Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Tukar Sport Rim Kesan Atas Highway

Monday, August 13, 2012

Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah dipertemukan lagi di ruangan ni. Maaflah ye sebab Ckin tak update pun blog sejak sekian lama. Kalau tak silap, ini merupakan post pertama Ckin dalam bulan Ramadhan. Fuh! Bukannya apa pun, Ckin lebih tumpukan pada facebook. 


Memandangkan Ckin pun sedang menjual tudung-tudung Akel, Ckin lebih ke arah sana. Tak sempat nak terjah blog kalian semua. Asif kathiro. Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Mudah-mudahan ni akhir-akhir Ramadhan ni kita akan lebih dekat denganNya. Tahniah bagi yang dah khatam Al-Quran. Kepada yang tak habis lagi tu, boleh lagi ni. Ckin antaranya yang masih tak dapat nak habiskan. Kena buat setakat yang mampu je la kan. =) 

Act, saja nak kongsi pengalaman sikit. Petang kelmarin Ckin baru tukar tayar biasa kepada tayar sport rim. Cuma nak share pengalaman. Tiada niat lain. Alkisahnya macam ni. Memandangkan Ckin bekerja di INSANIAH, Ckin pun dah ada sebuah kenderaan that is Motor SYM. Kalau tak kenal, ni tengok motor SYM macam mana. Lihat kat bawah. ^_^


Berbalik kepada apa yang Ckin nak cerita ni. First time Ckin balik dari Alor Setar ke Penang, alhamdulillah motor tak ada masalah langsung. Tapi, masa nak balik dari Penang ke Alor Setar, dah ada masalah kat situ. Masalah pertama, time sampai di Plaza Tol Sungai Petani Selatan, masa nak belok tu rasa nak terjatuh. Rasanya masalah kat tayar depan. Tapi Ckin still teruskan sebab tak ada masalah. Bila stop di R&R Gurun, ada sorang pakcik ni tegur. Katanya tayar depan tak ada angin. Ckin pun gi kat Shell and isi angin. Alhamdulillah sampai kat Alor Setar dalam keadaan yang basah lencun sebab hujan lebat sangat. Esoknya, tengok tayar depan dah tak ada angin. Jadi, Ckin pun ke stesen minyak isi angin. Alhamdulillah ok dah. Petang tu, pi kedai tukar minyak engin. And minta untuk tengok tayar depan. Bila buka, jadi macam kembung kat tayar dalam. Entah sebab apa. Pastu tukar tayar dalam. Alhamdulillah ok dah kat situ. 


Esoknya, nak dijadikan cerita. Masa dalam perjalanan ke tempat kerja, tayar motor belakang pulak buat hal. Pecah tengah jalan. Alhamdulillah sebab dekat dah dengan stesen minyak. Call Kak Naemah, Abang Man. Alhamdulillah ada uncle cina yang mai tukar tayar motor belakang kat stesen minyak tu. Petang tu pulak, Ckin dengan housemate ke Pacific. Masa balik dari Pacific, sekali lagi tayar belakang pecah. Allahu Allah... Why? Seriously tak tau sebab apa. Alhamdulillah ada sorang hamba Allah ni yang kebetulan bekerja kat Wisma PKNK di depan Pacific tu, dia nampak tayar motor Ckin pecah. So, dia cakap nak hantar ke rumah. Terkejut jugak sebenarnya dan risau orang ni ada niat buruk. Time tu pulak hujan nak lebat. Angin kuat pulak. Allah. Memang ujian. Alhamdulillah dia memang hantar sampai ke rumah. Motor tinggal dalam garaj Wisma PKNK. Esok baru Kak Naemah hantar Ckin ke sana dan panggil sorang lagi uncle untuk tukar tayar. Tukar tayar dalam dan luar. Kena RM75. Pakai tayar FKR. Alhamdulillah dah ok. 


Alkisahnya lagi, masa tengah berpuasa. Ckin balik rumah naik motor lagi sekali. Masa balik alhamdulillah. Tak ada masalah. Tayar semua ok. Tapi, yang jadi musibahnya tu, waktu balik rumah, Ckin cakap kat Abg Kri (abang Ckin) yang tayar pecah dua kali. Then dia suruh bawak ke kedai tempat beli motor dulu tu. Tak sangka pulak uncle tu masukkan gam yang digunakan untuk tayar tubeless. Sedangkan Ckin masih guna rim biasa. Apa yang Ckin tahu, kalu nak guna tubeless, kena guna sport rim. Am I right? Dan bila dia letak gam dalam keadaan rim biasa, masa tu atas highway. Baru lepas dari simpang Tol Sungai Petani Utara, tiba-tiba tayar belakang meletup! Ha sudah! Istighfar panjang jugaklah. Hampir-hampir hilang keseimbangan. Alhamdulillah Ckin masih selamat. Berhenti dan tengok kat tayar belakang. Fuh! Tayar yang lapik kat dalam tu putus dua. Dan gam tu habis terpercik keluar. Dahsyat jugaklah. Masa tu pulak Celcom hilang line. Alhamdulillah ada Maxis. So, Ckin call Plus. Katanya tak boleh nak buat apa-apa sebab motor yang pecah. Kalu kereta, pihak Plus boleh nak tolong. So, call abang, dan lain-lain, dan menanti kot-kot ada yang nak tolong. Buntu kan... =_= 


Dalam 5-10 minit tunggu, ada sorang pakcik yang mai kat Ckin. Dan ada sorang lelaki pun mai jugak. Akhirnya lepas tunggu punya tunggu, pakcik tu cakap nak tolong bawak motor Ckin ke kedai motor. Dia naik motor Ckin. Ckin naik motor dia. Jauh jugaklah nak sampai ke kedai tu. Alhamdulillah. Pakcik tu tunggu Ckin dari awal sampai habis. Alhamdulillah. Dan tunjuk jalan ke Alor Setar menggunakan jalan lama. Sampai dekat area Yan, Ckin ucap terima kasih dan singgah di satu masjid. Masa ambil wudhuk, menitis air mata ni. Bertapa lemahnya hamba ini ya Allah... Waktu solat, menangis semahu-mahunya. Air mata ni tak henti-henti nak mengalir sampai hari esoknya. Ckin pun tak tahu kenapa. Sedih, gembira, terharu, bersyukur semuanya ada. Sehinggakan kemuncaknya adalah pada hari esoknya. Keluarkan air mata sederas-derasnya. Habis langsung. Alhamdulillah. Lega di situ. 

Sebijik macam yang Ckin punya.. =)

Sehinggalah pada petang kelmarin. Ckin bertekad untuk tukar sport rim memandangkan Ckin akan balik ke Penang hari Khamis ni. Petang semalam, ke kedai Cina berdekatan dengan kawasan bazar Taman Wira Mergong, alhamdulillah. Ckin tukar tayar depan fully, tayar belakang just tambah sport rim dan guna tayar lama yang masih elok tu, dan kena  modified tayar belakang sebab motor jenis SYM ni lain dari yang lain. Tanya dan tanya, harga macam mana, uncle tu cakap area RM250 macam tu la. Ckin pun kebetulan bawa keluar cukup-cukup RM250 pun say yes. Tunggu punya tunggu sampai azan Maghrib. Time nak bayar, tau berapa kena? RM318. Harga sangat sedap. Alhamdulillah ada back-up dalam poket. Kalau tidak, kena balik jalan kaki la tak gitu? Janji selesai. Alhamdulillah ada simpanan sikit, guna duit simpanan tu. Hao liao..hukhuk Takpe. Duit boleh dicari, nanti pancit atas highway sapa susah? Minta dijauhkanlah. Biar sakit sekarang, and senang di masa-masa depan. Bukan sehari nak guna motor ni. Lama nak guna. =) 


Panjang Ckin bercerita. Itulah kisah tayar pancit. Uncle yang sebelum ni cakap tayar Motor SYM murah. Sebab tu la dia pancit kerap. Nak buat macam mana. Benda dah jadi kan? Minyak memang save. RM5 pun tak habis kalu balik Penang. Tu kelebihan dia. And engin pun ok. Kalau nak tau, boleh search kelebihan motor SYM ni. Sekian dahulu pengembaraan yang panjang ni. Lama sangat simpan kan.. Jadi macam ni la. Berjela-jela. Sekadar berkongsi. Jumpa lagi. Wassalam.

Ckin tinggalkan kalian dengan firman Allah dalam Surah Muhammad ayat 7:
"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, maka Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu" 


p/s: Apa yang jadi kat Ckin memang bertepatan dengan firmanNya. Itu janjiNya. Sangat pasti.. Alhamdulillah. Wasyukru lillah... =)

19 Comments:

nur anis August 13, 2012 at 1:59 PM  

banyaknya dugaan ckin...semoga lepas ni baik-baik saje..:)

Ckin Kembaq August 13, 2012 at 2:12 PM  

kak anis,

inshaAllah..mudah-mudahan.. =)

Pha Is August 13, 2012 at 5:50 PM  

pergh.. macam2 dugaan.. pha is pon pernah tayar pancit. dua kali. kali pertama kena, terus buat tayar tube less (pakai tayar lama cuma buang tayar dalam dan buh gam), tapi, bila kena paku (kali ke-2), meletop jugak. last2 tukar tayar luar terus.

Dafinullah August 13, 2012 at 10:05 PM  

awat mahalnye sport rim? ori punye ke? tapi itu satu pengalaman yg menarik kan.. :D

Ckin Kembaq August 13, 2012 at 10:16 PM  

Pha is,

Fuh!time tyar pancit dah rsau...apatah lagi sampai 3 kali...sangat sedap kn?... ^_^ pnglaman yang hebat...hehe


Dafinullah,
Aah..ori punya..mhal sebab tkar ng tayar depan,modified tayar belakang,tukar wayar brek,bahagian tayar belakang tukar semua...sebab motor ni lain dari moto lain...mmg sedap.. ^_^

syamilsynz August 14, 2012 at 10:25 AM  

byk betul panjitnya...patut kene ade warranty..
moga lps ni xpanjit dah. sntiasa doa naik knderaan supaya Allah pelihara.

Ckin Kembaq August 14, 2012 at 11:05 AM  

syamilsynz,

a'ah..banyak betul..memang ujian.. =) alhamdulillah semua baik2 lagi..inshaAllah tak pernah lupa lagi doa tu..mudah-mudahan akan lebih ingat pada Dia.. =)

Bulan Syurga Firdausi August 15, 2012 at 9:34 AM  

moga Allah terus bantu :) suke spotrim 7 batang heee

Ckin Kembaq August 15, 2012 at 9:59 AM  

Bulan Syurga Firdausi,

inshaAllah..lagi banyak bunga sport rim, lagi mahal.. =) amik ala kadar je..hehe

Addien August 15, 2012 at 9:55 PM  



salam Akhir ramadhan dan salam Eid, kulluam wa entum bikhair..

maaf sekarang tak dapat lagi nak berkomited sepenuh masa dengan blog, saya perlu beri komitmen kepada belajar, mengajar, menulis/ menerjemah dan sebagainya..

apapun sy dah activekan semula fb sy, ALhamdulillah.. insyaAllah sy ada klpangan sllu ke fb krna ada tugasan sbg panel disana.. barakallahufik..

fb: https://www.facebook.com/ad.dien.31

Ckin Kembaq August 16, 2012 at 10:23 AM  

Ad-Dien,

salam akhir ramadhan.. =) kullu 'am wa antum bikhair..

utamakan yang mana penting..inshaAllah..itu yg lbih baik.. =)


Sharinginfoz,

=)

LadyBird August 27, 2012 at 4:17 PM  

salam sikin.. sihat? bercita2 jugak nk tukar tayar ni.. tp mahallah.. huhuhuhuhuhu..


slmt hr ry, maaf zahir dan batin.. bl nak update entry ry nih? :) hihihihi

Ckin Kembaq August 28, 2012 at 9:09 AM  

LadyBird,

waalaikumussalam.. alhamdulillah makin sihat.cuma selesema sikit ni.. =) kena tukar if perjalanan jauh naa..yg Ckin punya ni mahal sebab dia tukar kepada tayar EX5..so modified sikit. Motor SYM ni lain dari yang lain. Kata tauke tu la.. =) Harga tak sampai 300 pun..insyaAllah..try pi survey dulu naa..
entri raya?nanti kot..hehe tak sempat nak berceloteh panjang ni..ada benda nak story ttg rumah pulak.. =) Nanti naa..

SHM,  September 12, 2012 at 5:35 PM  

as salam . dah kerja rupanya . pttla mcm pernah nampak ckin dkt dgn insaniah tu . ingatkn slh org , tp segan nak tegur :D

pki tubeless lg bgs drpd pki tube . setahun insya'allah x pyh tukar .

Ckin Kembaq September 13, 2012 at 9:56 AM  

SHM,

waalaikumussalam. dah kerja di sana..alhamdulillah.. study sana? =)
alhamdulillah setakat hari ni dah tak ada masalah dengan tayar tu. =)

Unknown January 13, 2015 at 8:27 PM  

sport rim motor mne ade second -_-

Unknown December 7, 2016 at 9:08 PM  

ade la . banyk jek org jual . lg lg yg ori dari moto . bukannya mana mana kedai . harga biasa ikut condotion

Unknown December 7, 2016 at 9:09 PM  

ade jek . bamyak la org jual . lagi lagi yg ori dari moto . maksudnya 100%ori. sbb yg ori moto ni dh tkde jual kt kedai . kalau ad pun copy ori .

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP