Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Syair : Sedarlah Wahai Orang Yang Tertipu!

Monday, April 30, 2012

Assalamualaikum semua!


Ampun dan maaf dipinta di atas kesibukan yang melanda. Hari ni nak post jugak sebenarnya. Sebuah syair. Mudah-mudahan kita mengambil pengajaran dari dalam isinya. Berhati-hati dengan setiap kata. Berhati-hati dengan setiap pendustaan. Ianya akan ditanya kelak. ^_^ 

SYAIR AL GHAZALI

Sedarlah, Wahai orang yang tertipu!
Mengapa kamu masih riang bermain,
terlena dengan angan-angan.
Padahal ajal di depan matamu!
Bukankah kamu mengetahui
bahwa ambisi manusia adalah lautan luas tak bertepi.
Bahteranya adalah dunia.
Maka berhati-hatilah jangan sampai karam!
Yakinlah! Bahwa kematian pasti menjengukmu
bersama segala kepahitannya.
Ingatlah detik-detik itu, ketika kamu memberikan wasiat,
sedangkan anak-anak yang bakal menjadi yatim
Dan ibunya yang akan kehilangan suami tercinta
menangis pilu berlinang air mata.
Ia tenggelam dalam lautan kesedihan,
seraya memukul-mukul wajahnya.
Disaksikan para lelaki, padahal sebelumnya
ia adalah mutiara yang tersimpan rapi.
Kemudian setelah itu,
dibawalah kain kafan kepadamu.
Akhirnya! Diiringi isak tangis dan derai air mata,
Jasadmu dikebumikan

[Dipetik dari: Bimbingan Praktis Penyelenggaraan Jenazah, Abdur Rahman bin Abdullah Al Ghaits. Penerjemah: Abu Ihsan Al-Maidani Al-Atsari. Penerbit: At-Tibyan, Solo. Cet.Pertama, September 2000, hal.57]


p/s : Sekadar itu. Banyak sangat insiden yang berlaku. Mudah-mudahan Allah akan tunjukkan jalan. InshaAllah. Doakanlah agar ditunjukkan jalan yang benar. Bukan jalan yang sesat.. ^_^ 

Read more...

Bukan Awak Sorang Sahaja Yang Difitnah...

Thursday, April 19, 2012

Assalamualaikum semua!


Alhamdulillah. Hari ni line internet baik sedikit berbanding hari-hari sebelumnya. Untuk komen positif dari post Ckin yang sebelum ini, Ckin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Sebab dah membuka banyak ruang dan peluang bagi minda dan hati-hati kita untuk berfikir lebih matang dalam sesuatu perkara. Dan, ada yang berkongsi mengenai diri mereka di sini. Mari kita tengok sikit. 

Ini adalah sahabat blogger Ckin. Blognya adalah:


Yang ini Ckin baru nak kenal-kenal. Blognya adalah: 


Apa perasaan kalian bila baca komen ni?
Geram? Marah? Tak puas hati? Speechless?

Bukan mereka berdua sahaja yang pernah kena fitnah. Ckin pun pernah difitnah. Tapi, Ckin tak mau kenang kisah lama. Api kemarahan, kegeraman sudah padam ditelan zaman. Alhamdulillah dah selesai. Dah menjadi kenangan. Banyak berkawan, banyaklah ragam. Ye dak?

Ini adalah pengalaman Ckin sendiri. Alhamdulillah jenis yang lembut hati. Dan bukanlah jenis yang suka berperang mulut semua. 

Tetapi, macam mana nak tolong ubati hati diri sendiri? Kadang, bila mengadu pada kawan-kawan, dah ok. Tapi ada jugak yang jenis memendam. Manusia kan banyak fi'ilnya. Jadi, setiap orang adalah tidak sama. Bila check balik komen-komen yang ada, Ckin tertarik untuk share di sini nasihat-nasihat dan cadangan-cadangan oleh sahabat blogger kita. Kepada Sissyira, jadikan ini sebagai titik permulaan untuk kita belajar. Belajar memaafkan walaupun terlalu sakit hati kita disakiti oleh mereka yang berbuat salah. Mudah-mudahan dengan memaafkan, hati kita akan lebih tenang selepas ni. 

1. Minta maaf .
Memang sukar, tapi tak mustahil. Dua-dua pihak perlu berperanan. Buatlah sebelum mati.


2. Berilah kemaafan.
Sedangkan Allah dan RasulNya mengampunkan ummat, apatah lagi kita?


3. Belajarlah untuk muhasabah diri.
Belajar dalam erti kata lain, lihatlah sejarah. Lihatlah bagaimana akhlak Rasulullah. Lihat apa yang Islam ajar.


4. Ambil masa, tetapi jangan terlalu lama. 
Takut bila nyawa dah ditarik, saat tu kita dah tak punya hak untuk meminta maaf dan memaafkan. 


Last but not least, sebelum tidur, maafkanlah orang di sekeliling kita. Maafkan kesalahan yang dilakukan. Kalau bukan sekarang, bila lagi? Nak mudah ingat, tulis dan lekat di dinding atau cermin atau almari atau pintu atau di bawah bantal. InshaAllah. Ckin cuba berikan yang terbaik. Dan akan cuba melakukan yang terbaik. Jumpa lagi di lain waktu. Wassalam. ^_^ 

Kepada sahabat blogger yang dikasihi,
sekiranya ada kekasaran bahasa dalam penulisan mahupun yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, Ckin mohon ampun dan maaf. Hamba masih belajar. 0-0 okay! ^_^ 

p/s : Mood nak bercakap tentang maaf, maaf dan maaf. ^_^

Read more...

Persoalan: Memaafkan Atau Tidak?

Monday, April 16, 2012

Assalamualaikum semua!


Alhamdulillah dapat jugak nak post hari ni. Dukacita dimaklumkan bahawa internet di kawasan Stargate ni tak berapa nak baik. Tak semua la kan. Bilik Ckin ni yang internet payah dapat. Haih! Sabor je la kan. ^_^ Yang penting dah mulakan tugas di tempat baru. InshaAllah perancangan tu dah ada. Apa-apa pun nanti nak kena buat slow-slow. Buat mengejut nanti sekali dengan diri Ckin jadi penat. So, relax. Biar lambat asal berhemat. Apa cerita terbaru yang Ckin nak kongsi?...

Mungkin kali ni Ckin cuma nak mencetuskan persoalan. Persoalan yang baru bermain di minda. Nak mencari jawapan tentang persoalan ni. Sekiranya kalian nak kongsikan, silalah kongsi di ruangan komen naa. 


Ada satu ketika tu, Ckin ada mencoretkan something. Kata-katanya berbunyi begini.

Rasulullah s.a.w. adalah.sbaik2 tauladan. Baginda mmpunyai sifat pemaaf yg tinggi. Siapa kita utk menjadi org yg ego? Sedangkn Baginda adalah insan hebat. Dan kita hanya manusia biasa yg imannya naik dan turun. Cabaran pahit getir khidupan tiap insan tdk akn sama. Jika sama smuanya,kuranglh pelangi hidup itu.
p/s: Muhasabah.. Muhasabah.. ^_^

Kemudian, seorang sahabat Ckin ni pun memberikan komen. Komen tu la yang membuatkan Ckin terfikir ni. Kata-katanya seperti di bawah.

nk memaafkan org yg belaku zalim keatas seseorg agak sukar lgi2 difitnah...mmg kita digalakkan memaafkan org..tpi perlu mngambil masa kerna kezaliman seseorg tu yg mmbuat kn diri die hina..nabi ajar..bersalah pada allah mnta ampun n taubat..bersalah pada manusia..mnta maaf pada org tersebut..wallahua'lam..

Sekiranya seseorang itu difitnah, adakah dirinya patut memaafkan atau tidak memaafkan orang yang memfitnah?...

sangat comel..hehe

Sekadar persoalan di minda. Jika nak berkongsi, silakan. Mudah-mudahan kita sama-sama akan mendapat manfaat. InshaAllah. Nanti kalu dah kumpul jawapan semua, Ckin akan cuba buat satu entri tentang ni. Maaf yer, tak dapat nak jenguk kalian. Sebab internet ni macam siput suda. ^_^ Jadi, faham-fahamlah naa. Sekian dulu. Jumpa lagi. Ma'as salamah. Wassalam.

p/s : Mood berfikir, berfikir, berfikir dan bertindak... ^_^

Read more...

Tudung Bidang 60 Bersegi Available! Cepat! Cepat!

Sunday, April 8, 2012

Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah. Bertemu lagi ye kita. Ckin tak mau bercerita tentang rumah dan motor walaupun ada sedikit masalah yang timbul. InshaAllah perkara tu akan baik dan selesai dengan segera. Alhamdulillah. 


Berbalik kepada tajuk hari ni. Act, sejak minggu lepas lagi Ckin ada tengok-tengok kat satu blog ni  mengenai tudung segi empat bidang 60. Angin perubahan sudah datang. hoho Sejak habis Poli dan masuk kelas menjahit dulu, Ckin tukar tudung dah. Dari tudung bersegi bidang 60 kepada tudung labuh bulat. Dan ianya kekal hingga sekarang. Bila dah rasa pakai tudung labuh bulat dan tudung segi empat bidang 60 ni, Ckin ada rasa perbezaannya. Dan sekarang Ckin memilih pulak untuk pakai tudung segi. Mana-mana tudung pun tak apa. Asalkan cukup syarat menutup aurat. Jangan salah faham pulak naa. 

Jadi, memandangkan dulu masa di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ckin merasakan kesusahan untuk mencari tudung segi empat bidang 60 ni, jadi Ckin ingin memudahkan adik-adik dan kakak-kakak yang singgah ke blog Ckin ni supaya mudah nak cari tudung labuh yang kita ingin-inginkan. Di senarai bloglist Ckin pun ada. Boleh tengok di bawah page fb dan blog Ckin:

atau

Perlu diingatkan, jangan tersilap pandang kepada pemakaian tudung labuh ni ok. Semuanya bergantung pada diri masing-masing. Ada yang memilih untuk memakai tudung labuh bulat, ada yang memilih untuk memakai tudung labuh bersegi, ada yang memilih untuk memakai tudung labuh express dan banyak lagi. Tetapi, BIARLAH MENUTUP AURAT. Adakah tudung kalian yang sedia ada ini dah menutup aurat? Silalah semak dan teliti. ^_^ Jangan sekadar pakai tudung, tetapi kaki terdedah. Jangan kaki berstokin, tetapi pakai tudung menampakkan dada. Jangan pakai tudung, tetapi pakaian ketat. Biarlah diri kita ditutupi. Bukan dijadikan 'free show' pada yang tidak halal. InshaAllah.

Ckin nak memudahkan kalian yang tercari-cari tudung yang macam ni terutamanya mereka yang dah bekerja atau belajar. Ckin juga pernah belajar dulu. Mungkin dulu Ckin jarang dengan internet. So, memang tak tau lagi tentang kewujudan kedai online yang awesome ni. Dan agak pening jugak nak mencari tudung stail ni. ^_^ Alhamdulillah sekarang dah jumpa. So, kepada adik-adik, kakak-kakak Ckin yang duk mencari-cari tempat yang jual tudung favourite kita ni, sila-silalah ke sana. Boleh klik di sini: 


Nanti kalau ada lagi kedai yang awesome, Ckin akan kongsikan di sini naa. Sekarang bolehlah nak selidik-selidik naa. Nak beli hadiahkan kat kawan, saudara mara, mak, adik, kakak, isteri, calon isteri, bolehlah naa. Ckin mencadangkan dan mencanangkan. Kalian yang tentukan. ^_^ Sekian dahulu untuk hari ini. Sebelum terlupa, mohon doa kalian agar urusan berpindh Ckin ni dimudahkan. InshaAllah. Walaupun rasa berat dalam kepala, tapi still kena tenangkan diri. Supaya tak jadi gabra tak tentu hala. ^_^ Wassalam. 

p/s : Kalau diikutkan, nak je beli semua. Tapi, berpada-pada. Setiap bulan boleh beli sikit-sikit. ^_^ 

Read more...

Akan Berpindah Ke Stargate...

Wednesday, April 4, 2012

Assalamualaikum semua!

Hari ni dapat surat pertukaran ke Stargate. Ckin kena pindah ke Stargate ok. +_+ 

Terkejut sebab tarikh kuatkuasa adalah pada hari ini. 4 April 2012. Tapi, alhamdulillah masa akan dilewatkan sehingga tunggu Prof masuk pejabat hari Ahad ni. So, gunakan masa yang ada sebaiknya. InshaAllah. 

p/s : Anyone yang nak membantu?....

Read more...

Bangkai Dan Khinzir. Nak Pilih Yang Mana?

Tuesday, April 3, 2012

Assalamualaikum semua!


Hari ni nak berkongsi sedikit tentang soalan yang ditanyakan di Group Usrah Wonderpet SMS di FB. Kalau nak join, silalah search di fb nama di atas naa. Penaungnya ialah Solehah Mariyam Saari, iaitu peserta SOLEHAH 2011. Kalau ada apa-apa soalan, mahupun perkongsian, silakanlah ke sana bagi mencurahkan idea-idea tersebut naa. Berbalik kepada soalan tersebut. Ianya adalah: 

"Apabila seseorang berada dalam keadaan darurat seperti sesat di dalam hutan, dan hanya ada dua pilihan makanan baginya iaitu bangkai dan khinzir, yang mana satu perlu didahulukan? Ataupun kedua-duanya tidak diperlukan langsung?"

Jadi, Ckin memanjangkan hal ini kepada WADi untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan ini. Alhamdulillah. Jawapan sudah diterima. Jadi, untuk rujukan Ckin dan kalian semua, silalah teliti apa yang dikatakan oleh beliau. 


Berkata Imam as-Suyuti:

"Darurat adalah sampainya seseorang pada batas di mana jika ia tidak memakan yang dilarang, ia akan binasa (mati) atau mendekati binasa".

[Al-Asbah wa an-Nazair]


Berkata Muhammad Al-Khathib Al-Syarbaini:

"Darurat adalah rasa khawatir akan terjadinya kematian atau sakit yang menakutkan atau menjadi semakin parahnya penyakit ataupun semakin lamanya sakit...dan ia tidak mendapatkan yang halal untuk dimakan, yang ada hanya yang haram, maka saat itu ia mesti makan yang haram itu".

[Mughni al-Muntaj]

Darurat tidak membatalkan keseluruhan hukum syariat. Berhadapan dengan situasi darurat hanyalah terhad kepada situasi yang dihadapinya dan kelonggaran hukum Islam hanya tertakluk kepada situasi itu. Bagi seseorang yang kebuluran selama beberapa hari maka hukum darurat membolehkannya memakan makanan yang tidak halal akan tetapi tidak membolehkan dia meninggalkan solat atau lain-lain. 

Darurat tidak membolehkan pelanggaran hak sesama manusia. Kebolehan darurat hanya kepada yang mengalami darurat dan dia tidak boleh dihubung-kaitkan dengan manusia lain. Contohnya seseorang yang kebuluran dibolehkan memakan sesuatu yang tidak halal tetapi ini tidak membolehkan dia merampas makanan yang tidak halal itu dari tuan empunya. Dia tetap wajib membeli dengan harga yang ditetapkan. Jikalau keadaan memaksa dia kepada perbuatan mencuri maka dia berkewajipan memulangkan semula makanan yang dicurinya itu atau membayar balik nilai harga kepada tuan empunya.


Berkenaan mana yang perlu diutamakan, kedua-duanya termasuk yang diharamkan. Baik bangkai mahupun babi/khinzir. Maka dalam keadaan darurat. Apa yang ada (makanan yang ada ketika itu) maka itulah yang perlu dimakan. 

Dalil : 

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah 2:173)

Begitulah penjelasan dari WADi. Alhamdulillah Ckin tak pernah alami lagi perkara ni. Jadi, sebagai persediaan jikalau terjadi, maka kita akan tahu lepas ni. InshaAllah. Sekian dahulu soal jawab untuk hari ini. Wassalam.


p/s : Kadar makan tu, Allah dah cakap tidak melampaui batas, maksudnya jangan makan macam makan ayam 5 ekor sehingga kekenyangan. Cukup dengan kadar menahan perut. ^_^ 

Read more...

Nak Utamakan Pahala 27 Atau 1? Pilihlah...

Sunday, April 1, 2012

Assalamualaikum semua!


Hari ni nak berkongsi tentang kelebihan solat berjemaah. Kalian solat berjemaah setiap hari? Kalau ya, alhamdulillah. Kalau belum, mulakanlah naa. ^_^

"HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH"

Terdapat hadis yang menyebut tentang kelebihan solat secara berjemaah yang memang terpahat dalam minda Ckin ni sejak lama dulu. Yang membuatkan kalau boleh, tak nak tinggal langsung berjemaah. Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Solat berjemaah itu lebih baik dari solat bersendirian dengan 27 kali darjat".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kelebihan Solat Berjemaah Dari Pandangan Seorang Bukan Islam.

Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. 

Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan.


Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke peringkat diwajibkan bersolat secara berjemaah, dan mengapa solat lima waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat). Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan aktivit-aktiviti harian kita yang memerlukan pemulihan cas-cas positif/negatif tadi.

Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat berjamaah dan fungsinya dalam pemyeimbangan cas-cas di dalam badan kita. Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit.

Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kira dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita.


Jamaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulah keseimbangan cas-cas positif/negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita.

Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berihat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat.

Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini.

Oleh sebab itu solat Zohor (berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi.Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat.


Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjamaah), banyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar).

Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita umat Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untukmenunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud.

Amalan solat malam ini menjadi kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para sahabat baginda serta para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini (tidak perlu diterangakn di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan bahawa, solat Isya (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam menghambakan diri kepada kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi.


Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Taala mempunyai hikmah yang tersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa besarnya pencipta segala yang ada di muka bumi ini dan betapa kerdilnya beliau. Pada waktu inilah, beliau telah diberi hidayah oleh Allah Taala untuk memeluk agama Islam. Subhanallah.

"(Iaitu) orang yang mengingati Allah semasa berdiri, duduk dan berbaring dan mereka bertafakur (memikirkan dengan mendalam) tentang penciptaan langit dan bumi (lalu mereka mengucapkan): 
“Rabbana (wahai Tuhan kami)! Engkau (Allah) tidak jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Subhanaka (Maha Suci Engkau/Allah)! Lindungilah kami daripada azab neraka".
(Surah Ali 'Imran : 191)

Bukti dah ada. Kajian pun dah dibuat. Jadi, semuanya berbalik kepada diri kita sendiri. 

Seperkara lagi, bukan nak kena kumpul satu team bola sepak atau bola jaring baru boleh berjemaah. Cukup syarat iaitu melebihi seorang. Kiranya campur tolak bahagi darab tambah kalian dan kawan kalian tu, dah ada dua orang, so dah boleh berjemaah. Kalian dapat pahala, dia pun dapat pahala. Mudah kan? Sekian dulu untuk hari ni. Yang baik tu, ambillah. Yang tak baik tu, silalah tinggalkan di ruangan ini. Wassalam.

p/s : Tak guna nak riak-riak dengan amalan kita yang tak seberapa ni. Tak layak pun nak dibandingkan dengan alim ulamak mahupun sahabat. Iman kita ni hanyalah senipis kulit bawang. Ibarat roda. Kadang di atas, kadang di bawah. Ibarat graf yang tak stabil. Kadang naik mencanak, kadang menjunam ke bawah. Siapalah kita insan yang lemah.. Kan? 

Rujukan: WMA

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP