Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

1 Januari - Sejarah Jesus Disunatkan. Kamu Raikannya?

Wednesday, January 5, 2011

Assalamualaikum..

Apa khabar iman dan jasad? Syukur dapat jugak buka blog.  Banyak benda nak dimaklumkan tapi keadaan internet dan masa yang tidak mengizinkan.  By the way, Ckin akan manfaatkan peluang ni dengan sebaik-baiknya.  Ckin nak cerita sikit tentang isu semasa dan sikit-sikit tentang sejarah.  Waktu malam tahun baru Ckin ada di Pusat Islam. Dengar Diskusi Ilmu.  Alhamdulillah ada sikit ilmu kot yang boleh Ckin kongsi.  Malam tu jugak menjadi malam sejarah hitam bagi diri Ckin... =_= Apa yang jadi? Biarlah rahsia.  Ckin akan ingat benda yang jadi tu sampai bila-bila.  Walaupun sampai sekarang ni pun masih tak dapat menerima kecacatan peristiwa tu.  Ckin tak mau bercakap panjang, cuma nak berkongsi sikit apa yang Ckin ada.

Sahabat-sahabat Ckin ni ada sambut Tahun Baru tak baru-baru ni?  Kalau ada, nak jugak bertanya, tahukah apa sejarah atau rahsia di sebalik '1 JANUARI' pada Kalendar Masihi tu?  Takkan saja-saja sambut kan?... Setiap perkara yang jadi kat atas muka bumi ni pasti ada sebab-sebabnya.  Tunggu kita ja nak check ataupun tidak.  Kalau nak tahu, '1 JANUARI' adalah hari di mana JESUS disunatkan!


Ckin tak bercakap tanpa bukti.  InsyaAllah.  Ckin pun ada siasat tentang benda ni melalui Wikipedia untuk pengesahan.  Rupa-rupanya ianya adalah sejarah.  Is it right?  Jom baca kat bawah.

Circumcision of Jesus is an event from the life of Jesus of Nazareth. The Gospel of Luke states in verse 2:21 that Jesus was circumcised eight days after his birth (traditionally January 1). This is in keeping with the Halakha, Jewish law which holds that males should be circumcised eight days after birth during aBrit milah ceremony, at which they are also given their name.  Source:http://en.wikipedia.org/wiki/Circumcision_of_Christ 

Nak Ckin explain jugak ka?  Rasanya semua yang baca ni cekap B.I kan... So, kalau tak faham maksud sila rujuk Kamus naa...  Circumcise tu maknanya dikhatankan.  Jesus kan Tuhan depa.  Dia disunatkan!  Kalau ikut logik akal pun, takkanlah Tuhan yang dikatakan maha berkuasa tu dikhatankan oleh orang lain??? Sedangkan kita umat Islam berpegang pada firman Allah.

Surah Al-Ikhlas : 3
"Ia tidak beranak dan tidak pula Ia diperanakkan"

 Bila kamu meraikan Tahun Baru, ini bermakna kamu pun turut meraikan hari di mana Jesus yakni Tuhan Kristian disunatkan!  Haa.. Bagusla kan?  Kamu cakap Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah.  Tapi, seolah-olah kamu meraikan pihak-pihak Kristianisasi.  Nauzubillahiminzalik.  Moga-moga kita akan ditetapkan iman di hati.  InsyaAllah.

Contohnya, masa malam tahun baru tu hampir RM100,000 lebih diperuntukkan untuk bunga api tu.  Sedangkan saudara-saudara kita di Langkawi (rumah-rumah rosak sebab musibah ribut), di Terengganu and Pahang (banjir) yang teruk.  Kenapa tak salurkan saja duit tu ke sana?  Sahabat-sahabat kita menderita dengan bom, mercun kat Palestin, tapi kita seronok bila mercun tu meletup di udara.  Depa tu dihujani peluru setiap masa, pagi petang siang malam.  Nak makan pun kena makan tumbuhan hatta rumput sebab bertapa seksanya depa kena ngan Yahudi Laknatullah!  Ingat balik sahabatku sekalian, kita tak rasa aoa yang depa rasa.  Sebab tu kita happy sentiasa.  Kan?  Mengaku aja la.  Kenapa kita masih mengagung-agungkan semua ni?  Fikir-fikirkan kembali ye.  Perjalanan hidup kita tak lama.  Sekejap saja.  Ckin mengingatkan diri Ckin dan jugak sahabat-sahabat selagi mampu.

Ingat ye sahabat, syaitan dah bersumpah.  Bersumpah akan terus-menerus menyesatkan kita.  Buktinya?

Daripada Said Al-Khudri,
"Demi kepujian-Mu aku akan terus-menerus menyimpang dan menggoda hambaMu selama mana nyawa mereka di badan"
Lalu dijawab oleh Allah,
"Demi Kemuliaan-Ku, Aku akan terus-menerus mengampuni mereka selagi mereka memohon keampunan dari-Ku"

Nampak?  Syaitan pun memuji Allah walaupun dia jahat.  Kita?  Contohnya, waktu berdoa, mals nak angkat tangan sampai paras dada.  Waktu berdoa, membelakangi kiblat sebab nak bersembang dengan kawan-kawan.  Waktu berdoa, tak memulakan dengan puji Allah dan mendoakan kesejahteraan Nabi kita.  Benda simple.  Kamu saja malas nak buat.  Terus-terang aja la.  Cakap kias-kias ni pun bukannya nak faham, ye dak?  Waktu kita perlukan Dia, baru kita nak duduk di tikar sejadah, berdoa dengan air mata, sebab nak pastikan agar doa kita dimakbulkan, berdoa agar kita disembuhkan dari demam, berdoa agar kita berjaya dalam exam, berdoa agar usia dipanjangkan.  Tapi, bila dah senang, semua lupa kat Dia.  Sanggup pulak buat dosa yang sudah dikatakan HARAM dan BERDOSA BESAR!  Mana letaknya iman yang kita bina selama ni?  Mana amalan-amalan sunat yang kita lakukan?  Subhanallah.  Ckin emosi atas apa yang berlaku.

Maaf, Ckin tak boleh terima andai orang terdekat Ckin yang sama-sama berjemaah, makan setalam, tidur sekatil, belajar sekali, berjalan-jalan sekali buat benda-benda yang memang tak ada faedah langsung pada diri dia.  Ckin kesian, tapi dah itu jalan yang dipilih, apa lagi yang mampu kita katakan?

Contohnya, Allah dah cakap JANGAN MENGHAMPIRI ZINA! JANGAN! JANGAN! Tapi, nak jugak.  Kenapa Allah tegaskan dengan ucapan "Jangan hampiri zina?" bukannya dengan "Jangan buat zina!" ?  Ini bermaksud hampiri zina pun dah bawak kepada dosa apatah lagi yang melakukannya.  Kan? Kalau ikut logik akal pun dah boleh bezakan yang mana baik and yang mana sia-sia.  Akhirnya, Allah tunjukkan jugak la yg mana perintah tu bukan main-main.  Kenapa tak letak pergantungan pada Allah?  Kenapa nak jugak langgar perintah Allah?  Tanya balik diri kita.  Kalau masih buat semua yang diharamkan oleh-Nya, maknanya kamu masih ragu-ragu dengan kekuasaan dan kemampuan Allah.  Nauzubillahiminzalik.  Istighfar banyak-banyak naa.

Ckin rasa dah cukup setakat ni kot noh.... InsyaAllah nanti Ckin sambung kalau berkesempatan.  Semoga dengan ilmu yang sikit ni akan membawa perubahan pada diri Ckin dan jugak kamu semua.  Biarlah apa orang nak kata bila kita tak ada pakwe/makwe, asalkan Allah tau apa yang ada dalam hati kita ni.  Hidup kita menuju dua tempat.  SYURGA ataupun NERAKA.  Jalannya?  Kamu yang tentukan.  Masuklah ke mana-mana pintu yang kamu rasakan sesuai.  InsyaAllah.

p/s : Kalau dah terjebak ke dalam kancah maksiat, bertaubatlah... Pintu taubat masih terbuka selagi nyawa belum berada di hujung kerongkong... InsyaAllah... Sama-sama renungkan.  Jaga diri baik-baik naa. n_n

Nukilan,

Ckin Kembaq
Insan Yang Masih Mencari Redha-Nya...

5 Comments:

SHM January 5, 2011 at 9:21 AM  

bru tahu sejarah 1 januari ni...syukurlah sbb sy x prnh smbt 1 januari...

Unknown January 5, 2011 at 11:24 AM  

Allah..ilmu baru yg cek dapat..syukran ckin...

~~betul...JANGAN HAMPIR ZINA..~~

Ckin Kembaq January 5, 2011 at 11:28 PM  

SDS,
Alhamdulillah kalau tak penah sambut... Seboleh-bolehnya elakkan... InsyaAllah jadi pengajaran utk kita...

NurHeart,
'Afwan kathiro ya ukhti..

Bila dah hampiri, tak mustahil ianya akan menjurus kpd zina sebnar... huhu

LadyBird December 6, 2011 at 3:53 PM  

lady br th info ni..
tq yer..

Ckin Kembaq December 6, 2011 at 5:02 PM  

LadyBird,

Ur Welcome... tahun baru nak dekat dah ni..

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP