Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Sekiranya Kita Diumpat, Apa Nak Buat?

Wednesday, December 28, 2011

Assalamualaikum semua! 

Macam mana? How's ur day? Is it bad or right? Hopefully, hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini naa. ^_^


Dah tengok perkembangan blog Ckin ni? Comel x? Penat mencari segala tutorial untuk mengemas dan mencantikkan lagi blog agar sedap dipandang mata. Alhamdulillah boleh dah nampak sikit-sikit perubahannya naa. ^_^ Tak la sehebat sahabat-sahabat yang terror macam nama-nama hebat kat bawah ni. Nak singgah bolehla klik bawah ni naa. 




Nama-nama blogger kat atas ni menyediakan tutorial yang boleh diikut kalu kalian nak. Ckin amik dari sini la. Bagi siap-siap link, nanti boleh la buat blog lagi comel-comel naa. Ckin berniat nak tukar header pulak pasni. Nak letak doodle pulak rasanya. Macam menarik, kan? ^_^ Nantila. Kalau free la kan.

Berbalik kepada tajuk yang Ckin nak sembang sikit hari ni. Tajuknya adalah mengenai APA NAK BUAT JIKA ORANG MENGUMPAT KITA?


Rasulullah SAW menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yg bermaksud: 

“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”

(Hadis Riwayat Muslim)

Act, kelmarin, sebelum ke tempat kerja, Ckin sempat menonton rancangan Tanyalah Ustaz. Antara soalan yang ditanyakan adalah :

"Ustaz, sekiranya ada orang yang mengumpat atau mengata kita di belakang, apa yang harus kita buat?"

Lalu, jawapan yang diberikan oleh ustaz adalah begini.


Terdapat 2 asbab menyebabkan kita diumpat oleh orang.

Yang pertamanya adalah kita suka mengumpat orang lain. Mengata akan hal itu, hal ini. Memburukkan itu, menjelekkan yang ini. Begitulah seterusnya. Mengumpat seringkali dikaitkan dengan kaum perempuan. Kalau orang perempuan duduk sekali, tunggulah. Pasti ada bibit-bibit yang membicarakan hal orang lain. Berbeza dengan kaum lelaki. Tetapi, kaum lelaki juga ada yang mengumpat. Masing-masing lebih tahu akan fitrah masing-masing. Ye dak? 

Yang kedua, sekiranya kita diumpat oleh orang lain, bermakna Allah ingin menguji kita. Dan turut diberikan doa kepada orang yang diumpat ini. Sekiranya ada yang mengumpat akan diri kita, maka bacalah doa ini. 

"Hazaa min fadhli robbi"

Ckin tak ingat maksudnya. Boleh rujuk kepada ustaz-ustaz yang pakar naa. Maksudnya lebih merujuk kepada kebaikan yang datang kepada kita. InsyaAllah.


Tetapi, perlu diingatkan bahawa terdapat mengumpat yang diharuskan di dalam Islam. Masa sekolah menengah dulu pun ada belajar. Ingat lagi? ^_^

Perkara berikut telah dibahagikan kepada kepada 6 keadaan yang membolehkan 'mengumpat' ini. Sila semak dengan teliti. Jangan main serkap jarang pulak naa. BAHAYA! 

Imam al-Ghazali menjelaskan di dalam kitab Ihya Ulum al-Din seperti yang berikut:

Pertama: 
Apabila berlaku penganiayaan, seperti seseorang yang dizalimi mengadu kezaliman seseorang kepada hakim, agar hakim dapat mengembalikan haknya daripada orang yang menzaliminya.

Kedua: 
Meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran dari seseorang atau mengembalikan seseorang yang melakukan maksiat ke jalan kebaikan.

Ketiga: 
Ketika meminta fatwa atau keterangan sesuatu hukum dalam agama. Contohnya seseorang mengadu kepada kadi dengan berkata: “Ayah saya telah menganiaya saya.”


Keempat: 
Mengingatkan seseorang muslim dengan sesuatu kejahatan. C
ontohnya: jika anda mengetahui seseorang itu jahat, lalu anda mengingatkan orang lain supaya menjauhkan orang lain dari orang itu.

Kelima: 
Apabila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran, atau panggilan yang memang menunjukkan sesuatu kekurangan pada dirinya, seperti mengatakan si polan yang tempang atau yang buta.

Keenam: 
Apabila seseorang itu memang sengaja terang-terang membuat kefasikan dan bermegah-megah dengan perbuatan itu.

Namun tidak harus melihat persoalan mengumpat dengan begitu mudah, keharusan itu masih dalam batasannya. Apa yang diharuskan oleh ulama adalah demi mengembalikan keadaan yang buruk kepada yang lebih baik, menjadikan seseorang itu lebih sempurna sifat islamnya. Keharusan ini tidak bermaksudsyarak mengizinkan seseorang itu untuk memburuk-burukkan saudara seagamanya dengan sesuka hati.

Inilah perumpaan bagi mereka yang mengumpat. Na'uzubillahiminzalik!



Begitulah antara mengumpat yang dibenarkan. Fikir 2 minit cukuplah. Kalau tengok Melodi, ada pulak cerita tentang artis itu, artis ini. Adakah mulut ini akan berdiam? Menonton drama-drama, filem dan sebagainya. Ada tak sikit yang keluar dari mulut mengenai orang itu, orang ini? Jika ada, istighfarlah naa. Istighfar sebelum terlambat. Istighfar sekarang, dan bukan tunggu solat nanti. Banyak sangat 'saham' yang dah kita kumpul. Kelak, timbangan mana yang akan lebih berat? Neraca mizan penentu segala-galanya. Jadi, jauhilah naa. Elakkan. Sekiranya kita yang diumpat, berdoalah agar orang yang mengumpat akan dibukakan pintu hatinya untuk sedar akan kesilapan dirinya. Itu sahaja. InsyaAllah.


Dosa mengumpat membinasakan amal kebaikan ibarat api membakar kayu kering

Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda:

“Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu.”

Balasan bagi org yang suka mengumpat


Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas, Rasulullah SAW bersabda:

“Pada malam aku diIsra’kan aku telah melalui suatu kaum yg mencakar-cakar muka mereka dgn kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril siapa mereka ini? jawab Jibril: Mereka ini adalah org2 yg suka mengumpat dan mereka juga suka menjaga tepi kain org”.

(Abu Daud dari Anas)

Peringatan Rasulullah SAW kepada Orang Beriman


Sabda Rasulullah: 

“Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Semoga Allah SWT memelihara kita daripada tabiat suka mengumpat dan juga menjauhkan kita daripada orang2 yang suka mengumpat. Amin. 

Peringatan untuk diri Ckin dan juga kalian agar kita sama-sama menjauhkan diri dari dosa besar ini. Banyak-banyakkan mengingati Allah. Bila kita ingat akan Allah, pasti kita akan menjauhkan diri dari dosa besar ini. InsyaAllah. ^_^


Azab Allah itu terlalu pedih. Sangat dahsyat. Maka, berhati-hatilah dalam setiap kata-kata baik dari segi penulisan dan perilaku kita. Ckin juga banyak khilaf, kalian juga ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Jadikan kelebihan itu untuk digunakan ke arah kebaikan dan jadikan kelemahan itu sebagai peringatan supaya kita tidak mengulangi lagi kesilapan lalu.

p/s : Kepada kalian semua, sahabat-sahabat blogger dan sahabat-sahabat di luar sana, maafkan hamba yang khilaf ini. Hamba juga manusia yang khilaf dan banyak kelemahan. =_= Bila diperingatkan, barulah akan sedar akan kesilapan diri. Jadi, banyak-banyakkan istighfar agar terhapus dosa-dosa kita yang lalu dan diganti dengan kehidupan yang lebih baik naa. InsyaAllah. ^_^

14 Comments:

Dafinullah December 28, 2011 at 5:06 PM  

<MasyyaAllah...tabarakallah... peringatan yang amat baik sekali.. tekun ana membacenye...huhu

Addien December 28, 2011 at 6:15 PM  

Kata Imam Nawawi:

فصل : إعلم أن الغيبة كما يحرم على المغتاب ذكرها ، يحرم على السامع استماعها وإقرارها فيجب على من سمع إنسانا يبتدئ بغيبة محرمة أن ينهاه إن لم يخف ضررا ظاهرا ، فإن خافه وجب عليه الإنكار بقلبه ومفارقة ذلك المجلس إن تمكن من مفارقته ، فإن قدر على الإنكار بلسانه ، أو على قطع الغيبة بكلام آخر ، لزمه ذلك ، إن لم يفعل عصى

Ketahuilah bahawa mengumpat(ghibah), sebagaimana ia haram melakukannya, begitu juga ia haram kepada orang yang mendengarnya dan mengakuinya. Maka wajib bagi orang yang mendengar orang yang memulakan umpatan yang diharamkan untuk melarangnya jika sekiranya dia tidak takut dengan mudharat yang zahir. Jika dia takut, maka wajib kepadanya untuk mengingkarinya dengan hatinya, dan meninggalkan majlis tersebutjika dia mamp meninggalkan majlis tersebut.

Jika dia mampu untuk mengingkari dengan perkataan atau menukar umpatan dengan perkataan lain, wajib dia melakukannya. Jika tidak dilakukan, maka dia berdosa.

al Azkar ms339

Unknown December 29, 2011 at 12:45 AM  

blog sy pon x sehebat mana..anyway TQ atas perkongsian ini

Haffzone December 29, 2011 at 6:54 AM  

mengumpat = makan daging saudara sendiri

tauhu sumbat = sedap..=D

Ckin Kembaq December 29, 2011 at 7:56 AM  

Ibnu Darwin,

Terkesan jugak..mana mungkin kita tak pernah melakukannya kan? Allah..

Ad-Dien,

Tengah bersembang pun, nak elak, kena keluar dari tempat tu..boleh je nak buat..cuma bergantung pada hati.. InsyaAllah sama-sama kita amik pengajaran..

Ckin Kembaq December 29, 2011 at 7:57 AM  

khairul,

kita lebih kurang ja.. ^_^

Haffzone,

boleh pulak macam tu? ^_^

Cik_Shiqah December 29, 2011 at 4:27 PM  

perkongsian yg bermanfaat ^_^
mata tk lps tatap skrin.

mengumpat, bnda yg tk bleh pndg remeh. kdg2, tnpa kita sdr, kita sbrnya tlh pun mengumpat orang. Allahu Allah.

semoga lidah kita semua terpelihara drpd berkata yg tdk baik2. Amin..

Amelia December 29, 2011 at 10:20 PM  

astaghfirullah, hrp2 sy dielakkan ^^

Addien December 30, 2011 at 4:32 AM  

ya..macam yang saya katakan..rujuk kitab al-Azkar :)

Ckin Kembaq January 1, 2012 at 8:16 AM  

Cik_Shiqah,

a'ah..memang pun..takut rasanya...khilaf banyak kita kan? =_=

Mialia,

insyaAllah..bila ingat akan azabNya, insyaAllah kita akan terjaga...doa and zikir banyak2 naa.. ^_^

Ad-Dien,

syukran kerana menjelaskan lagi.. ^_^ insyaAllah bertambah berkat dan pahala di sisiNya..

Anonymous,  July 15, 2015 at 8:04 PM  

Jika kita suka mengumpat dan menceritakan keburukan orang lain,itu tandanya hati kita dah kotor.Astaghfirullahalazim..
Kadang2 banyak bercakap dgn kwn2,secara tak sedar tercakap pasal keburukan orang lain.
So,fikir dahulu sebelum bercakap.

Unknown July 15, 2015 at 8:07 PM  

Tapi...boleh ke kita mengata seseorang dalam hati kita sendiri? hihi

Ckin Kembaq November 2, 2015 at 9:00 AM  

Hafisa Fiesya,

Wallahua'lam.
tapi selalunya tak terpendam dalam hati. akan keluar jugak.hehe

Unknown February 20, 2017 at 3:36 PM  

Takutnya..smoga dijauhi sifat ghibah ni..mngumpat org yg kita tk kenali jgk tak boleh..apakan pula org yg kita kenal.

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP