Musibah... Mohon Doa Kamu Semua =_=
Tuesday, February 8, 2011
Assalamualaikum...
Apa khabar semua sahabat-sahabat?
Alhamdulillah masih sihat hari ni untuk menikmati udara free kan?
Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Hari ni Ckin dikejutkan dengan berita sedih. Ingat lagi pada kawan Ckin yang namanya adalah Kak Syikin? Ala, yang baru kawen hari tu... Ckin penah story tentang kisah macam mana dia and suaminya berkenalan, berkahwin and so on dulu ni... Tadi, Ckin mesej kat Kak Syikin tu la. Mesej mohon mendoakan kesihatan and kesembuhan Encik Radhi yang sekarang ni ditahan di wad.
Kak Kin pun baru keguguran maqin.baby dah takdak.
Maqin turun darah banyak sangat. Sejak 26 hb turun darah sampai kemaqin. Kena buang la. Mana boleh simpan.
Innalillahiwainnailaihiroji'un.
Setiap yang Allah cipta, bila-bila masa Dia boleh amik balik.
Tu kisah Kak Syikin. Moga-moga Kak Syikin tabah akan apa yang jadi. InsyaAllah.
Musibah kedua adalah Encik Radhi sekarang ditahan di wad. Sebabnya batuk tak henti-henti selama sebulan kot... Bukan tak henti langsung, tapi macam berterusan la kan... Hari ni doktor akan sahkan apa punca sebenar penyakit tu. Tadi Ckin dah mesej kat En Radhi tanya dah dapat result lum? Encik Radhi cakap doktor pulak tak sampai-sampai ag... So, satgi insyaAllah Ckin akan check semula....
Apa yang Ckin nak pohon sekarang,
Ckin nak minta jasa baik dari sahabat-sahabat Ckin yang baca blog ni, jom kita sama-sama doakan agar beliau sembuh dari penyakit yang dihidapinya tu. Mana tau, doa salah seorang dari kita akan dimakbulkan? InsyaAllah dengan izin-Nya....
Antara waktu mustajab ketika berdoa, ketika azan dan iqamah, doa di antara Maghrib dan Isyak, doa sebelum berbuka, dan banyak lagi.
Dalam sebuah hadis ada juga menyatakan :
Doa yang dibaca selepas membaca Al-Quran akan diaminkan oleh 40000 malaikat, manakala doa yang dibaca selepas khatam Al-Quran pula akan diaminkan oleh 60000 malaikat.
(Hadis Riwayat Ad Daimiri dan Ad Dailami)
Dengan itu, berdoalah di kala waktu-waktu ini. Moga-moga doa kita akan dimakbulkan. Walaupun kita tak mampu datang menziarah, tetapi cukuplah doa bagi sokongan moral.
p/s : Ckin konfius ni... Kenapa tak boleh buka blog Ckin sendiri...? Dia tulis 'cannot find server'... Anyone who can help me???
5 Comments:
semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah ke atas En Radhi...
cuba clear all cookies drpd server Ckin pastu tgk hasilnya...
Semoga Allah beri yg terbaik utk mereka, amin...
Ciannye dia.....moga2 dia cepat sembuh....moga2 dia boleh terima qada dan qada' Allah...
Innalillahi wainnailahi raji'unn.. mudah-mudahan kembali sembuh buat en. radhi dan kembali sembuh dari berduka nestapa terhadap buat kak kin tersebut...
Rezeki yg Allah berikan ini kadangkala dikasi kita pegang lama... kadangkala dikasi kita pegang seketika cuma... nyatalah bahawa Allah sebenarnya mahu menguji kita dimana iman dan ketaqwaan kita skrg...
Mudah-mudahan tabah menghadapi segala ketentuan dari Illahi dan salam simpati dari acik sekeluarga...
Terima kasih atas doa daripada semua.. Untuk makluman, En Radhi dah kluar dari wad setelah dua 3 hari berada di sana. Tapi, masih batuk. Tiada penyakit yg dikesan. Moga2 doa kalian diterima. ^_^
Post a Comment