Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Kebaikan Minyak Zaitun Lagi

Thursday, October 9, 2014

Assalamualaikum semua. 
Just nak share lagi kebaikan minyak zaitun. 
Bila orang nak tahu, maka dia akan mencari. 
Harapnya blog ni jadi salah satu alat bantu untuk kalian mencari maklumat. 

Ckin dapat info ni dari Olive House. 
Boleh baca ye. 


CARA PENGGUNAAN

1) Ambil secara berterusan sekurang-kurangnya sesudu teh (23gram) dua kali sehari diwaktu pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur.

2) Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan. Jangan goreng. Nanti khasiatnya akan hilang sebab suhu tinggi.

Ckin amalkan 1 sudu besar sebelum sarapan dan 1 sudu besar sebelum tidur. 
Alhamdulillah, senang nak membuang dan lain-lain. Dah lama amalkan nanti Ckin share apa yg berubah. :) InsyaAllah jika ada kelapangan.

Ckin minum yang ini : 


Tipsnya : 
Pilih yang tulis EXTRA VIRGIN OLIVE OIL
Sebabnya? Ia adalah perahan pertama minyak zaitun. Perahan pertama adalah yang terbaik sekali.
Harga Ckin beli ni RM35 kat kedai Arab di Plaza Idaman area Gombak ni. Ikut kedai jugak. Kembar Ckin beli RM38 kat kedai lain. Biar mahal sikit takpa, asalkan baik utk kesihatan dalaman n luaran. Untuk baby sama ni. :) 

Ckin jugak amalkan pati delima. InsyaAllah dua-dua ni boleh diamalkan dalam pantang nanti. InsyaAllah. :)

Till then, wassalam. :)

Read more...

Barut Murah Dan Berkualiti!

Wednesday, October 8, 2014

Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia utk menulis.
Dah dekat-dekat due ni, badan jadi lemah. 
Sakit pinggang, sakit tangan, kebas tangan, lenguh dan segala macam.
Hari ni pun tak ok lagi. Semoga Allah beri pahala atas kesakitan ini.

Act, Ckin baru je beli barut baby secara online. 
Of course cari yang murah dan yang berkualiti.
Kalu setakat murah tapi kualiti less, tak jadi jugak kan? :)

Harga memang murah sangat. Pada Ckin berbaloi la.
Macam mana Ckin boleh yakin dengan sis ni? 
Katanya dah 10 tahun pun masih elok lagi. So, Ckin deal terus la dengan beliau. 


Nak mudah, sila klik link bawah ni :

Harga pulak macam kat bawah ni. Ckin siap dapat free pos lagi sebab beli banyak.

Jenis Corak : RM5.00 (utk 1 helai)
Jenis Belang : RM10 (utk 3 helai)
Jenis Putih : RM10 (utk 3 helai)
Bedung : RM12 (utk 1 helai)

Masa 1st deal dengan beliau, ni antara koleksi yang dah siap ada. Readymade gitu.
Ada lagi yang beliau jual selain barut dan bedung. 
Ada bantal karipap, tungku baby dll.

Tapi dah beberapa hari deal, maka Ckin pilih putih dan 1 corak sahaja. 


Yang atas ni jenis belang. RM10 utk 3 helai.


Ini jenis corak.


Atas putih, bawah corak.


Dalam proses nak jahit. 


Atas ni pulak bedung. Cotton flannel.


Macam-macam koleksi keluar.


Waktu tengah deal, Ckin pilih majoriti corak. Sebab cantik.haha 
Tapi last sekali lain jadinya.


Koleksi atas ni untuk kawan Ckin. Beliau beli untuk menantunya. 
Cucu beliau bakal lahir bulan 10.
Katanya due 19.10.2014 bersamaan dengan anniversary Ckin.hihi


Yang atas ni pulak untuk my baby boy, insyaAllah. :)
2 bedung, 10 barut. Cukup kot setakat ni. 
Pada Ckin, alhamdulillah sangat berpuas hati. 
Jahitan kemas, murah, kain sejuk dan serap peluh. 

So, pada yang tengah mencari barut murah-murah tu, meh la beli ngan sis ni. 


atau 

Whatsapp 011 - 2115 1126

Harap dapat membantu kalian. 
Ckin insyaAllah due 8.11.2014. Tapi bergantung bila Allah tetapkan kelahirannya.
Boleh jadi awal, boleh jadi lambat. Semoga selamat hendaknya. InsyaAllah.

Doakan Ckin ye. :)
Till then, wassalam.

Read more...

Kebaikan Extra Virgin Olive Oil (EVOO)

Wednesday, October 1, 2014

Assalamualaikum semua. 
Just nak share. InsyaAllah semoga mendapat manfaat bersama.
Ckin baru je lebih kurang sebulan amalkan Extra Virgin Olive Oil atau dikenali sebagai EVOO.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman sebagai ejen kesihatan dan diluaran untuk kecantikan. Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Sesetengah ini adalah anjuran Sheikh Nazim al-Haqqani. 


A) Manfaat Kepada Kecantikan Tubuh Badan Dan Wajah

Ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit digunakan sebagai agen pelembut kulit tubuh. Menurut Ulama Zahbi, minyak zaitun elok untuk menguat dan mengilatkan rambut dan mencantikkan kulit badan. Menurut Ibnu al-Qayyim, minyak zaitun adalah penyeri wajah.

Cara penggunaan: 
1) Menghilangkan parut bekas jerawat di muka 
- Ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habatussauda pada muka, biarkan selama 3 jam dan cuci. Boleh juga disapukan terus tanpa campuran minyak habatussauda.

2) Menghilangkan parut pada anggota lain dibadan 
- Ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habatussauda pada anggota badan. Biarkan selama 2 jam dan cuci. 
Boleh juga disapukan terus tanpa campuran minyak habatussauda.

3) Untuk pelembab wajah 
- Kandungan zat linoleic acid mampu menjaga air menguap. Zat ini amat baik untuk digunakan sebagai pelembab kulit yang kering dan mulai berkedut . Caranya sapukan pada wajah sambil dipicit ringan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

4) Untuk penyubur rambut 
- Minyak zaitun dapat membantu menyuburkan rambut supaya rambut lebih hitam dan lebat.

Cara penggunaannya: 
Cukup dicampurkan dengan syampu yang dipakai kemudian dibilas sampai bersih.

Atau dijadikan minyak rambut. Minyak zaitun merupakan minyak rambut utama kepada Nabi Muhammad SAW (antara sifat Baginda, sentiasa memastikan rambut disapu minyak bagi mencantikkan dan kemas).

5) Merawat kesihatan kulit 
- Caranya dengan mengoleskan minyak zaitun ketika mandi. Kulit tubuh pun akan terjaga kelembabannya dan terlihat lebih bercahaya kerana ia membantu menuteralkan radikal bebas kerana ianya kaya dengan vitamin dan flavonoid.

6) Untuk merawat tangan dan kuku 
- Caranya dengan mencampurkan satu senduk makan minyak zaitun dengan air hangat untuk merendam tangannya 1 minggu sekali. Kebiasaan ini membuat kulit tangan dan sekitar kukunya lembut.

7) Untuk perawatan kaki 
- Kaki pecah-pecah atau kasar dapat diatasi dengan perawatan minyak zaitun. Caranya dengan mengoleskan minyak zaitun ke telapak kaki dan sekitar pergelangan kaki. Bungkus dengan kaus kaki dan kenakan selama tidur pada malam hari. Kemudian bersihkan dipagi harinya. Boleh juga dilakukan pada tangan. Lakukan secara rutin selama satu bulan untuk hasil maksima.

8) Untuk kulit tubuh 
- Caranya dengan mencampur minyak zaitun dengan garam kasar, untuk membuat scrub tradisional. Selain membantu pengelupasan sel-sel mati, pemakaian minyak zaitun pada tubuh dapat membuat kulit lebih cerah. 

9) Jika kulit terbakar 
- gunakan minyak zaitun yang dicampur dengan garam untuk menyembuhkannya. Boleh juga disapukan terus tanpa campuran garam.

10) Untuk awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah 
- sapu ke wajah sebelum tidur (namun ianya mungkin tidak sesuai untuk wajah berminyak dan yang mudah berjerawat)


B) Manfaat Kepada Kesihatan

1) Menurunkan Risiko Penyakit Jantung - Kandungan antioksidan nabatinya sangat tinggi sehingga akan menurunkan risiko Penyakit Jantung. Cukup dengan menambah 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/berkolestrol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). Semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia boleh menghilangkan perut buncit, lemak-lemak, masalah berat badan dan risiko penyakit jantung. 

2) Mencegah Barah Payudara Dan Pelbagai Penyakit Kanser LainMinyak zaitun dapat mereduksi kerosakan sel (kerosakan ini dapat mendatangkan kanser). Fenol dalam minyak zaitun extra virgin bertindak sebagai antioksidan pencegah penyakit untuk menghambat proses kanser; asam oleat dikatakan mencegah penyebaran tumor.

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh Harvard School of Public Health dan Anthens Scholl of Public Health mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payudara.

Kandungan Vitamin E yang tinggi telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh Professor Miguel Gassull dari Hospital Universiti Germans Trias Pujol, Barcelona, Spanyol ini ternyata berjaya membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambahkan bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari Institute of Health Science membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun dari 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayuran yang kurang mempunyai risiko menghadapi kanser yang tinggi. Namun, dengan pengambilan minyak zaitun ianya menjadikan punca risiko itu menjadi kurang.

Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

Cara penggunaan: Dibaca rukyah saratan dan sentiasa disapu pada anggota terkena kanser contohnya kanser otak di kepala, kanser payudara dipayudara dan sebagainya.


3) Menghilangkan Artritis, sakit sendi dan sakit lutut 
- Minyak zaitun mengandung Prostaglandin yang bermanfaat untuk mengatasi nyeri sendi dan kemerosotan tulang.

Cara penggunaanya: 
Masukkan dalam campuran makanan sehari-hari dan akan membuat antinyeri dengan melumasi sendi dan mencegah pembengkakan. Atau dengan mengoleskan minyak zaitun pada nyeri otot atau nyeri sendi.

Atau letakkan kapas pada kapas lalu dibalut pada lutut (atau mana-mana anggota sendi yang sengal) sebelum tidur. 

4) Mencegah Diabetes 
- Kandungan minyak zaitun berupa lemak tak jenuh tunggal sehingga minyak zaitun bermanfaat untuk menurunkan kadar gula dalam darah serta risiko diabetes type 2.




5) Menghentikan Rasa Nyeri - Kandungan oleokantal dapat mencegah radang, sama seperti penghilang rasa sakit iaitu ibuprofen dan obat antiradang lainnya. Minyak zaitun dapat digunakan untuk ubat oles luka lecet, luka sobek dan gangguan yang berisiko menimbulkan radang, bengkak dan nyeri.

6) Mencegah Pikun/hilang daya ingatan - Kandungan Asam lemak tak jenuh tunggal dalam minyak zaitun berfungsi untuk menjaga struktur sel dan membran dalam otak, sehingga membantu mencegah hilangnya ingatan.

7) Mencegah Osteoporosis - Minyak zaitun membantu penyerapan mineral dan kalsium yang diperlukan untuk mencegah kemerosotan tulang.

8) Memudahkan Penghadaman, Usus, Sakit Perut, Kecacingan, Angin dan Menghilangkan Sembelit - Paras asid yang rendah membuatkan ianya dapat membantu dalam memudahkan sistem penghadaman badan serta mengawalnya.

Cara penggunaannya: Mengatasi sembelit dengan cara meminum 1 sudu teh minyak zaitun setiap pagi atau ketika sembelit. 

Masalah sembelit juga dapat diatasi dengan memakan jeruk buah zaitun.

atau boleh juga mencuba: Dibaca ayat Syifa' dan diminum sesudu 1 jam sebelum makan apa-apa

9) Merendahkan Kolestrol, Tekanan Darah, Risiko Sakit Jantung dan Pelbagai Masalah Kesihatan Lain - Vitamin E dalam minyak zaitun membantu dalam merendahkan kolestrol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung. Untuk itu, selepas mengambil lemak yang tinggi diikuti dengan pengambilan minyak zaitun, dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku.

Minyak zaitun juga membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Cara pengambilan: Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan. 
*Namun mengikut pendapat saya di 2 Puteri/Asam Garam 2 Puteri adalah sebaiknya pada akhir proses memasak kerana minyak zaitun tulen tidak sesuai digunakan dalam suhu panas


9) Sebagai Tonik Kepada Masalah Penuaan Dan Masalah Seksual 
- Ia juga sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya.

Ia juga dapat mengatasi masalah seksual dan melincinkan proses persetubuhan. Disapu pada anggota kelamin untuk menjaga kesihatan batin dan dicampur ke dalam masakan. Disapu kepada anggota kelamin lelaki atau wanita untuk proses kelamin yang menakjubkan.

10) Mengubati Penyakit Kulit 
- Minyak zaitun berkemampuan dalam mengatasi penyakit kulit yang dideritai antaranya bisul, ruam lampin, gatal-gatal.

11) Mengatasi Penyakit Gigi Dan Gusi 
- Minyak zaitun turut membantu mengatasi ulser mulut yang kronik, sakit gigi dan gusi. 

Cara penggunaannya: 
Mencampur sedikit minyak zaitun bersama garam dan disapu pada gusi yang mengalami ulser. Boleh juga dibuat basuhan mulut.

12) Menghalang Berlakunya Keracunan 
- Kebaikan lain minyak zaitun adalah menghalang berlakunya keracunan makanan.

13) Leukimia 
- Dibaca ruqyah saratan diminum 1 sudu makan 1 jam sebelum makan apa-apa selama paling kurang 40 hari.

14) Gastrik 
- Dibaca ayat Syifa' dan diminum sesudu 1 jam sebelum makan apa-apa.

15) Gangguan jin, sihir, saka, santau 
- Zaitun ruqyah disapu di anggota sujud, anggota wudhu, tempat sakit atau sendi-sendi utama.

16) Sebagai Minyak Urut 
- Elok digunakan sebagai minyak urut dengan mencampurkannya dengan ma'warad atau air mawar.

17) Makanan Tambahan Ibu Mengandung Dan Dalam Tempoh Penyusuan Anak 
- Baik untuk membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting kepada fetus selain mengatasi masalah sembelit yang selalu mengganggu.

18) Batu Karang 
- Campuran minyak zaitun bersama air limau nipis dikatakan baik untuk menghancurkan batu karang. Sitrat dari air limau nipis dikatan berupaya menghancurkan batu karang. Penggunaan minyak zaitun pula sebagai agen pelincir. 

Cara penggunaannya: 
Sesudu besar minyak zaitun dan sesudu besar air perahan limau nipis dicampur 4 cawan air lalu diminum. Mereka yang pernah mengamalkan petua ini melaporkan biasanya batu karang akan keluar bersama air kencing beberapa jam selepas mengambil campuran minuman ini. 

CARA PENGGUNAAN

1) Ambil secara berterusan sekurang-kurangnya sesudu teh (23gram) dua kali sehari diwaktu pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur.

2) Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.

Ckin amalkan 1 sudu besar sebelum sarapan dan 1 sudu besar sebelum tidur. 
Alhamdulillah, senang nak membuang dan lain-lain. Dah lama amalkan nanti Ckin share apa yg berubah. :) InsyaAllah jika ada kelapangan.

Ckin minum yang ini : 


Tipsnya : 
Pilih yang tulis EXTRA VIRGIN OLIVE OIL. 
Sebabnya? Ia adalah perahan pertama minyak zaitun. Perahan pertama adalah yang terbaik sekali.
Harga Ckin beli ni RM35 kat kedai Arab di Plaza Idaman area Gombak ni. Ikut kedai jugak. Kembar Ckin beli RM38 kat kedai lain. Biar mahal sikit takpa, asalkan baik utk kesihatan dalaman n luaran. Untuk baby sama ni. :) 

Ckin jugak amalkan pati delima. InsyaAllah dua-dua ni boleh diamalkan dalam pantang nanti. InsyaAllah. :)

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP