Krim Hazeline Snow HALAL. Krim Apa Tu?
Wednesday, May 29, 2013
Assalamualaikum.
Sekadar nak share.
Krim Hazeline Snow?
Krim apa tu?
Ckin pun baru kenal dengan krim ni.
Saja cari-cari maklumat sebab ada yang perkenalkan.
Tapi, ada slact. Masuk ke forum-forum, ada yg kata
krim ni ada lemak khinzir.
Frust kejap..hehe
Pastu tak berputus asa lagi.
Nak cari lagi.
Baru teringat.
Macam nak check dengan JAKIM la pulak.
Jadi, tadi terus ke web JAKIM.
Dan masukkan nama Hazeline Snow di Direktori Halal.
Alhamdulillah krim ni disahkan halal.
Ni buktinya.
Kawan Ckin dah tolong beli.
Warna kuning kotaknya.
Moisturizing Cream.
Harganya RM17.30.
Jadi nak try la jugak kan..haha
Antara kebaikan yg Ckin dapat di internet :
- dapat sembuhkan ruam baby
- rawat jerawat badan dan muka
- parut lama
- luka-luka kecil
- ketiak hitam
- kelengkang hitam
- lutut hitam
- kulit sensitif
- kulit kemerah-merahan
- kulit burn
Pendek kata, bagusla krim ni untuk orang yang ada kulit sensitif.
Ckin baru nak try. Tapi bukan pakai kat muka la. Sebab Ckin pakai skincare lain.
Pakai kat tempat lain.
Kat tangan, badan dll.
Nak cuba. Kalau berkesan and best, Ckin akan share lagi. InsyaAllah.
p/s : Tak salah nak cuba. Kalau nak beli, beli warna kuning. Bukan warna hijau. :)