Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Tutorial Rapatkan Header Dengan Body Blog

Thursday, December 29, 2011

Assalamualaikum semua!

Bersemangat penuh ceria sebab Ckin nak berkongsi sesuatu. Act, Ckin dah berjaya untuk merapatkan header Ckin dengan blog. Mula-mula agak berputus asa sebabnya bila menggunakan tutorial yang diajar oleh blogger lain, Ckin buat tak jadi. Masih seperti biasa. Sekarang dah boleh dengan header baru yang diletakkan doodle tu. Biasalah. Ckin dah mula minat mendoodle sekarang ni. Setakat tu je kot yang boleh dibuat. Nanti-nanti kalau ada peluang, Ckin akan buat lagi. InsyaAllah. Ckin nak buat sedikit tutorial kepada mereka-mereka yang macam Ckin ni. Sebabnya template semua blogger adalah tidak sama. Bagi yang rasa sama dengan Ckin, boleh guna kaedah ni naa. Senang sangat. Kena tumpukan perhatian je naa. ^_^

1. Buka Dashboard > Design > Edit Html 
(untuk makluman, Ckin lebih selesa edit guna old blogger interface sebab senang sikit)

2. Then, Download Full Template. Supaya apa-apa hal boleh back-up balik. 

3. Tekan F3 atau Ctrl+F, dan masukkan $headerBgColor

4. Tengok yang kat bulatan merah tu.



5. Pastu, tengok border: 1px solid $headerBorderColor; macam kat bawah ni.


6. Tukarkan dari border: 1px kepada border: 00px. 

7. Seterusnya, tengok pada pada bahagian padding  seperti di bawah ini.


8. Tukarkan padding: 1px kepada padding: 0px. Rujuk gambar di bawah. Ada template yang nombornya adalah berlainan. Jadi, try and error naa. ^_^


Then, preview. 



Kalau jadi, save template. Kalau tak jadi, bermakna tu template lain dari Ckin. Dan kalu tak jadi jugak, boleh search kat google naa. Banyak tutorial yang ditawarkan untuk kalian. ^_^

Selamat berjaya dan selamat bercuti naa. ^_^ Wassalam.

Read more...

Sekiranya Kita Diumpat, Apa Nak Buat?

Wednesday, December 28, 2011

Assalamualaikum semua! 

Macam mana? How's ur day? Is it bad or right? Hopefully, hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini naa. ^_^


Dah tengok perkembangan blog Ckin ni? Comel x? Penat mencari segala tutorial untuk mengemas dan mencantikkan lagi blog agar sedap dipandang mata. Alhamdulillah boleh dah nampak sikit-sikit perubahannya naa. ^_^ Tak la sehebat sahabat-sahabat yang terror macam nama-nama hebat kat bawah ni. Nak singgah bolehla klik bawah ni naa. 




Nama-nama blogger kat atas ni menyediakan tutorial yang boleh diikut kalu kalian nak. Ckin amik dari sini la. Bagi siap-siap link, nanti boleh la buat blog lagi comel-comel naa. Ckin berniat nak tukar header pulak pasni. Nak letak doodle pulak rasanya. Macam menarik, kan? ^_^ Nantila. Kalau free la kan.

Berbalik kepada tajuk yang Ckin nak sembang sikit hari ni. Tajuknya adalah mengenai APA NAK BUAT JIKA ORANG MENGUMPAT KITA?


Rasulullah SAW menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yg bermaksud: 

“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”

(Hadis Riwayat Muslim)

Act, kelmarin, sebelum ke tempat kerja, Ckin sempat menonton rancangan Tanyalah Ustaz. Antara soalan yang ditanyakan adalah :

"Ustaz, sekiranya ada orang yang mengumpat atau mengata kita di belakang, apa yang harus kita buat?"

Lalu, jawapan yang diberikan oleh ustaz adalah begini.


Terdapat 2 asbab menyebabkan kita diumpat oleh orang.

Yang pertamanya adalah kita suka mengumpat orang lain. Mengata akan hal itu, hal ini. Memburukkan itu, menjelekkan yang ini. Begitulah seterusnya. Mengumpat seringkali dikaitkan dengan kaum perempuan. Kalau orang perempuan duduk sekali, tunggulah. Pasti ada bibit-bibit yang membicarakan hal orang lain. Berbeza dengan kaum lelaki. Tetapi, kaum lelaki juga ada yang mengumpat. Masing-masing lebih tahu akan fitrah masing-masing. Ye dak? 

Yang kedua, sekiranya kita diumpat oleh orang lain, bermakna Allah ingin menguji kita. Dan turut diberikan doa kepada orang yang diumpat ini. Sekiranya ada yang mengumpat akan diri kita, maka bacalah doa ini. 

"Hazaa min fadhli robbi"

Ckin tak ingat maksudnya. Boleh rujuk kepada ustaz-ustaz yang pakar naa. Maksudnya lebih merujuk kepada kebaikan yang datang kepada kita. InsyaAllah.


Tetapi, perlu diingatkan bahawa terdapat mengumpat yang diharuskan di dalam Islam. Masa sekolah menengah dulu pun ada belajar. Ingat lagi? ^_^

Perkara berikut telah dibahagikan kepada kepada 6 keadaan yang membolehkan 'mengumpat' ini. Sila semak dengan teliti. Jangan main serkap jarang pulak naa. BAHAYA! 

Imam al-Ghazali menjelaskan di dalam kitab Ihya Ulum al-Din seperti yang berikut:

Pertama: 
Apabila berlaku penganiayaan, seperti seseorang yang dizalimi mengadu kezaliman seseorang kepada hakim, agar hakim dapat mengembalikan haknya daripada orang yang menzaliminya.

Kedua: 
Meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran dari seseorang atau mengembalikan seseorang yang melakukan maksiat ke jalan kebaikan.

Ketiga: 
Ketika meminta fatwa atau keterangan sesuatu hukum dalam agama. Contohnya seseorang mengadu kepada kadi dengan berkata: “Ayah saya telah menganiaya saya.”


Keempat: 
Mengingatkan seseorang muslim dengan sesuatu kejahatan. C
ontohnya: jika anda mengetahui seseorang itu jahat, lalu anda mengingatkan orang lain supaya menjauhkan orang lain dari orang itu.

Kelima: 
Apabila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran, atau panggilan yang memang menunjukkan sesuatu kekurangan pada dirinya, seperti mengatakan si polan yang tempang atau yang buta.

Keenam: 
Apabila seseorang itu memang sengaja terang-terang membuat kefasikan dan bermegah-megah dengan perbuatan itu.

Namun tidak harus melihat persoalan mengumpat dengan begitu mudah, keharusan itu masih dalam batasannya. Apa yang diharuskan oleh ulama adalah demi mengembalikan keadaan yang buruk kepada yang lebih baik, menjadikan seseorang itu lebih sempurna sifat islamnya. Keharusan ini tidak bermaksudsyarak mengizinkan seseorang itu untuk memburuk-burukkan saudara seagamanya dengan sesuka hati.

Inilah perumpaan bagi mereka yang mengumpat. Na'uzubillahiminzalik!



Begitulah antara mengumpat yang dibenarkan. Fikir 2 minit cukuplah. Kalau tengok Melodi, ada pulak cerita tentang artis itu, artis ini. Adakah mulut ini akan berdiam? Menonton drama-drama, filem dan sebagainya. Ada tak sikit yang keluar dari mulut mengenai orang itu, orang ini? Jika ada, istighfarlah naa. Istighfar sebelum terlambat. Istighfar sekarang, dan bukan tunggu solat nanti. Banyak sangat 'saham' yang dah kita kumpul. Kelak, timbangan mana yang akan lebih berat? Neraca mizan penentu segala-galanya. Jadi, jauhilah naa. Elakkan. Sekiranya kita yang diumpat, berdoalah agar orang yang mengumpat akan dibukakan pintu hatinya untuk sedar akan kesilapan dirinya. Itu sahaja. InsyaAllah.


Dosa mengumpat membinasakan amal kebaikan ibarat api membakar kayu kering

Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda:

“Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu.”

Balasan bagi org yang suka mengumpat


Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas, Rasulullah SAW bersabda:

“Pada malam aku diIsra’kan aku telah melalui suatu kaum yg mencakar-cakar muka mereka dgn kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril siapa mereka ini? jawab Jibril: Mereka ini adalah org2 yg suka mengumpat dan mereka juga suka menjaga tepi kain org”.

(Abu Daud dari Anas)

Peringatan Rasulullah SAW kepada Orang Beriman


Sabda Rasulullah: 

“Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Semoga Allah SWT memelihara kita daripada tabiat suka mengumpat dan juga menjauhkan kita daripada orang2 yang suka mengumpat. Amin. 

Peringatan untuk diri Ckin dan juga kalian agar kita sama-sama menjauhkan diri dari dosa besar ini. Banyak-banyakkan mengingati Allah. Bila kita ingat akan Allah, pasti kita akan menjauhkan diri dari dosa besar ini. InsyaAllah. ^_^


Azab Allah itu terlalu pedih. Sangat dahsyat. Maka, berhati-hatilah dalam setiap kata-kata baik dari segi penulisan dan perilaku kita. Ckin juga banyak khilaf, kalian juga ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Jadikan kelebihan itu untuk digunakan ke arah kebaikan dan jadikan kelemahan itu sebagai peringatan supaya kita tidak mengulangi lagi kesilapan lalu.

p/s : Kepada kalian semua, sahabat-sahabat blogger dan sahabat-sahabat di luar sana, maafkan hamba yang khilaf ini. Hamba juga manusia yang khilaf dan banyak kelemahan. =_= Bila diperingatkan, barulah akan sedar akan kesilapan diri. Jadi, banyak-banyakkan istighfar agar terhapus dosa-dosa kita yang lalu dan diganti dengan kehidupan yang lebih baik naa. InsyaAllah. ^_^

Read more...

Gangguan Dalam Bas. Beringatlah naa.

Monday, December 26, 2011

Assalamualaikum semua! 

Alhamdulillah semalam selamat sampai dari kampung. Act, ada sedikit yang nak Ckin share kat sini hari ni. Nak ingatkan dan elakkan agar kejadian yang berlaku kat Ckin ni takkan berlaku pada kalian. Alkisahnya bermula macam ni, petang kelmarin Ckin naik bas dari Padang Serai untuk ke Butterworth. 


So, bila dah naik, Ckin pilih untuk duduk di seat paling hadapan sebabnya lebih selamat dan dekat dengan driver. Kalau duduk kat belakang-belakang, nanti jadi pelik-pelik atau gangguan kan susah. Dipendekkan cerita, naiklah 3 orang perempuan Cina yang sangat seksi. Haish! Seksinya tu adalah dengan memakai skirt pendek yang hampir-hampir menampakkan ........................... 

Cukup di situ. 

Dijadikan cerita, dua orang ni duk depan Ckin manakala sorang lagi mai parking kat tepi Ckin. Ok la. Ckin pun tak teringin pun nak tengok. Tiba-tiba naiklah geng Myanmar atau Cina lelaki (tak pasti sebab muka semua lebih kurang ja). 
Destinasi sama jugak nak ke Butterworth. Tak kisah sangat. 

Tup-tup ada sorang lelaki ni, dia mai duduk tepi Ckin. Sementara nak duduk tu dia tekan beg Ckin dari atas dan henyak-henyak a.k.a himpit-himpit Ckin. Ckin pun agak hanginlah. Dan terus bangun pi cari seat yang lain. So, duduklah kat sebelah perempuan Cina ni. Dari jauh, Ckin tengok-tengok lelaki yang 'gatal' tadi tu en, mata ni duk menghala ke peha perempuan-perempuan Cina ni. Mungkin dia rasa payah nak tengok secara straight, dia pun belek-belek spek hitamnya. Then, pakai. Mata di dalam tu hanya Allah yang tau. Rasa cam nak butakan ja mata makhluk-makhluk ni. Tak cukup dengan tu, datang pulak salah seorang dari geng lelaki-lelaki ni dari belakang dan berpindah seat ke depan. Dia duduk betul-betul 2 orang perempuan yang seksi tu. Dia dengan relaxnya memusingkan kepala dan matanya dan melihat direct ke peha dua-dua perempuan ni. Allah. Malu betul. 


Walaupun yang dilihat tu bukan Ckin, tapi Ckin ni perempuan ok. Dah tua pun tak sedar diri lagi. Yang si perempuan tu relax pulak duk main iPad, dengar lagu. Entah apa yang bermain di fikiran mereka ni. =_= Itu bukan rezeki namanya, tapi cari nahas. Bukan setakat tu, masa Ckin sandar di kerusi dan terlelap seketika, Ckin rasa ada yang duk main-main kepala Ckin. Kurang ajar kan? Bila Ckin sedar dan tarik kepala ke depan, geng-geng tu gelak. Memang cari nahas la. Mentang-mentang Ckin sorang. Alhamdulillah time tu dah nak sampai kat Butterworth. Dalam hati ni memanglah. Geram sangat. Dah la tak berapa nak sihat en. Haish. Ckin tak mampu nak buat apa-apa. Takut jugak sebenarnya. Geng-geng tu ramai. =_=


Apa yang Ckin nak sampaikan kat sini cuma beberapa pesanan. Kepada adik-adik, kakak-kakak, hati-hatilah kalau berada dalam bas. Kalau boleh, cari tempat duduk di hadapan. Jangan duduk di belakang sangat. BAHAYA! Seriously. Ckin tak pernah kena macam tu lagi. Mungkin ni pengajaran yang Allah nak bagi kat Ckin supaya lebih hati-hati dan peringatkan kalian semua. Rasa cam tak mau dah naik bas tu. Tapi nak buat macam mana, tu je pengangkutan yang ada untuk balik kampung. Redha je la di samping ikhtiar mana yang patut.

Lagi satu, please! Jaga pemakaian. Jangan ingat pakai ketat-ketat sampai menampakkan benda-benda yang tak patut. Ingat best? Sebabnya di kejauhan, ada yang memerhatikannya.

AWAS! 

Mata lelaki ni kadang tidak dapat dikawal melainkan mereka yang beriman. Melainkan mereka yang menundukkan pandangan. Jangan sesekali mengundang mara bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh, pakai seluar jin atau slact yang ketat, bukankah menampakkan bentuk peha?

Nak tunjuk kat semua orang yang 'aku' ada peha yang mantap? 
Gitu? 

Takpun pakai baju kecik-kecik sebab nak tunjuk kat orang yang 'aku' ada bentuk badan yang seksi? 
Yang kurus? Yang slim? 
Gitu? 

Ataupun mungkin pakai shawl/tudung yang menampakkan dada 'itu' semata-mata nak tunjuk kat khalayak ramai bahawa 'aku' ada asset yang paling terbaik? 
Yang cantik? 
Gitu? 

Bukankah lebih baik begini? Berbaju kurung, sopan, sedap mata memandang. Selamat dari panahan syaitan... InsyaAllah.

Sebenarnya, tak salah pun nak pakai baju tshirt, blouse dengan seluar. Nak pakai, pakailah.  Ckin pun pernah pakai suatu ketika dulu tshirt dan seluar slact. Sekarang je dah tak pakai. Tapi jagalah sikit diri sendiri tu. Siapa lagi nak tolong jaga melainkan diri sendiri. Kang dah kena rogol, kena 'sexual harrassment', kena raba, kena ngorat suma, siapa yang susah? Diri sendiri jugak kan?...... Jadi, beringatlah sebelum kena naa. Ckin mengingatkan walaupun Ckin tak pakai pun pakaian yang 'bermasalah' tu. Ya, memang kalian cakap pakaian kalian tak bermasalah. Tapi, cuba fikir balik. Pakaian itulah yang mengundang nafsu seseorang lelaki. Tak percaya lagi? Hmmm... Kalau tak percaya jugak, tunggulah saatnya diri kalian diratah oleh mata-mata nakal yang penuh bernafsu. Baru nak tersedar kot... =_= Ini hanya peringatan supaya kalian tak diganggu. Tu je.

Ckin tak mintak pun kalian menutup seperti ini, tapi cukuplah sebagai pelindung diri dari mata-mata liar. ^_^

Memang kalian tak berniat nak tunjuk kat orang, habis tu bila pakai pakaian sebegitu rupa, takkan nak tunjuk kat diri sendiri je kot? Kalau macam tu lebih baik pakai dalam bilik je. Ye dak? Fikir balik naa. Jangan menyesal pulak bila dah kena kelak. Kalau Allah nak bagi 'cash', dapat depan-depan mata. Na'uzubillahiminzalik.

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti".

(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)

Mungkin setakat tu dulu kot untuk dikongsikan hari ni. Ckin bukannya nak cerita pengalaman naik bas dari rumah ke Shahab ni. Tapi, cuma nak memperingatkan Ckin dan jugak diri kalian agar lebih berhati-hati. Ckin tak bolehla. Benda-benda ni terlalu sensitif sebab melibatkan diri Ckin... Allah... Dan perlu diingatkan lagi bahawa Ckin adalah perempuan. Insan yang sangat lemah. Tapi, di sebalik kelemahan, kita juga mencari kekuatan. InsyaAllah. Yang baik tu ambil naa. Yang tak baik tu, tinggal-tinggalkan di sini. ^_^

Read more...

Mengaku Pernah Tidur Dengan 6 Lelaki - Kisah Silam Isteri

Thursday, December 22, 2011




Apa khabar semua? Diharapnya kalian sentiasa baik-baik saja naa. Act, hari ni nak post isi kandungan kuliah Maghrib semalam, tapi lupa bawak buku nota la. So, bawak ke minggu hadapan naa. By the way, ada jugak sebenarnya perkara penting yang Ckin nak share hari ni. Ckin sempat menjenguk ke blog seseorang ni. Nak tengok banyak isi kandungan di dalamnya, boleh ke sini HomeFamilySite


Berikut adalah kisah benar seseorang ni. Ckin tak mau nak explain panjang-panjang, cuma nak minta kalian hayati dan ambil iktibar dari sini. Segala yang baik tu, ambillah dan yang tak baik, tinggalkan di sini. ^_^

Berikut luahan hati seorang suami yang kecewa mengingatkan kisah silam isterinya yang kelam. Walaupun begitu dia begitu mencintai isterinya dan mengharapkan rumah tangga mereka bahagia biarpun hatinya dibelenggu kerunsingan.

Saya telah berkahwin dengan isteri setahun lepas. Biar pun baru namun kami sudah lama mengenali dan telah berkasih selama 10 tahun sebelum berkahwin. Sepanjang bercinta, kami tidak pernah menghadapi masalah yang besar dan jarang bergaduh.

Mengimbas apa yang berlaku sebelum berkahwin, kami sebenarnya pernah terlanjur dan kerana menurut hawa nafsu kami mengulangi perbuatan terkutuk itu. Satu hari, kami berdua ditangkap basah oleh keluarganya dan mereka bertindak memutuskan perhubungan kami. Kami akhirnya berjauhan kerana tinggal di negeri berlainan.


Saya terlalu mencintainya dan saya juga percaya dia mencintai saya pada masa itu. Selama kami berjauhan, dia tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikap dan sentiasa membalas surat dan panggilan saya dengan penuh mesra dan kasih sayang. Dia juga pernah beberapa kali datang berjumpa dengan saya tanpa pengetahuan ibu bapanya. Pada saya, dialah wanita yang betul-betul istimewa dan mencintai saya sepenuh jiwa. Untuk pengetahuan puan sepanjang perhubungan kami, saya tidak pernah berlaku curang dengan perempuan lain walaupun saya banyak peluang untuk melakukan semua itu.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia dia dapat melanjutkan pelajaran di utara Semenanjung. Rupa-rupanya semasa melanjutkan pelajaran, dia telah berlaku curang dengan meniduri enam orang lelaki dan dalam masa yang sama masih menjadi kekasih saya. Perkara ini hanya saya ketahui setelah kami berkahwin.

Cukuplah di sini saya katakan bahawa dia terlalu mudah untuk menyerahkan diri kepada lelaki-lelaki tersebut walaupun dia tahu bahawa mereka tidak serius dengannya. Lelaki pertama yang dia tiduri adalah rakan sibernya dan mereka melakukan hubungan seks pada kali pertama mereka berjumpa.

Seterusnya, lelaki-lelaki yang hadir dalam hidup dia hanyalah untuk memuaskan nafsunya sahaja kerana saya tidak dapat bersama dengannya atas masalah kewangan yang tidak mengizinkan saya berjumpa dengan dia selalu.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup bersama dengan lelaki lain dengan begitu mudah dan dalam masa yang sama masih menjalinkan hubungan dengan saya? Kenapa dia memilih saya untuk dijadikan suami? Sudah puaskah dia melampiaskan nafsunya kepada lelaki-lelaki itu?

Apa pun dia telah pun sah menjadi isteri saya sekarang. Perkara ini telah diceritakan oleh isteri semasa kami berbual kosong empat bulan lepas. Saya menguji dirinya bercerita tentang perkara yang pernah dilakukan dulu. Saya tak pernah terfikir bahawa dia sanggup berkelakuan sedemikian. Saya betul-betul percaya bahawa dia setia dan mencintai saya sepenuh hati.

Lelaki pertama menidurinya (rakan siber) itu rupa-rupanya adalah kawan kepada kawan saya sendiri. Rakan itu pernah bercerita dengan kami tentang seorang wanita yang sanggup menidurinya walaupun baru pertama kali bertemu. Pada masa itu, kami semua mentertawakan wanita tersebut. Saya sendiri menganggap wanita itu bodoh kerana menyerahkan kehormatannya pada lelaki yang baru dikenali, Namun saya tidak menyangka bahawa wanita tersebut adalah isteri saya saat ini.


Sekarang ini, saya mohon nasihat puan bagaimana saya hendak menghadapi dugaan yang begitu berat ini. Masih wujud rasa kasih sayang kepadanya tetapi cinta itu semakin pudar. Pada hari akad nikah kami, saya nekad untuk membahagiakan dirinya dan tidak akan menduakan dia tetapi rupa-rupanya dia yang terlebih dahulu menduakan saya.

Bagaimana saya hendak teruskan hidup dengannya. Saya tahu kesalahan ini kisah lama, kira-kira lapan tahun lalu sebelum dia menjadi isteri saya? Saya tidak dapat terima dia boleh berlaku curang pada saya dan dalam masa sama, tidur dengan lelaki lain!

Saya betul-betul keliru. Tolonglah, bagaimana harus saya selamatkan perkahwinan kami?

Sekarang ini, kadangkala saya masih ok tapi ada kala murung dan tidak tentu arah. Saya takut jadi gila. Untuk makluman juga, buat masa ini kami tinggal berjauhan, saya di Semenanjung manakala isteri di luar Semenanjung. Sesekali kami akan bertemu. Dia memang menunjukkan sikap mahu berubah dan cuba menawan hati saya tetapi tamparan yang diberi terlalu hebat bagi saya. Bantulah saya puan!


Assalamualaikum tuan yang dirahmati Allah

Tuan yang dimuliakan, Perlakuan manusia dihasilkan daripada kombinasi kefahaman, keperluan, cara hidup, gaya hidup dan beberapa elemen emosi serta ketaatan manusia kepada penciptanya. Ia amat berkait rapat dengan pembinaan manusia secara kombinasi jasad, akal, roh dan nafsu yang mendorong manusia untuk mengikut peraturan atau tidak mengikut peraturan yang disediakan oleh manusia atau hukum yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Manusia yang kurang ketaatan dan ketakutan kepada Allah S.W.T akan bertindak mengikut kesesuaian diri, keseronokan dan mengabaikan larangan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, manakala manusia yang taat dan takut kepada Allah pula akan sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T dan berusaha untuk menjauhkan diri dari melakukan perkara yang mungkar dan merugikan manusia. Sehubungan itu kelompok manusia yang suka melakukan perkara yang mungkar pula akan bertemu dengan manusia yang mempunyai “taste” yang serupa maka tidak hairanlah bahawa manusia yang melakukan zina maka akan bertemu dengan manusia yang suka melakukan zina juga.

Namun Allah S.W.T maha pengampun dan penyayang yang akan memberi jalan keinsafan walaupun sudah jelas segala kemungkaran itu berlaku akibat dari kerakusan nafsu manusia. Maka keinsafan yang bersungguh-sungguh dan diikuti dengan taubat nasuha akan membawa manusia ini ke jalan yang benar dan diredhai.


Ini yang berlaku kepada tuan, tuan telah pernah hanyut dalam kegelapan bersama-sama kekasih tuan yang akhirnya menjadi isteri tuan. Setelah pintu keinsafan terbuka dan tuan mengajak isteri tuan bersama-sama untuk membuka cerita baru dalam hidup ini, kisah lama yang disingkap telah membawa tuan menjadi lebih beremosi serta cuba mengubah sejarah silam mengikut acuan tuan sendiri. Tuan menganggap bahawa kisah silam tuan tidak pernah berlaku secara songsang, tuan memilih isteri yang tidak curang, tuan mengharap kekasih tuan juga seperti tuan iaitu boleh ditiduri oleh tuan seorang saja, bukan lelaki yang lain.

Padahal hakikatnya sama saja iaitu tuan pada masa itu tidak kekok untuk melakukan zina dan kekasih tuan pada masa itu juga mempunyai tujuan yang sama. Hanya setelah dikejutkan oleh keluarga, barulah tuan sedar dan berubah. Keadaan ini telah menambahkan helah bela diri tuan bagi merasionalkan anggapan tuan bahawa kenapa tuan boleh setia sedangkan kekasih (sekarang isteri) tuan boleh mencari pelbagai pilihan lelaki untuk ditiduri. Oleh itu tuan perlu memikirkan alternatif ini bagi membantu tuan mengubah persepsi tuan.


Pertama, pastikan maklumat dari isteri tuan ini adalah benar dan bukan sekadar menonjolkan “kehebatan” dalam sesi cabar-mencabar bersama tuan. Setelah dipastikan ketepatan, maka tuan perlu timbangkan kepentingan untuk terus berada dalam dilema ini. Cuba pastikan bila masa peristiwa ini berlaku, jika sudah menjadi lipatan sejarah maka tuan perlu menerima isteri tuan seadanya bukan menyingkap kisah lalu dan menyalahkan isteri tuan atas kecurangan yang berlaku.

Kedua, tuan perlu fahami keadaan cemburu tuan didasari oleh kasih atau dendam. Jika didasari oleh kasih maka bawalah isteri tuan ke pangkal jalan dan jangan tinggalkan dirinya seorang diri meredah segala duri kehidupan. Sebaliknya jika didasari dendam atau menjadi ‘pak sanggup’ di atas ketelanjuran maka tuan perlu memperbetulkan segala kepincangan ini dan perbetulkan niat perkahwinan tuan.

Tuan perlu sedar bahawa kejadian kaum Adam adalah pemimpin kepada kaum hawa, maka gunakan sebaik mungkin peluang keinsafan yang ada untuk kembali ke jalan yang benar dan diredhai Allah S.W.T.

Ketiga, tuan perlu fikirkan semula jarak berjauhan tuan dan isteri yang boleh mengundang seribu satu macam persepsi negatif serta menggalakkan peluang kecurangan berulang kembali serta peluang fitnah yang berleluasa.


Oleh itu usahakan agar tuan dan isteri boleh berada dekat kerana tempat isteri adalah di samping suami. Keempat, tuan perlu kembalikan pemikiran positif tuan kepada diri tuan dan isteri iaitu dengan merancang apa yang akan tuan lakukan di masa depan bukan menoleh ke belakang dan mengimbau pengalaman dosa dan ketelanjuran yang boleh meracuni kebahagiaan suami isteri.

Tuan perlu faham bahawa segala yang berlaku adalah dengan kerelaan tuan seperti tuan merelakan berlaku zina antara tuan dan isteri sebelum berkahwin. Tuan rela menerima isteri dalam banyak keadaan dan tuan sanggup melupakan segala kenangan silam demi untuk membahagiakan isteri tuan. Oleh itu tuan perlu berhenti dari memikirkan kisah silam dan tumpukan untuk usaha berada dekat dengan isteri tuan.

Tuan yang dihormati, yakinlah bahawa menjadi seorang pemimpin dalam keluarga , sangat besar tanggungjawabnya terhadap diri dan orang yang dipimpin. Ketahuilah bahawa tuan sudah berada di atas landasan yang benar, maka teruskan perjalanan dan perjuangan.



Usahakan agar isteri tuan tidak kembali kepada jalan perzinaan dengan sentiasa berada dekat dengannya, lupakan kisah silam masing-masing dan terima anugerah kebahagiaan ini untuk mempertingkatkan usaha merapatkan hubungan dengan Allah S.W.T. Bantu isteri untuk takutkan Allah S.W.T dan beriman dengan Allah S.W.T kerana sesungguhnya apabila manusia takutkan azab Allah S.W.T maka dia akan berusaha menjauhkan dosa.

Dapat apa yang Ckin nak sampaikan kat atas ni? Kenapa sejak akhir-akhir ni Ckin kerap sangat mengutarakan bab perkahwinan, perhubungan lelaki perempuan ni? Sebabnya Ckin punya alasan tersendiri. Mungkin dah lama Ckin tak bercakap bab ni. Sesuatu yang baik perlu diulang-ulang agar dapat dijadikan peringatan. ^_^ Sekadar itu yang Ckin nak cakap. Kalian fikir-fikirkan sendiri di mana tahap kalian dalam perhubungan lelaki dan perempuan yang terlarang sehinggakan boleh terjadinya seperti kes di atas. Allah...

Sama-samalah kita jauhi, jauhi dan jauhi. Jangan sikit pun mendekati perzinaan. Kelak yang akan menyesal bukan orang lain, tapi diri kita sendiri. Sebelum buat sesuatu, fikir dahulu. Jangan cepat melatah. Jangan cepat terpesona dengan "nikmat" yang hanya sementara. Sejauh mana kita mampu nak melindungi keaiban yang kita sendiri buat? Mungkin ada yang pernah terlanjur sekali, dua kali, dan banyak kali. Tapi, please! BERTAUBAT SEGERA. Dan jangan ulangi lagi hatta mendekatinya. Bahaya andai jadi macam kes kat atas ni. Suaminya dah hilang rasa cinta. Allah... Sama-sama renungkan...

Ingatlah pesanan Ckin ni...

"SYAITAN TIDAK MENUNGGU SEHINGGA SIANG HARI UNTUK MENGHASUT MANUSIA"

Read more...

Awas! 27 Cara Lelaki Nak Mulakan Zina

Tuesday, December 20, 2011

Assalamualaikum semua! 

Macam mana dengan tugasan seharian? Makin bertambah baik atau bertambah buruk. Sebelum tu, hayatilah peringatan yang Nabi Muhammad s.a.w. sampaikan kepada kita ni.


"Orang yang hari ini lebih baik dari semalam adalah orang yang BERUNTUNG, manakala orang yang hari ini masih sama seperti semalam adalah orang yang RUGI, dan orang yang hari ini lebih buruk dari semalam adalah orang yang CELAKA".

Ingati semula. Muhasabah diri balik naa. InsyaAllah. ^_^

Act, hari ni Ckin nak berkongsi sedikit sebagai PERINGATAN kepada Ckin dan juga sahabat-sahabat di luar sana. Sebenarnya dulu dah ada bingkisan yang menyelitkan ayat-ayat kat bawah ni dalam satu video yang telah diupload sendiri oleh seorang muslimah berdasarkan pengalaman hidupnya. Tapi, Ckin tak dapat nak mencari balik video tu. Ckin masih lagi menyimpan video tersebut dalam laptop, tapi tak dapat nak cari balik dalam Youtube untuk dikongsikan di sini. Tajuknya "Cinta Nafsu". Ckin ni kurang rajin nak tulis balik segala pengakuan muslimah yang pernah terjebak ni ke dalam bentuk tulisan. Cuma share dengan kawan-kawan di Poli sahaja. So, hari ni dah terjumpa dengan kata-kata tersebut. Memang sama. Dan untuk makluman kalian, perkara ini adalah benar. Bukanlah suatu rekaan kerana Ckin masih menyimpan video tersebut. Kurang rajin rasanya nak upload semula ke Youtube. ^_^ 


Yang penting, tengok isinya. Dan jadikan pengajaran. Jangan mudah terpedaya dengan insan bernama lelaki hatta dia nampak baik. Memang ada yang betul-betul baik, tapi yang baik di depan, kurang baik di belakang tu banyak. 

Bagi mereka yang tak buat benda-benda ni, 
anggaplah sebagai PENGAJARAN dan PERINGATAN supaya kalian tak buat. 
Bagi yang terasa diri hampir-hampir ke arah ni, ELAK-ELAKKANLAH. 
Bagi yang terasa diri bagai nak diuji dengan perhubungan lelaki dan perempuan, 
BERHATI-HATILAH. 
Bagi yang pernah terlanjur, yang pernah terlibat dengan "cinta nafsu" ni, 
BERTAUBATLAH! 

Jangan nak tunggu nyawa di hujung kerongkong baru nak sedar diri. Jauhkanlah. Dan jangan sesekali mendekatinya. Moga-moga apa yang Ckin share hari ni dapat memberikan walaupun sedikit peringatan buat diri Ckin dan kalian semua. InsyaAllah. 


Lupa pulak nak maklumkan. Ckin ambil ni dari sini. Klik GilaBest.

Antara isi kandungan "ayat-ayat" yang menyamai petikan dari dalam video tersebut adalah : 

1. salam. Blh sy kenal awk?
Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk.
Dah lama sy prhatikn awk.
Awk dak baik n sy trtarik la dgn
tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan..
ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni..

2. Trima kasih krn mnerima sy.
Sy akan try sedaya upaya
sy mnjaga awk dan mgikut syariat.
Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah,
sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau,,jaga aurat leklok..
jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau..
jgn sorg2..blk contact sy ek..
sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy.
Sy risau awk kuar lama2..ye..
mmg sy xde hak pun..
sy tau sy percaye awk,,tp sy x tau la nk kate cmne.
Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk
mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot,,
wak..awk cinta sy x? xnk bgtau..
tp sy tau awk cinta sy..
awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?
..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,,selain family,,
Allah dan rasulnyer..
awk sayang sape ek?
Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite
just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk.
sy tringin gak nk jd cm member2 sy.
Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek?
Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..
thanks syg.. love u… ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni
mcm x prcaya bi je.
Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan ..
tq ek gtau,,mkin dalam pulak rindu
kat syg ni… .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau,,sayanglah segalanya utk bi,,
syg la pmberi semangat utk bi… yang… ..
bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek..
jgn risau..inikan membuktikan bi caring..
so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan
jaga rahsia kite..just msg je kan..
love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg,,leh kite jumpe x? ye..
ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u…. ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg..
abg tggu lame da..abg tau..
kite x leh pakse dlm hubungan..
la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg,,watpe 2? Nk ckp sket..
nape syg
bwk satu battalion nak jumpa abg?…
syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..
abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..
cam wardina lak..bkn syg x cntk..
just nmpk mkn cntk la..
nipis sikit je..
nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td..
abg trsentuh jari syg td..
Tol gak ckp syg eh,,trsentuh xpe..TER.. hehe..
makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td,,syg cntk la.. Ololo..
abg romantik sket pun salah ke?
Ske abg romantik ek? Hehe..
Eh,,td jumpa abg da berani
tenung abg ek..hoho..
tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je..
senang la kita jumpa
pasni.. tgk..Allah
memberkati hubungan kite..
syg solat dah ke?
Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent?
Apa tandanya eh? 50% je… huhu..yang. .
just nk tanya..
rambut syg panjang x? just thinking
of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg
kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special
untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..
gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent?
Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji,,
abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg…

18. Syg..da lame kita couple kan..
xkan abg pegang tgn pun nak marah..
Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati..
kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?
SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR…

20. huh!… syg mengndung? tahu kat ne…
cube check balik dgn doktor… xkan sekali buat dah mengandung,,check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg,
utk kebaikan kita berdua,,lebih baik
syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu
bunuh benda yang masing xbernyawa…..
gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni!
xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg,,abg xbleh temankan
syg ke klinik tu,,abg malu klu terserempak
dgn family or member,,malu la
abg klu diorg nmpak
abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung…
kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu..
bukan masalah aku.. lantak kau la…
bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau..
kau tu yg bodoh!!
kau ingat kau tu cantik sgt?? aku
dah xingin kat kau!!
pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk..
xde masa nk layan kau!…

27.(terputus hubungan)
*wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
*si lelaki mencari mangsa baru..
*dan kejadian terus berulang..


Begitulah kesudahannya. Inilah ujian-ujian yang dialami oleh seorang muslimah ni. Ini boleh dijadikan sebagai peringatan kepada diri kita sendiri. Jangan sekadar bercakap kosong. Tetapi, bertindaklah untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik. Setiap orang ada ujian masing-masing yang Allah bagi. Pengajaran yang Allah bagi kepada dirinya perlu diambil untuk dijadikan pedoman hidup. Jangan ada pulak yang nak cuba-cuba. Celakalah bagi insan-insan yang mengambil istilah "cuba-cuba" ini. Yang baik itu, jadikan pengajaran. Yang tak baik tu, tinggal-tinggalkan di sini. InsyaAllah. Jumpa lagi dengan kupasan yang bermanfaat. Wassalam.

"Masa lalu dijadikan pengajaran untuk kita meniti liku-liku hidup yang lebih baik"

^_^


Read more...

"Ubat" Migrain Ada Di Sini ^_^

Sunday, December 18, 2011

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. 


Just a short post to publish here.

Pagi tadi Ckin sempat menonton Program Tanyalah Ustaz. Ustaz yang menyampaikan adalah Ustaz Sharhan Safie. Siapa tak kenal? Tajuknya adalah mengenai Indahnya Perubatan Islam. Jadi, Ckin nak berkongsi apa yang Ckin dapat sepanjang 10 minit menontonnya. Bagi kalian yang menghidap penyakit Migrain, bolehlah kalian mengamalkan "ubat" yang diberikan oleh Ustaz Sharhan. Letakkan pergantungan kepada Allah yang Maha Menyembuh. Kaedahnya seperti di bawah. 


Baca ayat dari Surah Al-Waqi'ah : 19.  (check tajwid dalam surah ni ok)

Laa yusodda'una 'anhaa Walaa yunzifun. 

Kemudian, letakkan tangan kanan di tengah-tengah dahi. Baca ayat ni. InsyaAllah akan terasa penawarnya. Tetapi, WAJIB yakin pada Allah. Kalau tak yakin, komfem takkan jadi. Amalkan bila-bila masa sahaja. 

Setakat itu dahulu perkongsian dari Ckin. Walaupun pendek, diharap akan dapat memberi manfaat kepada kalian. Wassalam.

Read more...

Rahsia Tersembunyi Dari "Muhammad s.a.w" ^_^

Wednesday, December 14, 2011

Assalamualaikum semua. 


Alhamdulillah bertemu lagi kita di sini. Hari ni Ckin nak berkongsi lagi sedikit fakta dan kebesaran Allah. Ckin jumpa ni di blog seorang kakak ni. Nak tengok blognya boleh ke sini : 


Di samping itu, sekiranya kalian berkesempatan, boleh juga follow dan check-check di blog ini : 



Act, ni merupakan blog rasmi Rakan Pusat Islam PTSS. Tapi, tidak bermakna blog ini hanya untuk student PTSS sahaja. Terbuka kepada sesiapa yang nak follow. Boleh jugak tambah-tambah ilmu kat sini naa. InsyaAllah. ^_^

Rahsia di sebalik nama Muhammad, di mana banyak makna yang tersirat dalam kebesaran nama yang sederhana itu. entah apakah ini merupakan salah satu mukjizat atau sekadar kebetulan saja, bahawa ada fakta menarik di abjad / huruf-huruf yang tersusun dari nama itu:
 

1. Kata Muhammad , jika kita gabungkan dalam bentuk normal mim ha mim dal, maka akan menjadi sebuah skesta seorang manusia. Sudah maklum adanya bahawa sebaik-baik makhluk / ciptaan yang pernah dicipta oleh Tuhan di alam semesta ini adalah manusia dengan kelebihan aqal mereka, sementara makhluk hanyalah hayawan dan planet-planet yang penuh rahsia. 

Manusia Sempurna:


2. Kata Ahmad , jika kita cermati satu-persatu hurufnya maksud huruf-huruf itu akan mennggambarkan sosok orang yang sedang melakukan solat, tahukah kita bahawa solat merupakan sebaik-baik doa dan ibadah yang pernah diperintahkanNya. 

Ahmad Terpisah:


3. Kata Muhammad jika digabungkan huruf-hurufnya maka akan berbentuk layaknya manusia yang sedang sujud dalam solat. Dalam ritual solat sujud merupakan inti dari semua rukun-rukunnya, kerana pada saat sujud manusia menundukkan 8 bahagian tubuhnya di bumi bukti kepasrahan secara keseluruhannya kepada sang pencipta. Betapa rahsia Allah sangat menggetarkan hati, saya yakin masih banyak tersirat rahsia-rahsia lain di sebalik susuknya, nama dan semua yang berkaitan dengan sang kekasih sejati ' Habibullah: Muhammad '.



Ckin harap dengan perkongsian yang sedikit ini dapat memberikan sesuatu kepada kalian. InsyaAllah. Allah memang Maha Berkuasa atas segala-galanya. Jadi, jagalah hatiNya. Jangan biarkan Dia marah. InsyaAllah. Subhanallah! 

Read more...

My First Doodle ^_^

Tuesday, December 13, 2011

Assalamualaikum semua!

Ckin kembali lagi dengan benda yang baru bagi Ckin. Almaklumlah jenis orang yang minat hal kecik-kecik ni kan... ^_^

Actually, Ckin dah lama berkenan kat benda yang dinamakan Doodle ni. Tapi, still tak jumpa kaedah nak buatnya. Bagi Ckin masih "Newbie" ni, inilah hasil yang dapat Ckin buat. Just for sharing. ^_^



Amacam? Comel tak? ^_^

Ni doodle yang kedua. Baru buat. So, update kat sini dah la... ^_^


Sekurang-kurangnya dah tau sikit-sikit kaedah nak buat. Pasni habisla. hehe Mengadap "sahabat baik" selalulah ni. 

Untuk makluman, Ckin buat doodle ni menggunakan Microsoft Excel, kemudian di'group'kan, dan di'paste' dalam Paint. Seterusnya, dibawa ke Adobe Photoshop untuk dihias. Ckin belajar cara buat doodle dalam Microsoft Excel ni melalui seorang sahabat. Namanya Nurdani. Orangnya agak pakar dalam create doodle dalam Excel. First time Ckin tau yang benda-benda ni boleh buat dalam Excel tau. ^_^ Nak tengok, boleh ke sini : 


Orang masih baru, so banyak lagi kena belajar. Sama jugak waktu belajar guna Adobe Photoshop dulu. ^_^ Pelan-pelan, ye dak? Ckin suka kartun comel-comel ni. Walaupun tak mendatangkan apa-apa faedah, tapi ia tetap cute! ^_^

Jumpa lagi naa. Wassalam.

Read more...

Nyamuk! Ada Rahsia Yg Kita Tidak Ketahui ^_^

Monday, December 12, 2011

Assalamualaikum semua!


Panjang kan entri kelmarin tu? Biasalah. Jari-jemari begitu pantas untuk menaip setiap inci perkataan yang tersemat di minda ni. Banyak jugaklah yang dibualkan dengan amoi tu. Cukup di situ.^_^
Berbalik kepada perkara yang Ckin nak kongsikan pada hari ini. Mengenai NYAMUK. Makhluk ciptaan Allah yang kecik dan kadang boleh mengakibatkan maut! Ckin dapat info ni melalui seorang sahabat. Kalau nak tengok info lagi menarik dan terbaru, boleh ziarah dia di sini : 



Berikut adalah serba sedikit info mengenai nyamuk yang Ckin baru ketahui. Memang hebat ciptaan Allah ni. Subhanallah! ^_^
  1. Memiliki 100 mata di atas kepala.
  2. Memiliki 48 gigi pada mulutnya.
  3. Memiliki 3 hati yang berasingan.
  4. Memiliki 6 bilah pemotong pada muncungnya.
  5. Memiliki 3 sayap setiap bahagian samada kiri atau kanan.
  6. Dapat mengesan haba.
  7. Memiliki warna seperti warna kulit manusia.
  8. Dapat melihat semua warna walau dalam gelap.
  9. Dapat membezakan kandungan darah pada manusia.
  10. Muncungnya dapat mengisap darah.
  11. Mampu mengelak untuk dikesan oleh musuh.
  12. Dapat menghidu peluh manusia dari jarak yang jauh.
  13. Dapat mengelak dari bahan berbahaya yang terdapat pada manusia.
Dah habis di situ. Mari kita tengok reka bentuk nyamuk pulak naa.
REKA BENTUK NYAMUK

Kita sering menyangka nyamuk adalah seekor haiwan terbang. Sebenarnya, nyamuk menghabiskan peringkat pembentukannya di bawah air dan keluar daripada air melalui satu "bentuk" istimewa yang dihasilkan dengan semua organ-organ yang diperlukannya.


Nyamuk mula terbang dengan sistem pengesan pada punggungnya untuk mengesan kedudukan mangsa. Dengan sistem-sistem ini, ia seperti sebuah kapal terbang perang yang dilengkapi dengan pengesan kepanasan, gas, kelembapan dan bauan. Malah ia juga mempunyai kelebihan untuk "melihat bersesuaian dengan suhu", ia membantu nyamuk mengesan mangsanya walaupun di dalam gelap gelita.

Teknik "menghisap darah" nyamuk juga memiliki sistem yang kompleks. Dengan sistem enam pisau pemotong, ia memotong kulit seperti sebilah gergaji. Ketika proses pemotongan ini berjalan, satu perembes yang merembeskan ke arah luka tersebut akan mengebaskan tisu-tisunya dan orang tersebut tidak akan menyedari darahnya sedang disedut. Perembes ini juga, pada masa yang sama, menghalang pembekuan darah dan membantu meneruskan proses penyedutan.


Hebat kan? ^_^

Dengan kehilangan walau satu daripada sistem-sistem ini, nyamuk tidak akan dapat menghisap darah dan meneruskan generasinya. Dengan rekaannya yang istimewa, makhluk kecil ini merupakan satu bukti tanda Penciptaan. Di dalam al-Quran, nyamuk telah ditegaskan sebagai satu contoh yang membuktikan kewujudan Allah kepada manusia untuk memahaminya:

"Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik" 

(Surah Al-Baqarah:26)


Selesai sudah untuk info yang diambil dari blog si Lappy19 ni. ^_^ By the way, Ckin harap kalian mendapat sesuatu hari ini. Takjub akan ciptaan Allah. ^_^

Jumpa lagi di lain waktu naa. Wassalam. ^_^

Read more...

Dia Tak Tau Yg Dia Mengandung. Allah... =_=

Sunday, December 11, 2011

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua!

Minggu ni balik kampung. Cuti hujung minggu. ^_^


Kelmarin, Ckin pi la melawat kawan Ckin yang baru melahirkan anak ni. Alhamdulillah dapat jugak pi sana. Dia tertunggu-tunggu jugak kedatangan Ckin ke sana. Comel je anak dia. 

Nama diberi Wafa Balqisy
yang bermaksud 
Puteri Yang Setia.

Maafla, tak dapat nak berkongsi gambar dengan kalian sebab handphone Ckin yang Sony tu dah kiok. So, tak dapatlah nak amik gambar. =_= By the way, it's okay. Dapat tengok pun jadilah. ^_^ Lama jugaklah tak jumpa dengan kawan Ckin ni sejak-sejak dah mendirikan rumah tangga ni. Sebelum ni dia keguguran. Inilah yang Ckin nak kongsikan dengan kalian ni. Tengah-tengah bersembang tu, Ckin mencelah la.

"Macam mana boleh gugur ni?" 
"Terjatuh eh?"

Pastu, kawan Ckin pun cakaplah. Masa awal-awal kahwin tu. Dia tak tau pun yang dia dah mengandung. Apa eh orang panggil? Haa.. Bunting pelamin. Jadi, disebabkan tidak ada tanda-tanda dia mengandung, dia makan je segala jenis makanan. 

Woha! 

Nenas, jeruk, makanan yang tajam-tajam, semua dia bantai. Adeh Jadi, bila pi check kat doktor, doktor sahkan yang dah mengandung 2 bulan. Nyawa anak dah tak ada. Jadinya, kena cucilah perut tu. Itulah kisahnya. Alhamdulillah bila dah keguguran kali pertama tu, dia dah jagalah pemakanannya. Maka, lahirlah insan ini. ^_^ Dengarlah pengalaman dia bersalin suma. Seram. ^_^


Jadi, nasihat Ckin untuk sahabat-sahabat Ckin yang akan berkahwin mahupun yang sudah berkahwin tapi berniat nak tambah anak, berhati-hatilah dengan setiap pemakanan yang kalian ambil tu. Ibu mana tak sedih. 2 bulan dah dalam kandungan, tup-tup dah tiada nyawa. Allah. Sedih kot! =_= 


Tambah-tambah lagi yang baru pengantin baru. Jangan duk aktif-aktif sangat. Jaga pemakanan tu. Elakkan makanan yang tajam seperti nenas, jeruk dan sebagainya. Jangan main redah je. Manalah tau, dalam tu dah ada isi en. Ni pun peringatan untuk diri sendiri jugak ni walaupun bukan menghampiri lagi zaman pernikahan. ^_^ Sama-sama kita ingatkan naa. Pesan kat adik-adik, kakak-kakak, saudara-mara semua naa.

BERINGAT SEBELUM KENA!

Setakat itu dulu kot yang Ckin nak kongsi. Panjang sangat story Ckin. ^_^ Kalau diikutkan lagi panjang, ni pun dah dipendekkan. Bertemu lagi kelak naa. Jaga diri baik-baik. ^_^ Wassalam.

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP