Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Subhanallah! Beruntungnya Umat Rasulullah s.a.w

Sunday, January 23, 2011

Assalamualaikum.  Sihat semua?  

Alhamdulillah Ckin baru saja selesai buat Program Sukaneka bersama muslimat RAPI tadi di padang.  Lega hati sebab dah settle and dapat berkenal-kenalan dengan adik-adik usrah yang lain.  Moga-moga perancangan-perancangan selepas ni akan dimudahkan.  Act, Ckin ada terjumpa benda menarik kat blogdausso.wordpress.com .  

Rindu pada Baginda... =_=

Tadi nak cari benda lain tapi jumpa benda lain.  Alhamdulillah... Ckin nak ajak sahabat-sahabat semua untuk baca apa yang Ckin dapat kat bawah ni.  Kelebihan yang umat Rasulullah dapat!  Subhanallah.. Mungkin kita tak sedar, tapi harap lepas ni kita akan lebih bersyukur naa.  Jangan lupakan Rasulullah, dan sentiasa terapkan dalam hati untuk merindukan baginda.... 

Ka’bul Akhbar berkata bahawa:

“Saya telah membaca kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Musa A.S yang mana Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai Musa, dua rakaat yang disembahyangkan pada waktu subuh oleh Muhammad dan umatnya Aku menganpunkan bagi mereka (yang mengerjakan solat subuh) semua apa-apa yang terjadi pada malam dan siang hari, dia tetap dibawah lindunganKu”.

Firman Allah S.W.T:

“Wahai Musa, solat Zohor empat rakaat yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya, aku akan beri kepada mereka pengampunan pada rakaat pertama, aku beratkan timbangan mereka pada rakaat kedua, rakaat ketiga Aku kerahkan para malaikatKu bertasbih dan membaca istighfar (memohon ampun) bagi mereka dan pada rakaat keempat Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit sehingga para bidadari dapat mengintai mereka.”

Firman Allah S.W.T:

“Wahai Musa, empat rakaat solat asar yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya, maka semua para malaikat dilangit dan dibumi meminta ampun untuk mereka, maka sesiapa yang telah diminta ampun oleh malaikat, tidaklah Aku siksa mereka.”

Firman Allah S.W.T:

“Wahai Musa, solat Maghrib tiga rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya, iaitu ketika matahari terbenam, maka Aku bukakan untuk mereka pintu2 langit , dan setiap sesuatu yang mereka minta pasti akan Aku berikan.”

Firman Allah:

“Wahai Musa, solat Isya’ empat rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya ketika terbenam mega-mega merah, Solat itu adalah lebih baik daripada dunia dan seisinyadan juga mereka terlepas dari dosa-dosa. Mereka itu bagaikan anak yang baru lahir dari perut ibu.”

Firman Allah S.W.T.:

“Wahai Musa, jika Muhammad dan umatnya berwudhu’ sebagaimana Aku perintahkan, maka Aku berikan kepada mereka setiap titik air wudhu’ itu dengan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.”

Firman Allah S.W.T.:

Wahai Musa, puasa yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya dalam bulan Ramadhan selama sebulan dalam setiap tahun, maka akan Aku berikan mereka setiap satu hari puasa itu satu kota di syurga dan setiap kebaikan yang dilakukan oleh mereka yang sunat, akan diberi pahala sebesar pahala fardhu. Aku berikan kepada mereka satu malam yang bernama Lailatul Qadar, barangsiapa yang membaca istighfar pada malam itu hanya sekali tetapi dengan bersungguh dan menyesal didalam hatinya terhadap kesalahan2nya, apabila dia mati pada malam itu atau pada bulan itu, maka Aku berikan pahala kepadanya pahala 30 orang mati syahid.”

Dan Firman Allah S.W.T:

“Wahai Musa, diantara umat Muhammad S.A.W. ada orang-orang yang berdiri di atas tempat2 tinggi untuk mengumandangkan syahadat LA ILAHA ILLALLAH, maka pahala mereka bagaikan pahala para nabi-nabi A.S. dan rahmatKu wajib keatas mereka. Sedangkan murkaku jauh dari mereka dan tidak akan Aku tutup bagi mereka pintu taubat selama mereka tetap bersyahadat kepadaku.

Begitulah betapa besarnya ganjaran dan kelebihan untuk umat Muhammad jika dibandingkan dengan umat para nabi yang lain. Jadi, semoga kita dapat memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaNya.

p/s : Moga-moga kita akan lebih muhasabah diri kita.  

Wassalam.  

9 Comments:

SHM January 23, 2011 at 5:57 PM  

mgkn tajuk entry ini lbh sesuai jika "Subhanallah! Beruntungnya Umat Nabi Muhammad S.A.W. umat Nabi Muhammad mmg dberi byk keistimewaan berbanding nabi-nabi lain..ttpi rmi juga umat Nabi Muhammad yang terjerumus ke lembah maksiat..

Ckin Kembaq January 23, 2011 at 6:04 PM  

InsyaAllah sy akan tukar kepada Rasulullah...

p/s : Yg faham, dia akan amik pengajaran dan merubah diri. Hidayah itu kan milik Allah. Hanya Dia yang berkuasa atas segala-galanya.. n_n

ida January 25, 2011 at 12:14 PM  

salam kenal...i follow u

Ckin Kembaq January 25, 2011 at 5:47 PM  

Mat Ganu,

Moga-moga ada pengajaran yang boleh diambil..insyaAllah.. n_n

ida,

Salam ukhwah dr Ckin.. ^_^

mariah January 26, 2011 at 2:01 PM  

Perkongsian yang mnyentuh hati... semoga dapat mencapai 'khusyuk' di dalam solat kita semua..

Ckin Kembaq January 26, 2011 at 5:27 PM  

mariah,
InsyaAllah naa.. Itu yang kita semua harapkan ... n_n

cahay December 31, 2011 at 1:22 PM  

salam . ckin . na amek article n na share kat fb boleyh kn ?
terima ksih ^__^

Ckin Kembaq January 1, 2012 at 8:26 AM  

cahay,

waalaikumussalam.
boleh amik je..ni pun ilmu Allah.. ^_^

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP