Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Alhamdulillah... Lulus Akhirnya... ^_^

Tuesday, March 22, 2011

Assalamualaikum...

Act, nak berkongsi sikit kegembiraan ni.  Alhamdulillah kelmarin Ckin pi test JPJ kereta kali kedua kat Institut Memandu Ilmu Pandu, Kangar.  Wah! Kali kedua amik baru lulus...ish3  Ckin dah tak kisah akan kegagalan yang kali pertama tu sebabnya Ckin rasa syukur sangat.  Disebabkan kegagalan tu barulah Ckin tau akan kesalahan yang Ckin tak sedar sepanjang di jalan raya.  Perlu diingatkan jugak naa, gagal sekali tak bermakna akan gagal selamanya.  Think positive ya!  

Tapi, yang tak bagusnya, bila fail test minggu lepas, Ckin jadi tak khusyuk dalam solat memikirkan pasal kegagalan ni.  Hari-hari berdoa, mohon kat Dia supaya Ckin dimudahkan waktu test JPJ minggu ni, alhamdulillah doa tu dimakbulkan.  Sebelum test siap nazar lagi.  InsyaAllah akan dilaksanakan nazar tu akan datang.  Moga-moga dimudahkan.  Lepas ja test JPJ, Ckin sempat buat solat sunat dhuha and sujud syukur kat surau di sana.  Ini bukan nak riak naa tapi cuma nak berkongsi apa yang Ckin dah buat. ^_^  Harap tak ada yang salah sangka naa...  Mana tau nanti ada yang bakal nak amik test JPJ, exam, mahupun sebarang ujian, bolehlah banyakkan berdoa, solat sunat hajat, solat sunat dhuha, and banyak lagi.  Itu antaranya ok.  

Sebabnya hanya Allah yang berkuasa menggerakkan sesuatu yang ada di dunia ni.  Contoh macam Ckin buat test JPJ tu.  Allah yang menggerakkan kaki, tangan, mata, anggota badan yang lain, termasuklah kereta tu sendiri.  Begitu jugak dengan perasaan atau firasat tester tu.  Semua Allah yang gerakkan. Kalu bukan pada Dia kita mintak pertolongan, sapa lagi kan?  Itulah pencipta seluruh makhluk di muka Bumi ni.  Ingat tu naa...  Sebagai peringatan buat kita.  InsyaAllah.  Ckin lulus dengan keizinanNya, kita hidup dengan keizinanNya, kita ketawa, sedih, dan sebagainya pun dengan keizinanNya.  Maka, mohonlah padaNya.  InsyaAllah dengan niat yang baik, ikhlas kerana Allah, pasti doa tu akan dimakbulkan.  Mudah-mudahan naa...

Ckin nak berkongsi kegembiraan yang tu ja naa...  Sangat-sangat bersyukur atas nikmatNya.  

Subhanallah... Walhamdulillah... Wallahuakbar!

p/s : Doa-doaku banyak yang dah dimakbulkan... Alhamdulillah.  Tak rugi meminta dengan penuh istiqamah.  Tak kisah dalam perkara apa pun sama ada untuk hidup, kahwin, jodoh, pelajaran dsb...  Dia lebih memahami akan isi hati kita.  InsyaAllah...

Wassalam.

Read more...

Dia Peluk, Cium Tangan... Lama Gitu... =_=

Saturday, March 19, 2011

Assalamualaikum.

Nak tau apa intipati dari tajuk kat atas tu?  Haa...  Jangan salah sangka naa.  Act, kelmarin a.k.a semalam, 18 Mac 2011, bermula jam 9.00 pagi gitu, semua student dari DSK 4B pergi ke rumah anak-anak yatim Baitul Ihsan, Perik, Kuala Nerang, Kedah.  Tujuan utama adalah bagi melengkapkan tugasan projek akhir bagi Kursus Kemahiran Generik dalam Program Diploma Sains Kesetiausahaan ni.  Anak-anak yatim kat sana ada hanya seramai 20 orang sahaja.  Dijaga oleh penghulu, makcik Zainab and beberapa lagi yang lain.
Kat sana, tujuan utama kami adalah untuk menggembirakan hati anak-anak yatim tu.  Di samping beberapa lagi agenda lain.  Ada beberapa aktiviti yang disusun oleh AJK Sukan dan Permainan.

Yang bestnya, semuanya kecik-kecik belaka tau..hehe  Ada yang masih ada ibu bapa, tapi ibu bapa budak ni tak mahukan dah dia.  Maka, bersyukurlah kamu masih ada ibu bapa di samping kita ni naa...  Ada yang ditinggalkan begitu saja and macam-macam lagi kisah sejarah adik-adik ni.  Dalam ramai-ramai tu, ada seorang insan iaitu anak kepada makcik penjaga anak-anak yatim ni, dia ni tergolong dalam golongan 'Sindrome Down'.  Umur dah 24 tahun tapi tak nampak macam individu 24 tahun le... =_= Kecik, and faham-faham naa keadaannya macam mana.  First time kami semua sampai, dia jerit.  Maybe takut kot sebabnya kami berada dalam kuantiti yang ramai.  Bayangkanlah student 38 orang yang pi sana, berkumpul bising-bising depan dia, mana tak takutnya kawan tu...haish...hehe  Tapi, dia relax ja.  Tak kacau orang pun tau...  Makan pun sendiri.  Tak perlu bersuap.

Apa yang Ckin nak story ni?  Haa...  Camni kisahnya, tadi waktu petang, Ckin and Yati (kawan kelas) pi la ke surau kat rumah anak-anak yatim ni.  Tujuannya nak lekat kata-kata hikmah kat surau and bilik tidur depa.  Ckin lebih tumpukan lekat kat bahagian surau.  Masa tu ada la lagi beberapa kawan yang tengah melekat-lekat kata-kata tu, then bila dah habis, semua pakat keluar dari surau tu nak pi lekat kat bahagian tempat tidur budak lelaki pulak.  Waktu tu jugak, insan yang Ckin story tadi tu (yang Sindrome Down), dia ada dengan kami semua.  Dia tengok-tengok keadaan kat situ.  Survey gitu kot...hehe  Tak kisah la.  Then, bila semua dah kuar, Yati pun pi kat bilik sebelah nak lekat kat bahagian sana, maka tinggallah Ckin sorang dengan insan ni.  Tiba-tiba...

Dia mai kat Ckin.  Dia peluk Ckin.  Lama jugak...  Ckin balas la balik pelukan dia tu.  Dia letak kepala kat bahu Ckin.  Alahai...  Sayunya... =_= Then, dah habis peluk, dia mintak tangan Ckin.  Ckin pun hulur, then dia salam dan cium tangan.  Pun lama jugak.  Macam ada something gitu.  Masa tu, sebak dah.  Dah habis, dia pun kluar dari surau tu and pi ke dewan makan macam tu saja.  Ckin masih terkejut.  Diam gitu.  Hampir-hampir menitis air mata ni.  Tapi, control ag...hehe  Ckin tengok dia lama sangat.

Ya Allah!  Alangkah beruntungnya kita yang hidup secara normal ni.  Masa tu terpikir balik akan kehidupan ni.  Dia tak normal.  Tapi dia faham apa itu kasih sayang.  Macam ada sesuatu yang ada kat minda dia.  Tapi, Ckin la tak brapa nak faham kan...  Time peluk dia tu, dia diam ja.  Tapi erat.  Umur dia dah 24 tahun.  Tapi badan macam budak darjah 5 or 6 macam tu.  Ckin termenung sat.  Mungkin sebab kami semua mai ke situ kot.  Happykan adik-adik yang kurang bernasib baik ni termasuk juga dengan dia.  Bila ingat2 balik, rasa macam diri ni sangat beruntung.  Tersangat beruntung.  Ada anggota badan yang normal, boleh bersuka ria dengan bebasnya, boleh bergerak bebas kat mana-mana, boleh buat itu, buat ini.  Tapi, dia sebagai insan yang dilahirkan dalam keadaan yang tak cukup sempurna, tak boleh bebas macam kita sahabat.  Tapi, itulah qadak dan qadar hidupnya yang dah ditentukan oleh Allah.  Terimalah seadanya.

Bagi kita yang sempurna ni?  Apalagi?  Tunaikan kewajipan yang ada.  Jangan sia-siakan.  Contoh, gigi kita ni tersusun rapi.  Boleh sengih2 bila amik gambar, so jagalah elok-elok.  Jangan biar dia buruk or patah or rabit (bahasa penang).  Macam mana tu?  Jangan bawak motor laju-laju, nanti excident, kang dah hilang gigi tu.  Ye dak?  Pas makan coklat or gula-gula, pi la gosok gigi tambah-tambah sebelum tidur kan.  Lagi?  Pandai-pandai la naa...  Kamu tu dah besar, dah mumayyiz untuk pikirkan yang mana baik and yang mana buruk.  InsyaAllah.

Contoh lain yang lebih dekat, kamu seorang perempuan.  Allah dah ciptakan 'asset' paling bernilai untuk kamu, so jagalah dengan sebaik mungkin.  Jangan bagi sesuka hati kat orang.  Kang Allah tarik balik nikmat tu, menangis tak berlagu la nanti.  Ada bran???  Kalu berani nak melawan fitrah, silakan.  Dengan segala hormatnya...

Begitu jugak dengan lelaki.  Kamu diciptakan dengan 'asset' yang berharga.  Jagalah elok-elok.  Jangan tempatkannya di tempat yang salah.  Gunakan kekuasaan yang ada untuk kebaikan.  Sebagai contoh, kamu dibolehkan untuk azan.  So, manfaatkanlah masa yang ada ni untuk mengajak orang lain ke rumah Allah.  Lontarkan suara emas kamu tu.  Jangan tempatkannya di tempat yang salah.  Menjerit, jerkah orang lain sesuka hati, nyanyi lagu ntah apa-apa, ngorat orang perempuan...  Boleh faham?  Contohnya, kamu ada kuasa untuk menegur kaum hawa dari segi pemakaian.  Kadang-kadang teguran si lelaki lebih bernilai daripada teguran oleh kaum hawa.  Sebabnya perempuan ni dikurniakan sifat malu yang tinggi.  Tersangat tinggi.   Dengan perempuan, kurang malu pabila ditegur.  Tapi dengan lelaki, haish... Macam kena shock elektrik kot.  So, boleh la gunakan kaedah yang halus naa...  Ops!  Bukan 'halus' dengan menggunakan ilmu hitam dan sebagainya.  Tapi, pandai-pandai la fikir naa.  Biar teguran tu menusuk hati.  InsyaAllah.  (cadangan sahaja)

Contoh lain,  Allah dah ciptakan rambut kamu tu kerinting, lurus, perang, beralun, panjang, pendek, maka kamu wajib menjaga asset tu.  Macam mana  nak jaga?  Haa...  Jangan tunjuk kat orang lain melainkan kepada muhrim, suami dan golongan-golongan yang dibolehkan sahaja.  Ingat tu!  Jangan main-main bab-bab aurat ni.

 Apabila sehelai rambut anak perempuan terdedah, 
bermakna dia telah menempah tiket ke neraka untuk ayahnya.

Maknanya kat sini, kamu tak sayang kat ayah kamu la.  Betul?  Kalu sayang kat ayah, sayang kat diri sendiri bagi mengelakkan diri terkena api neraka yang sangat hitam dan panas, maka bermula dari saat ni, berhijrahlah sahabatku.  Pakailah tudung.  Tutupilah auratmu tu.  Insan yang sindrome tu tak diwajibkan menutup aurat, atas sebab dia memang tak tau.  Dan dia tidak sempurna.  Dia tak tau tentang dosa pahala.

Tapi, alangkah malangnya bagi kamu yang tahu akan kebenaran, tahu akan dosa pahala, tahu akan azabnya Neraka dan nikmatnya Syurga, tapi kamu buat endah tak endah saja.  Sekarang ni terlalu banyak tudung yang dijual di pasaran.  Yang paling simple, jenis sarung ja.  Tak perlu berpin-pin macam tudung Ckin.  Sekali pakai, 4 pin yang perlu digunakan.  Itu konsep pemakaian tudung Ckin.  Tapi, bagi kamu yang nak senang, mudah dan cepat, beli je tudung yang macam tu.

 Alangkah manisnya seseorang perempuan yang memakai tudung.  Di samping dia pakai tudung, menutup aurat, dah berapa banyak pahala yang dikutip?  Tak dapat digambarkan dengan kata-kata.  Tetapi, pastikan niat kamu itu ikhlas kerana ALLAH.  Itu yang paling utama.  Penghijrahan kamu tu perlulah atas dasar nama ALLAH.  Moga-moga kehidupan kamu akan bahagia di dunia dan di akhirat.  InsyaAllah.  Perubahan memerlukan masa.  Tapi, kamu mesti dan wajib berusaha untuk sampai ke arah itu.

 Ingat,
 ROM TIDAK TERBINA DALAM SATU HARI.  

Ckin nak story pasal insan tu, tapi terlajak ke perkara lain pulak.  But, it's okay.  Kadang-kadang tu, kita yang perlu mengorak langkah pertama sebelum orang lain.  Mana tau, dengan perubahan yang kita lakukan, akan bertambah ramai yang akan mengikut jejak langkah kita walaupun pada sekecil-kecil perkara.  InsyaAllah.  Jumpa lagi naa...

Wassalam.

Read more...

Sekali Tamparan, 3 Persoalan Terjawab Sekaligus...

Thursday, March 17, 2011

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum sahabat-sahabatku... Lama rasanya tak update blog ni.  Ckin memang tak sempat nak post something new memandangkan sibuk gak dengan projek akhir and beberapa agenda lain.  Tapi, Ckin sengaja curi-curi masa nak story kat kamu semua tentang satu kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Hanafi waktu kuliah Tafaqquh Fiddin hari Isnin lepas.  Kisahnya bermula begini.

Pada suatu hari, datang seorang pemuda pada seorang makcik tua.  Dia menyuarakan isi hatinya yang telah lama dipendam di sudut hatinya.  Ada 3 persoalan yang memang dia tak dapat jawapan ketika dia jumpa makcik tua tu.  Soalan-soalannya yang ditanyakan adalah :


"Makcik, apa yang saya tahu, ketika di Akhirat kelak, iblis akan dibakar dengan menggunakan api.  Tapi, iblis akan rasa sakitkah sedangkan dia diciptakan daripada api?"
"Makcik, kalau Allah itu ada, kenapa kita tak nampak Allah?"
"Makcik, saya tak percaya akan satu perkara iaitu qadak dan qadar.  Macam mana ye??"

Kemudian, lepas mendengar pertanyaan anak muda tu, makcik ni terus pergi ke depan dia, kemudian terus menampar anak muda tersebut.

Anak Muda : Aduh! Makcik ni...  Kenapa tampar saya???  Sakit la....
Makcik : Makcik memang sengaja menampar kamu..  Dengan tamparan tu, ketiga-tiga soalan kamu dah terjawab.
Anak Muda : Hah??  Apa maksud makcik ni? Saya tak faham la makcik...
Makcik : Pertama, pipi kamu tu dari kulit kan?  Sakit tak?  Tangan makcik pulak dari apa?
Anak Muda : Err...  Pipi saya dibuat dari kulit la makcik...  Dan...  Tangan makcik pun dari kulit jugak...
Makcik : Sakit tak?
Anak Muda : Sakit la makcik....
Makcik : Itulah jawapan bagi persoalan pertama kamu.  Tangan makcik dibuat daripada kulit.  Begitu juga dengan pipi kamu.  Tapi, masih rasa sakit kan?...  Sama jugak dengan iblis laknatullah.  Hatta dirinya dibuat daripada api, dia tetap akan merasa azab api tersebut.

Terjawab persoalan pertama yang diragui oleh anak muda ini selama hayatnya.  Bagaimana pula dengan pendapat kamu?

Makcik : Tadi semasa makcik tampar kamu, kamu rasa sakit kan?
Anak Muda : Sakit la makcik...
Makcik : Kamu nampak tak 'sakit' tu?
Anak Muda : Eh...  Mana nampak makcik...
Makcik : Kamu tak nampak sakit itu, tapi kamu tahu ianya ada bukan?  Begitu juga dengan Allah.  Kita tidak nampak Allah berada di mana.  Tapi, Allah itu ada.  Faham kan wahai anak muda?...
Anak Muda : Oh...  Saya faham makcik.  Mendalam maksudnya.

Terjawab jua persoalan kedua yang bersarang di hatinya....

Makcik : Mengenai qadak dan qadar pula.  Hari ini, tadi, kamu telah ditampar oleh makcik.  Dan kamu merasa sakit.  Itulah takdir Allah.  Ketentuan yang Allah dah tetapkan buat hambaNya.  Faham?
Anak Muda : Begitu rupanya... Terima kasih makcik...

Nampak mudah kan?  Tapi itulah persoalan yang kadang menganggu kehidupan kita semua.  Maka, berbaliklah pada Al-Quran dan Hadis yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah.  Hanya sekali tamparan, maka persoalan itu dapat dijawab dengan mudah.

Ini hanyalah perkongsian daripada Kuliah yang Ckin dengar waktu pergi Pusat Islam.  Yang baik jadikan pengajaran dan yang buruk, tinggalkan ianya di sini.  InsyaAllah.

Sebarang kelemahan dan kekurangan itu adalah dari Ckin sendiri.

Wassalam.

Read more...

Mari Check Kedudukan Juzuk Al-Quran Menggunakan Formula Matematik!

Sunday, March 13, 2011

Assalamualaikum semua!

Ckin excited sangat nak kongsikan sesuatu ilmu ni.  Act, Ckin saja ja buka blog nak tengok berita terbaru dari geng blogger kita nih, then nampak kat blog kawan blogger Ckin jugak.  Namanya D-Tieah.  Bolehlah pi melawat dia naa...

Dia ada tunjukkan cara-cara nak mengetahui di mana kedudukan juzuk Al-Quran.  Maksudnya macam ni, kalau nak tau juzuk 5 di muka surat yang mana, ada formula matematiknya.  Tapi, macam mana tu?  Haa...  Ckin akan tunjukkan kaedah-kaedahnya.  Tadi, bila tengok formula tu, Ckin terus buat.  Then, buka tafsir untuk check semula.

Subhanallah!  Ternyata betul formula matematik tersebut.  Ckin tak tau dari mana datangnya formula yang disusun tu, tapi Ckin yakin, inilah kuasa hebat Allah supaya hamba-hambaNya berfikir akan keajaiban dan kekuasaanNya.

Formulanya adalah seperti berikut :

X = (n-1)2
Kemudian, tambahkan 2 di hujung X.
X : muka surat bagi juzuk yang dipilih
n : bilangan juzuk

Contoh pertama :

Jom kita check juzuk 6 berada di muka surat yang ke berapa?  Dengan menggunakan formula ni, kamu boleh tengok jalan kiranya di bawah.

X = (n-1)2 [Letakkan 2 di hujung X ]

X = (n-1)2

X = (6-1)2

X = 10

Jangan lupa, letakkan 2 di hujung X.

Means, 10 + 2 = 102

Untuk memahami dan mempercayai akan formula ini, sila rujuk tafsir mahupun Al-Quran masing-masing sekarang naa pada muka surat ke 102...  Ckin dah buat pada 6 surah.  Dan, ternyata ianya benar.  Takjub!  Subhanallah...


Contoh kedua :

Menggunakan formula yang sama.  Jom kita cari muka surat bagi juz ke 11.

X = (n-1)2 [Letakkan 2 di hujung X ]

X = (11-1)2

X = 20

Jangan lupa letakkan 2 di hujung X.

Hasilnya, adalah X = 202.

Sila semak Al-Quran kamu sekarang juga di muka surat ke 202 untuk mengetahui kebenarannya.  Benar bukan?  =)


Contoh ketiga :

Mari kita cari juzuk ke 30 berada di muka surat berapa.  Jom mengira!

X = (n-1)2 [Letakkan 2 di hujung X ]

X = (30-1)2

X = 58


Jangan lupa letakkan 2 di hujung X.

Hasilnya, X = 582.

Bolehlah buka Al-Quran pada muka surat 582 sekarang.  

Nak mengira lagi?  Cukuplah di situ naa.  


Tujuan Ckin berkongsi perkara ini adalah bagi menguatkan lagi keimanan kita kepada Allah s.w.t.  Moga-moga ada iktibar yang boleh diambil.  Dan ianya buat pengajaran bagi mereka yang mahu berfikir dan beriman kepada Allah.  InsyaAllah.  

p/s : Kalu rajin, buatlah lagi untuk kesemua juzuk.  Kongsikan bersama sahabat-sahabat kita yang tak tau lagi tentang benda ni.  Moga-moga ada ibrah yang boleh kita ambil.  InsyaAllah.

Wassalam.  

Read more...

Oh Lidah?? "Apabila Semua Berhak Bercakap"

Friday, March 11, 2011

Assalamualaikum.  
Ckin nak berkongsi sikit artikel tentang percakapan.  Ckin amik ni dari fb kawan. 
 Boleh la manfaatkan apa yang patut naa...

Oh LIDAH??

Sebenarnya TUJUAN di sebalik penulisan yang tidak seberapa ini cuba menyedarkan pembaca terhadap kroniknya isu "apabila semua berhak bercakap"..
maka akan ada kesan yang tidak senang malah menjelikkan dan memalukan..saya percaya pastinya teman-teman di luar sana bisa berhadapan dalam situasi sebegini,maka tidak dapat tidak perlu diketahui hak untuk bercakap itu memang tiada penafiannya tetapi apabila ia sudah didasari tanpa adabiyyat berpendapat dalam perkara2 khilaf..maka itulah penyakitnya yang perlu dirawat segera!!

Sengaja untuk menyingkap kembali wasiat Asy-Syahid Hassan Albanna dalam cuba meniliti ANCAMAN seorang kader dakwah itu dlm mnjaga lisannya shja ada 4 iaitu :

1. JANGAN BANYAK BERDEBAT -

Sebenarnya bukanlah Hasan al-Banna tidak menggalakkan debat.Tetapi hampir kesemua debat ini lebih banyak mengundang parah dan bahaya perpecahan. Sebabnya, pihak yang berdebat itu tidak berbahas dengan ikhlas, berhikmah, beradab dan intelektual.

Mereka mungkin tak menjaga lidahnya daripada memaki hamun, mengeluarkan kata-kata kesat dan semua ini akan menyinggung perasaan pihak-pihak tertentu dan akhirnya akan menimbulkan pertengkaran yang berakhir dengan perpecahan.

Apabila berlaku lebih banyak perpecahan, maka yang untungnya adalah golongan kuffar yang sentiasa mengintai kelemahan dan meneropong pekung dalaman umat Islam sendiri. Dan, retak-retak perpecahan itulah yang melambatkan kemenangan dakwah Islam.

2. JAUHI BICARA AIB ORANG LAIN -

Ada sebab-sebabnya kenapakah kita suka membuka rahsia keaiban orang lain. Kebanyakannya sikap ini bermula daripada perasaan dengki dan iri hati.Lalu, meluap-luaplah perasaan untuk menjatuhkan maruah, imej dan reputasi orang lain di dalam kerjaya mereka misalnya.

Sepotong hadis sbg renungan,Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa,
"Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak."

3. JANGAN BANYAK BERGURAU & KETAWA -

Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) sangat tenang dan tenteram :Menurut beliau, umat yang berjuang itu selalu sibuk bermuhasabah mengenai masalah yang dihadapi oleh umat Islam. Masalah yang membelenggu umat Islam terlalu banyak, sedangkan mereka yang ingin menyelesaikan masalah tersebut tidak ramai.Sekiranya umat Islam banyak bergurau maka sudah pastilah masalah-masalah umat Islam itu tidak mudah diselesaikan. Sebab itulah beliau menyeru kita agar sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

Sabda Rasulullah s.a.w,
'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.'
(Riwayat Abu Daud).

4. ELAKKAN BERCAKAP DGN NYARING - 

Percakapan yang nyaring dan terlebih kuat banyak mengundang masalah seperti mengundang kemarahan orang dan menyuburkan takbur di hati para penceramah dan pendakwah itu sendiri.

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."
 [Luqman: 19].

Hal kesantunan bicara ini turut disentuh dalam buku bertajuk Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna yang memperihalkan kehidupan rumahtangga Al-Banna sendiri.
maka pada akhirnya di manakah betul dan silapnya kita kalau lisan tidak mampu mengotakan pada amal fardi dan amal dakwi masing-masing..??

Berhentilah seketika merenung HATI sebagai tasdiqnya IMAN,LISAN sebagai taqrirnya FAHAM,dan ANGGOTA sebagai amalnya IKHLAS..

CUKUPLAH MENAMBAHKAN DOSA KERANA PERBUATAN SEDAR DIRI SENDIRI..DAN JANGAN BIARKAN IA BERTAMBAH PARAH LAGI..

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan berkatalah dengan perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu, dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barang siapa menaati Allah dan Rasul-Nya, sesungguhnya dia telah mendapat kemenangan yang besar”
(QS al-Ahzab: 70-71)

"فليقل خيراً أو ليصمت"
Sekadar coretan buat renungan bagi mereka yang mahu berfikir...


Read more...

Sakit Leher Sebab Berenang... ^_^

Monday, March 7, 2011

Assalamualaikum...


Sihat semuanya?  Ckin alhamdulillah sihat tapi leher ni macam cekang ja sebabnya kelmarin kat kem Ckin berenang di tasik kat Kem Paya Pahlawan.  Jauh woo... and best giler... haha Ckin suka..  Nanti la akan dikongsikan pengalaman sebagai fasi kat sana naa...  Skang ni nak siapkan tugasan penting dulu okeh...  

Wassalam.

Read more...

Muhasabah Diri... =_=

Wednesday, March 2, 2011


Adakalanya besarnya nilai sesuatu di mata kita, namun belum tentu di pandangan Allah s.w.t

Adakala remehnya nilai sesuatu itu di mata kita, namun apakah sama di sisi Allah s.w.t

Adakalanya cantik,elok dan baik sesuatu perkara di fikiran kita,
tapi apakah zahirnya sahaja?

Adakala kita sering memikir cinta,kasih syg seseorang kpd kita,
apakah sudah cukup kasih dan cinta kepada Allah dan Rasulnya..

Adakala kita merasakan Istikarah itu jalan pemilihan dalam percintaan,
apakah istikarah itu hanya utk perkahwinan..

Adakalanya kita risau jodoh + pasangan kita,
Sedarkah kita itu urusan Allah s.w.t

Adakala kita membolehkan sesuatu yang tak boleh,
Matlamat menghalalkan carakah?

Adakala kita sering persoal cinta,jodoh dan perasaan,
Bagaimanakah status,amalan dan halatuju kita?

Adakala kita rasa cinta kita..cinta kerana Allah s.wt.,Apakah itu cinta kerana Allah?

Adakala kita risau masa depan (jodoh) kita,
Lupakah kita doa itu ada?

Adakala kita sering mengabaikanNya..
Ampuni daku Ya Tuhanku...

Peringatan dari sahabat untuk sahabatnya... Ya Allah...
Hamba sedar akan kekhilafan diri ini.  Ampunilah daku ya Allah...

Read more...

Suka... Duka... Dugaan naa... =_=

Tuesday, March 1, 2011

Assalamualaikum semua...

Apa khabar iman hari ni?  Dukacita dimaklumkan bahawa Ckin kurang sihat.  Otak penat sikit.  Semalam tidur jam 2 pagi gitu sebab menyiapkan Rancangan Perniagaan.... Subhanallah!  Agak sakit and letih le Ckin.  Ckin lak kena buat berkaitan dengan perancangan kewangan and kira-kira banyak.... So, memang kena bersengkang mata la jugak.... Ada beberapa benda lagi tak settle.  Pagi tadi sibuk pi print kat kawan kelas.  Dugaan giler la... Alih-alih dah bawak gi kelas, lecturer tak kutip pun.  Alhamdulillah la.  Sebabnya lecturer mintak draf sahaja.  Tadi ada bincang-bincang tentang apa yang tak faham dalam RP Ckin ni.  Nanti akan ada kelas untuk memahamkan lagi minda kami-kami semua kat kelas tu...hehe  Sabor aje la...  Ckin buat RP bagi perniagaan jahitan langsir.  Chewah! Saja ja nak gitau kan...ahakz

Dukacita juga dimaklumkan bahawa kawan Ckin, iaitu Nabila kemalangan kelmarin waktu nak mai jumpa Ckin and kengkawan kat Poli.  Dia dah dihantar ke Hospital Jitra. =_=  Ckin nak pesan pada sahabat-sahabat yang baca entri ni, jangan bawak motor and kereta tu laju-laju sangat.  Sayangilah diri kita tu walaupun orang lain tak sayang kat kita.  Semua yang Allah anugerahkan kat kita ni dah cukup lengkap sempurna, tak cacat, tak buta, tak pekak, tak bisu, tak sumbing kat mana-mana, bersyukurlah...  Sebab apa?  Sebabnya Allah masih biarkan kita melata kat atas muka Bumi-Nya ni.  
Sangat-sangat rugi kalu kita biarkan nikmat-nikmat tu ditarik balik... =_=  

HARGAILAH NIKMAT YANG SEKETIKA TU.  JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI.
(kalau nak mati pun, biarlah kita mati dengan husnul khotimah, bukan mati su'ul khotimah)

Act, Ckin baru ja habis menghadiri Kem Pembinaan Pasukan Berprestij yang diadakan di Kem Paya Pahlawan, Jitra, Kedah.  Nak tau, siapa penganjur program ni?.... Orangnya adalah Ustaz Muhammad Azki Hafizi Bin Ibrahim.  Orangnya dari KUIN.  Nanti Ckin akan upload gambar-gambar apa yang kami buat kat sana.  InsyaAllah.  Sebabnya ustaz Azki cakap nak bagi kat kami semua gambar-gambar tu melalui En Radhi.  Banyak sangat yang Ckin dapat.  Nanti jugak lah Ckin kongsikan naa.. Memandangkan petang ni tak ada kelas, and malam pulak ada kelas MUET, so Ckin nak manfaatkan masa yang ada ni untuk menyiapkan assignment yang baru ja dapat dari lecturer.  Buat siap-siap lah... Sebab pasni ada plan lak yang lagi penting selepas balik dari kem tu.  

Pesanan Ckin untuk kali ni, 
JAGA DIRI WALAU DI MANA KITA BERADA
JAGA MATA, JAGA PANDANGAN
JAGA TINGKAHLAKU, JAGA PERCAKAPAN
JAGA AURAT SESAMA RAKAN-RAKAN MAHUPUN ORANG LUAR

Jumpa lagi naa... 

... Wassalam ...

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP