Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Intro DISKUSI ILMU

Thursday, December 30, 2010


Assalamualaikum. 


Moga-moga iman kita akan bertambah naa hari ni. Ckin kembali lagi dengan isu-isu yang agak hangat di pasaran. Actually, Ckin nak stort tentang program Diskusi Ilmu yang diadakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis that merangkap Poli di mana Ckin belajar. Sebelum Ckin masuk kepada intipati yang kami bincangkan malam tu, Ckin nak explain la apa dia Program Diskusi Ilmu ni…. Jangan komfius naa.. Pesanan untuk semua, jangan sekadar baca, tetapi sebar-sebarkan okeh… Jangan baca setakat separuh jalan, tapi bacalah sampai habis… 

Buangkan egomu sebentar… ^_^ 


Untuk makluman semua, Diskusi Ilmu ni dibahagikan kepada 2 fasa iaitu Fasa 1 dan fasa 2. Fasa 1 adalah fasa di mana isu-isu semasa dibahaskan dan perkara-perkara yang seangkatan dengannya macam soal akademik, hal sekeliling, etc (banyak lagi…kalau nak tau, mai la naa… ^_^) Fasa 2 pulak adalah fasa soal-jawab. Tak dinamakan diskusi ilmu la kalau yang bercakap hanya seorang ja kan?... So time ni kalau ada pendengar yang nak bertanya, depa boleh tanya straight bagi muslimin(lelaki) dan kepada muslimat(perempuan) bolehla hantar mesej mengikut nombor yang diberikan…. Nombor apa?.... Haa..Nombor telefon pendiskusi tu la iaitu En Radhi… hehe 

Siapa Pendiskusi ? 

Mesti ada yang tertanya-tanya, sapa yang mengemudi kapal yang dinaiki dengan anak-anak kapal kan?... Ok, meh la Ckin terangkan ckit naa. Untuk bagi sahabat-sahabat kenal la kan. Orang kata tak kenal maka tak cinta. 
(Kalau dah kenal insyaAllah akan ‘jatuh cinta’…maksudnya tertarik dengan penyampaian beliau…^_^)

 Nama beliau adalah En Mohd Radhi Bin Musa. Boleh panggil En Radhi ja naa.. Beliau bukanlah seorang ustaz, bukan juga seorang hafiz yang menghafaz puluhan ribu hadis, tetapi beliau adalah seorang pensyarah Politeknik yang masih berada dalam pengajian di Unimap iaitu Universiti Malaysia Perlis. Seriously, kalau sahabat2 ada dalam program beliau hatta selama 5 minit, sahabat2 takkan bangun dari situ… Sebabnya, ilmu yang beliau ada tu membuatkan sahabat2 akan rasa lebih bersemangat untuk belajar dan beramal dengan agama yg sahabat2 anuti sekarang iaitu Islam. Penangan yang kuat… tak percaya??? Try la. InsyaAllah kalau Ckin dah dapat handphone Ckin nanti, Ckin nak rakam la. Bagi sahabat2 tengok ataupun dengar naa… Doa2 la bagi handphone tu cepat siap sebab dia tengah sakit kat kedai..hukhuk 

‘Anak-Anak Kapal’ 


Berbalik pada tajuk asal, sapa pulak anak-anak kapal yang akan join Diskusi Ilmu ni?... haa.. Antaranya adalah orang2 yang tengah baca entri ni…. Jeng… Jeng… Jeng…Kamu la… Eh, buat tak tau pulak.. Kamu kan orang2 dekat sini. Jangan mengelat naa.. hehe Ni bukan paksaan, kalau nak mai, maila.. 

Cuba fikir, dah alang-alang orang buat program, takkan sekali pun tak mau mai kan?... Ada setengah orang yang ego dengan diri sendiri dan menzalimi dirinya.

 Uish! Bahaya tu. 

Zalim??? Why not? 

Salah satu daripada cirri orang yang menzalimi dirinya adalah orang yang tahu adanya majlis ilmu diadakan oleh alim ulamak (org berilmu), tapi dia tidak hadir pada program ilmu tersebut. Haa… kan dah kena kat situ kan?.... Kesian la kat diri tu naa. Dia pun nak tmbah ilmu, tapi kalau tuan dia tak bagi, maknanya betul la menzalimi diririnya kan?...Ish3 Memang tak patut… Jangan marah naa.. Ni Cuma pesanan buat kita yang terleka…. 

Ambikla sebagai iktibar, jangan ego. Sebabnya masih ada yang ego. Tau ka apa maksud ego ni? Haa.. Meh nak terangkan sket. Ego ni bukan saja bermaksud sombong tapi perasaan orang yang tak mau dah menerima pandangan mahupun pendapat orang lain. Bahaya kan? Tapi sedar tak sedar sifat tu ada dalam dir kita…. Ops! Diri individu2 tertentu… Diri kamu, kamu tahula apa yang buruk dan apa yang baiknya… kan? Kamu kena kurangkan ego kamu, jangan duk syok terbang dengan angan2 yang tak pernah kesampaian… 

Kadang2 ni Ckin rasa kesian la jugak, kenapa la pintu hati depa ni seolah-olah macam rapat sangat. Macam ada mangga besi yang mengikat antara pintu2 hati depa…
 Then, fikir balik, fikir and terus berfikir, ada sorang sahabat ni mesej ke ana, Allah berfirman, 

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya dan Allah telah menguncipendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah? Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran? 
(Surah Al-Jasiyah : 23) 

Nah! Tu kata-kata sapa?... Itu adalah firman Allah Taala Yang Maha Mengetahui dan Maha Pemberi Nikmat… Start dari situ, memang terfikir, oh! Rupa-rupanya hidayah tu milik Allah. Hanya Dia akan membuka pintu hati kita yang diikat dengan ‘mangga emas’ tu… Subhanallah.. 

Ya Allah, jangan kau pikulkan kami dengan bebanan yang berat seperti yang telah Kau berikan kepada umat yang terdahulu dari kami dan jangan pikulkan kami dengan apa yang tidak kami terdaya menghadapinya.Amin Ya Rabbal ‘Alamin. 

Alangkah jahilnya diri kita ni kan?... Tak mau mengaku pun tak pa.. Sebabnya bukan dapat award pun. Yang penting, kita tau tentang diri kita. 

Persoalkan pada diri kita...

Iman aku hari ni dah naik blum? 
Iman awek/pakwe aku ni naik or turun? 
Aku tengok ada poster banyak kat kafe tentang Diskusi Ilmu, tapi pernahka aku pi?
 Aku nak dengar kuliah, tapi aku malas pegi Pusat Islam? 
Aku ni ego ka? 
Hari ni aku baca Al-Quran x lagi? 
Aku ushar perempuan lagi hari ni? 
Macam mana kalau aku terjatuh tangga and sakit? 
Macam mana kalau hari ni aku dah tak dapat jumpa dengan mak ayah aku? 
Apa perasaan mak ayah aku bila depa dapat tau yang aku ni buat benda yang memalukan depa? 
Hancur x hati depa? 
Aku pernah x ajak kawan2 bilik aku jemaah dengan aku waktu tak pi Pusat Islam? 

Tanya balik diri kita tu… 
Kalau bukan sekarang, bila lagi?.... 

Sebaliknya, kita yang terlalu banyak mencipta alasan…. Alaaa… Goreng ja. Dalam exam tau pulak nak menggoreng kalau terdesak kan?... Takkan nak buat alasan pun nak susah right? 

Hmmm… Aku penat la. Tiap-tiap minggu aku outing… 
Malasla.. Aku takut nak jalan sorang2 pi Pusat Islam. 
Malasla… Kuliah agama la tu…
 Amboih.. Tunjuk baik pulak hang ni… Nak jadi ustaz ka? 
Malam minggu, waktu utk tengok movie la…
 Aku nak date la… 
Aku tak dak kawan nak pi sana… 
Aku ni boleh ja nak pi majlis2 ilmu ni, tapi kena ada masanya… 
Aku bukan nak mati sekarang, nanti dah tua baru aku nak pi masjid… 
(Nauzubillahiminzalik) 
Aku marah sangat dengan si fulan tu, so aku memang payah ar nak join! 
Aku tak suka kat dia… Dia dah banyak buat dosa kat aku! 
(Yg ni jenis org yg salah anggap)
 Aku suka ngan hidup aku macam ni… So what? 
Aku bangga la ngan awek aku, dia rajin tegur aku kalau aku buat salah… 
Tak perlu dah kot pi Diskusi Ilmu or kuliah2 ni…
 Pakwe aku tak bagi pi la… 
(cari nahas la jawabnya ni…) 
Aku lebih suka lepak2 bawah bulan, kira bintang… Tenang ja rasa… Tu yang malas nak pi Masjid… 
Aku nak sembang2 la time hujung minggu ngan kawan bilik aku.. Banyak isu hot kot…

 Banyak sangat la alasan… Tak larat nak taip… 

HIDUP KAMU, KAMU YANG TENTUKAN. 
MANA YANG BAIK ATAU MANA YANG BURUK. 

Setakat eksyen lebih2 pun tak ada gunanya kan?... Yes… Ada yang cakap bila mati, kubur lain-lain. Tapi kena ingat jugak, dah mati, sapa yang nak tanam?... 

Awat tak tanam sendiri?? 

Tu baru dikira ‘berdikari’ dari hidup sampai mati. Tak menyusahkan orang, ye dak? (Nauzubillahiminzalik) Banyak-banyakkan istghfar naa kalau kamu antara orang yang memberikan banyak alasan untuk diri kamu tu. Tak susah. Cuba hadirkan diri walaupun sekali. Orang yang dikejauhan pakat tanya, bila program2 macam ni akan ada kat tempat aku? Bila la aku dapat rasa nikmat ada dalam majlis ilmu macam depa buat? Tapi kita yang dekat2 ni tak mau la pulak nak ikut. Haish… Tu namanya orang yang tak beruntung.

 AKU PUNYA SUKA LA HIDUP AKU... 

Ok, fine… Jawabla dengan Yang Maha Berkuasa di sana nanti naa… Banyak sangat bagi alasan kan… Who knows, nanti di depan Dia nanti baru nak sibuk-sibuk mintak belas ihsan dari orang lain… 

Mula la cakap, “Si fulan ni tak ajak aku dulu…”Macam2 la.. Pandai-pandai la pikir naa…Ni bukan program paksaan, Ckin doakan agar Allah tak tutup pintu hati kamu sampai kamu mati.. InsyaAllah. Doa adalah salah satu dari jalan keluar. Kita dah usaha mengajak, hanya Allah yang akan tentukan sapa yang akan mai dengan keizinanNya… 


Non-Muslim Pun Boleh Hadir 

Haa.. Kalau nak tau, program Diskusi Ilmu ni pun boleh dihadiri oleh warga Non-Muslim tau… Sebabnya ni bukanlah program keagamaan tapi PROGRAM DISKUSI ILMU. Tempat di mana untuk berbincang more kepada akademik dan isu semasa. Kalau ada yang berminat nak hadir, boleh la mesej kepada wakil Rakan Pusat Islam (RAPI) naa… Ataupun tanya la kat sapa-sapa yang mai program tu. Takpun, mai ja malam tu. Kalau ada la kan.. Kalau tak ada, itu terpulang… Kalau nak ilmu, kena cari. Bukannya dia nak mai sendiri kat kita kan? Ckin dah tunjuk jalan keluar, terpulang nak guna or just pandang gitu ja. Pastikan niat tu betul dulu naa… Aku mai ke IPT sebab aku nak tuntut ilmu duniawi, tapi ilmu ukhrawi takkan aku tak mau amik, ye dak? Waktu nilah aku kena manfaatkan sebaik-baiknya. Mana la tua kan nanti aku dah tak dapat peluang nak sambung belajar atau dah keja? Komfem kita akan bz dengan tugasan harian kita… 


Kesimpulannya, nak mai, mai la…. Tu dia.. Kuaq dah ayat penang..hehe 
(Ckin dah tolong tunjuk jalan ni...)

Apa-apa pertanyaan, boleh la email kat orang-orang kat bawah ni naa… 

En Radhi : mrad001@yahoo.com 

Hariz : hariz_hijau92@yahoo.com 

Ckin : nas_success91@yahoo.com 

Kalau ada yang tak faham, atau confuse, atau nak tanya tentang apa-apa saja pendapat secara terus kepada En Radhi, boleh emailkan kepada beliau. Beliau seorang yang berfikiran terbuka tambah2 lagi yang berkaitan dengan akademik. Beliau ni pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik.Student2 Elektrik insyaAllah kenal ngan beliau. Yang tak kenal lagi, kenal-kenalkanlah diri dengan beliau sementara masih ada waktu. Jangan menyesal di kemudian hari naa… 


Ckin teringat akan firman Allah,
 “Sesungguhnya Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri” 

Pesanan Ckin, 
CUBALAH JADI MANUSIA YANG TAHU MENGHARGAI, 
DARIPADA MENJADI INSAN YANG SUKA MENGKRITIK 

Sekian dulu… Nanti akan story tentang intipatinya… InsyaAllah.. Moga-moga urusanku dimudahkan.Amin.

Read more...

"Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?"

Monday, December 27, 2010

Assalamualakum... Sihat semua?...

 Alhamdulillah Ckin makin chat hari ni. Lega rasanya bila dah tak muntah-muntah.. Nikmat sihat dah mula dikembaikan sedikit demi sedikit. Hari ni tak makan nasik pun sbbnya tak boleh nak masuk ke perut. So, Ckin hanya makan bebola ikan sebanyak...... Haa... 10 biji. Hasilnya, Ckin sangat lapar sekarang.. Padan muka kan?..hoho (Gelak jahat...ngehehe) Hari ni nak post ckit tentang something yang bagi Ckin adalah sangat menarik. Nak tau?... Kena la baca kat bawah ni naa... Syukran kepada sahabat2 yang mendoakan agar Ckin sihat... Berkat doa tu Ckin makin pulih jugak, right?... Tq sekali lagi.... Jom start baca... Moga ada manfaatnya.. InsyaAllah...

(gambar tak leh upload pasal internet yang sangat low..uhuk3)



"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!"pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya..” Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri.

Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya.

Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju.

Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,”luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini.

Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan!!" jawab Fikri.

p/s: sekadar pengajaran bagi muslimah2 diluar sana agar sama2 dapat membimbing suami masing2 yer… syukran jazilan…
 

Ckin amik ni dari KakaRoct..hehe Nak kenal?... Boleh klik pada Link di bawah naa...

Ma'as salamah..

Wassalam..

Read more...

Demam + Muntah Yg Sgt Terok + Cirit

Assalamualaikum...

Ckin tak sempat nak update blog pasal demam + muntah yang sangat teruk + cirit... Dari petang kelmarin lagi... Kalau diikutkan dah 6 kali muntah ni.. Sampaikan perot dah tak ada apa untuk dimuntahkan... 

Kisahnya macam ni, petang kelmarin, balik dari outing, Ckin makan tengah hari. Then, sambung buat assignment depan lappy. Pastu, time dekat2 Maghrib tu dah rasa pening-pening lalat dah. Landing sat atas katil tu. Then, minum ubat gastrik (kot2 kena gastrik kan...huhu) Duk rest sat tu, rasa tak sedap badan dah ni. Then time nak gi mandi, puas... Termuntah depan koridor + bilik jiran bilik + depan toilet + dalam toilet.... 

Subhanallah... Punya dahsyat penangan sakit kali ni... Memang habis la baju and tuala... Mintak kat sorang jiran ni untuk tolong mintakkan roomate Ckin bawak tuala and baju baru... Dia pun terkejut. Habis mandi, rest dalam bilik.. Pergh! Muntah lagi... Sakitnya hanya Allah yang tau... Menolak habis apa yg ada dlm perut..huhu Memang menangis la Ckin. Sakit giler.... Lepas muntah kali ke 3, kawan2 suruh makan tp Ckin tak boleh terima. Nak bau makanan pun tak boleh apatah lagi nak makan. Then, minum la susu Anlene. Aisyah yang tolong bancuh. Makan gak panadol 2 bijik... 

Tengah malam, muntah keluar Anlene balik. Alahai.. Tapi, alhamdulillah Ckin rasa ok lagi. Then makan nasik yg Hani bawak dari rumah. Lapar kot. Then tido... Bangun pagi, muntah lagi. Time tu kena gi jumpa doktor kat Pejabat Penyelia Kamsis. Doktor cakap tu sebab gastrik. Then dia cucuk kat tangan. Puas. Selalu tak rasa sakit pun bila kena cucuk. Hari ni rasa perit ja....huhu Hari ni jugak tak pi kelas. Assignment pun roomate tolong print pasal kena hantar hari ni. Alhamdulillah ... Kesian kat depa. Kena pi kelas lambat.

 For Aisyah, Hani and Ruhani, 
cek mintak maaf naa.. Siyes, cek tak larat sangat2.. 
(Ntah depa baca or x entri ni..huhu) 

Ckin minum 100 Plus doktor suruh minum. And bebola ikan 3 biji. Lapar deh... K, la.. Mintak sahabat2 Ckin ni doakan agar Ckin cepat sembuh suaya dapat rasakan lagi nikmat sihat kurniaanNya.. Amin..

Pesanan Ckin, 
HARGAILAH MASA SIHAT SEBELUM MASA SAKIT

Wassalam.

Read more...

For The Very Very Special Person To Me... ^_^

Friday, December 24, 2010

Assalamualaikum... 

Meh berdoa ckit... Baca dalam hati pun tak apa... n_n

Ya Allah,
Bukakanlah kepada kami pintu-pintu kebaikan,
Dan pintu-pintu keberkatan, 
Pintu-pintu kenikmatan,
Pintu-pintu rezeki, 
Pintu-pintu persaudaraan, 
Pintu-pintu kesihatan,
Pintu-pintu kesejahteraan, 
Pintu-pintu 'afiah,
Dan juga pintu-pintu syurga... Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Alhamdulillah sahabat2 pun berdoa dengan Ckin... Moga-moga akan akan mendapat rahmat dariNya...  n_n

Ckin nak story ckit..hehe 
Act, Ckin ada beli benda key-chain nama kat Kafe Pentadbiran baru-baru ni...

Untuk sapa ni??? 

Haa.. Untuk somebody special la... Sapa tau?ahakz

Orangnya ialah..........

Jeng... jeng... jeng...

Sangat special...... The very very special one in my life.. ^_^ Suka betul...hihi



!
!
!



!
!
!



!
!
!

!
!
!

  
Dia ialah..........................................


!
!
!


!
!
!



...hahahahaha...

Jangan duk ingat sapa pulak naa... Nobody special in my life until now except my twin okeh.. Ingat tu..hehe

Apa yang Ckin beli kat dia?.... Tngok la kat bawah naa.. 


Ckin and Ckak
(nama panggilan untuk my twin, that is Ckak)


Ni bahagian belakang pulak...hehe


Ops! 
Lupa nak habaq.. Baru-baru ni jugak ada sorang adik Sem 1, nama dia Nabilah. Dia yang berminat nak bagi key-chain ni kat Ckin.. Mula2 dapat tu terkejut la jugak kan, sebabnya ada nama macam kat atas ni iaitu 'Khai'...hehe Rupa-rupanya dia cakap tu adalah nama panggilan dia yg sebenar.. hahah Lawak la pulak. Ni kalau pasang kat beg, komfem orang akan ingat tu kawan lelaki Ckin... Haish.. Bahaya betul..hehe

Nama dia adalah Khairul Nabilah kalau tak silap la... Ckin panggil Nabilah ja.. Tak sangka.. So, sahabat-sahabat jangan salah anggap naa... Tu hanya adik merangkap junior Ckin....


Satu key-chain akan diberikan kat Ckak nanti.. InsyaAllah.. n_n


Yang penting adalah kebahagiaan and kesenangan my twin... Kalau dia bahagia, Ckin pun akan bahagia jugak... Tu la specialnya kembaq ni tau... 

Tak perlu la nak ada hubungan yang bukan-bukan like couple or what... Hubungan yang halal dah ada kan... 
So berbahagialah dengan apa yang dikurniakan kat kita... 

Kenapa perlu nak bagi hadiah kat orang lain ni?.... Sebabnya Ckin teringat dalam sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Memberi hadiahlah, nescaya akan menimbulkan kecintaan sesama kamu"

Yang baik itu kita teladani, yang tak baik tu biarlah ia terbang bersama-sama angin yang datang... 

Wassalam.

p/s : Jangan lupa birthday Ckin naa... 9.1.1991..ahakz Perasan ja..hehe

Read more...

Diskusi Ilmu... Iklan Utk Student PTSS.. n_n


P/s : Non-Muslim pun dijemput hadir.... Moga2 ada manfaatnya.. ^_^

Read more...

Bolehkah Pergerakan Makmum Mendahului Imam??

Thursday, December 23, 2010

Assalamualaikum... 
How's ur day? Is it bad or nice? Hopefully sahabat2 yang tengah baca ni akan sentiasa berada dalam limpah rahmat dan kurniaNya. Amin..


Kali ni nak story tentang apa ya?... Haa.. Waktu Ckin ada kat Pusat Islam, time tu muazzin dah iqamat menandakan solat jemaah akan mula sat ja lagi kan. Then, Ckin sempat le tengok gelagat-gelagat adik2, kakak2, abang2(ops, abg2 tak tengok la pulak.. Tak prasan) .. Adik2 and kakak2 kat atas yang nak jemaah tu. Ada yang buat tak tau le pulak ngan keadaan saf yang tak rapat. Ada yang masih sembang2 time muazzin iqamat. Banyak kerenah. Sampaikan bila nak solat nak kena cakap suruh rapat-rapatkan saf. Then ada le yang tengok ngan pandangan yg pelik. Haish.. Sabor ja la. Depa tak tau kot.. Positifkan minda la kan..huhu

Ckin bukan nak cakap tentang fi'il tabi'i masyarakat Muslim sekarang ni. Tapi nak cakap hal yang dilakukan dalam solat.

 Persoalan yang Ckin nak habaq kat sini adalah
 BOLEHKAH PERGERAKAN MAKMUM ITU MENDAHULUI IMAM? 

Perasan x, kadang2 bila kita solat berjemaah, ada makmum yang pergerakan solat dia mendahului imam? Contohnya imam nak iktidal, tp makmum kat belakang tu dah iktidal awal dr imam. Ada jugak yang sujud awal dr imam. Pandai2 le nak bayangkan naa. Ckin dah bagi contoh tu.hehe Nampak remah kan? Tapi sebenarnya berat.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w., baginda menyebut :

“Hanyalah imam itu diadakan untuk diikuti, maka jangan mendahuluinya. Maka apabila dia menyebut takbir maka takbirlah, apabila dia ruku’ maka ruku’lah, dan apabila dia berkata ‘Sami’a Allahu liman hamidah’ katalah ‘Rabbana walaka al-hamdu’, dan apabila dia sujud maka sujudlah.” 
(Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari)

Kalau Rasulullah menegah dari melakukan sesuatu perkara, maka Allah juga menegahnya. Sebab Allah yang menetapkan peraturan tu, ye dak? Daripada hadis ni kita dah dijelaskan dengan terang-terangan yang mana mendahului imam ketika solat adalah salah. Tujuan diperintahkan imam mengetuai solat jemaah adalah supaya makmum kat belakang mengikutnya, kan? Kalau makmum tu laju dari imam, ni bermakna makmum tu pulak yg jadi imam kat diri dia sendiri. Ni ikut logik akal manusia la kan. 

Actually, dulu waktu Ckin kat SMKANT, Ckin ada baca or dengar kuliah(tak pasti deh..huhu), Ckin dapat ilmu ni tak tau dari mana sumbernya.... Apa yang Ckin ingat, macam hadis, tapi Ckin tak pasti. nanti Ckin akan rujuk dengan Ustaz Din. InsyaAllah.. Kata-katanya macam ni, 

"Celakalah bagi orang2 yang solatnya mendahului imam"

Sejak tu, Ckin memang 'care' la tentang pergerakan makmum and imam ni. Alhamdulillah. tapi, Ckin pulak yang tak ingat dari mana sumber Ckin dapat kata2 kat atas tu.... Tu la, lain kali bawak senjata nak dengar majlis ilmu. Kang dah susah di tengah jalan..huhu Nak berhujah dengan org, kena ada ilmu. Nak sampaikan ilmu, kena ada ilmu. Nak mengorat pun kena ada ilmu. Pendek kata, ilmu tu mmg tak boleh lari dari kehidupan kita. Moga-moga sahabat2 akan lebih care tentang ni naa.. Ckin cuma menyampaikan, dan mengingatkan diri sendiri termasuk sesiapa saja yang menjadi sahabat Ckin. InsyaAllah..

Pesanan Ckin, 
PERGI MANA-MANA, BAWALAH SENJATA. 

APA TU?

THAT IS PEN DAN KERTAS WALAUPUN SEHELAI...
(supaya tak jadi macam sekarang ni.. Kan dah lupa..huhu)

p/s : Gambar tak boleh nak upload sebabnya line k.o...huhu But, ilmu tu lebih penting dr gambaq naa..

Read more...

Derma Darah... Alhamdulillah... 1st Time.. n_n

Wednesday, December 22, 2010

Assalamualaikum... Sahabat2 chat? 

Ckin alhamdulillah sihat walafiat wa lepat liat..hehe Kemarin, 21 Disember 2010 (Selasa), Ckin gi derma darah yang dianjurkan oleh pihak Hospital Tuanku Fauziah, Perlis. Actually, tak niat pun nak pi derma darah tu, tapi tiba2 ternampak ada meja pendaftaran kat JKE. Ckin and kawan pun pi la sana. Mula2 tu sedara2 kat situ suruh timbang berat untuk dimasukkan ke dalam borang tu. Ckin pun timbang la.hehehe 

Tak sangka, baru masuk ke Poli selama lebih kurang sebulan, berat dah naik 1.5 kg..hahaha Maknanya berat Ckin 50 kg le. Relax la.. Dengan berat tu jugak Ckin boleh menderma kan. kalau kurang, kang tak leh dah nak menderma...And tak ada salah2 kesihatan sama ada luaran atau dalaman. Ada kawan kelas yang tak boleh menderma darah pasal dia tu batuk. Kesian kat dia. InsyaAllah nanti ada lagi dia derma lagi la kot noh.. Moga2 dia dimudahkan... 

nak derma darah kena ada prosedurnya. Org yang kotor darahnya pun tak boleh jugak menderma walaupun dia nampak sihat dari segi fizikal. Haish... Lawakla bila doktor tu soal maklumat yg terlalu peribadi..hehe Tak pernah dibuat tuan punya badan deh..haha

Effectnya?... Nothing. But feel better than before. Cuma sakit lebam kat hujung jari. Sebab kan depa amik darah kat hujung jari nak test kan..huhu Pantang disentuh. Ouch! Sakit. Harap2 sat ja la noh.. n_n

Yang penting niat kita. Bukan jumlah darah yang didermakan. Ckin post ni bukan dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk, tapi cuba fikir balik, darah kita digunakan oleh orang yang memerlukan dan kita sedekahkan darah tu, then dia dapat menyambung nyawanya bagi tujuan lebih beribadat kepada Allah. Bukankah tu merupakan pahala yang berterusan?... 3 amalan yang tidak akan terputus apabila seseorang anak Adam meninggal, antaranya adalah sedekah. Sama2 fikirkan naa..

Pesanan Ckin,
KALAU KITA TAK MAMPU NAK BUAT BANYAK AMALAN KEBAJIKAN, 
CARILAH SESUATU ALTERNATIF YANG MANA APABILA KITA MELAKUKANNYA, 
KITA AKAN MENDAPAT MANFAAT

Wassalam.

Read more...

PTPTN Dah Masuk Okeh!

Saturday, December 18, 2010

Assalamualaikum..

Makluman naa..

Kawan Ckin gitau PTPTN dah masuk hari ini naa.. Alhamdulillah..

Pesanan Ckin, 

Gunakan duit tu sebaik-baiknya..
Jangan joli sakan sangat. Kang hujung sem nanti sengkek pulak kan..hehe

Ok.. That's all..

Wassalam..

SELAMAT MENJADI ORANG KAYA BARU.. 

ahakz

Read more...

Hari 'Asyura... Apa Peristiwa Di Sebaliknya?

Friday, December 17, 2010

Assalamualaikum.. sahabat2 sihat?...


Ckin alhamdulillah sihat.. Cuma sakit perut. Masuk angin..huhu tak pa la.. It's okay..hehe
Haa.. hari ni memang happy bangat la... Tau napa?... Sbabnya tiba2 laptop Ckin boleh connect internet. Padahal Ckin tak penah pun daftar kat Poli ni, tapi tiba2.. Alhamdulillah sangat-sangat.. hehe

10 hari lepas ni ada join Program Maal Hijrah...

Ckin nak story tentang apa ni?.. Haa.. Tentang Hari 'Asyura. Sahabat-sahabat ada berpuasa sunat hari 'Asyura semalam?... Kalau ada yang puasa, alhamdulillah. Moga mendapat berkat dan keampunan dariNya. Amin Ya Rabbal 'Alamin. Semalam ada buat Program Berbuka Puasa Hari 'Asyura di Pusat Islam. Alhamdulillah ramai la jugak. Makanan pun sedap2 belaka. Giliran muslimin Kelab RAPI yg masak kat P.I. Tiap2 hari Isnin giliran muslimat pulak yg masak... Insyaallah. 

Haa... Sahabat berpuasa sunat ni, tapi tau ka rahsia di sebalik kisah yang berlaku pada Hari 'Asyura ni? Hari ni Ckin nak bercerita tentang kisah2 yang berlaku pada Hari 'Asyura. Kalau ada sahabat2 yang dah tau, anggap la post kali ni sebagai medan untuk refresh balik ingatan kita. Ilmu ni kena ulang-ulang, baru akan ingat, ye dak?...

Ckin ada search kat Internet, cari2 la kisah di sebalik Hari 'Asyura ni, alhamdulillah jumpa akhirnya... n_n

Boleh la baca kat bawah ni naa..

  • Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
  • Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
  • Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
  • Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
  • Allah menjadikan Siti Hawa.
  • Allah menjadikan Syurga.
  • Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
  • Taubat Nabi Adam diterima Allah.
  • Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
  • Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
  • Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
Dah baca?... Banyak kan kisah-kisah di sebaliknya?... Allah Maha Mengetahui segala-galanya... Tiap yg berlaku pasti ada hikmahnya and terpulang kat kita nak ikut yg mana baik atau nak ikut yg buruk.  

Actually, ada macam2 dalam fikiran Ckin ni. Semua nak masukkan ke dalam ni. Nak kongsi dengan sahabat2. Tp, apakan daya. Hanya pada waktu yang diizinkanNya baru Ckin akan dapat tengok blog ni tau.


By the way, pesanan Ckin,

JANGAN KITA MENGHALALKAN PERKARA YANG SEMEMANGNYA TELAH DIHARAMKAN KE ATAS KITA.

p/s : Peringatan untuk diri sendiri dan juga sahabat2 yang baca post Ckin ni. Mungkin kita tak sedar apa yg kita buat tu adalah salah, mungkin juga kita sedar. Kalau hitam, hitamlah. Kalau salah, salahlah. Bukannya boleh dibuat main2...



Read more...

Selingan : Syaitan Gelakkan Kita Bila Kita Menguap... Haish!

Saturday, December 11, 2010

Assalamualaikum...
Salam di pagi Sabtu... Macam mana dengan tidur? Ok? 


Alkisahnya semalam ni area 1.30 gitu, dah nak tido la kan, then bila dah baca doa tu, pjam mata, then terbuka balik. Pejam lagi.. Mata ni keja nak buka ja. Haish.. Awat pulak nih?... Alahai.. Pusing kiri kanan, kiri kanan. Ya Allah, awat ni?... Cek tak boleh nak tido..hwaa Kebetulan time tu roomate Ckin that is Hani and Ruhani baru nak tido, Ckin ajak depa sembang-sembang ngan Ckin la. Hani nak main internet, sebab Ckin ada pinjam broadband dari kawan. Semalam ada kerja penting, tu yg pinjam deh... Then, sembang2 sat. Bila agak lama sikit tu, cakap kat Ruhani, sebelah katil la, ajak dia tidur melintang. Dia pun kata ok, Ckin lagi la ok. Alhamdulillah dah boleh lena dengan senang hati. Why?.. Ckin pun tak tau. Ckin tak kisah dah. Janji boleh tido kan. Siap mimpi lagi. Dalam mimpi tu mengatakan Ckin terlelap pada jam 3.37 pagi. Haish.. Betul ke tidak Ckin pun tak tau la. Alhamdulillah dapat tido and bangun dengan jayanya. Ahakz..

Lepas Subuh and baca ma'thurat ngan Aisyah, Ckin menghala ke lappy. Nak update blog la hari ni. Sementara duk guna broadband kawan kan?.. Wireless Poli yang kawan Ckin tu dah tak leh guna la.. Haish.. Kena tunggu pi daftar la ni. By the way, just wait and see.. n_n



Berbalik pada tujuan asal, Ckin nak story sikit tentang menguap. Sapa yang tak pernag menguap??? Haa.. Ada something wrong somewhere la tu..hehe Bila mengantuk, kofem la kita menguap kan? Tapi, perasan tak kita yang bila kita menguap, ada somebody tengah duk gelak-gelakkan kita.....? Melalui pembacaan Ckin dari Folder Inspirasi, dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Rasulullah s.a.w. ada menyatakan :

"Apabila seseorang itu bersin maka ucaplah 'Alhamdulillah' dan menjadi hak kepada Muslim yang mendengarnya dengan menyebut 'Yarhamkallah'. Namun, apabila seseorang itu menguap, maka tahanlah semampunya. Hal ini kerana syaitan mentertawakannya daripada jauh".

Boleh nampak apa yang Ckin nak jelaskan di pagi-pagi yang hening ni?... Macam tu la kisahnya. Bila kita menguap, jangan duk buat bunyi, haaaaaaaa, haaaaaaaaaaa.... Sangat tidak bagus tau. Bila kita buat bunyi-bunyi macam tu, lagi la syaitan syok duk gelak-gelak kat kita, kan? Ntah2 siap guling-guling lagi. Na'uzubillahimin zalik. Haa, sebelum terlupa, mungkin yang pernah belajar Bahasa Arab dulu-dulu di sekolah, dia faham kaedah menjawab perkataan 'Yarhamkallah' tu. Takpa, niat nak refresh balik ingatan kita kat ilmu-ilmu ni. Boleh kan?

Actually, perkataan 'Yarhamkallah' tu ditujukan kepada kaum Adam yakni orang lelaki. Contohnya, bila kawan kita bersin, dia cakap 'Alhamdulillah', then kita sambut la dengan menyebut 'Yarhamkallah'. Maksudnya adalah moga Allah merahmati kamu. Yang ni untuk lelaki tau. Ingat naa.. 

Kalau bagi kaum Hawa pulak, kita mendoakan mereka dengan lafaz 'Yarhamkillah'. Maksudnya sama cuma berbeza sikit pada tatabahasanya tu. Harap-harap sahabat-sahabat Ckin ni boleh faham la naa... 

Yarhamkallah - Untuk lelaki
Yarhamkillah - Untuk perempuan


Mungkin tu ja kot yang Ckin nak kongsikan pagi ni. Tu sebagai modal agar tak tidur lepas Subuh. Jangan amalkan naa.. Dulu, kat SMKANT, Ckin memang kekadang tu akan tidur lepas Subuh. Sebabnya memang mengantuk Balik dari surau, terus nak lena. Tak tahan la. hehe Tapi skang ni tak buat dah.. n_n Rezeki tak masuk. Kalau boleh elakkan dari tidur lepas Subuh naa. Boleh la gi jogging ka hapa. Nak baca buku? Ngantuk lak nanti. Buat la senam aerobik ka, yoga ka, whatever la. Asalkan sahabat-sahabat Ckin ni bahagia dunia dan akhirat.  

Setakat dulu kot entri kali ni. Apa yang Ckin rasakan bermanfaat dan boleh dikongsi, insyaAllah Ckin akan kongsi dalam blog ni. Mudah-mudahan laman ni akan menjadi tempat yang bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah.

p/s : Baarkallahulakum fi hayatiddunya wal akhiroh..amin..

Read more...

Kerana Mimpi Melihat Neraka...

Thursday, December 9, 2010

Assalamualaikum.
Salam di pagi Khamis.


Ada yang berpuasa sunat? Haa.. Bagus.. Bagus.. Amalkan setiap 3 kali  sebulan iaitu pada awal, tengah dan hujung dah dikira mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. InsyaAllah minggu depan baru nak start puasa sunat kat sini. Minggu ni kita rest2 dulu kan.. Actually, satgi jam 10.00 ada kelas. So, pagi ni Ckin buat planning sikit untuk beberapa agenda dalam Kelab RAPI. Nanti Ckin cerita tentang Kelab RAPI naa.. Just untuk makluman sahabat2 la kan. Nak baca boleh, tak mau baca pun boleh. Terpulang la kan. Ikut kesedapan minda.


Ckin nak berkongsi tentang sebuah cerita ni. Semalam ada la baca dalam Folder Inspirasi dalam lappy Ckin. Tajuknya, "Kerana Mimpi Melihat Neraka". Ckin cerita pendek2 la naa. Nak kongsi ilmu ngan sahabat2 Ckin. Maybe dah lama tak baca kisah2 sahabat Nabi, ye dak? Kisahnya bermula macam ni, terdapat seorang sahabat yang bernama Abdullah Bin Umar r.a yang merupakan seorang anak muda yang masih remaja. Macam kita2 yang tengah baca ni. Pada suatu malam, Abdullah ni beribadah kepada Allah macam kebiasaannya iaitu membaca Al-Quran sampai lelah. Dahsyat kan? Kita pernag tak buat macam tu??? InsyaAllah ada yang buat dan ada yang tak pernah buat. Tu menandakan iman kita ni masih rendah. Apa lagi? Tingkatkanlah start la ni. 

Okey, sambung story.


Bila dah penat, Abdulllah pun rancang nak tidur sebentar di dalam Masjid Nabawi tu. Beliau membaca doa tidur dengan tertib dan tidur dalam keadaan membaca zikir. Sehinggakan dicatat dalam buku amalannya iaitu orang yang tidak pernah lalai. Subhanallah! Kemudian, dalam mimpinya, dia melihat dua malaikat datang kat dia. Malaikat tu pegang tangan dia and bawak dia ke neraka. MasyaAllah.. Dia tengok orang2 yang dia kenal tu tengah disiksa dengan siksaan yang amat dahsyat.

Dia jadi takut then berdoa, "Ya Allah, jauhkanlah aku daripada neraka". Kemudian, Malaikat berkata kat dia. "Kau belum terjaga daripada neraka!".
Bila sedar pada pagi hari tu. Dia menangis. Lalu berjumpa dengan saudara perempuan dia, iiatu isteri Nabi yang bernama Hafsah. Hafsah menjadi sedih dan mengadu pada Rasulullah s.a.w.


Lalu, Rasulullah pun mengatakan kat Hafsah,

 "Sebaik-baik lelaki ialah Abdullah bin Umar jika dia mahu mengerjakan solat malam!" 

Kemudian, Hafsah pun sampaikann berita gembira tu kat Abdullah dengan perasaan yg senang. Dalam mimpi Abdullah, Malaikat ada cakap yang Abdullah belum terjaga dari api neraka kan? Sebabnya dia tak menunaikan solat tahajjud. Lepas dari kejadian tu, Abdullah tak pernah meninggalkan tahajjud hingga ke akhir hayatnya. Malah, dia menghabiskan malamnya dengan menangis dan mengadu pada Allah atas kekhilafannya. Abdullah juga ingat pada sabda Nabi,

 " Seringan-ringan siksaan neraka adalah dengan diletakkan bara api di bawah tapak kaki yang boleh membuatkan otak penghuninya mendidih" 

Boleh bayangkan?...

Apa yang Ckin nak cakap adalah kepentingan solat tahjjud tu. Dia ni tak susah cuma bergantung kat diri kita. Lama sangat ni tak buat tahajjud... InsyaAllah sama2 la kita mengingati diri kita. Gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya....

...YANG BAIK KITA IKUT, YANG BURUK KITA TINGGALKAN...

Wassalam.. n_n

Read more...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Mood Yang Pelbagai

Tuesday, December 7, 2010

Assalamualaikum...


Ya sahabat2 yang dikasihi Allah sekalian.. Apa habaq?... Moga2 semua sihat2 belaka la noh..
Ckin Dah ada kat Poli ni. Alhamdulillah baru selesai balik dari Program Sambutan Ma'al Hijrah di Dewan Wawasan, Perlis pagi tadi. Ni pun guna laptop kawan yang boleh connect internet. Sbb laptop Ckin tak daftar lagi maa. Alhamdulillah dapat gak buka. Satu kepuasan di jiwa. Tadi pi program tu ngan ahli Kelab RAPI iaitu dikenali dengan Kelab Rakan Pusat Islam. Alhamdulillah seramai 25 orang yang join.

 Tadi ada tazkirah Maal Hijrah yang boleh tahan isi kandungannya. dalam tazkirah tu, sorang ustaz yang bernama Ustaz Juanda lebih menyentuh kepada pemimpin yang memimpin dan juga dipimpin. Maksudnya pemimpin sekarang ni tak kisahla di tahap mana sekalipun perlu ada sikap bekerjasama dan bukannya saling menyalahkan antara satu sama lain. Kerana apa? Sebabnya jika pemimpin yang di atas tak laksanakan tugas dengan baik dan bertanggungjawab, pertama kali adalah dia akan ditanya di hadapan Allah kelak apa yang dia buat. Subhanallah! Yang tu paling Ckin takut. Moga2 amanah yang dipegang akan dilaksanakan dan dijaga dengan sebaiknya. Amin Ya Rabb! Selesai di situ.
(tak mau story panjang2..hehe)


Masuk bab kedua pulak. Start hari Khamis minggu lepas, iaitu 2 hb Disember 2010, Ckin and ahli-ahli Kelab RAPI yang lain dah mula handle program untuk pelajar2 Sem 1 Sesi Disember 2010 iaitu Kursus Penghayatan Solat. Huish! Dengar macam buat program untuk budak2 sekolah kan?... Tapi jangan salah anggap naa. Di sebalik tertubuhnya program ni ada hikmahnya dan ianya bukan saja-saja seronok nak dibuat ok. Ada kepentingan tertentu. Actually, masih banyak kekhilafan yang kita patut kaji pada diri sendiri.

 Waktu hari Khamis tu, iaitu pada malam Jumaat tu, semua fasi diminta untuk masuk ke dalam kumpulan yang memang sedia ada. Dalam satu kumpulan tu ada seramai 10 orang. So, fasi dibekalkan dengan borang kaji selidik berkaitan solat untuk diberikan kpd adik2 ni. Ckin and sahabat2 yang lain pun start dengan kumpulan masing2. Soalannya senang. Ada 3 soalan. Tapi nak jawab, ada yang memerlukan sehinggakan satu jam lebih. Dengar macam susah sangat soalan kan? Tak susah. Semuanya tentang solat. Antaranya, bilangan rukun solat, perkara2 dlm rukun solat dan.. Tak ingt dah..huhu Tapi semuanya tentang solat ja. Tujuan kita buat kursus ni adalah untuk mengkaji semual tahap pengetahuan tentang solat pada diri pelajar2 Sem 1 ni. Akirnya dapat la senarai pelajar2 yang terpilih untuk ke fasa 2.


Dalam fasa kedua pulak, buat pada hari Sabtu. Sepatutnya Kursus Penghayatan Solat ni dibuat pada jam 8.00 pagi and habis pada jam 12.00 tgh hari. Tapi tak boleh ikut jadual tersebut. Why?.... Sebabnya malam tu jadi histeria kat student Sem 1. Yang bagusnya, semua fasi Kelab RAPI tak sedar langsung waktu histeria tu jadi kat blok. Subhanallah! Maybe tu tandanya Allah nak melindungi kami semua kot. Cuma ada sorang sahabat Ckin ni, dia sedar. And tak boleh tidur. Sebab dia dengar jerit2 gitu..Esok tu ada lecturer yang conduct Minggu Suai Kenal(MSK) Sem 1 telefon Ckin sbb Ckin yang conduct bahagian muslimat. Aduh! Malu deh... Ustaz pelik la sbb histeria tu jadi teruk and bersahut-sahutan tapi kami semua tak dengar. Hehehe...

 Waktu jadi ni area jam 1.30 pagi. So, faham2 la. Bila dah happy tak tentu pasal, macam2 leh jadi.  Ye dak?... Stop di situ. Ustaz call and gtau waktu nak start kursus perli dibuat pada jam 12 tgh hari. Ok la. Pagi tu Ckin and sahabat2 muslimin n muslimat buat meeting. Buat apa yang patut, then trus ke Pusat Islam. Alhamdulillah bila buat praktikal ngan adik2 ni, depa dah mula faham apa yg depa tak faham. Malah ilmu depa lagi bertambah bila join kursus ni. Semuanya berkaitan dengan solat. Mula2 tu depa macam buat muka tak suka and so on, tapi bila dah dekat ngan fasi baru tau napa kursus ni diadakan. Bagi Ckin, kami2 ni nak kongsi ilmu. Tiada niat lain. InsyaAllah. Muslimat habis awal berbanding muslimin sbbnya nak bagi kesempatan pada pelajar perempuan untuk join sukaneka di bawah JPP. Habis tu, balik bilik la and rehat. Malam tu lak ada meeting lagi. Bicang semula tentang apa yg patut and buat apa yg patut. Alhamdulillah. Berjalan lancar. Ckin bekerja dengan pelajar2 Sem 2 yang boelh dikatakan agak bertanggungjawab dalam tugas depa. Alhamdulillah... Dah lama ku nantikan... =')


Apa yang Ckin boleh katakan kat sini, pada adik2, pada sahabat2, pada diri sendiri,

FAHAMILAH DENGAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH...

KITA BERUNTUNG KERANA MENDAPAT ISLAM.

INGAT! SEKIRANYA TERDAPAT SESUATU KAUM YANG TIDAK MAHUKAN ISLAM, NESCAYA ADA KAUM LAIN YANG AKAN MEREBUTNYA.

p/s : Mood yang pelbagai..hehe 

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP