Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah bersua lagi kita hari ini ye. ^_^
Sekadar ingin berkongsi sedikit kegembiraan pada hari ini. Act, semalam kembar Ckin iaitu Ckak ada mesej Ckin. Katanya nak datang ke rumah sewa Ckin. Then, dia cakap nak bagi hadiah. Wah! Ada hadiah gitu. Hadiah birthday dari My Beloved Twin. Semalam, selepas Isyak, Ckin cepat-cepat ke kedai buku untuk beli pembalut hadiah. Nak balut hadiah untuk Ckak. Sebabnya tak berbalut-balut lagi sebenarnya. Hadiah dah ada. ^_^
Hari ni, dapat berjumpa dengan dia. Dia nak pi ke Popular, nak beli buku katanya sebab dapat voucher kan. Untunglah. Rezeki masing-masing. hehe Sampai-sampai terus bagi hadiah. Thanks to her. ^_^
Teringat sabda Nabi,
"Memberi hadiahlah, nescaya menimbulkan kecintaan".
(Riwayat Thabrani)
Terkejut bila buka-buka je, nampaklah dompet yang sangat-sangat comel. Dompet Milk Teddy lagi. Siap warna pink lagi. Memang terbaik! ^_^ Tak cukup dengan tu, buka pulak dalam dompet. Terselit pulak jam tangan. Warna pink jugak. Memang cantik. Alhamdulillah.
Thank you kak...
Touching.....
Sekadar gambar hiasan. Dompet pink. hehe
Satu set warna pink. Kena pakai. Hadiah dari yang tersayang. ^_^ Alhamdulillah...
Sekadar post pendek. Mencari-cari sesuatu sebenarnya ni.
Banyak persoalan di minda. Banyak kenangan mengusik jiwa.
Semalam, masa testing buat kad untuk Ckak, rasa nak menitis air mata. Sebab tersentuh hati. Inilah kembar yang tiada galang gantinya. Dunia dan Akhirat.
Kalian tak ada kembar, pasti takkan mengerti.
p/s : Maaf naa.. Macam entri luahan perasaan pulak... Just for sharing... ^_^
Read more...