Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Nak Bersedekah Utk Mangsa Tanah Runtuh? Jom!

Wednesday, May 25, 2011

Assalamualaikum semua...  Ckin nak menyampaikan khabar kepada semua...  Kepada sesiapa yang berminat nak bersedekah kepada mangsa tanah runtuh boleh ikut prosedur di bawah. 

- Mangsa Tanah Runtuh 2011 -

Wajah anak2 ini sebelum sebahagian dari mereka meninggalkan kita. Al-Fatihah~

Tabung Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) untuk Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat.

Derma boleh disalurkan dalam bentuk wang ringgit melalui :

Bank : RHB (2621 2000 0047 47)
Atas nama : MUSLIM CARE

atau;

Bank : CIMB (1219 0000 8481 03)
Atas Nama : One Heart Creative Solution

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tempoh kutipan derma : 21 Mei 2011 - 31 Mei 2011 

*jika ada permintaan untuk dilanjutkan lagi tempohnya, akan dimaklumkan kemudian.

Bagi memudahkan urusan merekod, pihak MZMFC berbesar hati untuk meminta kepada para penderma untuk memberikan maklumat yang berikut sesudah bank in :

a) Nama penderma *(jika tidak diisi pun tidak mengapa)
b) Jumlah bank in (derma)
c) No telefon
d) Tarikh dan masa bank in
e) Jenis Bank (RHB atau CIMB)

Maklumat di atas perlulah di emailkan ke :

tabungmzmfc@gmail.com
-------------------------------------------------

Hadith Nabi SAW : 

“Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah, jika ia tidak mampu, hendaklah ia berusaha melakukan sesutu yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan demikian ia dapat bersedekah. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menolong orang susah yang memerlukan bantuan. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menyuruh orang lain melakukan kebaikan. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap suatu sedekah”. 
(Riwayat Ahmad)

Sekian, terima kasih.  Wassalam.

Rujukan : Klik Sini

Read more...

16 Mei 2011 - Hari Guru & Hari Penting

Monday, May 23, 2011

Assalamualaikum. 

Sahabat-sahabat sihat? Ckin Alhamdulillah sihat-sihat ja walaupun kadang tu tak tahan dengan panas hujan and so on. Sabor je la en… 

Post kali ni, panjang sikit sebab Ckin nak bercerita. Kepada sesiapa yang nak tau, kenalah baca dari awal hinggalah habis naa. 

Pada tanggal 16 Mei 2011 baru-baru ni, ada 2 peristiwa besar (bagi Ckin le) yang berlaku. Pertamanya ianya merupakan Hari Guru. Wah! Teruja en… Di kesempatan ini, Ckin nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru yang telah mengajar dan mendidik Ckin selama ini hatta cikgu-cikgu yang sudah meninggal dunia.

 “Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah dosa-dosaku, Kau ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku, dosa-dosa guru-guruku, dosa-dosa pensyarah-pensyarahku serta dosa-dosa orang-orang yang aku sayangi…amin ya Rabbal ‘Alamin…” 

Buat semua guruku, tiada apa yang mampu kami semua anak didikmu balas hanya dengan doa ini akan dihidupkan selamanya sehinggalah ke hujung nyawa. InsyaAllah. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua guru-guruku hatta mengajar ilmu yang sedikit tapi amat bermakna untuk kami gunakan di masa depan. Berbalik kepada peristiwa tadi. 

Peristiwa kedua adalah 16 Mei 2011 merupakan hari di mana Keputusan Peperiksaan Akhir Bagi Sesi Disember 2010 keluar. Yang ni bagi institusi Politeknik sahaja naa. Universiti-universiti tidak berkaitan. Ckin cuma nak berkongsi di sini. Kat mana lagi en? So, bagi pelajar-pelajar Politeknik sekalian, berapa result sem ni? Tu ada adik-adik Ckin yang baca entri ni en? Macam mana keputusannya? 

Cemerlang? 
 Kepujian? 
 Baik? 
 Lemah? 
Terlalu Lemah? 

Alhamdulillah result Ckin menaik bagi semester dan tahun akhir ni. Tak kisahlah kita dapat banyak mana pun, ada lulus, ada gagal. Right? 

Jom kita koreksi diri. 

Sekiranya waktu sem ni kita gagal banyak, cuba fikirkan kembali, di mana salah kita? Adakah kita ni banyak main? Ataupun dah usaha sebaik mungkin ni tapi tak dapat result yang gempak? Apa-apa kemungkinan result yang diperolehi sekalipun, sekiranya kamu mendapat result yang gempak atau mendapat anugerah dekan, kamu boleh tersenyum. Tetapi bagi yang gagal, janganlah rasa rendah diri, rasa malu, rasa lemah, rasa ‘down’, dan jangan sesekali biarkan perasaan-perasaan itu menganggu fikiran kamu. 

THINK POSITIVE! 

 Ada hikmahnya aku gagal sem ni. Mungkin usaha aku tak kena. Mungkin aku banyak tak faham dengan subjek-subjek yang aku belajar. Mungkin aku perlu ubah gaya study aku. Biarlah gagal banyak mana pun, tapi terapkan PEMIKIRAN POSITIF dalam minda tu wahai sahabatku, wahai adikku. 

Ingat, Dia jua yang menggerakkan kita untuk LULUS dan Dia jua yang menggerakkan kita untuk GAGAL. Tak percaya? Tepuk dada, tanya iman. Seperkara lagi, anggaplah kegagalan ini merupakan ujian dari-Nya. Sebabnya, Allah tidak akan memberi ujian yang tidak dapat dapat diterima oleh hambaNya. Kalau kita gagal 1 or 2 or 3 or 4 or 5 subjek sekalipun, itu bermakna ujian ni kita dapat terima. Kan? Kalau tidak, takkan kamu masih duduk di depan laptop ni dan melayari internet, buka blog, facebook, ym and lain-lain. Betul tak? Kamu masih boleh makan, minum dengan baik kan? Haa… Tu menunjukkan bahawa kamu boleh menerima ujian ni. Setiap orang pulak, ujiannya lain-lain. Lain orang, lain dugaannya. Ada yang diuji dari sudut kewangan, ada yang diuji dari sudut keluarga, ada yang diuji dari sudut nafsu, ada yang diuji dari sudut gaya hidup (pemakaian, pergaulan), ada yang diuji dari sudut perhubungan lelaki dan perempuan, ada yang diuji dari sudut perasaan, kemewahan, duit, malah ada yang diuji dari segi ilmu yang dia miliiki. 

“If I fail, I try again, and again, and again…” 
Nick Vujicic 

Kenal siapa Nick Vujicic ni? Dia merupakan seorang insan yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki. Hanya badan sahaja. Boleh cari di You-Tube naa. Kisahnya sangat terkenal. Bayangkan, dengan tiada kedua-dua tangan dan juga kaki, dia mampu untuk berenang, bermain golf and ‘enjoy’ dengan kehidupannya. Sebabnya jika mengaku dirinya tu lemah dengan tiada kaki dan tangan, dia akan jatuh selama-lamanya. Tapi, dia boleh jugak buat apa yang orang normal boleh buat. Kalau dia mampu untuk bangun dari kelemahan tu, apatah lagi sahabat-sahabat Ckin yang ada kat sini. Kamu normal, Ckin pun normal. Result Ckin pernah jatuh waktu sem 2 dulu. Ya Allah! Macam tak boleh nak hidup lagi. Hanya istighfar panjang je la. Then, sampaikan lupa nak ‘save’ result sem 2. Padan muka en.haha Tapi Alhamdulillah sematkan pemikiran positif. 

“Aku akan usaha juga untuk bagi result sem 4 jadi macam sem 1!” 

 Alhamdulillah. Tak sia-sia pun bila tetapkan matlamat tu. Ada sedikit story yang Ckin nak kongsi di sini. Waktu nak masuk tahun 2010, Abang Hai mesej kat Ckin and Ckak. 

 “Apa azam tahun ni? Hantar kat aku sebelum tengah malam ni…” 

 Ha sudah! Ckin and Ckak pun dah jadi gelabah. Tak la gelabah sangat, cuma benda ni tak pernah dibuat en. So, masing-masing memikir sesama sendiri. Nak letak azam apa eh? Fikir, fikir, fikir… Akhirnya, dapat jugaklah 5 azam bagi tahun 2010. Ckin hantarlah mesej kat Abang Hai. Tiba-tiba, masuk pulak mesej dari Abang Hai. Rupa-rupanya, Abang Hai ‘forward’ azam yang dihantar oleh Ckak. Bila Ckin check fon Ckak, Ckin tengok benda yang sama. Azam yang Ckin hantar kat Abang Hai, dia ‘forward’ kat Ckak. Ha sudah! Malu la.ngeh3x Redha je lah nampaknya.hahaha So memang simpanlah azam tu sehinggalah ke penghabisan tahun 2010. So, memang berpeganglah pada azam tu. 

Bila fikir balik, oh, rupa-rupanya ada sebab kita kena buat azam tau. Sebabnya nak jadikan kita ni seorang yang tetap pada matlamat. Masuk tahun 2011, Abang Hai tak ingatkan dah sebabnya dia kan dah ada baby. So, bz lah sikit dengan baby tu. Tahun 2011 ni, Ckin start buat azam bermula pada hari kelahiran Ckin iaitu pada tanggal 9 Januari 2011. Taip besar-besar, buat comey-comey then lekat di dinding dekat meja belajar Ckin tu. Setiap hari tengok so akan ingatlah. InsyaAllah. Salah satunya dah tercapai. Yang lain-lain tu tak sure. Nanti kena koreksi diri semula. ^_^ Makanya dengan itu, Ckin bukan saja-saja nak berkongsi ni, nak minta sahabat-sahabat Ckin ni buat jugaklah naa. Kalau kamu nak, kamu akan buat sendiri. Kalau tak mau, apakan daya Ckin? Ckin hanya mampu berkongsi di sini. Perkongsian en… Tidak ada masalah pun kalau tak mau buat. 

Ingat, 

ORANG YANG NAK BERUBAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK TIDAK HANYA AKAN BERDIAM DIRI SETELAH MENGETAHUI KAEDAH YANG SEBENAR.

Jalan itu kamu yang tentukan sendiri, bukan Ckin, bukan orang lain. Sekiranya kita jatuh, takkan nak biar begitu sahaja, ye dak? So, kena bangun. Biarlah apa orang nak cakap kat kita, kita lebih mengetahui kemampuan diri kita ni. REMEMBER THAT. Hidup ni kan ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah. Biarlah kita kena ‘carry module’ or dalam erti kata lain ‘repeat’ subjek yang kita fail, just go on. Jangan mengalah. Ckin tau sebab apa gagal dalam sesuatu subjek. Sebabnya kamu tak faham lagi. Ckin pun macam tu jugaklah. Sama je kita ni. Jangan risau. Bila check result, sah! Memang tak faham.hehe Nak bagi faham, kena start dari awal wahai sahabatku. Ckin bila hujung sem hari tu, baru nak sedar and faham apa yang Ckin belajar. Bagi Ckin ianya satu kerugian yang sangat besar. Alhamdulillah tak sia-sia jugak apa yang Ckin faham tu sehingga dapat result yang macam ni. Alhamdulillah. Tu yang mampu Ckin katakan. Ckin cuma berkongsi apa yang Ckin rasa. Apa yang Ckin tulis hari ni, yang baik datangnya dari Allah, yang buruk itu datang dari kelemahan Ckin sendiri. Yang baik tu, ikut. Yang tak baik, tinggalkan je dalam teratak ni naa… 

Biar kita GAGAL sekarang, bukan di MASA DEPAN. Gagal sekali tak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Tips-tipsnya akan Ckin kongsikan bila Ckin free naa. Tips ni dari majlis DISKUSI ILMU bersama En Radhi sepanjang di Poli. Nantilah Ckin share dengan kamu semua ok. Act, minggu terakhir sebelum habis sem, En Radhi ada bagi wasiat kepada kami semua. Haa… Nak tau apa wasiatnya? Tunggu… Bakal menyusul selepas post ini. InsyaAllah… Alhamdulillah, sekarang ni nak buat baju kurung dah lepas. Esok-esok nak buat baju kurung Pahang pulak. Then, sambil-sambil tu tengah buat baju kemeja. Baju raya ni pun buat sendiri. InsyaAllah. Dah jimat. Dalam masa yang sama, ajar la jugak Ckak buat baju kurung. Slow-slow kan… Ok lah… Cukuplah sekadar di sini naa coretan Ckin. Semua kat atas ni hanyalah perkongsian dari Ckin. Tiada sebarang niat buruk naa. Ingat, THINK POSITIVE! Rahsia hidup aman dan damai tanpa gangguan perasaan yang datang.ahakz ^_^ 

Jumpa lagi di lain waktu. Wassalam.

Read more...

Post Pendek...

Tuesday, May 10, 2011

Assalamualaikum sahabat-sahabatku...

Apa khabar kamus semua?  Ckin kurang sihat sebenarnya.  Tekak rasa perit sangat dengan cuaca panas yang membahang ni.  So, kena minum air masak banyak-banyak naa.  Salam kemaafan sebab bila balik rumah lagi lah payah nak online.hehe  Skang ni Ckin dah join kelas menjahit di Kampung Sungai Korok merangkap kampung jiran Ckin.  InsyaAllah dah start belajar buat baju kurung ni.  Baru hari Isnin start.  Ckin jarang sangat dah nak buka tenet ni.  Btw, maaf naa.  And jumpa lagi nanti.

Wassalam.

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP