Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Rasa Membuak-buak Nak Bercinta!

Thursday, July 19, 2012

Assalamualaikum semua!
Sihat semuanya? Mudah-mudahan kalian baik-baik sentiasa. Ckin alhamdulillah sihat-sihat pada fizikalnya. Wah! Tajuk yang panas tu. Sekadar pos pendek.



Act, dua hari dah Ckin ke forum yang diadakan di KUIN, Alor Setar. Malam semalam ada forum AKU DIBIUS CINTA yang disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha dan Ustaz Farhan Hadi. Bila dengar tu, Allah... Rasa betul-betul dibius. 

Cinta itu bukan sesama manusia. 
Cinta itu cinta kekal abadi.
Cinta itu sangat mahal nilainya. 


Ckin baru beli buku Cinta High Class karangan Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya semalam. Baru baca 1 bab dah terasa sangat. Nanti Ckin cuba kongsikan dengan kalian naa. Ramadhan dah hampir sangat. Jom kita bercinta? ^_^

Ckin ingin memohon seribu kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita di alam maya ni sama ada sedar ataupun tidak. Mudah-mudahan Ramadhan yang datang ini akan lebih terisi. InshaAllah. Jangan lupa ingatkan Ckin untuk buat kebaikan jugak naa.. Wassalam.

p/s: Pastikan amalan kali ini lebih baik dari dulu.. InshaAllah.. ^_^

Read more...

Baru 9 Tahun Tapi Perangai Macam Orang 20 Tahun

Monday, July 9, 2012

Assalamualaikum semua!
Fuh.. Dah lama tak bersua kan di ruangan ni? Maaf naa. Kekangan masa sikit di situ. Jadi, Ckin sengaja biarkan the latest post bersemayam lama sikit. Lama tak ziarah sahabat-sahabat blogger semua ni. Allah.. Sebenarnya banyak sangat perkara yang Ckin nak story kat kalian. Tapi, slow-slow la naa. Nanti takut tak terkeluar pulak. ^_^


Ceritanya bermula begini. Satu hari tu, kembar Ckin sms. Agak terkejut bila baca sms tu. Kembar Ckin kerja part-time di sebuah kedai pakaian di Penang. Bila pelanggan datang, dia kena ikut dan memenuhi kehendak pelanggan sama ada nak tanya itu, ini dan sebagainya. Masa tu, ada budak-budak lelaki yang berusia lingkungan 9 tahun ke bahagian pakaian tut wanita, dan melakukan aksi tidak senonoh (aksi 18sx) di situ. Masya-Allah! Kemudian, kembar cakap lagi, bila budak-budak lelaki ni nampak dia, lagi seronok budak-budak tu buat perkara tak senonoh tu. Maafla.. Tak dapat nak cakap. Malu rasanya. Kemudian, ramai-ramai masuk dalam fitting room, then tutup lampu, dan entah apa yang jadi kat dalam tu. 

Boleh nampak cerita yang Ckin nak kongsi ni? Itulah dia keruntuhan akhlak budak-budak zaman sekarang yang bagi Ckin ianya terlalu melampau. Budak-budak ni dah tak takut dengan orang dewasa. Pemikiran budak-budak seusia 9 tahun tu sepatutnya bersih langsung dari perkara-perkara yang macam tu. Tapi, lain pulak jadinya. Kembar Ckin cakap yang budak-budak tu datang ke kedai dengan emak. Dan katanya emaknya pun tak ok. Persoalannya:

1. Silap didikankah?
2. Kenapa mereka berkelakuan tidak senonoh macam tu?
3. Macam mana terjadi hal tu?
4. Salah siapa?
5. Salah ajarkah?
6. Terlalu bebaskah?
7. Banyak lagi persoalan timbul. (kalian tambah sendiri)


Bukankah ada pepatah mengatakan:

"MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA"

Kalau tak lentur sekarang, alamatnya bila dah jadi buluh, akan keras dan susah untuk dilentur lagi. Jadi, Ckin sekadar mengingatkan. 

Kepada yang masih ada adik-adik kecik tu, pantau sikit. Kawal batas pergaulan adik-adik tu. 
Kepada yang ada anak-anak, pantau batas pergaulan anak-anak. Biar jadi 'polis' masa sekarang dari menyesal kelak sebab tak pantau dulu.
Kepada kalian dan diri Ckin sendiri, jagalah dan kawallah diri dari melakukan perkara-perkara terlarang ataupun tak baik. Sebabnya ditakuti sikap buruk tu turun pada anak-anak kita kelak. So, BEWARE!

Sekadar itu, Ckin tinggalkan kalian dengan petikan daripada syair arab yang berbunyi: 


Jagalah pemikiran kamu kerana ia akan menjadi PERBUATAN
Jagalah perbuatan kamu kerana ia akan menjadi 
ADAT. 

p/s: Habit yang baik, inshaAllah akan berkekalan. Habit yang tak baik, kena ubah slow-slow bukan mendadak.. ^_^

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP