Mari Baca! Sebahagian Rahsia Dr Al-Quran
Saturday, February 19, 2011
Bismillahirrohmanirrohim...
Assalamualaikum semua!
Apa khabar iman hari ni? Apa khabar jasad di waktu ini? Mudah-mudahan kedua-duanya dijaga dengan baik naa... InsyaAllah pada post kali ni, Ckin nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua mengenai rahsia yang tersembunyi di dalam Al-Quran. Harapan Ckin, moga-moga akan bertambah keimanan kita kepada Allah dan kita mengambil pengajaran dari apa yg ditunjukkan di bawah.
Ilmu-ilmu ni Ckin dapat bila Ckin pergi ke
Permulaannya, Ckin nak berkongsi apa yang Ckin dapat tempoh hari. Gambar-gambar di bawah akan menerangkan lebih lanjut apa yang nak Ckin sampaikan pada kamu semua. Boleh teliti sebaik mungkin naa..
Kita tahu yang bilangan surah di dalam Al-Quran adalah sebanyak 114 surah.
Kan?...
So, Prof Dr Arip ni buat kajian ni dengan salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan perisisan Microsoft Office Excel. Boleh tengok pada gambar di bawah.
Column yang pertama tu adalah susunan surah mengikut susunan dari bawah ke atas. Maksudnya bermula daripada surah An-Nas hinggalah ke surah Al-Fatihah.
Di column yang sebelah pulak adalah bilangan ayat bagi surah-surah terbabit. Sebagai contoh, surah An-Nas mempunyai 6 ayat, surah al-Falaq mempunyai 6 ayat dan begitulah seterusnya.
Kemudian, Prof Dr Arip mencipta graf seperti di bawah.
Boleh nampak?
Pilih seperti yang di atas kalau kamu nak buat dan buktikan sendiri, buat seperti yang dibuat seperti gambarajah di atas. Setelah itu, akan terhasil di paparan skrin bentuk graf yang telah di'convert'.
Bentuk graf di atas adalah susunan graf mengikut surah yang diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi, setelah graf tersebut disususn seperti di dalam Microsoft Excel di atas tadi, maka akan terhasillah graf seperti di bawah.
Paksi Y adalah bilangan ayat, manakala paksi X pula adalah mewakili nombor surah.
Maknanya di sini, ianya disusun mengikut graf jawi. Nampak kan?... So, bermula dengan surah Al-Fatihah sehingga ke surah terakhir iaitu surah An-Nas, beginilah susunannya.
Jadi, apa keistimewaannya???
Bentuk-bentuk titik tadi telah disambungkan oleh Prof Dr Arip dengan menggunakan kaedah khat.
Kita tengok khat apa yang bakal muncul setelah titik-titik tersebut disambungkan.
Gambar di atas ni sebahagian daripada sambungan titik-titik oleh Prof Dr Arip.
Perhatikan baik-baik ya!
Hasilnya, adalah seperti di atas. Perkataan ALLAH yang muncul hasil sambungan khat pada titik-titik hitam tadi.
SUBHANALLAH! WALHAMDULILLAH! WALLAHUAKBAR!
Kata beliau, khat di atas yang merupakan hasil tangan beliau tidak cantik. Tetapi, beliau turut menunjukkan hasil khat orang Syria yang mengkaji tentang Al-Quran ini.
Tulisan jawi yang dihasilkan sangat cantik!
Lihat di bawah naa...
Inilah hasil khat oleh pihak yang mengkaji akan benda ini. Cantik bukan?
Lihat pada huruf alifnya, ianya tirus, tajam dan tersusun dengan kemas.
Kamu ragu-ragu? Pihak Kristian dan kafir mengatakan bahawa hasil ini cuma kebetulan dan nasib.
SEKIRANYA IANYA ADALAH KEBETULAN ATAU NASIB,
PERKARA TERSEBUT HANYA BERLAKU SEKALI SAHAJA.
Tetapi, lihat pulak pada gambar di bawah.
Adakah ianya hanya kebetulan? Atau nasib seperti yang didakwa oleh pihak kafir?...
Fikir-fikirkan...
Kalimah yang terhasil melalui titik-titik yang sama, ianya adalah kalimah MUHAMMAD. Iaitu kekasih Allah. Adakah ianya juga adalah kebetulan? Atau sekadar nasib?
Kamu percaya? Moga-moga dengan penjelasan di atas akan lebih menanamkan kasih dan sayang serta cinta kamu pada Allah dan Rasul-Nya... InsyaAllah.
Untuk pengetahuan semua, perkara ini boleh diketahui setelah melalui kajian yang dijalankan oleh orang Syria pada tahun 2006. Permulaannya adalah seperti gambarajah di atas sekali. Iaitu dengan menyusun surah mengikut turutan menurun beserta dengan jumlah ayat surah tersebut.
Sekiranya Al-Quran dicipta oleh manusia, dan ayat mahupun surah diubah walaupun sedikit, tidak akan terbentuk seperti kalimah agung di atas.
Ckin ada gambarnya, tapi tak sempat nak edit.
Sebab semuanya adalah dari gambar hasil lihat video Prof Dr Arip.
Sekarang kita pergi pula pada bukti kedua. Bagi sesi ni, ianya memerlukan banyak pengiraan. Semoga kamu semua dimudahkan oleh-Nya untuk memahami apa yang Ckin nak sampaikan. InsyaAllah.
Kita pergi pada rajah yang pertama. Sebagaimana yang kita ketahui, bilangan surah di dalam Al-Quran adalah sebanyak 114 surah. Kemudian, kajian yang lebih mendalam lagi dilakukan oleh Prof Dr Arip. Hasilnya adalah :
Terdapat 54 surah yang mempunyai ayat yang ganjil, dan sebanyak 60 surah mempunyai bilangan ayat yang genap.
Setelah itu, apabila diselidiki lagi, rupa-rupanya terdapat 27 surah yang mana nombor surahnya adalah nombor ganjil, dan 27 lagi surah adalah nombor surah yang genap.
Kemudian, kita lihat pula pada perkara yang seterusnya. Terdapat 30 surah yang mana nombor surahnya adalah ganjil dan 30 surah lagi, nombor surahnya adalah nombor genap.
Setakat ni faham?
Mudah-mudahan faham la naa... Ckin cuba ringkaskan sebaik mungkin. Di bawah ini adalah hasil tambah berdasarkan rajah di atas.
Nampak?
Seimbang bukan?
Sekarang kita akan masuk pula pada pengiraan. Yang ni penerangannya sedikit panjang. By the way, try fahami secara smooth. InsyaAllah apa yang Ckin nak sampaikan akan dapat difahami.
A : Bilangan surah 1 hingga surah ke 114 seperti di dalam Al-Quran.
B : Bilangan ayat mengikut surah. Contohnya, surah Al-Fatihah = 7 ayat, Al-Baqarah = 286 ayat
C : Nombor surah ganjil. Contohnya, surah 1, surah 9, surah 11
D : Bilangan ayat ganjil. Contohnya, surah 1=7 ayat, surah 11=ayat 123, surah 17=11 ayat
E : Nombor surah genap. Contohnya, surah 2, surah 4, surah 14
F : Bilangan ayat genap. Contohnya, surah 2=286 ayat, surah 4=176 ayat, surah 14=52 ayat
Kalau ada yang tak faham pada bahagian ni, boleh bertanya naa...
Yang penting, kena faham. InsyaAllah dapat.
Jom sambung!
Prof Dr Arip meminta kami semua pelajar di dewan tu untuk menghitung beberapa perkara.
SILA HITUNG 2 PERKARA DI BAWAH...
(dengan syarat tanpa menggunakan nombor!)
1) Sila tambahkan nombor surah dari 1 hingga 114
2) Sila tambahkan bilangan ayat bermula daripada surah Al-Fatihah hingga ke surah terakhir iaitu surah An-Nas. Boleh dilihat pada Microsoft Excel di atas sebagai contoh.
Boleh kira?... Sebab apa Prof Dr Arip tidak membenarkan kami untuk mengira dengan menggunakan nombor? Dan bagaimana mungkin kita hendak mengira dengan menggunakan nombor?
Ianya adalah kerana pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. tidak ada kalkulator mahupun pengiraan. Bagaimana mungkin Al-Quran dicipta oleh Baginda?...
MUSTAHIL BUKAN?
Biar Ckin maklumkan jawapannya naa.
Hasil tambah bilangan surah di dalam al-Quran adalah sebanyak 6555
Hasil tambah bilangan ayat hasil daripada surah-surah yang terdapat dalam al-Quran adalah sebanyak 6236.
Hmm... Apa keistimewaannya? Memanglah setelah ditambah-tambah, hasilnya adalah sedemikian rupa. Apakah keunikannya? Apakah rahsia di sebalik kedua-dua nombor ini?
Ingat ya! 6555 dan 6236.
Kemudian, nombor surah ganjil + bilangan ayat ganjil + nombor surah genap + bilangan ayat genap
Hasilnya adalah 6236!
Ianya sama dengan hasil tambah bilangan ayat dalam surah yang didapati di dalam Al-Quran iaitu
6236.
IANYA SEIMBANG SAHABATKU...
Tapi, belum habis lagi deh. Ada lagi 1 pengiraan.
G : Nombor surah genap. Contohnya, surah 6=165 ayat, surah 8=75 ayat, surah 10=109 ayat
H : Bilangan ayat ganjil. Contohnya, surah 6=165 ayat, surah 8=75 ayat, surah 10=109 ayat
I : Nombor surah ganjil. Contohnya, surah 3=200 ayat, surah 5=120 ayat, surah 19=98 ayat
J : Bilangan ayat genap. Contohnya, surah 3=200 ayat, surah 5=120 ayat, surah 19=98 ayat
Kemudian, campurkan
nombor surah genap + bilangan ayat ganjil + nombor surah ganjil + bilangan ayat genap
...dengan syarat yang sama iaitu tidak boleh menggunakan nombor...
Hasilnya adalah sebanyak 6555.
Ianya sama dengan hasil tambah dari surah nombor 1 hinggalah ke surah 114 iaitu
6555.
Subhanallah!
Ini bermakna al-Quran adalah seimbang. Mana mungkin seorang manusia untuk mencipta khazanah teragung ini. Sedarkah kita semua?...
Dakwaan pihak kafir yang mengatakan al-Quran adalah hasil gubahan manusia, ianya adalah palsu semata-mata. Bukti sudah ada di depan mata kita, so takkan nak sia-siakan sahaja kalam Allah ni...
FIKIR-FIKIRKAN...
Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat memberikan manfaat kepada kamu semua. InsyaAllah. Sebarang maklumat lanjut, atau untuk jemputan penceramah, sila hubungi Prof Dr Arip Bin Kasmor secara individu mahupun kumpulan bagi penerangan tentang PASAK,
sila hubungi :
06-6789 928 (R)
03-8921 6918 (P)
017-316 4928
Terdapat 2 pakej yang disediakan iaitu :
Pakej 1 - Ceramah sahaja selama dua hingga 3 jam
Pakej 2 - Ceramah dan motivasi sehari suntuk
Ckin sudah menunjukkan jalan. Terpulang pada kamu semua untuk menilainya.
BUKTI DAN KEBESARANNYA SUDAH DIPERLIHATKAN DENGAN JELAS.
MENGAPA KAMU TIDAK MAHU MENGAMBIL PELAJARAN?
Renung-renungkan.
Seharian Ckin sediakan benda ni. Semata-mata untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian mengenai bukti al-Quran adalah benar.
Ada banyak lagi yang nak dikongsi, insyaAllah lihat pada kemampuan dan kelapangan Ckin.
Sekian dulu buat ketika ini.
...Wassalam...
9 Comments:
wahhhhhh thanks ckin.
subhanallah.
aritu lyeah ada baca dekat mastika pasal ni tapi tak berapa faham sgt but now dah faham sikit2 :D
thanks tau!
Lyeah,
Ahamdulillah.. Ckin cuba menyampaikan dengancara mudah untuk sahabat2 smua faham.. n_n Benda ni ada dlm Mastika? hehe tak penah baca agi la pulak..
p/s : ur welcome.. ^_^
err.. yg bukti kedua tu pening sedikit... macam nak kira tnpa menggunakan number dan boleh dpt jmlah 6236? hmmm.....
Sebabnya, pada zaman Nabi tidak ada kalkulator dan tidak ada pengiraan sebagaimana yang kita smua blajar sekarang. Mustahil. Mcm tak logik. Tp tu lah hakikatnya.. Prof yang gtau..hehe
Yang hasil tambah tu dah dibuat oleh Prof selaku pihak yang melakukan kajian PASAK. Banyak bukti yg ditemui oleh beliau. Nak kira2 benda ni banyak masa kena guna. Kalu nak kira, kena luangkn masa banyak naa..
Sy tak kira sebab dah ditunjukkan jalan kira.^_^ Kita ada bukti, insyaAllah kita akan lagi beriman.
InsyaAllah... semoga iman kita bertambah... terima kasih ats perkongsian... n_n
thanx kongsikan ilmu yg sgt berguna ini..
yg excel tu sy ade...bgs sgt...yg len tu insyaAllah nk cube nanti... ^^
thanks 4 sharing...
subhanALLAH...tiadalah 1 pun dariNYA yang sia-sia...gerakNYA juga membuatkan kamu masukkan dalam blog...dan prof itu membuat seminar...dan mereka membuat kajian...
ALLAHu!!!
Ibnu Darwin,
InsyaAllah..moga-moga tu akan jadi salah satu baja organik yang mempunyai khasiat untuk diri kita.. ^_^
Life Is Complicated,
Ur welcome.. n_n
Dieylah,
alhamdulillah kalu ada..leh la tunjuk kat kawan2 yang terdekat naa..
p/s : email kat sy boleh?..sy tak ada soft copynya..yg dlm blog ni amik dr video..and edit..send kat nas_success91@yahoo.com tau.. hehe thanks.. ^_^
Jampy,
Alhamdulillah.. Berkembang ilmu Allah dalam kalangan masyarakat manusia agar mereka tidak sombong dan bongkak.. insyaAllah ^_^
Post a Comment