Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Mengqadakan Solat... BOLEHKAH?

Thursday, June 24, 2010

Assalamualaikum semua! 

Act, Ckin tadi terklik pada entri lama ni. Rupa-rupanya tak dikemaskinikan lagi. ^_^ Sebab dulu background hitam, jadi kaler pun macam-macam. Berpinar mata bila dah tukar kepada background putih. Ckin nak kongsikan sedikit ilmu yang c
Apakah hukum mengqada sola fardu yang telah luput?


Ada dua pendapat iaitu ada yang mengatakan wajib diqada dan setengah yang lain mengatakan hanya cukup dengan bertaubat.

Ok... Jawapannya ada kat bawah ni.. Jom TERJAH!

Sememangnya terdapat segolongan umat Islam yang mengbidaahkan dan batal penggantian (qada) solat yang sengaja tidak dilaksanakan pada waktunya, bahkan tidak sah perlakuan mengqada solat fardu yang sengaja ditinggalkan pad waktu yang lain tetapi memadai dengan membanyakkan solat sunat untuk menutupi kekurangan tersebut.

Tetapi, pendapat dia atas dibantah oleh ulama besar secara sepakat seperti Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Syafi'i dan lainnya tentang hukum wajibnya mengqada solat yang ditinggalkan sa ma ada dengan sengaja atau tidak.

"Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya." 

(Surah al-Nisa' 4:103)

Tahukah kalian maksud qada'?

Qada didefinisikan sebagai :

"Melakukan sesuatu amalan yang didwajibkan selepas waktunya atau melakukan solat selepas waktunya yang telah ditetapkan."
Perlu diingatkan di sini bahawa sebab yang membolehkan qada solat adalah kerana TERTIDUR dan TERLUPA.




Kedua-dua situasi ini adalah dimaafkan bagi sesesorang yang tidak solat pada waktunya. 
Hendaklah ia mengqadakan sejurus dia terjaga atau teringat, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. : 

"Sesiapa yang lupa untuk solat atau tertidur, hendaklah dia menunaikannya apabila teringat Tidak ada hukuman selain daripada itu". 

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Melalui pernyataan di atas dapat kita fahami bahawa orang yang yang terlupa atau tertidur diperintahkan mengqada solatnya apatah lagi yang SENGAJA MENINGGALKANNYA, maka WAJIB baginya mengqada solat tersebut. Hatta dah lewat Subuh pada jam 10:00 pagi, tetap wajib solat. 

So, based on the above statement, mereka yang masih belum selesai 'HUTANG' mengqada solatnya, maka REBUTLAH PELUANG semasa masih ada umur sebelum tibanya KEMATIAN...

InsyaAllah inilah fakta dan perintahNya. Jadi, jangan sesekali mengabaikannya naa. Segala yang baik adalah dari Allah, yang tak baik tu datangnya dari diri ini sendiri. Wassalam. 

0 Comments:

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP