rehat selama 5 minit kat ustaz. Ustaz pun cakap, ok lah.. Rehat sat. Minum air habis dua botol. Baru di perhentian yang pertama kan?...
-- sekadar hiasan --

Sebelum tu, ada sorang pakcik ni juga bangsa Arab, naik jugak ke atas Jabal Nur tu dengan menggunakan tongkat. Dia naik satu demi satu tangga tu. Istiqamah ja. Tak berhenti langsung. Bila group jemaah muda ni berehat, mereka pun nampak pakcik ni berjalan dengan gaya yang maintain ja...

Pelik..

Pastu, ustaz pun cakap kat jemaah muda,
 "Tu, cuba tengok! Pakcik tu tadi jalan dengan kita. La ni dia dah potong hampa. Apalah, umur hampa muda lagi, tapi dah tak larat!" 

Nada kuat suara ustaz ni..n_n.. Pastu, group jemaah ni rasa semangat lagi la... cakap kat ustaz, "Ok Ustaz. Jom! Kami semangat nih..."

Pastu mereka pun naik lagi sekali, bila naik terlalu laju, badan jadi penat sbb Jabal Nur mmg mencuram walaupun ada tangga. Group ni suka bila dapat potong pakcik tadi tu sbb tadi kan dah kalah. Tapi, bila semakin hampir dengan peringkat bukit yang kedua, mereka jadi penat kembali. Mintak kat ustaz nak berehat lagi 5 minit. Mereka pun berhenti. Habis dah 4 botol air. Memang tak ada simpanan lagi. Dalam kalangan group tadi, ustaz la yang paling tua iaitu 43 tahun. Yang lain mungkin hanya sekitar 30-an. Muda la tu... Tapi, disebabkan terlalu laju, banyak tenaga habis.

Sedang duduk berehat, sekali lagi mereka ternampak pakcik tadi melalui jalan yang sama. Mereka terkejut! Pakcik ni tak berhenti langsung. Kemudian, ustaz memanggil pakcik ni dan bersembang (in Arabic) dengan pakcik ni.

Ustaz : Pakcik nama apa?
Pakcik : Namaku Abdul Hamid.

Ustaz : Pakcik umur berapa?
Pakcik : Cuba teka?

Ustaz : Sitteen (60 thn)?
Pakcik : Tidak..Tidak..

Ustaz : Sab'in (70 thun)?
Pakcik : La'..La' (Tidak..Tidak..)

Ustaz : 75 ?
Pakcik : Tidak..Tidak..

Ustaz : Umur pakcik ni berapa sbenarnya?
Pakcik : Umur pakcik adalah 81 tahun.

Ustaz : Subhanallah... Pakcik mampu menaiki Jabal Nur ni dengan tanpa rehat, tapi kami yang masih muda ni tak mampu lagi... Pakcik selalukah naik Jabal Nur ni?...
Pakcik : Pakcik tidak lah kuat sangat, pakcik tidak la naik tiap-tiap hari, cuma naik seminggu sekali saja.

Ustaz : Subhanallah.. Dahsyat pakcik ni.. 
Pakcik : Pakcik tidaklah dahsyat.. Tapi, masih ingatkah lagi dengan seorang wanita yang muda 13 tahun dari usia Nabi iaitu sewaktu umurnya 55 tahun, dia menaiki Jabal Nur ni sehari dua kali. Waktu tu, tidak ada tangga macam sekarang. Kenalkah kamu dengan wanita ini?

Ustaz : Ya pakcik, saya kenal. Dia ialah Khadijah Khuwailid. (Meleh air mata keinsafan)

Apabila ustaz berpaling ke belakang, ustaz tengok semua jemaah yang ikut pendakian tu turut menangis dengan air mata keinsafan. Kemudian, ustaz memberi lagi tazkirah kepada semua jemaah yang hadir.

"Wahai jemaah sekalian, adakah kali ini kamu mahu naik semata-mata dengan kekuatan yang kamu ada?" 
"Tidak ustaz... Kami nak naik kali ini ke puncak sebab kami sayang Nabi."
"Ok,jom! Kita gerak sekarang.."

Akhirnya, sampai juga group jemaah ni ke puncak. Ustaz pun memberi lagi tazkirah. Di sinilah Rasulullah beruzlah tatkala menghadapi masalah suatu ketika dulu... Sekali lagi air mata keinsafan jatuh disebabkan insaf akan kekerdilan diri.

Read more...

.:: Tazkirah Ustaz Abdullah Khairi ::.

Monday, August 23, 2010

Assalamualaikum..macam  mana dengan iman sahabat2 sekalian? Puasa ok? Dah 'syahid' puasa ka?..
Ok, hari ni Ckin nak cerita cket mengenai ilmu yang Ckin dapat semalam di Masjid Jamek An-Najah. Tau x sapa yang mai bagi ceramah semalam? Haa.. Nama ustaz ni ialah Ustaz Abdullah Khairi. Ustaz ni kalu bagi cermah mmg sangat menyentuh dan sedikit sebanyak memberi motivasi kepada diri kita. Tak percaya? Boleh search kat You-Tube k..n_n..

Semalam, ustaz memulakan ceramah beliau dengan sebuah kisah antara Abu Dzar dan Rasulullah s.a.w. Terjadilah dialog antara mereka berdua. Rasulullah bertanya, "Wahai Abu Dzar, apabila kamu melalui satu perjalanan yang jauh, adakah kamu akan membawa bekal? Jawab Abu Dzar, "Ya Rasulullah, sudah semestinya" Tanya Nabi lagi, "Adakah kamu sudah menyediakan bekalanmu ke akhirat? Mahukah jika aku khabarkan kpd kamu bekal itu?" Jawab Abu Dzar, "Berpuasalah kamu di siang hari yang sangat terik".


Tingkatkan Keimanan, Mengharap Keredhaan Allah dan Jangan Sombong

"Sekiranya kamu menjaga Allah, pasti Allah akan menjaga kamu".

Begitulah seperti yang diungkapkan oleh ustaz semalam. Terkesankah di hati kita ni mengenai barakahnya Ramadhan dan bertapa pentingnya Ramadhan? Perlu diingatkan, jangan ada sikap takabbur mahupun sombong dalam diri kita tambah2 di bulan yang mulia ini. Waktu di bulan inilah kita mahu mencari sebanyak  mungkin bekal bagi menuju di akhirat sana. Ckin nak berkongsi cerita mengenai kisah Iblis sewaktu suatu ketika dahulu.

Iblis vs Azazil

Pada suatu ketika dulu, Iblis merupakan ulamak kepada seluruh malaikat dan namanya yang sebenar adalah Azazil. Haa..ramai yang tak tau kan?.. Ceritanya mula macam ni.. Dulu, telah dikhabarkan kepada mereka yang berada di syurga bahawa ada seorang manusia yang akan dikeluarkan daripada syurga. Jadi, kesemua penduduk syurga ni memaklumkan kepada Azazil(Iblis) ini.

Mereka berkata,
 "Wahai guru kami, tolong doakan kepada kami agar kami bukanlah terdiri daripada golongan yang akan dikeluarkan daripada syurga ini"

Lalu, Azazil pun mendoakan setiap orang yang berada di dalam syurga agar penduduk di sini tidak akan dikeluarkan darinya. Tapi, kesilapan yang telah dilakukan oleh Azazil ini adalah apabila dia tidak mendoakan dirinya sendiri. "Yalah, mana mungkin aku akan mendoakan diri aku sendiri kerana aku ini adalah ulamak kepada seluruh malaikat". Nampak? Itu tandanya sikap takabbur ada di dalam dirinya. Maka, dialah yang terkeluar daripada syurga tu...

Rombongan Umrah Beri Hidayah Kepada Tiga Insan

Ckin nak berkongsi jugak pengalaman ustaz yang baru saja menguruskan pakej rombongan umrah ke Masjidil Haram. Ustaz ke sana dengan membawa 89 orang jemaah termasuk ustaz jadi 90 la kan. Pastu, ustaz pun cakap bukan semua yang pergi ke sana ni adalah orang yang baik-baik, maksudnya yang pergi ni ialah orang yang pernah mmpunyai masalah yang agak kritikal dan mempunyai kisah silam yang agak terlampau.

Terdapat 3 kes yang pernah berlaku dan insan-insan ini ingin bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat.

Insan yang pertama ialah seorang yang kaki pukul. Di tangannya ada tatu 'Scorpion' yang memang besar. Mula-mula tu ustaz terkejut, tapi insan tu cakap kat ustaz, "Ustaz jangan tanya apa-apa. Dulu saya ni kaki pukul dan tatu ni mmg ada di badan saya. Bolehkah saya nampak kaabah ustaz?..."
Jawab ustaz, "InsyaAllah, doalah dan mintalah kepada Allah supaya kamu nampak..."

Insan kedua, seorang lelaki datang berjumpa dengan ustaz. Dulu insan kedua ni pernah diajak beberapa kali oleh ustaz utk join sama pegi umrah ni, sbb dia ni jenis yang berkemampuan. Duit banyak. Suatu hari, dia jumpa ustaz and cakap kat ustaz yang dia nak join trip kali ni. Waktu tu bulan 1. Ustaz pun cakap kat insan ni yang rombongan seterusnya akan bertolak pada bulan 6, dia pun kata ok. Lalu, dia bagi wang pendahuluan RM1000 berserta dengan pasport kat ustaz. Ustaz terkejut. Dalam tu hanya ada dua tempat dia pi. Kalu tak silap  ke Thailand and satu lagi tak ingt dah.. Lelaki ni pun cakap kat ustaz, "Ustaz, dulu saya ni kaki perempuan. Tapi saya nak bertaubat. Bolehkah saya nampak kaabah ustaz?..."
Jawab ustaz, "InsyaAllah boleh. Berdoalah kepada Allah..."

Insan ketiga. Permulaannya, insan ni jemput ustaz datang ke rumahnya untuk baca Yasin. Pastu, lepas habis baca dia panggil ustz ke satu sudut ni. Dia cakap, "Ustaz, malam ni baru saya berhenti." Ustaz jadi pelik. Berhenti? Dari apa? Jawab insan ketiga ni, "Ustaz, saya ni dah hisap ganja selama 30 tahun. Malam ni baru berhenti....Bolehkah saya lihat kaabah ustaz?" Jawapan yang sama diberikan kepada dia, "Berdoalah kepada Allah.."

Ustaz mula mengorak langkah dan stiap kali ada peluang walaupun sedikit, ustaz akan memberi tazkirah bagi memberi semangat kepada insan-insan yang mengikuti rombongan kali ini hatta di dalam kapal terbang mahupun di dalam bas. Tujuan ustaz? Untuk mem'basuh' kembali hati-hati mereka ini.

Jangan Sombong

Sebelum memasuki pintu Masjidil Haram, ustaz berpesan kepada seluruh jemaah yang ikut tu, "Pastikan kamu buang segala perasaan bangga diri, sombong dan takabbur dari dalam diri kamu. Jangan biar ada lagi dalam hati kamu. Sekiranya ada, istighfarlah. Moga-moga kamu akan diampunkan..." Semua jamaah mengikut stiap apa yang ustaz gtau agar tidak terlepas dari kebaikan yang akan diterima. Tetapi, ustaz tiba-tiba sedar yang ada sorang daripada jemaah tu tertinggal di belakang.

Bila dah cari tu, ustaz ternampak sorang makcik ni. Dia baru datang ke tmpat jemaah. Ustaz tanya, "Makcik..mai sini. Awat makcik tak ikut saya?" Balas makcik tu, "Ustaz, makcik dah mai sini 5 kali. Takkan tak tau jalan balik kot?..." Ustaz jawab, "Makcik, saya dah pesan, jangan ada sikit pun perasaan takbur dalam diri. Ingat tu..." Makcik pun cakap, "Takpa ustaz, ustaz bawak

dulu depa ni pi.. Sat lagi makcik menyusul.." Ustaz pun kata ok dan pi dekat jemaah yg tinggal lagi 88 orang..  Ustaz ingatkan lagi sekali kat jemaah tu dan pesan kat semua supaya tunduk dan berjalan masuk ke dalam pintu Masjidil Haram dengan wajah Kaabah terpampang di mata stiap jemaah.. Meleleh air mata semua jemaah tatkala melihat Kaabah yang tersergam hatta dah pegi banyak kali pun ttp mengalirkan air mata menginsafi kekerdilan diri..

Proses seterusnya adalah pergi tawaf kemudian ustaz menunggu semua jemaah di satu sudut berdekatan dengan Hajarul Aswad. Di situ, adalah tempat yang paling mustajab apabila berdoa. Ketiga-tiga insan tadi jumpa ustaz dan ustaz suruh depa ni berdoa. Ustaz cakap, "Doalah dan mintak ampun daripada Allah. Sebutkan dosa dan mintak ampun..." "Kalau dengar dosa-dosa yang disebutkan, kita pun terkejut sbb tak terlintas pun di fikiran kita untuk buat benda tu..."kata ustaz..n_n..

Allah Tutup Pintu Rumah-Nya

Pastu, dah selesai semua, ustaz pun ajak jemaah balik. Tiba-tiba, ustaz tengok makcik ni duk jalan dari satu tempat ke satu tempat berulang kali. Pastu ustaz tu pun panggil makcik tu and tanya makcik tu nak pi mana? Makcik tu tanya, "Ustaz,mana jalan keluar? Makcik tak jumpa jalan keluar..." Ustaz pun bertanya, "Makcik, makcik ada buat salah dengan Allah?" Makcik tu pun jawab, "Ya ustaz...makcik sombong..." Ustaz pun suruh makcik tu pi kat tempat yang mustajab doa berhampiran hajarul aswad tu and suruh makcik tu mintak ampun daripada Allah... Makcik tu pun pi sana.. Menangis dan kesal atas dosa-dosa lalu.. Setengah jam kemudian, makcik tu pun jumpa ustaz dan ustaz pun tanya, "Makcik,makcik nampak tak pintu keluar tu?..." Makcik tu cakap ya dan setelah keluar, dia berdiri dekat pintu tu and menangis puas-puas atas keslahan yang makcik tu dah buat... Teresak-esak dengan kesalahan sendiri...  Begitulah kisah dari siri pertama.. InsyaAllah Ckin akan sambung esok dengan perkongsian ni... Wallahua'lam.

p/s : Esok... Jangan Memberi Banyak Alasan...n_n...

Read more...

.:: Tazk. Rmdhn 9 - 7 Perkara Anugerah Allah Bg Musyahidin ::.

Friday, August 20, 2010

Assalamualaikum...

Ckin sempat nak post something sebagai perkongsian pada hari ni.. Alhamdulillah semalam Ckin dpt ilmu dlm tazkirah pada harii ke 9 puasa.. Tau apa jadi smalam? Haa..sangat menduga iman sbb balik dari masjid semalam dlm keadaan hujan lebat smbil bawak motor pulak tu..hmm sakit muka ni tau kena ujan...memang ketaq abih la badan nih..huhu hanya Allah yang tau bertapa sejuknya Ckin semalam.. pastu, risau bab jalan jadi tak clear dengan hujan menyebabkan spek jadi kelabu and berwap..hmm tau tak semalam Ckin bawak motor dengan kelajuan 20 km/j... Sebab seriously tak nampak dah jalan tu..

Tapi, apa-apa pun, Ckin masih ada ilmu yang nak dikongsi bersama dengan sahabat2 sekalian..
Tazkirah semalam disampaikan oleh seorang tabligh. Memang lantang sangat ustaz ni bercakap. kalau mengantuk pun, confirm akan terjaga sampai habis tazkirahnya ni...

Rasulullah s.a.w. bersabda :
Sesungguhnya bagi orang yang mati syahid khususnya dalam Perang Badar Kubra yang berlaku dalam bulan Ramadhan, Allah menjanjikan bagi mereka ini 7 perkara :

1) Diampunkan dosa-dosa pada titik pertama darah yang jatuh ke Bumi
2) Allah menampakkan gambaran tempat kediaman mereka di syurga
3) Allah hiaskan mereka dengan hiasan iman yang sempurna
4) Diselamatkan daripada azab kubur dan dilindungi dari rasa takut pada hari Qiamat
5) Allah meletakkan di atas kepalanya mahkota yang di atasnya ada batu permata dari manikam.
   (1 batu di atasnya adalah lebih baik dari dunia dan seisinya)
6) Allah mengahwinkan mereka dengan 72 isteri daripada bidadari yang berwajah jelita
7) Mereka boleh memberi syafaat kepada 70 orang dari kaum kerabatnya.

Beruntung kan?... Cuba tengok balik kelebihan-kelebihan yang mereka dapat ni... Perasan tak bila golongan syahid fi sabilillh mati, muka merka pasti mengukir senyuman seolah-olah mereka bahagia..Mungkin mereka dah nampak syurga yang dijanjikan?.. Wallahua'lam.

p/s : Hari ni Ckin tak bercerita sbb tak da mood... tapi,harap2 sahabat2 faham..n_n..

Read more...

.:: Patutkah?! Planning Menuju Kemurkaan Allah.. ::.

Thursday, August 19, 2010



-- Perlukah sampai macam ni sekali?? --
sila 'click' kat gambar kalu tak nampak..


Assalamualaikum..sahabat2 sekalian...
Baru sempat nak post something, just nak share... Tadi 'key-in' data student yang tak dapat bantuan ke IPTA.. Bnda ni amik dari kawan Ckin yang pernah tengok fb budak ni.. Pastu lak, skang ni fb dak ni dah tak ada sbb dah kena block.. Cuma rasa kesal dgn sikap dia yang mmg sgt memalukan.. Menghina agama sendiri... Mungkin skarang Allah biarkan dia masih berlegar di atas muka Bumi ni, tp suatu hari pasti dia kena.. 

Tiap manusia yang melakukan kesilapan takkan terlepas dari azab Allah yang sgt pedih kan... Ckin doakan agar Allah akan buka pintu hati dia semula untuk terima agama Islam ni dengan petunjuk yang Allah nak bagi.. Kita tak mampu nak paksa dia berubah, sbb hidayah tu hanya mililk Allah... Hanya Dia berhak menentukan apa yang akan terjadi di muka Bumi ni..

Pesan Ckin, peganglah agama Islam ni walaupun ada 'parasit' yang berkeliaran atas muka Bumi ni..Jangan biarkan 'nafsu' suruhan syaitan membelenggu diri kita yang masih mentah akan ilmu agama ni... Memang senang nak buat jahat, tapi dengan kejahatan tu lah yang akan menjerumuskan kita ke neraka Jahannam.. Mau ka??? Zaman sekarang tak perlu lagi nak 'tepuk dada tanya iman' tapi kena lebih advance dengan bertanya diri sendiri depan cermin tu.. Selama hidup ni, cukupkah amalan kita untuk membuatkan kita terlepas dari azab nerakan dan menuju sepantas kilat menuju ke syurga...??? 

Bukannya dengan menghina agama sendiri di hadapan orang lain...Waktu tu, syaitan hanya akan ketawa terkekehkekeh tengok manusia yang hilang keimanannya... Mesti 'dia' siap guling-guling lagi kat 'istana' dia...kan? sbb apa? sbb manusia dah msuk 'perangkap' dia.. Haa.. yang ni kita tak mau and perlu dielakkan... 

Kalu betul kita ni nak msuk syurga, fikir balik :

" Aku pakai baju ketat tak?"
"Aku main bola pakai seluar pendek tak?"
"Aku ni solat cukup 5 waktu tak?"
"Aku ni duk keluar dengan awek aku pegang2 tak?"
"Aku ni bila jalan kat mana-mana mata aku tengok tak perempuan seksi?"
"Aku ni dah cukup jaga aurat aku kah?"

Haa.. Renung balik.. jangan duk membuta-tuli je bila dah nak buat something tu.. Pikir balik 'faedah' ataupun 'income' yang kita dapat tu.. Mampukah nak 'top-up' saham kat akhirat nanti?

Cuba tengok budak kat atas tu, dia siap nak buat draf lagi nak tunaikan cita-cita dia... Niat dia nak kumpulkan pengikut banyak mana?... Siap nak buat Hari Qiamat lagi... 

Prasan tak, selalunya geng ajaran sesat ni akan ramai pengikut dan dengan 'agama' sesat tu mampu nak tundukkan masyarakat yang berpelajaran tinggi dan berpengetahuan?.. Haaa.. tau kenapa? Ckin pernah dengar dalam ceramah, tujuannya Allah nak biarkan mereka berada dlm kesesatan.  Bila jadi macam tu, depa tu akan lagi percaya dengan 'ajaran' depa...kan?

Moga sahabat2 sekalian amik iktibar ataupun ibrah dari apa yang berlaku pada hari ini.. Jangan setakat bersenang-lenang dengan kehidupan yang sementara ni... Ya la, tak mau pikir sangat kan?... Kena gak pikir walaupun bukan jadi kat kita, tapi bakal mangsanya nanti sapa?... Fikirkan kembali dan renung apa yang sepatutnya kita buat... 

Wallahua'lam. 

p/s : Kat mana pun kita ada, iman tu mesti ada dlm hati. .(trade-mark Ckin).


Read more...

.:: Kanak-kanak Hilang! Tolong Sebarkan.. ::.

Wednesday, August 18, 2010

Kanak-kanak hilang lagi. Dekat area JB. Tolong ye kawan-kawan blogger sebar-sebarkan. Mana tau ada yang ternampak, terjumpe budak ni. Kesian mak ayah dia ni, mesti risau sesangat. Budak ni pun kesian kita tak tau ape nasib dia sekarang kan. Bulan-bulan puasa macam ni..humm..

WAN NUR FADHILAH ANUM BT WAN BUDIMAN

Dear Friend,

Please help ~!

NAME : WAN NUR FADHILAH ANUM BT WAN BUDIMAN
AGE : 7 YEARS OLD
LAST SEE AT : SEKOLAH AGAMA BERSEPADU (SRAB), JOHOR TOWN
TIME : 5 PM
MISSING DATE : 13/08/2010
CLOTHES : SCHOOL UNIFORM, BROWN BAG & SMALL PINK BAG
REFER TO SCHOOL GUARD, HE SAW THIS GIRL ENTER A PROTON ISWARA IN WHITE COLOUR

Regards,
Daniel Leyong
Personal Assistant
Lima Bintang Logistics Sdn Bhd
PTD 41365, Jalan Idaman 3/2,
Senai Industrial Park, Taman Desa Idaman,
81400 Senai Johor, Malaysia

Tel:+607-5987687 Ext:124
Fax:+607-5990570
H/P:+6012-7813117

Email :daniel@lblgh.com

Sumber : Tentang Hidup

Read more...

.:: Ilmu Baru! Nak Buka FB Yg Dah Di block' ?? ::.

Assalamualaikum.. 
Haa..rasa excited nak taip entri nih.. Tau apa benda tu?? 
Tadi sembang2 ngan Kak Izan, then tanya la, "Kak Izan, camna Encik Faiz buka fb kat pc dia nih? kami nak buka gak.." Pastu Kak Izan cakap, boleh buka tapi kena tambah 's'..hmm? 's' apa pulak ni? pastu, Ckin tak putus asa..search dlm google banyak kali, and tetiba dapat msuk dalam satu blog nih..tapi tak ingat la pulak blog mana... Meh nak ajar bagi yang tak tau, bagi yang tau, anggap ni ilmu kedua yer..hehe 


1) Bila dah company 'block' fb, and time kita search, akan kuar pic ni.huhu




2) Pastu pulak, cuba tengok kat web address tu, hanya perlu tambah 's' mcm kat bawah ni ...n_n...




3) Then, baru tekan 'enter' and dah boleh buka kan?...ngehehe ilmu baru..takkan disia-siakan nih...hasilnya...




Yang di atas hanyalah contoh...hehe selamat mencuba..n_n..


p/s : yg sikit renyah(pyh) tu bila tiap2 kali kena tambah 's', tapi i'm ok with it.. Puas.

Read more...

Nak Dapat Zuriat Yang Soleh Solehah Tak?


Asssalamualaikum..

Actually, Ckin nak kongsi apa yang Ckin dengar waktu dengar ceramah dari ustazah Siti Norbahyah tentang amalan sebelum, semasa dan selepas mengandung.  Nak buat step by step bab tak mau bebankan sahabat2 sekalian utk baca nih.  Knapa Ckin pilih tajuk ni?  Padahal bukan nak kawen lagi kan?  Setiap lelaki dan perempuan pasti akan melalui detik-detik sebagai bakal seorang ibu dan bapa kan?  Jadi, inilah persediaannya.  ^_^

Tak salahkan kalau kita sediakan payung sebelum hujan...  Am I right?  
Bak kata Pi'e dalam crita Anak Mami The Movie, 

"Takkan waktu nak berak baru nak korek lubang?" 

So, untuk sesiapa yang cuba-cuba berkahwin, akan berkahwin, nak berkahwin hatta dah berkahwin tapi nak tambah anak lagi, WAJIB baca dan dalami ni tau.  Sebabnya penting.  Persediaan ke arah mendapat zuriat yang diimpikan.  Kalau sahabat sekalian rasa nak anak yang fikirannya cerdik, hatinya bersih, dan jiwanya kental dengan ilmu agama, jom kita tengok and fikir bersama-sama.  Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan Ckin sendiri.



1) Berdoa Agar Dikurniakan Jodoh Yang Baik

Haa..  Ini merupakan perkara paling utama untuk setiap insan di muka bumi ni yang mengimpikan rumah tangga bahagia.  Bak kata, Rumahku Syurgaku.  Nak dapat mahligai sakinah iaitu mahligai ketenangan dan juga nak lahirkan generasi yang baik dan sihat tubuh badan dan dapat berbakti kepada diri kita and so on..(banyak sungguh 'and'..n_n.) Mesti la bermula dengan doa. Right? 

Chup! Chup! Bila nak berdoa ni??  

Sahabat, kita kena mula doa dari sekarang, takkan esok nak kawen baru nak berdoa pulak kan?  Itulah yang dikatakan, 'Sediakan payung sebelum hujan'.  Jangan mintak kat Allah secara 'on the spot'.  Kalau kita ni org yang betul-betul beriman, bolehlah Allah nak kabulkan secara 'on the spot' kan?  Ni tak, iman pun stakat senipis kulit bawang, entah-entah lagi nipis kot.  =_=   So, kna la mintak awal-awal kan?  Mcm tu jugak kalau nak mintak keja, kena mtk dari mula2.  Kena la hantar 'resume' yg menarik, time interviuw, kena pakai kemas-kemas,kan?  Takkan mintak hari ni, esok lusa bleh dapat?..  Fikir-fikirkan naa... ^_^

Ok, ustazah Siti Norbahyah ada bagi doa ni time Ckin dengar ceramah beliau minggu lepas.  Satu malam, habis 6 episod sembang bab amalan mengandung je.  Tapi, bukan mengandung je, banyak lagi yang Ckin dapat.  Sahabat sekalian bolehlah amalkan doa ni sebagai permulaan nak dapat jdoh yang baik.

"Inni roaitu ahada 'asyaro kaukaba wa syamsa wal qomaro roaituhum lisajidin"
Kemudian, niat dalam hati :
"Ya Allah, sekiranya jodohku ini jauh, maka dekatkanlah, sekiranya jodohku ini sukar, permudahkanlah, pertemukanlah aku dengan jodoh yang soleh dan solehah.
Amalkan doa ini. InsyaAllah, akan dipermudahkan oleh Allah. 
(Ckin memang dah amalkan doa ni.  Alhamdulillah dapat...  ^_^)


2) Pilih Pasangan Yang Soleh dan Solehah

Sebelum tu, Ckin nak buka dulu dengan cerita yang mungkin boleh jadi pengajaran buat kita. Ckin suka bercerita dan tak mau skema-skema sangat.

Pada suatu hari, seorang lelaki datang berjumpa dengan Saidina Hassan bin Ali dan bertanya kepadanya. 

"Wahai Saidina Hassan, aku mempunyai seorang anak perempuan dan aku mahu mengahwinkannya. Tapi, aku tak tahu dengan siapa aku mahu mengahwinkannya.." 

Lalu, jawab Hassan, "Sekiranya kamu mempunyai anak perempuan, maka kahwinkanlah dia dengan seseorang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Sekiranya dia cintakan Allah, pasti dia akan menyayangi anak perempuanmu itu. 

Dalam suatu hadis Nabi juga ada menyatakan cara-cara untuk mencari jodoh sebelum berkahwin.

"Seseorang wanita dipinang berdasarkan empat perkara iaitu berdasarkan hartanya, keturunannya, kecantikan dan juga agamanya. Maka, pilihlah berdasarkan agamanya nescaya akan kamu akan beroleh kebahagiaan.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



3) Doa Dijauhkan Dari Syaitan

Daripada Ibnu Abbas, beliau meriwayatkan,

"Apabila seseorang dari kamu ingin mendatangi isterinya, maka mereka berdoa agar dijauhkan dari gangguan syaitan dengan doa : 

"Ya Allah, jauhkanlah hubungan kami ini dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak ini".

Sekiranya kamu ingin melakukan hubungan kelamin bersama isteri kamu, maka bacalah doa ini.

"Bismillahi allahumma jannibna syaiton wa jannibi syaiton ma rozaqtana"

Dengan nama Allah jauhkanlah hubungan kami ini daripada gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada rezeki yakni daripada anak yang Engkau kurniakan kepada kami.

InsyaAllah syaitan tidak akan menganggu anak-anak yang lahir ini selama-lamanya. Ini merupakan hadis Nabi. Dan ianya sohih. Perkara yang lebih utama adalah sahabat sekalian mesti yakin dengan janji Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman..

Suami isteri jugak kena menjaga rahsia hubungan kelamin suami isteri dan HARAM mendedahkan kepada orang lain hatta kepada keluarga sendiri.  Ingat tu! 

Nabi turut bersabda : 

"Seburuk-buruk manusia di hadapan Allah ketika di Padang Mahsyar ialah suami isteri yang mendedahkan hubungan kelamin di hadapan orang lain.

Sudah terang lagi bersuluh, kalau sahabat sekalian sanggup nak tanggung malu, falyatafaddhol masykuro (dengan segala hormatnya dipersilakan)...


4) Jangan Banyak Buat Benda Tak Elok

Kalau ikutkan la tajuk ni terlalu umum kan, so Ckin nak explain apa benda yang tak elok tu kan?

Kita tengok step by step... Ini adalah menurut kajian Pakar Psikologi Islam.

4.1 Ibu bapa yang banyak bergaduh akan melahirkan anak-anak yang panas baran tau.  
Kiranya pas kawen ni jangan la selalu bergaduh hatta untuk sekecik2 perkara.  Berbincang kan lebih bagus.  ^_^ Sebabnya, anak dalam perut tu dengar.  Dia akan ikut sikap mak ayah dia.  Nak ke anak kita jadi panas baran?  Penat2 la si mak ni beranak kat anak tu, dengan sakitnya.  Kasihan kan?

4.2 Sebaliknya, menurut kajian, ibu bapa yang suka bersedekah akan melahirkan anak-anak yang mempunyai jiwa yang lembut sbb mak ayahnya ada jiwa yang pengasih.  Jadi, banyak-banyakkanlah bersedekah dan buat benda-benda yang baik naa...  Untuk siapa?   Untuk anak kita jugak kan?..

4.3 Selain itu, ibu yang mengidam benda yang pelik-pelik dan buruk-buruk, itu tandanya anak-anak tu akan ada akhlak yang tak berapa bagus.  Hmm?  Apa pandangan sahabat-sahabat sekalian?  Kadang tu, sampai si suami pun mengidam..  Dahsyat kan? 

4.4 Menurut kajian lagi, ibu yang rajin solat (solat sunat wajib dan sunat), anak-anak yang bakal lahir tu akan senang mendapat hidayah.  Pintu hatinya senang nak masuk ngan ilmu agama.

4.5 Sebaliknya, bagi ibu bapa yang malas solat, main kayu tiga, akan melahirkan anak-anak yang gemar melakukan maksiat. 

Petandanya di sini, sebelum kita dapat jodoh, ada caranya, kena mintak dari Allah, kena yakin dengan janji Allah dan juga kena berusaha. Dan bukannya setakat berzikir di atas tikar sejadah. Gedebuk!  Jatuh jodoh untuk kita..  Kan mustahil tu...  ^_^

Nak dapat zuriat yang soleh dan solehah, kita kena cari pasangan yang soleh dan solehah kan?..  Jadikan panduan di atas untuk masa depan kita.  InsyaAllah akan bersambung lagi dengan fakta dan ilmu yang lebih menarik.  Jumpa lagi! Wallahua'lam.  ^_^



p/s : Selangkah demi selangkah menggapai mahligai kebahagiaan ^_^

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP