Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Sekali Tamparan, 3 Persoalan Terjawab Sekaligus...

Thursday, March 17, 2011

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum sahabat-sahabatku... Lama rasanya tak update blog ni.  Ckin memang tak sempat nak post something new memandangkan sibuk gak dengan projek akhir and beberapa agenda lain.  Tapi, Ckin sengaja curi-curi masa nak story kat kamu semua tentang satu kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Hanafi waktu kuliah Tafaqquh Fiddin hari Isnin lepas.  Kisahnya bermula begini.

Pada suatu hari, datang seorang pemuda pada seorang makcik tua.  Dia menyuarakan isi hatinya yang telah lama dipendam di sudut hatinya.  Ada 3 persoalan yang memang dia tak dapat jawapan ketika dia jumpa makcik tua tu.  Soalan-soalannya yang ditanyakan adalah :


"Makcik, apa yang saya tahu, ketika di Akhirat kelak, iblis akan dibakar dengan menggunakan api.  Tapi, iblis akan rasa sakitkah sedangkan dia diciptakan daripada api?"
"Makcik, kalau Allah itu ada, kenapa kita tak nampak Allah?"
"Makcik, saya tak percaya akan satu perkara iaitu qadak dan qadar.  Macam mana ye??"

Kemudian, lepas mendengar pertanyaan anak muda tu, makcik ni terus pergi ke depan dia, kemudian terus menampar anak muda tersebut.

Anak Muda : Aduh! Makcik ni...  Kenapa tampar saya???  Sakit la....
Makcik : Makcik memang sengaja menampar kamu..  Dengan tamparan tu, ketiga-tiga soalan kamu dah terjawab.
Anak Muda : Hah??  Apa maksud makcik ni? Saya tak faham la makcik...
Makcik : Pertama, pipi kamu tu dari kulit kan?  Sakit tak?  Tangan makcik pulak dari apa?
Anak Muda : Err...  Pipi saya dibuat dari kulit la makcik...  Dan...  Tangan makcik pun dari kulit jugak...
Makcik : Sakit tak?
Anak Muda : Sakit la makcik....
Makcik : Itulah jawapan bagi persoalan pertama kamu.  Tangan makcik dibuat daripada kulit.  Begitu juga dengan pipi kamu.  Tapi, masih rasa sakit kan?...  Sama jugak dengan iblis laknatullah.  Hatta dirinya dibuat daripada api, dia tetap akan merasa azab api tersebut.

Terjawab persoalan pertama yang diragui oleh anak muda ini selama hayatnya.  Bagaimana pula dengan pendapat kamu?

Makcik : Tadi semasa makcik tampar kamu, kamu rasa sakit kan?
Anak Muda : Sakit la makcik...
Makcik : Kamu nampak tak 'sakit' tu?
Anak Muda : Eh...  Mana nampak makcik...
Makcik : Kamu tak nampak sakit itu, tapi kamu tahu ianya ada bukan?  Begitu juga dengan Allah.  Kita tidak nampak Allah berada di mana.  Tapi, Allah itu ada.  Faham kan wahai anak muda?...
Anak Muda : Oh...  Saya faham makcik.  Mendalam maksudnya.

Terjawab jua persoalan kedua yang bersarang di hatinya....

Makcik : Mengenai qadak dan qadar pula.  Hari ini, tadi, kamu telah ditampar oleh makcik.  Dan kamu merasa sakit.  Itulah takdir Allah.  Ketentuan yang Allah dah tetapkan buat hambaNya.  Faham?
Anak Muda : Begitu rupanya... Terima kasih makcik...

Nampak mudah kan?  Tapi itulah persoalan yang kadang menganggu kehidupan kita semua.  Maka, berbaliklah pada Al-Quran dan Hadis yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah.  Hanya sekali tamparan, maka persoalan itu dapat dijawab dengan mudah.

Ini hanyalah perkongsian daripada Kuliah yang Ckin dengar waktu pergi Pusat Islam.  Yang baik jadikan pengajaran dan yang buruk, tinggalkan ianya di sini.  InsyaAllah.

Sebarang kelemahan dan kekurangan itu adalah dari Ckin sendiri.

Wassalam.

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP