Assalamualaikum semua!
Fuh.. Dah lama tak bersua kan di ruangan ni? Maaf naa. Kekangan masa sikit di situ. Jadi, Ckin sengaja biarkan the latest post bersemayam lama sikit. Lama tak ziarah sahabat-sahabat blogger semua ni. Allah.. Sebenarnya banyak sangat perkara yang Ckin nak story kat kalian. Tapi, slow-slow la naa. Nanti takut tak terkeluar pulak. ^_^

Ceritanya bermula begini. Satu hari tu, kembar Ckin sms. Agak terkejut bila baca sms tu. Kembar Ckin kerja part-time di sebuah kedai pakaian di Penang. Bila pelanggan datang, dia kena ikut dan memenuhi kehendak pelanggan sama ada nak tanya itu, ini dan sebagainya. Masa tu, ada budak-budak lelaki yang berusia lingkungan 9 tahun ke bahagian pakaian tut wanita, dan melakukan aksi tidak senonoh (aksi 18sx) di situ. Masya-Allah! Kemudian, kembar cakap lagi, bila budak-budak lelaki ni nampak dia, lagi seronok budak-budak tu buat perkara tak senonoh tu. Maafla.. Tak dapat nak cakap. Malu rasanya. Kemudian, ramai-ramai masuk dalam fitting room, then tutup lampu, dan entah apa yang jadi kat dalam tu.
Boleh nampak cerita yang Ckin nak kongsi ni? Itulah dia keruntuhan akhlak budak-budak zaman sekarang yang bagi Ckin ianya terlalu melampau. Budak-budak ni dah tak takut dengan orang dewasa. Pemikiran budak-budak seusia 9 tahun tu sepatutnya bersih langsung dari perkara-perkara yang macam tu. Tapi, lain pulak jadinya. Kembar Ckin cakap yang budak-budak tu datang ke kedai dengan emak. Dan katanya emaknya pun tak ok. Persoalannya:
1. Silap didikankah?
2. Kenapa mereka berkelakuan tidak senonoh macam tu?
3. Macam mana terjadi hal tu?
4. Salah siapa?
5. Salah ajarkah?
6. Terlalu bebaskah?
7. Banyak lagi persoalan timbul. (kalian tambah sendiri)
Bukankah ada pepatah mengatakan:
"MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA"
Kalau tak lentur sekarang, alamatnya bila dah jadi buluh, akan keras dan susah untuk dilentur lagi. Jadi, Ckin sekadar mengingatkan.
Kepada yang masih ada adik-adik kecik tu, pantau sikit. Kawal batas pergaulan adik-adik tu.
Kepada yang ada anak-anak, pantau batas pergaulan anak-anak. Biar jadi 'polis' masa sekarang dari menyesal kelak sebab tak pantau dulu.
Kepada kalian dan diri Ckin sendiri, jagalah dan kawallah diri dari melakukan perkara-perkara terlarang ataupun tak baik. Sebabnya ditakuti sikap buruk tu turun pada anak-anak kita kelak. So, BEWARE!
Sekadar itu, Ckin tinggalkan kalian dengan petikan daripada syair arab yang berbunyi:
Jagalah pemikiran kamu kerana ia akan menjadi PERBUATAN
Jagalah perbuatan kamu kerana ia akan menjadi
ADAT.
p/s: Habit yang baik, inshaAllah akan berkekalan. Habit yang tak baik, kena ubah slow-slow bukan mendadak.. ^_^
Read more...