Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Sepotong Roti Penebus Dosa

Wednesday, February 23, 2011

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.  
Dah baca post sebelum ni yang memaparkan mengenai kebesaran mukjizat Nabi Muhammad s.a.w.?...  Kalau dah baca, alhamdulillah.  Semoga ianya dapat meningkatkan lagi keimanan dan keteguhan cinta kita kepada Allah.  Bukti telah dikenalpasti, tapi terpulang kepada kita untuk mengikutinya.  Bagi yang belum baca, bolehlah klik pada :



Abu Burdah bin Musa Al-Asy'ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya:

"Wahai anakku,ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti."
Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan.
 Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga dia tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri. 

Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud. Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu. 

Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendeta yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, karena disangka sebagai orang miskin.
Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut,sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: 

"Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku."
Orang yang membagikan roti itu menjawab: 

"Kamu dapat melihat sendiri,roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti."


Mendengar ungkapan dari orang yang membahagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia. 

Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. 


Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. 

Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ia ternyata menjadi penebus dosa.

Anda nampak apa yang cuba disampaikan melalui kisah ini? 

Sesungguhnya Allah akan menghisab amalan kita hatta sekecil-kecil perkara di Akhirat kelak. Sebagai contoh yang boleh dikongsi, anda membuang sampah di tepi jalan. Bukannya besar sangat pun, tetapi itulah yang akan menjadi bebanan buat kita di Akhirat kelak.
Cuma plastik coklat ataupun gula-gula yang dibuang...

“Ala, orang tak nampak pun. Lagipun bukannya besar sangat. Letak je la di dalam pasu. Tak effect apa-apa pun”. 

Tapi, di hadapanNya nanti, anda akan ditanya. Disoal, dihisab amalan dan dipertontonkan semula di LAYAR PERAK kepunyaan-Nya. Sanggupkah anda? 


Semoga ada ibrah daripada kisah ini untuk kita sama-sama ambil pengajaran... InsyaAllah.

...Wassalam...

Read more...

Mari Baca! Sebahagian Rahsia Dr Al-Quran

Saturday, February 19, 2011



Bismillahirrohmanirrohim...
Assalamualaikum semua! 

Apa khabar iman hari ni?  Apa khabar jasad di waktu ini?  Mudah-mudahan kedua-duanya dijaga dengan baik naa... InsyaAllah pada post kali ni, Ckin nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua mengenai rahsia yang tersembunyi di dalam Al-Quran.  Harapan Ckin, moga-moga akan bertambah keimanan kita kepada Allah dan kita mengambil pengajaran dari apa yg ditunjukkan di bawah.  

Ilmu-ilmu ni Ckin dapat bila Ckin pergi ke 

Permulaannya, Ckin nak berkongsi apa yang Ckin dapat tempoh hari.  Gambar-gambar di bawah akan menerangkan lebih lanjut apa yang nak Ckin sampaikan pada kamu semua.  Boleh teliti sebaik mungkin naa..
Kita tahu yang bilangan surah di dalam Al-Quran adalah sebanyak 114 surah.  

Kan?... 

So, Prof Dr Arip ni buat kajian ni dengan salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan perisisan Microsoft Office Excel.  Boleh tengok pada gambar di bawah.


Column yang pertama tu adalah susunan surah mengikut susunan dari bawah ke atas.  Maksudnya bermula daripada surah An-Nas hinggalah ke surah Al-Fatihah. 

 Di column yang sebelah pulak adalah bilangan ayat bagi surah-surah terbabit.  Sebagai contoh, surah An-Nas mempunyai 6 ayat, surah al-Falaq mempunyai 6 ayat dan begitulah seterusnya.  

Kemudian, Prof Dr Arip mencipta graf seperti di bawah. 

Boleh nampak?  

Pilih seperti yang di atas kalau kamu nak buat dan buktikan sendiri, buat seperti yang dibuat seperti gambarajah di atas.  Setelah itu, akan terhasil di paparan skrin bentuk graf yang telah di'convert'.  


Bentuk graf di atas adalah susunan graf mengikut surah yang diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Nabi Muhammad s.a.w.  Tetapi, setelah graf tersebut disususn seperti di dalam Microsoft Excel di atas tadi, maka akan terhasillah graf seperti di bawah.  



Paksi Y adalah bilangan ayat, manakala paksi X pula adalah mewakili nombor surah.  

Maknanya di sini, ianya disusun mengikut graf jawi.  Nampak kan?... So, bermula dengan surah Al-Fatihah sehingga ke surah terakhir iaitu surah An-Nas, beginilah susunannya.  

Jadi, apa keistimewaannya???

Bentuk-bentuk titik tadi telah disambungkan oleh Prof Dr Arip dengan menggunakan kaedah khat.  

Kita tengok khat apa yang bakal muncul setelah titik-titik tersebut disambungkan.  


Gambar di atas ni sebahagian daripada sambungan titik-titik oleh Prof Dr Arip.  

Perhatikan baik-baik ya!



Hasilnya, adalah seperti di atas.  Perkataan ALLAH yang muncul hasil sambungan khat pada titik-titik hitam tadi.  

SUBHANALLAH! WALHAMDULILLAH! WALLAHUAKBAR!

Kata beliau, khat di atas yang merupakan hasil tangan beliau tidak cantik.  Tetapi, beliau turut menunjukkan hasil khat orang Syria yang mengkaji tentang Al-Quran ini.  

Tulisan jawi yang dihasilkan sangat cantik!

Lihat di bawah naa...


Inilah hasil khat oleh pihak yang mengkaji akan benda ini.  Cantik bukan?

Lihat pada huruf alifnya, ianya tirus, tajam dan tersusun dengan kemas.

Kamu ragu-ragu?  Pihak Kristian dan kafir mengatakan bahawa hasil ini cuma kebetulan dan nasib.

SEKIRANYA IANYA ADALAH KEBETULAN ATAU NASIB, 
PERKARA TERSEBUT HANYA BERLAKU SEKALI SAHAJA.  

Tetapi, lihat pulak pada gambar di bawah.  

Adakah ianya hanya kebetulan?  Atau nasib seperti yang didakwa oleh pihak kafir?...

Fikir-fikirkan...


Kalimah yang terhasil melalui titik-titik yang sama, ianya adalah kalimah MUHAMMAD.  Iaitu kekasih Allah. Adakah ianya juga adalah kebetulan?  Atau sekadar nasib?

Kamu percaya?  Moga-moga dengan penjelasan di atas akan lebih menanamkan kasih dan sayang serta cinta kamu pada Allah dan Rasul-Nya... InsyaAllah.

Untuk pengetahuan semua, perkara ini boleh diketahui setelah melalui kajian yang dijalankan oleh orang Syria pada tahun 2006.  Permulaannya adalah seperti gambarajah di atas sekali.  Iaitu dengan menyusun surah mengikut turutan menurun beserta dengan jumlah ayat surah tersebut. 

Sekiranya Al-Quran dicipta oleh  manusia, dan ayat mahupun surah diubah walaupun sedikit, tidak akan terbentuk seperti kalimah agung di atas.  

Ckin ada gambarnya, tapi tak sempat nak edit.  
Sebab semuanya adalah dari gambar hasil lihat video Prof Dr Arip.


Sekarang kita pergi pula pada bukti kedua.  Bagi sesi ni, ianya memerlukan banyak pengiraan.  Semoga kamu semua dimudahkan oleh-Nya untuk memahami apa yang Ckin nak sampaikan.  InsyaAllah.



Kita pergi pada rajah yang pertama.  Sebagaimana yang kita ketahui, bilangan surah di dalam Al-Quran adalah sebanyak 114 surah.  Kemudian, kajian yang lebih mendalam lagi dilakukan oleh Prof Dr Arip.  Hasilnya adalah :  

Terdapat 54 surah yang mempunyai ayat yang ganjil, dan sebanyak 60 surah mempunyai bilangan ayat yang genap. 
 Setelah itu, apabila diselidiki lagi, rupa-rupanya terdapat 27 surah yang mana nombor surahnya adalah nombor ganjil, dan 27 lagi surah adalah nombor surah yang genap.

Kemudian, kita lihat pula pada perkara yang seterusnya.  Terdapat 30 surah yang mana nombor surahnya adalah ganjil dan 30 surah lagi, nombor surahnya adalah nombor genap.

Setakat ni faham?  
Mudah-mudahan faham la naa... Ckin cuba ringkaskan sebaik mungkin.  Di bawah ini adalah hasil tambah berdasarkan rajah di atas.

Nampak?

Seimbang bukan?  

Sekarang kita akan masuk pula pada pengiraan.  Yang ni penerangannya sedikit panjang.  By the way, try fahami secara smooth.  InsyaAllah apa yang Ckin nak sampaikan akan dapat difahami.


A : Bilangan surah 1 hingga surah ke 114 seperti di dalam Al-Quran.
B : Bilangan ayat mengikut surah.  Contohnya, surah Al-Fatihah = 7 ayat, Al-Baqarah = 286 ayat
C : Nombor surah ganjil.  Contohnya, surah 1, surah 9, surah 11
D : Bilangan ayat ganjil.  Contohnya, surah 1=7 ayat, surah 11=ayat 123, surah 17=11 ayat
E : Nombor surah genap.  Contohnya, surah 2, surah 4, surah 14
F : Bilangan ayat genap.  Contohnya, surah 2=286 ayat, surah 4=176 ayat, surah 14=52 ayat

Kalau ada yang tak faham pada bahagian ni, boleh bertanya naa...  
Yang penting, kena faham.  InsyaAllah dapat.  

Jom sambung!

Prof Dr Arip meminta kami semua pelajar di dewan tu untuk menghitung beberapa perkara.  

SILA HITUNG 2 PERKARA DI BAWAH...
(dengan syarat tanpa menggunakan nombor!)

1) Sila tambahkan nombor surah dari 1 hingga 114 
2) Sila tambahkan bilangan ayat bermula daripada surah Al-Fatihah hingga ke surah terakhir iaitu surah An-Nas.  Boleh dilihat pada Microsoft Excel di atas sebagai contoh.

Boleh kira?...  Sebab apa Prof Dr Arip tidak membenarkan kami untuk mengira dengan menggunakan nombor?  Dan bagaimana mungkin kita hendak mengira dengan menggunakan nombor?

Ianya adalah kerana pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. tidak ada kalkulator mahupun pengiraan.  Bagaimana mungkin Al-Quran dicipta oleh Baginda?... 

MUSTAHIL BUKAN?

Biar Ckin maklumkan jawapannya naa.  

Hasil tambah bilangan surah di dalam al-Quran adalah sebanyak 6555 
Hasil tambah bilangan ayat hasil daripada surah-surah yang terdapat dalam al-Quran adalah sebanyak 6236.

Hmm...  Apa keistimewaannya?   Memanglah setelah ditambah-tambah, hasilnya adalah sedemikian rupa.  Apakah keunikannya?  Apakah rahsia di sebalik kedua-dua nombor ini?

Ingat ya!  6555 dan 6236.


Kemudian, nombor surah ganjil + bilangan ayat ganjil + nombor surah genap + bilangan ayat genap

Hasilnya adalah 6236!

Ianya sama dengan hasil tambah bilangan ayat dalam surah yang didapati di dalam Al-Quran iaitu 
6236.  

IANYA SEIMBANG SAHABATKU...

Tapi, belum habis lagi deh.  Ada lagi 1 pengiraan.  


G : Nombor surah genap.  Contohnya, surah 6=165 ayat, surah 8=75 ayat, surah 10=109 ayat
H : Bilangan ayat ganjil.  Contohnya, surah 6=165 ayat, surah 8=75 ayat, surah 10=109 ayat
I  : Nombor surah ganjil.  Contohnya, surah 3=200 ayat, surah 5=120 ayat, surah 19=98 ayat
J  : Bilangan ayat genap.  Contohnya, surah 3=200 ayat, surah 5=120 ayat, surah 19=98 ayat

Kemudian, campurkan 
nombor surah genap + bilangan ayat ganjil + nombor surah ganjil + bilangan ayat genap

...dengan syarat yang sama iaitu tidak boleh menggunakan nombor...

Hasilnya adalah sebanyak 6555.

Ianya sama dengan hasil tambah dari surah nombor 1 hinggalah ke surah 114 iaitu
6555.

Subhanallah!  

Ini bermakna al-Quran adalah seimbang.  Mana mungkin seorang manusia untuk mencipta khazanah teragung ini.  Sedarkah kita semua?...  

Dakwaan pihak kafir yang mengatakan al-Quran adalah hasil gubahan manusia, ianya adalah palsu semata-mata.  Bukti sudah ada di depan mata kita, so takkan nak sia-siakan sahaja kalam Allah ni... 

FIKIR-FIKIRKAN...

Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat memberikan manfaat kepada kamu semua.  InsyaAllah.  Sebarang maklumat lanjut, atau untuk jemputan penceramah, sila hubungi Prof Dr Arip Bin Kasmor secara individu mahupun kumpulan bagi penerangan tentang PASAK, 
sila hubungi :

06-6789 928 (R)
03-8921 6918 (P)
017-316 4928

Terdapat 2 pakej yang disediakan iaitu :

Pakej 1 - Ceramah sahaja selama dua hingga 3 jam
Pakej 2 - Ceramah dan motivasi sehari suntuk

Ckin sudah menunjukkan jalan.  Terpulang pada kamu semua untuk menilainya.  

BUKTI DAN KEBESARANNYA SUDAH DIPERLIHATKAN DENGAN JELAS.  
MENGAPA KAMU TIDAK MAHU MENGAMBIL PELAJARAN?

Renung-renungkan.  
Seharian Ckin sediakan benda ni.  Semata-mata untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian mengenai bukti al-Quran adalah benar.  
Ada banyak lagi yang nak dikongsi, insyaAllah lihat pada kemampuan dan kelapangan Ckin.

Sekian dulu buat ketika ini.

...Wassalam...

Read more...

Amaran! Taktik Baru Pencuri/Perompak Kereta

Friday, February 18, 2011

AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA
 

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) 
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.
Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.
Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.
Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!
 
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
 
Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.
Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat

Credit to : Angin Malam

Read more...

Rahsia Di Sebalik Valentine Yang Diagung2Kan...

Tuesday, February 15, 2011


Assalamualaikum sahabat-sahabatku....

Apa khabar iman hari ni? Sihat? Ckin, alhamdulillah baru ja sembuh dari gastrik yang jadi 5 hari lepas. Alhamdulillah sangat-sangat. Untuk makluman, Ckin tak boleh nak reply comment2 and buka blog pasal jadi masalah pa ntah.  huhuhuhuhu Sangat sedih tau.uhuk3 Kuar kat skrin, 'cannot find server'.. Boleh baca komen, tapi takleh nak reply. Dugaan.. Dugaan.. Tp Ckin update la jugak.. ^_^ 

Ushar-ushar lelaki/perempuan tak? Buat maksiat tak?haha (soalan cepu mas)

Dah berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.??? Hari ni kan Hari Lahir Baginda. Jangan lupa naa... Rindu tak pada Nabi?... Kalau rindu, selawat sekarang naa... Take ur time... Ckin nak berkongsi sikit ilmu ngan sahabat-sahabat Ckin ni. Bahasanya agak skema naa... ahakz Apa-apa pun, yang baik tu gunakanlah dan yang tak baik, tinggal-tinggalkanlah ya! 

Selamat Membaca...



5 Versi Valentine


Kebanyakan remaja pada hari ini hanya melakukan sesuatu dengan tidak berfikir terlebih dahulu malah bersikap membuta tuli. Perkara sebegini yang menyebabkan mereka hanya melaksanakan sesuatu dengan membuta tuli. 


Terdapat lima versi sejarah Valentines Day seperti yang disampaikan oleh Ustazah Siti Norbahyah dalam siaran Halaqah tidak lama dulu. 


Versi yang pertama

perlu diketahui bahawa sebelum kedatangan Kristian terdapat satu Pesta Sambutan Rom Kuno telah diadakan pada 13 Februari sehingga 18 Februari bagi menyembah Dewi Cinta yang bernama Juno Februota. Pada pesta ini nama-nama gadis pada zaman itu akan ditulis dan akan dimasukkan ke dalam satu bekas dan kemudian mereka akan mencabut nama gadis tersebut untuk dijadikan teman pemuas nafsu selama setahun. Pelik kan? Tapi fikirkan kembali, bukankah orang yang menyambut Valentines Day akan dikira menyokong pesta ini? 


Versi yang kedua
adalah sambutan Valentines Day ini diadakan bagi memperingati kematian St. Valentines yang telah dibunuh oleh Raja Rom kerana menyebarkan agama Kristian kepada rakyat Rom pada ketika itu. Pada waktu itu, Raja Rom menyembah Dewa Dewi dan ini ternyata menyalahi pegangan agama Rom ketika itu. Kemudian, St. Valentino ini telah dibunuh dan diseksa dengan kejam oleh Raja Rom . Sebelum itu, St. Valentino juga sempat menyebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan yang berada di dalam penjara tersebut dan membantu mereka untuk melepaskan diri dari sana yang tertulis nama di akhir surat, “From Your Valentino”

Selain itu, St. Valentino juga turut menghantar sepucuk surat cinta kepada orang yang dicintainya iaitu anak perempuan kepada salah seorang pegawai penjara itu. Melalui kejadian ini, ramai yang menganggap St. Valentino sangat hebat dengan pencapaian yang berjaya dilakukannya dan menyebabkan orang ramai ingin memperingati kematiannya itu .


Versi Ketiga
 pula adalah St. Valentino menjadi ikon kasih sayang kepada tentera Rom pada ketika itu kerana telah membantu mengahwinkan tentera-tentera itu pada usia muda. Sewaktu pemerintahan Raja Rom, beliau tidak membenarkan tentera-tenteranya berkahwin pada usia muda kerana dikhuatiri tiada lagi orang muda yang akan berjuang dalam peperangan. Jadi, sebagai satu cara untuk mengenang jasa St. Valentino ini adalah dengan memperingatinya pada 14 Februari bersamaan dengan tarikh dia dibunuh oleh Raja Rom.


Versi keempat
pula mengisahkan faktor keempat sebab Hari Valentine disambut iaitu bagi meraikan burung yang suka mengawan ketika menjelangnya 14 Februari. Adakah kita termasuk dalam golongan seperti ini? Hanya meraikan hari tersebut semata-mata adanya burung yang mengawan. Apa kaitannya dengan masyarakat kita?  


Pelik tetapi benar.


Versi kelima 
pula adalah apabila St. Valentino berjaya menjatuhkan Kerajaan Islam di Cordova. Ini bermakna sambutan Hari Valentine ini adalah bagi memperingati semula peristiwa itu dan seolah-olah masyarakat Islam sendiri yang mengagung-agungkan dan bangga dengan pencapaian Kristian itu. Ada yang sedar dan bertindak keterlaluan dengan hanya membiarkan perkara ini berlaku begitu sahaja tanpa ada sedikit pun rasa bersalah terhadap agama sendiri. 


Begitu kejamkah kita?





Hukumnya Adalah HARAM

Fatwa telah menetapkan bahawa menyambut Hari Valentine adalah HARAM di sisi agama Islam dan amatlah salah bagi remaja-remaja mahupun mana-mana umat Islam yang menyambutnya. Pernahkah kita terfikir sebab ianya diharamkan? Sudah terang lagi bersuluh bahawa sambutan ini hanya menghina Islam dan ingin menyesatkan umat Islam sendiri. Namun, remaja pada hari ini seolah-olah gah apabila menjelangnya Hari Valentine ini dengan bunga ros yang mekar mewangi dan banyak lagi yang menyimpang dari agama. 



Nabi s.a.w. bersabda : 

“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum, dia termasuk golongan mereka”

Semua akan tahu apabila tibanya Hari Valentine, benda yang paling penting adalah bunga ros merah. Ianya melambangkan hangatnya percintaan sepasang kekasih itu terutamanya pada 14 Februari. Kalau diikutkan, harga sebenar bunga ros merah pada hari-hari biasa adalah RM 2 sahaja. Tetapi, apabila tibanya hari ‘bersejarah’ ini, harganya akan naik secara mendadak iaitu sekuntum ros merah boleh mencecah sehingga RM 10. Bagi remaja yang hangat bercinta, RM 10 bukanlah sesuatu yang berat. Lagipun setahun sekali sahaja katanya. 


LEBIH BAIK ANDA SEDEKAHKAN DUIT ITU KEPADA TABUNG MASJID. ITU LEBIH BAIK. PAHALANYA BERTERUSAN SEHINGGA QIAMAT. 
 INSYA-ALLAH


Saya Juga Inginkan CINTA!


Sebagai seorang manusia yang dikurniakan nafsu dan akal, mana mungkin tidak ada perasaan ingin menyayangi dan juga disayangi. Ini juga merupakan alternatif Allah dalam mencipta hamba-hambaNya iaitu supaya mereka saling berkenal-kenalan dan bermasyarakat. Tetapi, perlulah di landasan yang betul. Terdapat beberapa tips yang boleh digunakan oleh anda sebagai seorang Muslim yang beriman. 

Sekiranya anda menyukai seseorang, maka simpanlah perasaan anda itu jauh di lubuk hati. Mengadulah pada-Nya melalui solat sunat Tahajud mahupun solat fardhu 5 waktu. Bicaralah dengan pencipta anda. Menangislah andai anda berkemampuan. 

Gambar sekadar hiasan.  Kalau nak yang macam ni, kena usaha naa.. InsyaAllah Dia faham isi hati anda...

Langkah seterusnya adalah dengan mendoakan agar jodoh anda didekatkan antara anda dan juga si dia. Dalam doa anda, selitkan namanya, pintalah pada Yang Maha Pengasih agar anda dipertemukan dengan si dia suatu hari nanti dengan akad yang sah. 


Bukan dengan cinta nafsu!


Anda boleh mengamalkan doa ini. Insya-Allah dengan pertolongan ayat-ayat-Nya, mudah-mudahan doa anda akan termakbul. Istiqamah la ya! 

(Surah Yusuf : 4) 

Inni roaitu ahada ‘asyaro kaukaba wassyamsawal qomaro roaituhum lisajidin. 

Niatkan dalam hati : 

Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya jodohku jauh maka dekatkanlah 

Sekiranya jodohku sukar, maka permudahkanlah 

Pertemukanlah aku dengan jodoh yang soleh/solehah. 

Akhir sekali, letaklah pergantungan anda pada-Nya. Sekiranya anda benar-benar percaya akan kekuasaan-Nya, maka bertawakallah pada-Nya. Anda juga perlu menjaga perkara-perkara yang tidak disukai oleh-Nya. Cuba fikir, anda ingin memohon kepada Allah, sedangkan anda melanggar perintah-Nya! 

BAGAIMANA DOA ITU HENDAK DIMAKBULKAN?


Kisah neraka JAHANNAM

Sebagai pengakhiran, renungkanlah kisah ini wahai saudara seIslamku.  Mudah-mudahan kita akan ingat akan Jahannam itu... 


Jawapan Jibril ketika ditanya oleh Nabi Muhammad mengenai neraka Jahannam : 

“Ketahuilah wahai Muhammad, setelah Jahannam selesai diciptakan, Allah kemudian menyalakan seribu tahun lamanya sampai api di neraka itu berwarna merah. Selanjutnya dinyalakan kembali seribu tahun sampai api di sana benar-benar berwarna putih. Selanjutnya ditambah seribu tahun pula hingga api neraka Jahannam itu berwarna hitam, gelap. Semenjak itu api terus dinyalakan membara dan tidak pernah padam walaupun hanya sekejap. 
 Demi Allah, jika terjadi kebocoran sebesar lubang jarum sahaja, pasti penghuni dunia musnah terbakar dan hangus akibat panas neraka itu. Demi Allah, jika pakaian penghuni neraka ditanggalkan di antara langit dan bumi, pasti seluruh isi dunia menjadi terbakar. 

 Demi Allah, jika satu mata rantai neraka diletakkan di atas bukit, pasti bukit itu meleleh sampai ke dasar Bumi. 

 Demi Allah, jika seseorang diseksa di kutub Barat, pasti penghuni kutub timur menjadi hangus kerana panasnya. Neraka Jahanam itu sangat dalam, dihiasi besi, air campur nanah sebagai minuman untuk penghuninya. Di sana terdapat tujuh pintu, masing-masing mempunyai bahagian tertentu dari lelaki dan wanita”… 

“Pintu yang ketujuh akan dimasuki oleh umatmu. Mereka itu terdiri daripada orang-orang yang berbuat dosa besar, bermaksiat kepada Allah, enggan menjalankan sembahyang, tetapi mereka tidak mahu bertaubat sampai ajalnya menjemput”. 

Setelah mendengar perkhabaran dari Jibril, Rasulullah s.a.w. tiba-tiba pengsan. Baginda menangis selama 3 hari. Bukan hanya Baginda yang menangis lantaran mendengar berita ini, malah Abu Bakar, Umar, Salman Al-Farisi dan Fatimah turut menangisi berita ini kerana takutkan neraka Allah yang amat dahsyat. Adakah anda akan menjadi salah seorang dari penghuninya?


 Muhasabahlah diri anda sementara masih ada waktu. Selagi nyawa belum sampai di kerongkong, sebelum Malaikat Izrail datang menjemput….

Sekian dahulu untuk Valentine yang selalu diagung-agungkan oleh remaja zaman sekarang.  Kamu mengaku sayang Nabi, takut pada Allah, nak masuk Syurga, tapi kamu masih jugak buat perkara yang dilarang.  Kamu nak ka diheret ke neraka Jahannam dengan muka yang hitam???  Kamu nak ka menjadi salah seorang hamba yang derhaka???  Kamu nak ka jumpa dengan Malaikat Munkar dan Nakir dengan wajahnya yang garang???   

Kamu nak ka nanti Allah berkata pada kamu,

"Apakah tidak ada pengkhabaran mahupun berita kepada kamu mengenai hukum hakam agama?  Tidak ada orang yang menyampaikannya di dunia dulu?  Sekarang terimalah balasan bagi kamu.  
Kamu derhaka! Kamu mengabaikan suruhanKu!  Kamu tidak mengambil pelajaran.  Malah, kamu hanya membiarkan teguran itu.  Kamu lebih suka bergaya dengan pakaian-pakaian duniawi.  

Kamu berbangga dengan rambut kamu.  Kamu merasakan diri cantik dengan shawl kamu.  Kamu mengajak orang lain menyertai kamu memakai tudung atas paras dada.  Kamu hanya membiarkan orang-orang yang berada di jalanKu tanpa pergi belajar dengan mereka.  Kamu tahu Islam itu benar, tp kamu tidak mengkajinya.  Kamu melepaskan geram melalui tulisan-tulisan kamu.  Kamu tidak menggunakan masa yang ada di dunia dahulu dengan bertaubat.  Kamu ingkar manusia.  Kamu bersuka-ria, bersenang lenang di Bumi yang Aku ciptakan.  Sekarang inilah balasannya... "

Nanah,lendir,darah,..itulah minuman ahli neraka.  Sama ada kita terselamat atau tersekat, bergantung pada amalan kita pada hari ini sahabatku.

Dalam Hadis Nabi s.a.w. :
Teman-teman akrab kamu di dunia sekarang, ketika di hari Akhirat akan menjadi musuh-musuh kamu.

Wassalam.

Read more...

Musibah... Mohon Doa Kamu Semua =_=

Tuesday, February 8, 2011

Assalamualaikum... 
Apa khabar semua sahabat-sahabat? 
Alhamdulillah masih sihat hari ni untuk menikmati udara free kan?  

Alhamdulillah... Alhamdulillah...


Hari ni Ckin dikejutkan dengan berita sedih.  Ingat lagi pada kawan Ckin yang namanya adalah Kak Syikin? Ala, yang baru kawen hari tu... Ckin penah story tentang kisah macam mana dia and suaminya berkenalan, berkahwin and so on dulu ni... Tadi, Ckin mesej kat Kak Syikin tu la.  Mesej mohon mendoakan kesihatan and kesembuhan Encik Radhi yang sekarang ni ditahan di wad.  

Kak Kin pun baru keguguran maqin.baby dah takdak.
Maqin turun darah banyak sangat. Sejak 26 hb turun darah sampai kemaqin. Kena buang la. Mana boleh simpan.

Innalillahiwainnailaihiroji'un. 
Setiap yang Allah cipta, bila-bila masa Dia boleh amik balik. 
Tu kisah Kak Syikin. Moga-moga Kak Syikin tabah akan apa yang jadi. InsyaAllah.

Musibah kedua adalah Encik Radhi sekarang ditahan di wad.  Sebabnya batuk tak henti-henti selama sebulan kot... Bukan tak henti langsung, tapi macam berterusan la kan... Hari ni doktor akan sahkan apa punca sebenar penyakit tu. Tadi Ckin dah mesej kat En Radhi tanya dah dapat result lum? Encik Radhi cakap doktor pulak tak sampai-sampai ag... So, satgi insyaAllah Ckin akan check semula....

Apa yang Ckin nak pohon sekarang, 
Ckin nak minta jasa baik dari sahabat-sahabat Ckin yang baca blog ni, jom kita sama-sama doakan agar beliau sembuh dari penyakit yang dihidapinya tu.  Mana tau, doa salah seorang dari kita akan dimakbulkan?  InsyaAllah dengan izin-Nya....

Antara waktu mustajab ketika berdoa, ketika azan dan iqamah, doa di antara Maghrib dan Isyak, doa sebelum berbuka, dan banyak lagi.

Dalam sebuah hadis ada juga menyatakan :
Doa yang dibaca selepas membaca Al-Quran akan diaminkan oleh 40000 malaikat, manakala doa yang dibaca selepas khatam Al-Quran pula akan diaminkan oleh 60000 malaikat.

(Hadis Riwayat Ad Daimiri dan Ad Dailami)

Dengan itu, berdoalah di kala waktu-waktu ini.  Moga-moga doa kita akan dimakbulkan.  Walaupun kita tak mampu datang menziarah, tetapi cukuplah doa bagi sokongan moral.

p/s : Ckin konfius ni... Kenapa tak boleh buka blog Ckin sendiri...? Dia tulis 'cannot find server'... Anyone who can help me??? 

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP