..:: IkoN ::.
.:: Ya Allah.. Ujianku... ::.
Tuesday, June 29, 2010
Hatiku mula meronta...Subhanallah...
Sesungguhnya hati ini amat merindukan 'si dia' yang bakal menjadi peneman diri kala suka dan duka....
Tapi, Allah lebih mengetahui bila aku akan berjumpa dan bila aku akan diijabkabulkan dengan 'si dia'...
Ya Allah...
Tabahkan hati ini yang selalu terganggu hatinya dengan perasaan ingin menyayangi dan disayangi....
Kuatkanlah imanku...
Hadirkanlah 'si dia' ke dalam hatiku apabila tiba masanya nanti, sesungguhnya aku hanyalah insan biasa yang sering terlupa...
.:: Berhadapan Dengan Salah Faham??? ::.
Monday, June 28, 2010
Tidak dinafikan, memang banyak salah faham dalam kalangan masyarakat bukan Islam, terhadap Islam. Ada antara salah faham tersebut, berasal dari kejahilan atau atas dasar tidak tahu. Ada juga salah faham yang sengaja ditimbulkan untuk mengelirukan masyarakat dunia sebagai satu bentuk serangan terhadap Islam. Ada juga salah faham tersebut, yang ditimbulkan/disebabkan oleh umat Islam itu sendiri sama ada sedar atau tidak.
Pun begitu, walau dari mana pun asal-usul salah faham tersebut, kita umat Islam kena ada common ground dalam menghadapi tanggapan dan salah faham mereka tersebut. Sering saya sebutkan, bahawa kita tidak dapat mengawal apa yang mereka fikirkan/lakukan, tetapi kita dapat mengawal bagaimana cara kita bereaksi apabila berhadapan dengan mereka.
Antara common ground yang dapat saya fikirkan adalah:
1. Jangan Melatah.
Salah faham dalam kalangan masyarakat bukan Islam ini, memang banyak. Sesetengahnya memang membuatkan kita rasa terganggu, offended dsb. Contohnya, salah faham oleh rakan twee_cute itu, yang pada menyangkakan tuhan bagi umat Islam itu adalah babi. Banyak juga, saya pernah mendengar salah faham yang agak sensitif dan offending ini. Salah satunya yang saya pernah dengar (mungkin agak censored sedikit), "Lelaki Islam ini anunya semuanya kontot2, kerana telah berkhatan!" Disturbing bukan?
Teringat saya akan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang mengatakan, gagahnya seorang lelaki bukan kerana kekuatannya bergusti, tetapi pada keupayaannya mengawal diri dari marah.
Sesetengah mereka, gemar memprovok. Sengaja mengapi-apikan dan membuat kita marah. Dalam kes ini, kita kena bersabar lah. Orang putih kata,
''Don't stand down to their level''
2. Jangan judge niat mereka.
Ada sesentengah tu, bila ditanyakan soalan yang provocative, membalas atau memandang sinis akan persoalan tersebut. "Ala dia tu saja je tanya nak provoke, bukan betul2 nak tahu pun."
Bagi kita, kita anggap mereka sama. Kalau betul mereka sengaja nak provoke pun, kita layan mereka dengan baik. Kalau betul mereka jujur nak tahu, kita pun layan mereka dengan baik juga. Bukan hak kita, untuk menghakimi apa niat mereka. Sebaliknya adalah menjadi tanggungjawab kita, untuk berlaku adil, serta menjelaskan mengenai apa jua persoalan yang diajukan.
Walaupun kadang-kadang ayat yang mereka gunakan, sememangnya ayat yang berbentuk provokasi, yang membuatkan kita ingin marah. "Korang kata kami bodoh sembah tokong, korang lagi bodoh sembah kotak batu kat arab" (contoh ayat yang provokasi). Elakkan dari terpengaruh dengan emosi, dan hendaklah kita bersabar. Pertama sekali, minta maaf dulu kepadanya, bagi pihak muslim yang memanggilnya bodoh itu. Kemudiannya, barulah kita cuba terangkan konsep kaabah dalam Islam.
Sama ada dia dapat terima atau tidak, bukan kita yang menentukan. Bagi kita, kita cuma menyampaikan. Sama ada mereka menerima hidayah ke tidak, biar Allah yang tentukan.
3. Jangan memandai-mandai.
Justeru, setiap daripada kita mestilah bersedia untuk memberi kefahaman Islam yang sebenarnya. Tanggungjawab "berdakwah" bukan lagi terletak di bahu ustaz-ustaz sahaja, namun tergalas pada pundak kita semua. Namun begitu, dalam keadaan pengetahuan agama kita yang terhad, maka hendaklah kita merujuk kepada mereka yang ahli (ustaz-ustaz, ulama' dsb).
Maka atas sebab itulah, jika kita ditanyakan soalan-soalan yang kita tidak tahu jawapannya, maka sewajarnya lah kita mengakui bahawa kita tidak tahu. Bak kata pepatah Inggeris,
"there's no shame in admitting what we don't know."
Malahan, sebenarnya pengakuan bahawa kita tidak tahu itu memberi gambaran bahawa umat Islam itu jujur. Ia juga memberi tanggapan bahawa umat Islam tidak boleh memandai-mandai memberi jawapan, serta bahawa kita ini berpegang kepada kebenaran, bukannya semata-mata hendak menang dalam perdebatan!
Pun begitu, janganlah pula tinggalkan persoalan individu tersebut tergantung tanpa jawapan. Rujuklah ustaz atau mereka yang lebih mengetahui, dan setelah mendapat jawapan baru kita olah agar dapat disampaikan kepada individu tersebut dengan seringkas dan seoptimum mungkin dengan kefahamannya.
4. Jangan merendah-rendahkan @ offend agama mereka.
Kadang-kadang, kita ni bersemangat sangat nak cerita macam-macam sampai tidak sedar yang kita offend agama mereka. Contohnya, seperti persoalan yang ditimbulkan rakan twee_cute di awal post ini tersebut. Jika kita menjawab "eh taklah, takkanlah babi tu tuhan kitorang, u all orang cina sembelih pun dia tak melawan. takkan binatang jadi tuhan". Dalam tak sedar, kita dah offend rakan twee_cute yang beragama Hindu tersebut.
Hormat agama orang lain. Kita tidak disuruh mengakui @ mempercayai agama mereka, tapi kita disuruh menghormati agama mereka. Dalilnya, rujuk surah al-an'am ayat 108. Begitu juga dengan surah Al-Kafirun.
Jalan yang baik, adalah dengan menceritakan mengenai Islam, cukup. Tak perlu nak banding-bandingkan dengan agama2 lain. Kalau nak sentuh mengenai agama lain juga, perlulah berhati-hati dan "berlapik".
Permudahkanlah, jangan kamu susahkan!
Antara punca berlakunya salah faham terhadap Islam, adalah kerana banyak persepsi negatif yang ditonjolkan dan difokuskan mengenai Islam. Seolah-olah itulah asas kepada Islam. Hasilnya, agama Islam dilihat sebagai sebuah agama yang mengongkong, agama yang menunjukkan keganasan, yang menyekat kebebasan, yang menindas gender dan sebagainya.
Sesungguhnya, Islam itu agama yang indah. Agama yang mempermudahkan, bukan menyusahkan. Namun dikesali, adanya segelintir umat Islam yang gemar menakut-nakutkan. Suka benar, menceritakan mengenai azab kubur, mengenai seksaan di neraka, mengenai balasan kepada orang yang berdosa, dan sebagainya.
Sungguhpun atas niat untuk mencegah kemungkaran dan sebagainya, namun konsep pahala dan dosa itu mestilah diterangkan dan difahami terlebih dahulu. Menceritakan mengenai azab balasan dan sebagainya kepada orang yang baru mendekati Islam atau yang baru bertatih hendak kembali ke pangkal jalan, hanya memberikan impressi kepada mereka bahawa Islam itu zalim. Bahawa Tuhan itu kejam!
Teringat saya akan sebuah penulisan Ustaz Hasrizal (Ke Syurga Bukan Dengan Jantina) yang ada mengupas mengenai salah satu daripada salah faham ini. Akibat terlalu gopoh dalam dakwah, menyebabkan ada yang mengatakan Islam itu gender-biased kerana adanya hadis bahawa perempuan adalah yang paling ramai masuk ke neraka.
Justeru itulah, sekiranya kita berhadapan dengan audiens yang kefahamannya terhadap Islam adalah minimal - contohnya mad'u yang baru nak berjinak-jinak dengan Islam, non-muslim yang baru nak mengenali Islam dan sebagainya, sewajarnya lah kita memperlihatkan keindahan Islam itu dengan menceritakan perkara-perkara yang baik dan indah. Bukan menggula-gulakan, tetapi adil (kena pada tempatnya), iaitu sesuai dengan kefahaman audience.
Read more...
.:: Inilah Kehidupan ::.


Sahabat-sahabatku yang pi latihan industri bagi Sesi Jun 2010... Gud Luck yah!!!

> :: Muslimat Iraq diperkosa Tentera Amerika :: > Jahannam!
Thursday, June 24, 2010
بسم الله الرحمن الرحيم
"Mereka memperkosaku seperti binatang!!!"
Nadia adalah salah seorang korban tentera Amerika di penjara Abu Ghraib. Dia ditangkap tanpa alasan. Ketika dia dibebaskan dari penjara, tidak langsung kembali ke pangkuan keluarganya sebagaimana kebanyakan tahanan lainnya yang telah mengalami pengalaman dahsyat. Meskipun ketika dia telah terbakar oleh api penindasan dan kerinduan pada keluarganya.Nadia melarikan diri dengan segera setelah dia meninggalkan penjara. Bukan kerana perasaan malu yang akan diterimanya kerana sejumlah kejahatan yang dilakukannya. Akan tetapi kerana apa yang telah dialami olehnya dan wanita Iraq lain yang tertangkap, iatu pemerkosaan dan penyeksaan yang dilakukan oleh tentera Amerika di penjara Abu Ghraib. Dinding penjara mengungkapkan banyak cerita tragis, namun apa yang dikisahkan Nadia merupakan kebenaran hidup dan sekaligus neraka hidup.
*************************************
*************************************
.:: Jom Ber 'TRIVIA' ! ::.
Aku nak uji minda ckit ni... Tak banyak aku nak bagi soalan, ada lima ja.... (apa tuh???)
- Jawapannya adalah di Baitul Maqdis (haa,,,,,baru tau ka???)
Mengqadakan Solat... BOLEHKAH?

Isra' Mikraj
Wednesday, June 23, 2010
... 3rd Day ...
Hari ni aku tak tau nak cita pa yang aku buat kat sini... Cuma aku pi teman sorang staf kat sini g bank bab nak bayaq road-tax keta...Pastu g makan kat satu restoran ni...Uihh..gulai ikan dia memang sedap..hehe dah lama aku tak rasa gulai ikan yang macam tu...ish3 gulai kedai mana sama ngan gulai kat umah..ahakz
Tadi aku try igt2 balik jalan kat situ..mana tau nanti bleh la aku ajak kawan2 aku ka pi sana kan..hehe aku bowink sebenaqnya ni..hari ni aku perabih masa ngan just bukak email n update blog aku...wahhhh blog ku dah bertukar kaler n rupa...
'Dia sudah bertukar wajah..bertukar segalanya...'
(adaptasi lagu senario)...
It's the time to nyanyi2...hee
Aku tak tau nak story pa lagi nih..nak teman kak parisyah kat bawah kaunter tu, tak bleh dah deh...bab kwn dia dah mai hari ni...so aku duk ja kat atas..tmpat CC bahagian pengurusan ni... haa..sbut CC, satgi tak tau pulak pbnda CC ni kan.. CC ni maksud dia Chief Clerk...ketua kerani deh..aku tnya..tu la ..banyak bertanya, banyak la pengalaman kita kan..so,pasni kalu tak tau,kna tanya le..
Haa...Aku dah ada cita nak story ni..hehe
Kelmarin kan aku jaga kat bahagian kaunter pertanyaan kan, aku diajar la cara nak sambung panggilan dari orang luar kpd orang dalam ni...cuma yg susahnya aku kna igt la suma kod depa kat sini...kak tu yang ajar aku...Kelmarin aku cuma uruskan bahagian surat TYT.. Surat ni merupakan surat permohonan biasiswa untuk student baru nak msuk ke IPTA...kebanyakan yang mai tu adalah Cina..Melayu kurang..bukanlah nak membezakn kepandaian budak Cina..tapi bila aku tengok kesungguhan depa ni, aku dah makin sedar...acceeii Depa ni berusaha nak dapatkan biasiswa ni walaupun ianya hnyalah nasib kan..
Tp suma tu bergantung kpd diri kita sendiri kan.. Tak kisahla Melayu ka, Cina ka, India ka...yang penting kemahuan tu...
Aku bukannya nak mrendahkan sapa2, tapi untuk menaikkan semangat aku yang kadang2 jatuh gak cket...hehe aku dapat la bberapa ilmu kelmarin kan daripada tak dapat langsung...kihkih
Kelmarin gak murah rezki aku, Kak Farisyah ni buat laksa..n aku dapat la nak makan...hehe (kenyang deh)...kalu kat umah, dah lama aku pkena bermangkuk2 tau....haa aku ni suka sgt laksa n bihun sup, tu yang aku mkn sgt...
Balik umah ni muka aku dah makin bulat...ya la..makan nasik byk..sekali makan 2 pinggan...(Wahhh mmg melantak kot)...
Nak buat camna...sdap sgt..
Haa..teringat dulu, masa knduri sepupu aku, aku makan laksa sgt2..sampai aku kna resdung...ish3 bersin dari pagi smpai la ke malam...(cam na hidup tuh)
Pstu aku g kdai buang resdung..(pedih deh)
Mau tak pedih, asap masuk dalam hidung...huhu
Tapi sat ja...hehe pastu alhamdulillah aku lega...
Bru2 ni pulak aku mkn udang, (pergh, resdung mai lagi)
Smpai hari ni aku dok bersin....(ciannya....)
Aku dok tggu PTPTN ni..nak buang resdung ...hehe sakit deh...
2nd DAY IN MY OFFICE..........
Tuesday, June 22, 2010
Read more...
Hari Pertama..latihan industri
Monday, June 21, 2010
Lama asanya aku tak tulis dalam blog ni...tak sempt deh..
Cuma nak cta cket penglaman 1st day ke siini... Tadi, aku mai cni..adik hantaq..pastu pulak ujan..huhu mmg basah le..pkai high heel..tapi mujur tak takung air dlm kasut aku tu..hehe
sampai ja kat cni,buka ja sweater, masyaAllah...psaan tu..huhu tkejut la..bsah abis aku punya baju tau..Tapi, aku bsabaq ja... mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni..musibah kat aku...
Adik aku pulak bawak laju kemain..hehe
dia redah ja segala bentuk jalan yang manusia bina ni..hahaha sampai kat satu simpang tu aku hampir nak jatuh, tapi mujur aku sempat paut bahu dia...haha