Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Hadis Palsu Potong Kuku

Thursday, August 30, 2012

Assalamualaikum semua!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN!

Hari ni nak berkongsi sedikit info penting untuk kita semua ketahui. Pernah dengar tentang cara potong kuku ikut sunnah Rasulullah? Hari ni Ckin nak share pasal tu. Penting untuk kita ketahui yang mana hadis tersebut benar-benar dari Rasulullah atau hadis palsu.

Visual di bawah ni yang mengatakan sedemikian.


Untuk makluman semua, Ckin dah check dengan WADi. Alhamdulillah apa yang dijelaskan di Blog Saudara ini tidak ada keraguan padanya. Boleh teruskan membaca. Mudah-mudahan kita tidak mudah mengambil hadis untuk dibahaskan dan digunakan dalam kehidupan seharian kita. =) Kredit to Bin-Sahak. Silalah singgah ke blog beliau yang mana blog tersebut membicarakan mengenai hukum hakam agama kita.


Berdasarkan pencarian saya, ini yang diketemui:


من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ، ودخل فيه الشفاء ، ومن قلم أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى ، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء ، خرج منه البرص ، ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه الوسواس ، والخوف ودخل فيه الأمن والصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخل فيه الرحمة ، وخرج منه الذنوب

Maksudnya: "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-'Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-'Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa."

Darjat Hadith

1. PALSU (al-Maudhuaat, Ibn Jauzi, 3/226)
2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul (al-Fawa-id al-Majmu'ah, oleh al-Syaukani. m.s. 197)
3. Di dalam sanadnya ada Nuh bin Abi Maryam yang ditohmah dengan pendustaan (Tartib al-Maudhuaat) - Sila lihat takhrij hadith dari laman dorar.net

al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith:

من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة ، أخرج الله منه كل داء ، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة

Maksudnya: "sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum menunaikan solat, Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan menggantikan tempat penyakit itu dengan ppenyembuhan dan rahmat." Hadith ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah (ضعيف جدا)- Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021, cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh.

al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut:

لم يثبت في كيفيته ولا في تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء

Maksudnya: "Tidak thabit tentang kaifiatnya (memotong kuku), tidak thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W. sesuatu hadith pun."

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

Mudah-mudahan kalian mendapat sesuatu di sini. InsyaAllah. =)

p/s: Cerita raya tak ada lagi. Nantilah..hehe

Read more...

Tukar Sport Rim Kesan Atas Highway

Monday, August 13, 2012

Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah dipertemukan lagi di ruangan ni. Maaflah ye sebab Ckin tak update pun blog sejak sekian lama. Kalau tak silap, ini merupakan post pertama Ckin dalam bulan Ramadhan. Fuh! Bukannya apa pun, Ckin lebih tumpukan pada facebook. 


Memandangkan Ckin pun sedang menjual tudung-tudung Akel, Ckin lebih ke arah sana. Tak sempat nak terjah blog kalian semua. Asif kathiro. Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Mudah-mudahan ni akhir-akhir Ramadhan ni kita akan lebih dekat denganNya. Tahniah bagi yang dah khatam Al-Quran. Kepada yang tak habis lagi tu, boleh lagi ni. Ckin antaranya yang masih tak dapat nak habiskan. Kena buat setakat yang mampu je la kan. =) 

Act, saja nak kongsi pengalaman sikit. Petang kelmarin Ckin baru tukar tayar biasa kepada tayar sport rim. Cuma nak share pengalaman. Tiada niat lain. Alkisahnya macam ni. Memandangkan Ckin bekerja di INSANIAH, Ckin pun dah ada sebuah kenderaan that is Motor SYM. Kalau tak kenal, ni tengok motor SYM macam mana. Lihat kat bawah. ^_^


Berbalik kepada apa yang Ckin nak cerita ni. First time Ckin balik dari Alor Setar ke Penang, alhamdulillah motor tak ada masalah langsung. Tapi, masa nak balik dari Penang ke Alor Setar, dah ada masalah kat situ. Masalah pertama, time sampai di Plaza Tol Sungai Petani Selatan, masa nak belok tu rasa nak terjatuh. Rasanya masalah kat tayar depan. Tapi Ckin still teruskan sebab tak ada masalah. Bila stop di R&R Gurun, ada sorang pakcik ni tegur. Katanya tayar depan tak ada angin. Ckin pun gi kat Shell and isi angin. Alhamdulillah sampai kat Alor Setar dalam keadaan yang basah lencun sebab hujan lebat sangat. Esoknya, tengok tayar depan dah tak ada angin. Jadi, Ckin pun ke stesen minyak isi angin. Alhamdulillah ok dah. Petang tu, pi kedai tukar minyak engin. And minta untuk tengok tayar depan. Bila buka, jadi macam kembung kat tayar dalam. Entah sebab apa. Pastu tukar tayar dalam. Alhamdulillah ok dah kat situ. 


Esoknya, nak dijadikan cerita. Masa dalam perjalanan ke tempat kerja, tayar motor belakang pulak buat hal. Pecah tengah jalan. Alhamdulillah sebab dekat dah dengan stesen minyak. Call Kak Naemah, Abang Man. Alhamdulillah ada uncle cina yang mai tukar tayar motor belakang kat stesen minyak tu. Petang tu pulak, Ckin dengan housemate ke Pacific. Masa balik dari Pacific, sekali lagi tayar belakang pecah. Allahu Allah... Why? Seriously tak tau sebab apa. Alhamdulillah ada sorang hamba Allah ni yang kebetulan bekerja kat Wisma PKNK di depan Pacific tu, dia nampak tayar motor Ckin pecah. So, dia cakap nak hantar ke rumah. Terkejut jugak sebenarnya dan risau orang ni ada niat buruk. Time tu pulak hujan nak lebat. Angin kuat pulak. Allah. Memang ujian. Alhamdulillah dia memang hantar sampai ke rumah. Motor tinggal dalam garaj Wisma PKNK. Esok baru Kak Naemah hantar Ckin ke sana dan panggil sorang lagi uncle untuk tukar tayar. Tukar tayar dalam dan luar. Kena RM75. Pakai tayar FKR. Alhamdulillah dah ok. 


Alkisahnya lagi, masa tengah berpuasa. Ckin balik rumah naik motor lagi sekali. Masa balik alhamdulillah. Tak ada masalah. Tayar semua ok. Tapi, yang jadi musibahnya tu, waktu balik rumah, Ckin cakap kat Abg Kri (abang Ckin) yang tayar pecah dua kali. Then dia suruh bawak ke kedai tempat beli motor dulu tu. Tak sangka pulak uncle tu masukkan gam yang digunakan untuk tayar tubeless. Sedangkan Ckin masih guna rim biasa. Apa yang Ckin tahu, kalu nak guna tubeless, kena guna sport rim. Am I right? Dan bila dia letak gam dalam keadaan rim biasa, masa tu atas highway. Baru lepas dari simpang Tol Sungai Petani Utara, tiba-tiba tayar belakang meletup! Ha sudah! Istighfar panjang jugaklah. Hampir-hampir hilang keseimbangan. Alhamdulillah Ckin masih selamat. Berhenti dan tengok kat tayar belakang. Fuh! Tayar yang lapik kat dalam tu putus dua. Dan gam tu habis terpercik keluar. Dahsyat jugaklah. Masa tu pulak Celcom hilang line. Alhamdulillah ada Maxis. So, Ckin call Plus. Katanya tak boleh nak buat apa-apa sebab motor yang pecah. Kalu kereta, pihak Plus boleh nak tolong. So, call abang, dan lain-lain, dan menanti kot-kot ada yang nak tolong. Buntu kan... =_= 


Dalam 5-10 minit tunggu, ada sorang pakcik yang mai kat Ckin. Dan ada sorang lelaki pun mai jugak. Akhirnya lepas tunggu punya tunggu, pakcik tu cakap nak tolong bawak motor Ckin ke kedai motor. Dia naik motor Ckin. Ckin naik motor dia. Jauh jugaklah nak sampai ke kedai tu. Alhamdulillah. Pakcik tu tunggu Ckin dari awal sampai habis. Alhamdulillah. Dan tunjuk jalan ke Alor Setar menggunakan jalan lama. Sampai dekat area Yan, Ckin ucap terima kasih dan singgah di satu masjid. Masa ambil wudhuk, menitis air mata ni. Bertapa lemahnya hamba ini ya Allah... Waktu solat, menangis semahu-mahunya. Air mata ni tak henti-henti nak mengalir sampai hari esoknya. Ckin pun tak tahu kenapa. Sedih, gembira, terharu, bersyukur semuanya ada. Sehinggakan kemuncaknya adalah pada hari esoknya. Keluarkan air mata sederas-derasnya. Habis langsung. Alhamdulillah. Lega di situ. 

Sebijik macam yang Ckin punya.. =)

Sehinggalah pada petang kelmarin. Ckin bertekad untuk tukar sport rim memandangkan Ckin akan balik ke Penang hari Khamis ni. Petang semalam, ke kedai Cina berdekatan dengan kawasan bazar Taman Wira Mergong, alhamdulillah. Ckin tukar tayar depan fully, tayar belakang just tambah sport rim dan guna tayar lama yang masih elok tu, dan kena  modified tayar belakang sebab motor jenis SYM ni lain dari yang lain. Tanya dan tanya, harga macam mana, uncle tu cakap area RM250 macam tu la. Ckin pun kebetulan bawa keluar cukup-cukup RM250 pun say yes. Tunggu punya tunggu sampai azan Maghrib. Time nak bayar, tau berapa kena? RM318. Harga sangat sedap. Alhamdulillah ada back-up dalam poket. Kalau tidak, kena balik jalan kaki la tak gitu? Janji selesai. Alhamdulillah ada simpanan sikit, guna duit simpanan tu. Hao liao..hukhuk Takpe. Duit boleh dicari, nanti pancit atas highway sapa susah? Minta dijauhkanlah. Biar sakit sekarang, and senang di masa-masa depan. Bukan sehari nak guna motor ni. Lama nak guna. =) 


Panjang Ckin bercerita. Itulah kisah tayar pancit. Uncle yang sebelum ni cakap tayar Motor SYM murah. Sebab tu la dia pancit kerap. Nak buat macam mana. Benda dah jadi kan? Minyak memang save. RM5 pun tak habis kalu balik Penang. Tu kelebihan dia. And engin pun ok. Kalau nak tau, boleh search kelebihan motor SYM ni. Sekian dahulu pengembaraan yang panjang ni. Lama sangat simpan kan.. Jadi macam ni la. Berjela-jela. Sekadar berkongsi. Jumpa lagi. Wassalam.

Ckin tinggalkan kalian dengan firman Allah dalam Surah Muhammad ayat 7:
"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, maka Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu" 


p/s: Apa yang jadi kat Ckin memang bertepatan dengan firmanNya. Itu janjiNya. Sangat pasti.. Alhamdulillah. Wasyukru lillah... =)

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP