Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Mengumpat Tidak Bermusim

Thursday, April 25, 2013

Assalamualaikum semua.
Sekadar post pendek.

Mengumpat tu apa?
Mengata tu apa?



Mulut memang mudah mengungkapkan kata-kata nista.
Moga kita sentiasa dipelihara.
Kalau dah mengata itu ini, istighfarlah.
Moga Allah ampunkan.

p/s : Change ourselves.. T_T

Read more...

2 Kalimah Yang Berat Di Neraca Timbangan

Wednesday, April 10, 2013

Assalamualaikum semua!
Bagaimana hati-hati kalian pada hari ini? 
Mudah-mudahan sihat hendaknya naa.
InsyaAllah kita baiki diri dari hari ke hari.
Moga-moga Allah turut membantu diri kita.

Hari ni nak share tentang post pendek.
Pendek tapi insyaAllah berisi. 
Perkongsian dari WADi.
Kenal kan?


Anda tahu dua kalimah yang amat besar hikmah dan kelebihannya yang mana ianya amat berat untuk diucapkan namun amat berat ganjarannya di Mizan (timbangan amalan) di akhirat kelak? 

"Subhanallah wa bihamdihi, Subhanallahil 'aziim"

Hayya zikr ilallah.

p/s : Jom hafal hadis di atas. Ckin cabar diri dan kalian! Seriously. Dah nanti, ulang lagi. Ulang dan fahami. InsyaAllah. ^^

Read more...

Kaedah Menyambut Kelahiran Bayi. Jom?

Wednesday, April 3, 2013

Assalamualaikum semua!
Sharing is caring.
Antara kaedah utk menyambut kelahiran baby.
4 Langkah dianjurkan Islam.
Sebaik-baiknya ikutilah ia.


Di kesempatan ini, ingin ku lafazkan.
MABROOK BUAT PASANGAN YG BARU MENDIRIKAN BAITUL MUSLIM.
SELAMAT MENDIRIKAN BAITUL MUSLIM BUAT YG BAKAL KE ALAM SANA.
Moga Allah merahmati kalian. 

Kaedahnya adalah : 
- Azan dan iqamah di telinga kanan dan kiri.
- Ditahnikkan bayi tersebut.
- Mencukur rambut bayi.
- Buat aqiqah.

-------------------------------------------------------------

Soalan: 
ASSALAMUALAIKUM Ustaz Zahazan. Alhamdulillah, isteri saya mengandung lima bulan dan ini anak pertama kami. Cuma saya agak jahil apa patut dilakukan seorang bapa apabila anak lahir, maksud saya mengikut cara Islam. Saya juga agak keliru kerana ada mengatakan azan anak lelaki di telinga sebelah kanan dan anak perempuan sebelah kiri. Terima kasih. Zul dan Ina, 

Pulau Pinang. 

Jawapan: 
ALHAMDULILLAH Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah waba’d. Allah SWT berfirman dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50: “Bagi Allah jualah milik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul.” 

Alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah SWT kerana dikurniakan anak. Dalam Islam ada adab-adab yang perlu diikuti agar dinilai sebagai suatu ibadat. Sebagai contoh, adab menyambut kelahiran, antaranya; 
Hendaklah orang yang mengetahui saudaranya yang baru menerima cahaya mata untuk menunjukkan rasa gembira dengan kelahiran anak dengan ucapan tahniah. Ucapan yang terbaik adalah seperti disebut oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitab beliau, Tuhfatul Maudud bi ahkamil Maulud, iaitu: “Burika laka fil Mauhub, wasyakartal Wahiba, wabalagha rushdahu waruziqta birrahu (Moga diberkati untukmu pada kurnia-Nya dan hendaklah engkau bersyukur kepada Pengurnia (Allah) dan moga anak itu mencapai umur dewasa dan engkau memperoleh kebaktiannya).”

Apabila anak itu lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab daripada hadis Hasan bin Ali RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan.” Menurut sebahagian ulama, Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit. 


Hendaklah ditahnikkan bayi itu. Tahnik bermaksud mengambil sedikit kurma pada jari telunjuk lalu dimasukkan pada mulut bayi lalu digerakkan perlahan-lahan ke kanan dan ke kiri agar menyentuh seluruh mulut bayi. Seterusnya manisan itu akan masuk ke rongga tekak dan tahnik ini dilakukan supaya memudahkan bayi ketika menyusu. Sebaik-baiknya orang yang mentahnik bayi adalah orang yang salih supaya bayi berkenaan memperoleh keberkatan. Menurut hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa RA: “Saya dikurniakan seorang anak lelaki. Lalu saya membawanya kepada Nabi SAW. Baginda SAW memberikan namanya Ibrahim dan mentahniknya dengan kurma.” (Imam al-Bukhari menambahkan: Rasulullah mendoakan agar diberi berkat dan dipulangkan bayi itu kepadaku). 

Mencukur rambut bayi. Ibnu Ishaq menyebutkan sebuah hadis riwayat al-Baihaqi daripada Abi Rafi’ Maula Rasulullah SAW bahawa ketika Hasan bin Ali lahir, ibunya Fatimah ingin mengakikahkannya dengan dua ekor kambing. Lalu Rasululullah SAW bersabda: “Jangan kamu mengakikahkannya tetapi cukurlah rambutnya kemudian sedekahlah dengan perak seberat timbangan rambutnya di jalan Allah atau berikan kepada orang musafir.” Kemudian (tahun berikutnya) apabila lahirnya Husain selepas itu, Fatimah melakukan seperti itu juga. Imam al-Baihaqi berkata: “Jika hadis ini sahih, agaknya Rasulullah SAW mahu mengakikah sendiri cucu Baginda seperti yang kami riwayatkan.” 

Melakukan akikah iaitu anak lelaki dua ekor kambing dan anak perempuan seekor kambing seperti disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Ahmad daripada Aisyah RHA, beliau berkata: “Rasulullah menyuruh kami supaya mengakikahkan anak perempuan dengan seekor kambing dan anak lelaki, dua ekor kambing.” Demikianlah, wallahua’lam. 


Seperkara lagi, ingin Ckin kongsikan. Masa anak sedara Ckin lahir (adik kepada Shahmi), Ckin setiap hari bacakan "Allahumma faqqihha fiddin wa 'allimha takwil".. InsyaAllah boleh diamalkan. Tujuannya berdoa ni sebab nak bagi dia diberi kefahaman kelak. InsyaAllah. Yang tu ditujukan kepada perempuan. Kalu utk lelaki pulak, baca macam ni, "Allahummafaqqihhu fiddin wa 'allimhu takwil". Moga bermanfaat. 

p/s : Anak adalah suatu rahmat, pintu rezeki yg Allah kurniakan pd hamba-hambaNya.. Beruntung bg ibu bapa yg memperoleh anak yg soleh/solehah. Kita kena jadi anak yg soleh/solehah. Biar kita tak sempurna di mata manusia, tapi kita sentiasa dalam perhatian Allah. InsyaAllah.

Read more...

Untungnya Bersalin!

Monday, April 1, 2013

Assalamualaikum semua.
Berhabuk blog ni. Kesian betul. Ckin bz sangat. Alhamdulillah start bulan 1 hari tu, Ckin dah berpindah tempat kerja. Dah 3 bulan baru nak bagitau kan.. ^^ Ckin berpindah ke Yayasan Islam Negeri Kedah. Alhamdulillah. Rezeki di sini. So, memang stay kat Alor Setar. Tu hadiah birthday sama kot. Alhamdulillah. Setakat ni baik-baik belaka. ^^ Ada masa, kita share lagi nanti. Nak sambung buat kerja dulu. ^^


Just nak share gambar kat atas ni. Tak terlalu teruk kot? 

Jerit perihnya hanya ibu-ibu yg tahu.

Awal hamil.
Tengah hamil.
Nak bersalin.
Lepas bersalin.
Macam-macam sakit ada.

Tapi, bukankah janji Allah pasti?
Mana-mana wanita yg menjaga solatnya,
menjaga kehormatannya, taat pada suaminya,
maka masuklah dia ke dalam Syurga melalui mana-mana pintu yg disukainya.
Oh..
Sapa tak mau?
Of course ada kelebihan di situ...
Rebutlah naa.. InsyaAllah.
Buat amal sebanyak mungkin.

p/s : Tak dpt nak dibayangkan..walaupun 1 hari nanti akan melaluinya jugak...
(gambar ni lebih sopan rasanya.. ^^)

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP