Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Isra' Mikraj

Wednesday, June 23, 2010


ISRA' MIKRAJ

(Hijjaz vs UNIC vs MESTICA vs In-Team)

Hening malam gelap yang membungkus
Desir angin tiada kedengaran
Gemuruh suara memanggil
Membangunkan Rasul dari tidurnya

Jibril berwajah putih bersih
Bersayap bergemerlapan
Dari Mekah ke Sidratul Muntahal
Buraq menawan tujuh petala

Membelah langit...
Langit perak bertakhtakan bintang
Bergantungan rantai, rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Tabir akhirat disingkapkan
Mendengarkan apa yang diwahyukan
Dosa pahala dijelaskan
Dipamerkan tiap pembalasan

Dipertemukan dengan Nabi-nabi
Diperlihatkan ragam malaikat
Diperbentangkan hari kebangkitan
Diwajibkan lima waktu sembahyang

Isra' Mikraj yang amat panjang
Disingkatkan menjadi semalaman
Sukarnya untuk mempercaya
Hanya keimanan yang membenarkannya....

Written by : Ckin Kembaq

2 Comments:

goattech95 November 27, 2010 at 11:37 PM  

alhamdulillah, jumpa juga tajuk nasyid ni :)

Ckin Kembaq November 29, 2010 at 4:56 PM  

perkongsian.. n_n

p/s : moga bermanfaat..

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP