Skirt Muslimah Terkini
Monday, January 4, 2016
Assalamualaikum semua!
Sihat semuanya? Semoga baik-baik je di samping keluarga tercinta. chewah!
Sejak beberapa bulan ni tahap kesihatan Ckin tidaklah begitu memberansangkan. Tapi alhamdulillah boleh lagi la nak teruskan hidup. Dengan suami takde di sisi ni. T_T
Ok. Sambung cerita hari ini.
Ckin tengok kan, fesyen muslimah ni semakin lama semakin berkembang. Malah bertambah baik berbanding dulu-dulu. Perasan x? Atau Ckin sorang je yang perasan? :)
Antara yang mendapat perhatian adalah SKIRT. Ya, SKIRT! Sebenarnya skirt adalah merupakan salah satu item penting bagi Ckin. Seriously.
Skirt boleh jadikan penampilan kita lebih elegan, anggun, menawan gitu.
Pengantin pakai, nampak cantik.
Awak pakai, nampak cun.
Tak gitu?
Bawah ni antara skirt-skirt yang menarik. Ada lagi banyak dalam link yang Ckin nak bagi kat bawah tu tau.
Straight Maxi Skirts
Straight maxi skirts ini potongannya lurus dan sesuai untuk digayakan ke pejabat.
Skirt kat atas ni pulak rekaan flared maxi skirts yang direka dengan potongan kembang ke bawah seperti payung.
Potongan lurus dan sesuai untuk digayakan ke pejabat sebagai pakaian formal tau.
Kat atas ni favourite skirt Ckin. Tengok pun dah boleh tau bertapa selesanya pakai skirt macam tu. Seriously! Macam princess. Nak santai boleh, nak ke ofis pun boleh.
Mermaid Maxi Skirts
Kat atas ni mermaid maxi skirts yang potongannya seakan-akan ekor ikan duyung. Sesuai untuk mereka yang mementingkan gaya gitu.
Haa.. Kalau kalian nak tengok fesyen-fesyen yang cukup popular masa kini, boleh la singgah-singgah ke link bawah ni. Memang awesome! Ckin pun suka singgah ke sana. Rasa nak beli semua pun ada! Haha
Jom-jom singgah ke sini:
Sekian dulu ya.
Jumpa lagi.
Wassalam.
1 Comments:
Ckin, 1st of all kita suka entry ni sbb sama tarikh bday kita. Bebebe. Skirt hijau tu beli kt zalora ke
Post a Comment