Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

.:: Kad Kenduri. Ada Sikit Kesilapan... ::.

Friday, October 29, 2010

Assalamualaikum... 
Sahabat2 sekalian.. Moga sentiasa dlm limpah rahmat Allah selalu naa..

Hari ni Ckin sengaja pilih tajuk pasal bab kad kenduri sbbnya minggu ni duk nampak2 kad kenduri ja. Why? Ada la tu.. Eh! Tu bukan kad kenduri Ckin naa.. Bukan ckin nak kawin lagi..hehe
Tapi cuma nak mencetuskan sedikit permasalahan yang timbul dlm pencetakan kad kenduri ni. 

Kat rumah, ternampak la kad kenduri dari orang kampung and ada lagi tadi dpt kad  daripada sorang staf kat PDTSPT ni. Act, Ckin jaga tempat s/u kat cni sbbnya Chik Sabariah tu gi ziarah mayat...

Sambil2 tu, Ckin belek2 la kad kenduri tu.

 Mula2 tengok nama pasangan pengantin, then tengok alamat sbb nak tengok Ckin kenal x orang yg nak kahwin tu... Then tengok lak kat kata2 indah yang disisipkan atas kad tu.

 Hmm.. Ada masalah ni.

Ok..

Then, ushar lak kat satu bahagian. Kalimah2 ni...

. Mai cni jenguk apa yang Ckin nak kongsi. Harap sahabat2 smua buka minda, buka hati dan buka mata... Done!

Ok.. Tengok pulak kat gambar bawah ni...


Baca kata2nya.. Menarik, indah, and susunan ayat yang begitu mempersonakan.. Boleh la nak letak kat status fb kan... Dah tau dah.. n_n

Cuba baca doa tu... Apa yang disebutkan?...


Pastu tengok pulak gambar kat atas ni...

Yang ni ucapan
 "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh"
Cantik kan tulisan jawinya?.. Mmg cantik..

"Pasni, kita pun nak buat cmtu la.. Buat tulisan lawa2..."
 Pesan siap2 kat designer kad tu kan..

Berbalik pada persoalan sebenar... Sahabat2 boleh jamin kat Ckin yang kad tu akan disimpan oleh sahabat-handai or sanak saudara sahabat2?... Maksudnya, bila orang dpt kad kenduri tu, rasanya orang akan simpan sampai akhir hayat ke?... Fikir balik naa..

Tak mungkin. Kalau kawan2 rapat, maybe akan smpan buat kenang-kenangan... Tapi bagi yg kurang kenal.. agak2 depa akan simpan dak?.... Hmm?

Maybe...
Tempat pertama kad kenduri tu akan disimpan adalah dlm tong sampah.
Kedua, jadikan as bahan tulis2 or renyuk2.
 Ketiga, bagi kat anak buah or anak sendiri untuk main sbb lawa kan.
Keempat? Kelima?

Kita boleh yakin dengan 100% yang kad tu takkan dibuang?... Nope. Pasti akan dibuang. Lagipun buat apa nak simpan. Nanti akan ada lagi banyak kenduri yang akan mengundang kita. So, apa pentingnya kad tu?

Tak faham lagi?...

 Cuba tengok balik kat kad kenduri tu. Ada kalimah Allah kan? Kalimah Allah tak boleh buat main-main tau. Semua orang Mukmin tau tentang ni... Orang Islam ada yang tau tp buat2 tak tau. Sebagai seorang mukmin, kita dididik untuk menghormati dan mengagungkan nama Allah. Begitu jugak dengan kekasihNya, Nabi Muhammad dan jugak yang lain-lain.

Tapi, bila kita turut buat benda ni, bermakna kita dah tak hormat kat Allah, right? Ayat2 tu merupakan doa untuk pengantin. Digalakkan kita mendoakan pengantin bagi kebahagiaan pengantin. Yang salahnya, bila kad tu dibuang...

 Jangan mengelat ye.. 
Maybe ada yang akan cakap,
 "Tak best la tak letak kalimah2 tu. Tanda islamik tu! Mana boleh tak letak...haish"

Kalau rumah tangga tak bahagia, jangan salahkan Dia ye..
 Fikir sedalam-dalamnya apa yang kita dah buat tu..

Jadi, cara nak cegah daripada nama Allah lebih banyak bersemadi kat tong2 yang tak bagus, wajiblah kita menggantikan kalimah2 tu dengan kata2 yang lain. Dlm internet, blog, banyak sangat kata2 indah untuk pengantin. Dalam lagu nasyid pun ada.

 So, pilih ja. Bagi yang dah buat kad tu, mintak ampun kat Allah sbb kita ni jahil.. Sbb lain kita ni jugk lemah. Manusia yang mudah lupa. Kita tak check dulu. Benda dah jadi, jangan pulak kita ulang lagi, ye dak?

Benda ni terlintas kat fikiran agak lama. Skarang ni baru nak publish. Moga2 kita akan mendapat kesedaran melalui ni. Lepas ni, kalau nak berkahwin, or ada shbt2 nak kawin, tegurlah...
Jangan biarkan depa tu macam tu ja tanpa tegur. 

Tanya kat depa, 
"Kad kenduri hang tu ok x? Boleh nak tengok draf nya?"

Dapat pahala tu bila kita care about benda2 ni.
Kita nak sedarkan orang ramai yg perkara sekecik2 ni pun Allah kira tau. Ingat tu!

Bagi yang tau, sebar2kan.. jangan diam ja. Kalau boleh, gi check kat kad2 kenduri kat rumah tu. Kalau ada nama allah, gunting or hapus dengan cara yang terbaik yang dianjurkan oleh Islam. Ataupun boleh simpan. Dalam tafsir, or mana-mana tempat.

Sekain, wassalam...

p/s : Alang2 dah cakap bab kawin, masuk abih kpd bnda yg paling kecik pun.. Ada manfaatnya jugak tu..
n_n


Read more...

.:: Surat Mintak Izin Nak Kahwin Awal... Jom Baca! ::.

Thursday, October 28, 2010

Assalamualaikum.. 

Hari ni pun nak maik masa sat je sebabnya Ckin kena join kursus Pengurusan Fail dan Rekod. Habuan masuk dlm laporan nih.. Mmg byk bnda yang baru Ckin tau. InsyaAllah dah faham.. Petang satgi buat amali pulak. Pagi tadi ada blogwalking sat, so terjumpa ngan blog sorang sahabat ni. Kiranya sahabat baru la kan.. 

Ckin ada terbaca something best kat blog dia, so nak jugak kongsi kan..hehe 
Agak menarik and boleh tahan isi kandungannya.. 


Jom baca kat bawah ni.. Agak panjang sbb ianya adalah surat yang mempunyai isi tersurat and tersirat...ahakz

Kalau nak tengok blognya, boleh klik :


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Labuan? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Ajib pun tak berapa jelas mengapa ajib nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar ajib tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, ajib selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang ajib tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, ajib sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila ajib cakap macam nie. Ajib bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Ajib nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, ajib akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, ajib rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

Ajib bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi ajib nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti ajib, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, ajib takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi ajib green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Ajib lebih suka calon tu ajib yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk ajib.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak ajib akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang ajib nikahi nanti. Seperti yang ajib katakan awal-awal tadi, ajib nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh ajib belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka ajib akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu.

Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu.

Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau ajib telefon dia, ajib dapat pahala, ajib rindu kat dia, ajib dapat pahala, ajib bagi hadiah kat dia, ajib dapat pahala malahan kalau ajib keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, ajib nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan ajib masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka ana akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib ajib bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka ajib akan bagi dia sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami.

Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga.

Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum ajib nak nikah, ajib akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri ajib. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak ajib tangguh dulu. Apa-apa pun, ajib tegaskan sekali lagi, ajib nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

Ajib tengok semua abang ajib nikah awal dalam umur 22 tahun. Ajib cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu ajib tua nanti, ajib tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak ajib nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat.

Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). Ajib juga harap, anak-anak ajib nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Ajib tak nak ajib akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

Ajib sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan ajib dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Usu Mol, sebab ajib tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu ajib ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Ajib nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi ajib, kalau ajib membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab ajib pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua.

Mungkin saja ajib membicarakan hal nikah ni ketika mana ajib baru berusia 20 tahun (dalam tahun Islam, ajib dah 21 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat ajib ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ajib tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang ajib katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jgn bagitau abg jul dan abg didi, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan ajib ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, ajib akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan ajib di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Labuan.

Puteramu,
Ajib>

p/s : Sapa2 yang nak tu, boleh try2 la naa..hehe

Read more...

.:: Sakit... Kawan Dah Keracunan... Ckin? ::.

Wednesday, October 27, 2010

Assalamualaikum...
Ckin amik masa sat ja nak update blog hari ni. Sbbnya Ckin ni ngah rush untuk buat laporan praktikal nih... 
Tak boleh lengah2 lagi.. Sebulan ja lagi nak abis praktikal...

Tadi, baru tau yang kawan praktikal Ckin tu kena keracunan makanan. Dua hari dia tak mai keja tau... 
Ckin lak, hari ni cirit-birit... 

Alahai... Sakitnya... Luar dalam sakit... 

Tadi pun ada rasa lagi nak gi toilet, tapi tak sanggup dah nak pi.. Rela tahan dari masuk toilet....

Sapa yang penah cirit-birit tu tau la rasanya bila dah keluar dari tandas kan?... 

Hari ni punya penangan lagi dahsyat... Kena duduk, then berdiri.. 
Perit ja rasa nih... Berjalan lagi la.. 


Read more...

.:: Accident Ngan Shahmi..huhu ::.

Tuesday, October 26, 2010

Assalamulaikum...
Dengan penuh kesedihan, Ckin nak story cket..huhu


Kelmarin accident ngan Shahmi.. Anak buah Ckin tu..
Tapi, tak la truk pun. Accident kecil-kecilan... Cuma jatuh menjunam ke dalam longkang yg ada semak..

Macam mana bleh jadi tu???

Act, macam ni.. Meh nak story cket..

Balik dari keja, Ckin ajak la Shahmi gi kedai nak beli kuih nak berbuka Maghrib kelmarin. Pastu, bawa la naik motor. Ok la.. Tak ada masalah apa pun. 

Cuma, bila time nak balik tu. Macam biasa la, start enjin motor,then masukkan gear. Then, tangan msti la pegang handle tu. Time tu Ckin ngah sembang2 ngan Mak Teih yang jaga warung tu. 

Smpat la beli goreng pisang. 

Pastu, Shahmi dengan slumbernya cakap,
 "Awat tak balik lagi ni?" 

Then, dia pulas minyak.
 Astargfirullah... Istighfar panjang Ckin. 
Pastu bila Ckin brek tangan, dia maybe mengelabah jugak kot, dia lagi pulas minyak tu.....hwaaaaaaaaa Terlanggar ckit motor sorang pakcik yang kebetulan ada kat situ. Ckin ni.... Ketaq kaki dah ni...  Masa terjunam, Ckin sempat tahan ngan kaki smpai sakit la.. Nak putus kasut dah. Pastu tekan brek tangan kuat2... 

Pastu, pakcik yang ada tu tolong angkt motor ngan sorang abang ni yg kebetulan duk round2 ngan isteri n ank dia kot. Turun2 tu, Ckin usap abish apa yg ada kat badan ni.. huhuhuhu Terlalu ketaq yang amat. Kaki Ckin bergoyang. Lemah jantung...

Subhanallah. 

Ckin mmg tak expect benda tu nak jadi. Tak pernah terjadi pun. Alih2 jadi kat Ckin. Pas ucap terima kasih kat pakcik tu, Ckin balik la.. 

Sampai umah, capai telefon, call Ckak, my twin. Gtau kat dia. Meleleh air mata ni sbb takut punya pasal. Kepala dah mula sakit. Sbb terkejut punya pasal la. Pastu, gi mandi and termenung dlm bilik. Duk bayang lagi accident tu. 

Ckin mrh kat Shahmi... Nasib la. Budak kecik kena bgi pengajaran. 
Cakap kat dia,
"Pasni Mak Teih tak mau dah bawak Shahmi naik motor...!"

Then, time berbuka pun, hati tak tenang gi. Time solat pun duk ingat2 lagi. Apa yg pasti Ckin takkan bawa dah dia naik motor ngan Ckin. InsyaAllah. Takut kejadian sama berulang. Sbb dia dah makin nakal skang ni...
Alhamdulillah Ckin okey and dia pun okey. Motor pun ok. 

Syukur pada Allah. 


Pengajaran lagi buat Ckin.
Pada sahabat2, pasni kalau nak bawak budak2 nakal naik motor, hati2 k.. 

Depa akan buat benda yg kita tak expect. Moga sahabat2 akan dilindungi olehNya.. Amin...

Wassalam..

p/s : Mood sedih and terkenang-kenang lagi...

Read more...

.:: Alhamdulillah! Dpt Port Yg Ada Wireless... Enjoy.. ::.

Monday, October 25, 2010

Assalamualaikum..sahabat2 sihat?
Alahmdulillah hari ni Ckin tak perlu risau lagi ttg block tenet kat pejabat ni... Sbbnya Ckin dah dpt port kat Bilik Meeting.. Wireless JKR punya ada sampai kat cni... 

Wah! Satu peluang keemasan.. Tak payah la nak gi cc dah kan..ahakz Syukran lillah...

Ckin tak sempat go cc la Sabtu n Ahad baru2 ni..huhu Penat tau.. Hari Sabtu hujan sket2.. Tak jadi kuar, so tidur saja kat rumah. Hari Ahak lak, pukul 10 pagi kuar rumah, jam 6.40 petang baru sampai kat rumah. Haish.. Gi mana nih.. Hehe
Meh nak story one by one okeh.. I like to story about the day..hakhak

Mula-mula Ckin gi ke Kedai Bunga nak jahit tepi tudung labuh... Satu untuk Ckin, satu untuk Yati... Yang Ckin puya warna purple... Yati warna biru.. Alhamdulillah da selamat dipos ke Sarawak kelmarin bersama baju kurung...hehe 


Ckin ada offer kat Yati baju kurung yang siap dgn harga RM 65. Alhamdulillah dia nak.. warna biru gak.. Sesuai la ngan tudung yang Ckin hadiahkan kat dia tu...hehe Kebetulan kan...

Then, Ckin gi PASTI lak. Kawan Ckin, Kak Ain, tu suh ajar cara nak susun data sistem peperiksaan murid2 PASTI.. Waktu abih SPM till bulan 6, Ckin keja kat sana as kerani. So, Ckin yang susun sistem2 tu semua. Alhamdulillah dengan akal ciptaanNya, Ckin banyak explore benda baru.. Tu yang dia suh ajar... Ckin pun gi la ajar... Simple je.. Bila dah lama ngan komputer or lappy, mesti la cekap kan.. 

EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER, right?

Then, Ckin lepak2 kat PASTI sambil snap gambar sendiri banyak2..hehe Boring la... Tak tau nak wat apa dah... So, sembang2 la ngan Kak Mia that is Ketua Guru PASTI. Orang Sabah ni, tapi kawin ngan orang Kedah. Jodoh kat cni kan... Menetap and kerja kat cni. Bagus orangnya.. Suka dengar Kak Mia cakap.. ada pelat Sabah gitu...hehe

Masa gi kedai bunga nak jahit tepi tudung, Ckin bawak anak saudara Ckin, namanya Shahmi, ikut sekali. MasyaAllah... Buas sungguh.... Tak larat nak melayan..huhu Rasa nak cubit2 je.. Tapi, dia hentam kepala Ckin untuk lepas geram. Sakit tu...huhu

Dia ni baru menginjak usia 3 tahun. Mak aih! Dari start dia bangun tdur sampai nak tidur, mulutnya Pot Pet Pot Pe...haa Boleh bayang ka?...haha Aktif sangat camtu la.. Mak dia tak tau nak buat apa dah.. Orang larang lagi dia buat. Bila suruh buat, lagi dia nak buat...Sabor aja la...hehe

Ni ada sikit pic dia...


Tengokla.. Kenakalan dia terserlah... 

Tau dia minta apa,
"Min nak pakai helmet. Nak rempit tau dak....!"

Ckin mmg tak bagi, sbb takut terkilas kepala dia. Mujur gak helmet tu ringan. Dah la kepala kecik. 

Namapak cam IKAN BILIS PAKAI HELMET...hakhak 

Ckin yang marah tu jadi tergelak ngan gelagat dia..haish Budak bertuah ni,....hmm


Ni semalam la.. 

"Mak Teih, tangkap gambaq Min.."

Tu la keja dia bila Ckin pegang handphone... Dia nak tangkap gambar, tp dia tak mau tengok kamera..haish 


Ni tau dia buat apa? Dia amik ubat gigi dia, then dia bubuh kat keta mainan tu. Pastu amik pensil Ckin pi conteng lagi... Mmg nak kena budak ni... Pastu bila Ckin gi kat dai, tau pulak nak lari jauh2...haha Keta ni hari tu abah bubuh bateri kereta sbb dia kna guna bateri. Ada gear lagi tu..hehe Shahmi tau go-head, go-stunt..

 Eh! Betul ka eja ni?

Pening deh...hehe


Ni muka poyo...hahaha Suh amik gambar dia, tapi buat muka blurr.. Bila da abis amik gamabr, 

"Mak Teih.. Mak Teih.. nak tengo.. Nak tengok..."

Tu la ayat dia..hehehe

Pastu, petang tu Ckin sempat gi teman Kak Ain beli barang nak gi Kem Kat Sedim kot... Beli bag galas, sluar track, tudung untuk Kak Era (kak ipar Ckin) and lastly.... Tau gi mana?hahahaha

Gi Butik Pengantin la.. Ops! Not for me naa.. Tu untuk Kak Ain nak tengok design baju pengantin and survey2 harga sewa...Ckin pun tak lepas peluang la... Ckin tengok la kaler biru and kaler maroon... Tu my favourite kaler... Tengok an kagum seketika...ahakz

Kak Ain nak tengok warna hijau. So, Ckin jadi tukang amik gambar baju tu. Dia ni kecik ja. Rendah paras bawah telinga Ckin kot. So, akak tu cadangkan dia pakai baju pengantin jenis kebaya pendek. 

Tengok kat bawah naa... 


Akak tu suggest yang ni kat Kak Ain.. Hijau Putih... Cantik kan...? 
Yang kat belakang tu kan ada maroon, yang tu Ckin suka...

Tapi.....

Ckin lebih suka yang kat bawah ni... Macam jubah gitu...hehehe Cantik kan?


Ckin suka tengok baju pengantin termasuk pengantin2nya...ahakz 

Ckin... Ckin... 

Suka sangat cakap bab kawin, pengantin.... 

Biasa la.. My favourite tajuk tu...hahahahaha

Kawan2 Ckin yang da lama knal or baru knal pun mmg da faham.. Ckin suka topik nih... ahakz

 So, enjoy naa... n_n

Wassalam.

Read more...

Nak Akad Nikah Sebulan Sblum Kawin Ok?

Friday, October 22, 2010

Assalamualaikum...

Waktu ni kaum muslimin gi solat Jumaat di masjid, kaum muslimat pula, ada yang berusrah, ada yang singgah ke 'planet'2 dunia, ada yang pegi ke pusat beli-belah, ada yg window shopping, ada yg masih di depan blog.  Semualah.  Banyak ragam manusia... ^_^

Ckin?Semestinya di depan blog ni...hehe

Tadi berblogwalking...  Mencari2 sesuatu yang boleh kujadikan sebagai panduan hidup... 

Check blog sahabat2 yg smpat Ckin check, mengamati bait-bait kata yang sahabat-sahabat tulis... 

"Hari ni si fulan ni update x blog dia?"

"Hari ni tajuk apa si fulan ni keluarkan?"

"Hari ni ada cerita menarik x yg ditonjolkan oleh si fulan?"

Biasa la tu. Setiap manusia ada ragamnya yang tersendiri..

Macam Ckin.  ^_^


Baru sat dengan header maroon, sekarang dah tukar ke kaler biru sbbnya Ckin mmg minat dua kaler ni yg teramat sangat... 

Biru + Maroon = Bimaroo
Haha..  Ok kan?...

Actually, tak ada la sangat isu yang Ckin nak bangkitkan.  Cuma terkenang-kenang...

Hari ni 3 kengkawan yg sepraktikal dah tamat latihan industri depa kat sini. 

So, tadi pihak pengurusan buat jamuan, and tiap orang yang nak keluar dpt hadiah cenderahati... Hok tu yg suka bangat tu...hehe 


Tadi, depa ada ajak Ckin kluar gi jalan, Ckin tak mau ikut.  Because ada keja cket duk wat.  Keja apa? Mengadap blog je Ckin ni.  Biasa la.  Ni la satu-satunya tmpat Ckin...  Lagipun, dah malas nak keluar.. Segan je.  ^_^

Biarla depa keluar jalan-jalan sebab ni kan dah last depa kat sini.  Semua dari UITM Arau.  Lagi sebulan lebih, Ckin lak akan keluar dari sini.  Tunggu aja la.  Tak sabar nak balik Poli..  Rindukan 'student life'...

Boleh percaya ke ni?  ^_^


Eh!  Mestila.  Jumpa kawan-kawan balik.  Nak belajar lagi.  Tak puas sbenarnya.  Zaman remaja ni hanya datang sekali seumur hidup, ingat tu! 

Kalau dah menginjak 20-an tahun depan, dah tak boleh la nak jadi hawaq-hawaq, nakal-nakal, budak-budak...hehe  Semua la.  Bila dah menginjak usia, pemikiran kena lebih matang, tahu tujuan hidup, dan fikirkan untuk masa hadapan.  Kalau nak jadi budak-budak, kena gi kat tadika la.  ^_^

Tadi ada sembang ngan kawan-kawan praktikal nih...  Tau tentang apa? 

Tentang tajuk hangat yg paling diminati ramai...ahakz 

Bab Kahwin la...  ^_^


Bukannya apa, saja-saja sembang, tapi ada seribu satu makna tau.  Paper hari ni kan ada maklumkan yang seorang lagi bakal pengantin hilang.  Baru-baru ni tentang Rozaliya tu.   Macam-macam hal jadi.  Lepas kes Jutawan tu kena bunuh, masuk lak kes hok camni... haish 

Dunia... Dunia...


Ckin cakaplah, 

"Aku nanti tak mau tunang la, nak akad nikah sebulan sebelum kahwin (kenduri)"...hehe 

Pastu ada pulak yang menambah, 

"Uih.. Tengok, Ckin mmg awal..  Baru 19 tuuu..haha  Kita dah 22 nih.."

Kawan2 Ckin yang praktikal ni ada yang 20, 22 and 23.  So, the youngest one is me..hehe


Actually, bila kita bertunang, ianya dah menelan belanja yang besar jugak kan?  So, better kita akad nikah dulu sebulan sebelum kenduri, senang kita nak keluar berdua untuk beli barang kahwin, ye dak?  Tak timblkan fitnah. InsyaAllah.   Ni pendapat Ckin gitu.  Mana tau masa depan kelak akan berubah pemikiran Ckin ni.  ^_^

Ustazah Ckin kat Poli yang cadangkan macam ni sebab ustazah tu pun buat macam ni tau.  Abg ustazah tak benarkan langsung ustazah keluar ngan lelaki. 

Kalau nampak, penyepak (tampar) akan naik ke muka.  Haa.. Ada berani? 


Then abangnya cakap la, terserah nak buat macam mana pun, tetap tak boleh keluar selagi tak halal selagi tak ada ikatan yang sah.  So, fikir punya fikir, husband ustazah pun cadangkan agar depa ni akad nikah sebulan sebelum kenduri.  Then, semua dah setuju, on je la.  Alhamdulillah.  Pastu, dah dapat lesen untuk kluar sekali.  Sahabat-sahabat rasa susahkah?...  ^_^

Bagi Ckin la, it's simple. 

Tapi, boleh jugak nak bertunang.  Ada disebutkan dalam Kitab Sahih Bukhari yang Rasululullah pernah bertunang dengan 'Aisyah r.a. dan juga Hafsah. Sunnah Nabi, ikut dapat pahala tau.

Ckin ada jugak terbaca dalam satu sumber yang menyatakan bahawa bertunang ni hanyalah perkara harus. Buat pun boleh, tak buat pun boleh.  Sebabnya adalah utk berkenalan dgn si pasangan.  Nak nilai baik buruk akhlaknya...

Nanti nak bincang ngan Abg Hai and gitau kat dia camni...hehehe

Planning awal ni.  Ckin mmg akan gitau dia pun.  Then, Abg Hai akan proceed ke mak and abah. ^_^ Planning baik punya.  Moga dimudahkan. Amin.

Lagipun, Ckin akan rasa tak tenang kalau keluar berdua ni.  Tambah2 yang tak halal.  Tak kisahlah kawan pun..  Dlm hati.. 

Dup Dap! Dup Dap! 


Ada yang memerhatikan kita okeh!  Ingat tu.. 

HE ALWAYS BE WITH US.. 

Nak jumpa ngan lelaki pun segan tahap gaban.  Setakat alam maya, memang kurang rasa apa-apa kan sbb tak nampak muka.  Cuba test depan-depan tengok, huish!  Menunduk rasanya...haha Kawan Ckin pun penah cakap camtu, bila cakap tak tengok muka depa.  Malu deh!  Sorry bangat.  That's myself...  Pemalu lebih...  ^_^

Ahad lak, kawan ajak pi beli barang-barang nak join trip guru PASTI.  Ckin tak ikutla.  Sebab dah tak terlibat dgn PASTI dah..hehe Nanti dia nak ajak tengok baju pengantin.  Untuk dia naa.  Ckin bila lagi?  Ckin tunggu gi tengok ngan husband kot...hehe  ^_^



-- Cheh! Gaya cam dah nak kawin..hehe -- 

Moga apa yang Ckin post hari ni ada manfaatnya untuk sahabat-sahabat Ckin nih..

Wassalam.

p/s : Masa depan punya plan kita tak tau.  Ckin pun mungkin akan berubah.  Mungkin akad nikah time hari kenduri atau tengoklah perbincangan antara dua pihak ni.  Jauh-jauh kan...  ^_^

Read more...

.:: Maher Zain Di Kejauhan... v^_^v ::.

Thursday, October 21, 2010

Assalamualaikum...
Hari ni nak berkongsi gambar2 yang Ckin amik dari facebook sahabat Ckin nih..
Dia share, kita amik, ye dak?

Walaupun tak berkesempatan nak join konsert ni, tp tengok dari jauh pun dah  puas hati...

Cantik gambar2 ni kan... Balik rumah keja melayan lagu ni je...

Wah!
Siap jadi background lappy ag... Jangan jeles naa...

Jom cuci mata! ...hehehe


Cantik purple ni.. Like it!


"For the rest of my life, i'll be with you..." hehe


Pengacara yg cute and berbakat..ahakz


Melayan nih...


Sekali lagi biru yang amat cantik.... Hmm.. Ingat nak tukar kaler blog ke kaler biru lak ok x ?....

Sbb suka.. Boleh cuci mata..heh

Peminat gak nih...


Last pic..

Cukup2 la naa...hehe

Semoga Maher Zain akan berjaya di dunia and di akhirat sana..
Moga Allah mudahkan urusan dakwahnya...

p/s : Sapa2 yang nak amik, bleh amik ye... Untuk share... Upload gambar kelmarin, publish ri ni..ahakz

Read more...

.:: Terbukti Wang RM100 Utk Warga Emas Bkn Wang Judi! ::.

Wednesday, October 20, 2010

Assalamualaikum...
Ckin cuma nak menyuarakan pandangan Ckin tentang isu Wang Sumbangan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada warga emas yang isunya terlalu 'panas' kat media and dlm kalangan warga emas sndiri.  Kelmarin, waktu balik dari kerja kmarin, Ckin ternampak la ada paper Sinar kat dlm rumah Ckin. 

Nampak menarik ngat tajuk hari ni berbanding Berita Harian and Harian Metro Online yg Ckin terjah pagi2 kat pejabat tu. tau tajuk apa?
Ckin tak mau story panjang-panjang, better Ckin tunjukkan bukti agar shbt2 sndiri boleh tengok. Paper Sinar ni bagus jugak sbb dia siarkan semua berita setempat and tak memihak pada mana-mana parti politik. Right? Ni yg org suka baca sbb tak meneyebelahkan mana-mana pihak. Tengok pada keratan akhbar yang Ckin smpat 'snap' semalam.


Sbb apa kuar tajuk ni?.. Pihak UMNO yang uar-uarkan pada warga emas yang wang ihsan dari Kerajaan Negeri adalah wang hasil judi! 
Hasil tu, ramai warga emas yg dah tak percaya dengan Kerajaan Negeri Penang dan kta nak main-mainkan dgn duit haram la and apa lagi.. Dah lama Ckin memikir ni.. Tak ada sapa nak tolong maklumkan kebenaran.. Why? 


Tapi, alhamdulillah ada jugak yg tampil buat kenyataan cm ni.. So, nak salahkan sapa la ni? Suka-suki je tuduh wang tu adalah wang judi. 

Jom tengok kenyataan di bawah.

-- Boleh klik untuk  bagi besar ckit okeh-- 

Handphone cybershort boleh la nak zoom n gmbar cantik... Hndphone Sony T715 bleh dpy yg ni je la..huhu

Harap sahabat2 boleh baca noh... n_n

Kenapa perlu nak kecoh2 benda baik?... Dah la macam2 isu jadi skang ni. Sapa jugak yg sengaja nak laga-lagakan umat Islam sendiri, sedangkan Allah cipta  manusia ni berbangsa-bangsa untuk kita saling mengenali dan eratkan silaturrahim. Bukannya bergaduh, ye dak?

Moga semua orang akan lebih terbuka minda dan bukannya sekadar menuduh untuk kepentingan diri sendiri.  

Oleh sbb keluarnya fakta yg mengatakan wang ni adalah wang haram, warga emas sendiri dah tak percaya dengan Kerajaan Negeri... 
Waduh!
Bukankah ni menyusahkan? UJian yg terlalu berat sbbnya nak dapatkan kembali kepercayaan mereka ni.

Pendapat sahabat2 mcm mana?

Read more...

.:: From EX5 Dream to Lagenda.. v^_^v ::.

Tuesday, October 19, 2010

Assalamualaikum... Macam mana? 

Dah test ngan Typing Test macam yang Ckin dah gtau tu?... 
Act, bukan senang nak belajar ni, tp tak mustahil ok.. Ckin pun amik masa nak mahirkan diri dengan type tanpa tengok keyboard tu.. Dulu Ckin tak mau ngat guna cara tu sbb kat laptop payah cket nak type bila letak jari2 kat situ. 

Tp, satu hari tu, Ckin ada nampak sorang kawan Ckin ni, dia cuba and cuba.. Dia tak mahir sgt time tu, and agak lemah. Apa yg mengagumkan Ckin, dia tu still usaha.. So, persoalan mula timbul dalam hati...

"Kalau dia boleh buat, takkan aku tak boleh kan?"

Start tu, Ckin mula menaip tanpa tengok... Alhamdulillah, berhasil. Kepercayaan tu menghsilkan kejayaan. Kena yakin dengan diri kita. Skang ni pun dia dah makin mahir. .. Dulu dia ada ngadu kat Ckin yang dia tak mampu nak menaip tu. Sbb dapat markah rendah. Ckin bg kata2 smgt, suh dia try ag.. Mesti boleh punya la.. Alhamdulillah... Skang ni msti dah boleh berjaya.. Chaiyok! Sahabat mesti boleh...

Eh! Apa kaitan entri hari ni...? 

Actually, nak bercerita la ckit kan. Start Ramadhan baru2 ni, Ckin dah mai praktikal sendiri. Maksudnya, dah naik motor sendiri. Naik motor Honda EX5 Dream tu la.. Warna putih. Tu kak Ckin punya. Sblum Ramadhan tu, adik Ckin yg hantar gi keja. Tp, ada incident waktu esok nak Ramadhan tu buatkan dia ngantuk then dia tak mau dah hantar Ckin.. Alhamdulillah Ckin selamat hingga ke hari ni...

Tapi, start minggu ni, Ckin dah tukar motor la... hehe Sbb apa? Sbbnya motor EX5 tu kak Ckin nak guna. Dia dah tukar tmpat kerja.. So, dia nak pakai balik motor tu. Ok la. Nasib baik abang Ckin, namanya Abg Kri bagi guna  motor tu.. hehe

So, banyak kelebihan jugak guna motor ni..lagi laju dari Honda EX5 and tak la lenguh ngat slama 40 minit tau...huhu

Ok.. Enjoy ur day naa.. Jangan sedih2 and be happy selalu.... 

Rindu kat sahabatku... n_n

Read more...

.:: Time Menaip Tengok Keyboard or PC? ::.

Monday, October 18, 2010

Assalamualaikum... 
Haa.. Macam mana?... Dah tengok video2 from FCU Production?... Kalu tak tengok lagi, cepat2 la pi tengok naa.. Tak rugi pun.. Mana la tau nanti dpt idea baru, then boleh la berkongsi ngan blogger kat cni... Untuk Aiz, teruskan usaha anda nak marathon siapkan keja2 yg tertunggak ye.. hehe biasa la.. 

Org bz la katakan.. n_n

Okeh! 

Actually, hari ni Ckin nak berkongsi something yang Ckin rasa berguna untuk sahabat2 and sapa2 jua yg menaip menggunakan keyboardnya.. 

Chup! Chup! 

Apa yg Ckin nak habaq ni????
Camni, Ckin nak berkongsi ilmu yg Ckin da belajar melalui kos yang Ckin amik kat Poli tu.. Kos Diploma Sains Kesetiausahaan... Waduh! Payah bebenor nak menyebutnya.. 

Halamak haih! 

Takpa2.. Pelan2 naa.. InsyaAllah nanti boleh la sebut 'KESETIAUSAHAAN' tu...hehe

Nak tanya dulu, bila sahabat2 menaip di hdpn lappy or pc, sahabat2 tengok keyboard or tengok pc?

 That's the point I try to share with all of you right now... 

Bila Ckin menaip, Ckin tak tengok kat keyboard, mencari2 huruf nak ditekan.. 
(Ops! Bukan nak bangga naa..)

Tapi, ni lah kelebihannya.. 

MENAIP TANPA MELIHAT KEYBOARD.

Macam mana eh? Ada yg pernah belajar? Kalau ada, tu adalah dari kos yang sama ngan Ckin. Takpun, dia gi kursus komputer. Tapi, jangan risau ye. Itu pasal la Ckin bawak kuar entri ni. Ckin nak ajar sahabat2 typing tanpa melihat keyboard. Nak ke tak mau? Kalau tak mau, tak apa la.. Ckin akan tunjuk jugak. Tak sia-sia belajar ni. Nanti kalu ada surat nak ditaip, boleh tengok je kat teks tu and tak yah dah nak tengok keyboard duk cari2 huruf lagi..kan? 

Meh kita mulakan. 


1. Kena pastikan kedudukan jari anda adalah seperti di atas. 

Pastikan ibu jari kiri sahabat2 tu menekan space bar okeh.. Then letak jari mcam kat bawah :

Huruf A S D F ( Jari-jari Kiri )

A - Jari kelinking

S - Jari manis

D - Jari tengah 

F - Jari telunjuk 

Huruf L K J ; ( Jari-jari Kanan )

L - Jari telunjuk

K - Jari tengah

J - Jari manis

; - Jari kelinking

Sahabat2 faham ke tidak ni?... n_n Buat slow2 naa.. Benda ni tak boleh buat secara mendadak terus. Nanti akan rasa boring pulak. Biar lambat asalkan slmat naa.. 

Bila dah letak susunan jari dengan betul, try taip macam kat bawah ni :

asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj
asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj

asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj
asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj

asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj
asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj


Buat ni kena ulang2 tau nak bagi jari2 sahabat jadi lembut. Buat smpai jadi mahir. Ingat! Sampai mahir. 
Bila2 masa boleh buat. Jangan risau. Kalau dah selalu main2 ngan jari ni, insyaAllah boleh buat punya la.. 

Selamat Mencuba!

p/s : Pasni akan keluar pulak entri seterusnya untuk huruf I U and R E. InsyaAllah..

 Kalau lagi nak advance, boleh berpandukan pada jari2 kat pic yg Ckin letak tu. Dia bagi semua jari kat situ. Boleh la test2 naa.. 

Read more...

.:: Can Aiz n His Gang Achieve Their Dream??? ::.

Saturday, October 16, 2010

Assalamualaikum.. Sahabat..
Ckin nak join contest Aiz nih....
Kalau nak join, sila klik :


Hari ni baru dapat nak join contest dia bab Ckin baru mai Cyber Cafe... Walaupun penat kat umah tadi ngan kemas2 rumah, Ckin ttp gagahkan diri nak mai cni because of da Sifu...hehe 
Boleh dikira as Sifu Ckin la sbbnya Ckin ada belajar ilmu-ilmu yang berguna dari Aiz nih... Ok.. Ckin nak start story tentang apa yang Aiz buat sampai dia bz dlm dunia blog ni... 

Haa.. Sahabat2 mesti dah tau kan?... Tapi Ckin nak story jugak because this is something interesting for me!
Balik Poli nanti nak tunjuk video2 Aiz kat kawan2 and promote blog dia.. Yeah!
Mesti punya lah.. Bukan sng nak jumpa orang cam dia. Dalam memilih sahabat atau kawan, kena tengok jugak mdari perilakunya, hubungannya ngan kawannya yang lain.  bagi Ckin, Aiz ni unik. Ops! Ni bukan nak membodek naa.. tapi, ikhlas dari hati... Ahakz
Meh nak citer... 

Alkisahnya, Aiz telah membina sebuah empayar hak milik kekal yang diberi nama FCU Production.
Pergh! Nama pun dah menarik!


Ckin suka pemikiran Aiz. Dia berbakat dalam reka something yang kadang tu orang lain tak terfikir pun nak buat. Buktinya? Dengan penghasilan video ni lah. Ada yang penah buat setakat nih? Rasanya tak ada lagi... 

Love the sentence..
SAVE YOUR MOMENTS FOREVER

Menarik kali pertama tengok tau....

Meh kita tengok, siapa yang menerajui program Build A House In 30 Days ni. 


Sekali tengo cam orang PROFESIONAL tuh!  Adik-beradik buat bnda yang berfaedah. Ok la tuh.. 
Ckin tak mau sbut nama sbbnya dalam video tu dah ada kan?... Tu tandanya Ckin nak suruh sahabat2 tengok jugak.. v^_^v

EPISOD 1 :


Salah sorang ahli yang terlibat... Cute kan?... Biasa la.. Luv budak2.. ahakz

EPISOD 2  : 


Dalam episod 2, dah ada yang berubah. Semakin banyak kemajuan. Bagus geng Aiz.. Chaiyok! Chaiyok! 
Nanti Ckin akan bezakan gmbar di atas ngan keberhasilan yang tercipta.. Kita tengok nanti!

EPISOD 3 :


Nampak ada gaya tolong-menolong.. Sbb tu Ckin snap yang nih..haa.. Salah satu dari mesej Aiz pada kita semua... kan Aiz?

EPISOD 4 :


Dalam episod 4, Ckin amik yang nih! paling Ckin suka. Berdasarkan gambar ni, kita dah boleh nampak kelancaran projek dyorang nih kan...? Setiap apa yang kita nak buat, mesti ada leader. Barulah akan berjaya. Bila kita patuh pada arahan, insyaAllah kita akan dapat hasil yg lumayan.

Begitu jugak ngan kehidupan kita sebagai hamba Allah. Kita kena patuh ngan suruhanNya dan tinggalkan laranganNya. Jangan ikut suka hati kita aja nak buat samseng or buat peraturan sendiri. Ye dak?

Barulah kita akan dapat kepuasan sebenar di 'sana' kelak. 

Pada Geng Aiz, teruskan usaha anda semua k. Aiz jangan lupa kim salam kat geng2 mu naa dengan lafaz 'Assalamualaikum'. 

Ckin will support behind all of you and pray for your success... 

Wassalam.

p/s : Mampukah mereka? Jangan lupa tengok k.. v^_^v

Read more...

.:: Wahyu Terakhir. Tolong Baca Wahai Sahabat2! ::.

Friday, October 15, 2010

Assalamualaikum... 
Sahabat2 Ckin yang dikasihi sekalian...

Nak maklumkan ni yang Ckin ni dah pening kepala sangat dah... Tau sbb apa?...


Tadi time buka fb, ada sorang kawan ni share a link yang bagus sgt... Ckin pening baca sbb warna and panjang sungguh tulisannya... 

Astargfirullahalazim... 

Bergegar otak.. Tapi, yang Ckin nak tekankan adalah agar sahabat sabarkan diri dengan membaca artikel ni yang dikreditkan dari IluvIslam.Com.  Ckin ni tak reti sangat nak menghurai tentang benda rumit ni. Tp, bersyukurlah sbb Allah beri kelebihan mengkaji tu pada insan ni. Sahabat2, bacalah dengan penuh kesabaran artikel ni dan amik pengajaran and sebar2kan.

 Please!

Klik sini :


Manfaatkan peluang yang ada ni untuk semak balik tentang perkara ni.  
Dalam artikel ni diceritakan tentang macam2 yang berlaku di sekeliling kita.. 


Tentang benda yang kita memang tak terfikir. Antara lain adalah tentang dinar emas, kelemahan, kelekaan kita... Harap kita semua sedar.

Satu lagi berkenaan dinar emas, boleh rujuk jugak pada Joegrimjow. Dia ni pernah promote gak dulu ni. 

 Boleh klik :


Setiap yang baik itu, kita kena sebar2kan dan laksanakan. Wajib. Sesungguhnya Allah tidak suka pada orang yang hanya bercakap tetapi tidak melaksanakannya.

Wassalam.

Read more...

.:: Ckin Ada Ibu Susuan. Sahabat2 Ada? ::.

Thursday, October 14, 2010

Assalamualaikum.... 
Kelmarin Ckin post about tudung express... Harap sahabat2 faham la naa apa yg nak Ckin smpaikan tu.. Kalu nak, sahabat2 boleh selidik sendiri melalui pakar2 agama naa.. Ckin hanya menyampaikan..

Okeh.. 

Hari ni, nak story ckit tentang Ibu Susuan... 



Sahabat2 ada??

Haa.. Alkisahnya, nak gtau la kan, Ckin ada Ibu Susuan tau... Tapi, ibu susuan Ckin dah meninggal dunia iaitu mak saudara Ckin sendiri.  Ckin panggil kat mak sedara Ckin ni dengan gelaran Mak Ngah... 

Macam mana boleh jadi ibu susuan ni?.. Citernya mcm ni. Dulu, waktu Ckin and Ckak kecik2, arwah Mak Ngah jaga Ckin and arwah Tok Wan jaga Ckak... Sbbnya?

Sbbnya mak and abah gi keja la..hehe Tapi, disebabkan Ckin ni duduk ngan arwah Mak Ngah, so bila balik rumah, Ckin ni wangi la.. sbb arwah Mak Ngah mmg jaga Ckin btul2... Yang Ckak pulak, bila balik umah, comot2 la.. Sbb biasa la.. Tok wan la katakan.. Main pasir... Haih.. Macam2 time budak2 dulu... 

Act, Ckin ni tak ingat sgt zmn kecik2 dulu. Tapi, mak yang story kadang2 tu.. Bila ingat balik, rasa nak tergelak. And klakar je.. Why? Ye la, dah perbezaan tu nampak sgt kan.. 

Ckak penah gak cakap kat Ckin yang Ckin ni tak pa la, arwah Mak Ngah jaga, mmg wangi.. Yang dia? haha Faham2 la kan.. Budak2 mana reti apa kan..

Apa yang pentingnya, aurat Ckin and anak2 Mak Ngah tu macam aurat ngan adik-beradik Ckin sendiri. Bila depa mai umah Ckin, tak payah pakai tudung pun tak apa.. Tp, Ckak kena pakai.. n_n Sbb dia bukan anak susuan arwah Mak Ngah... Special kan?...Waktu kecik2 dpt susuan daripada dua orang ibu.. sorang mak and sorang mak ngah... 

Sekarang ni, nak tanya, sahabat2 ada? 

-- Ni bukan susu ibu naa... --
Kalau ada tu mmg untung, and satu lagi, bila ibu susuan kita meninggal, bermakna doa kita untuk ibu susuan kita tu smpai padanya di sana sebab kita dah ada pertalian darah dengan ibu susuan tu... 
InsyaAllah... 

Apa yang Ckin mampu balas la ni pun adalah dengan berdoa moga diampunkan dosa2 nya yang lalu dan dimudahkan di 'sana'... 

Amin..

p/s : Yang ni satu lagi kelebihan dalam diri Ckin.. One, I have a Twin, Second, I have Maternal Milk....

Alhamdulillah...

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP