Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Kenapa Rasulullah Melarang Kita Minum Berdiri?

Sunday, December 23, 2012

Assalamualaikum semua!
Asif jiddan. Ckin merasakan terlalu lama sangat Ckin tak update blog ni. Allahuakbar. Kalu dah mengadap fb tu, blog macam dianaktirikan pulak.. ^_^ InsyaAllah Ckin cuba luangkan masa untuk ini. Niatnya, selagi hidup, selagi tu nak share ilmu. Dah mati kelak, tak boleh dah nak share-share ilmu ni. Dah terhenti. Ye dak?
Isu hari ini. Rasulullah s.a.w melarang umat-umatNya dari minum berdiri dan meniup air panas. Pernah dengar kan? Kenapa Rasulullah s.a.w. melarang?

Jom baca dan teliti. InsyaAllah. Mudah-mudahan kalian mendapat sesuatu hari ini. Ckin dapat ni dari blog sahabat Ckin. Nak ziarah, klik sini: Miss Balqis. InsyaAllah. ^_^ Ckin tau dah tentang ni, tapi lupa. Ilmu yang ada tapi tak diamalkan dan diperingatkan, maka lupalah ia. Macam kuda 
liar. Kalu ikat, tak larilah kuda tu. Tapi, kalu biar bersiar-siar tanpa ikat, maka confirm akan lari.


Di bawah ini di antara penjelasan-penjelasan lanjut tentang fakta tersebut :

1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. 
Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil "SFRINGER". Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh Sfringer kerana tertutup. Air yang tidak tersaring oleh Sfringer terus masuk ke pundi kencing. Hal ini boleh menyebabkan penyakit batu karang.

2. Nabi juga melarang meniup air yang panas. 
Logiknya kerana, terdapat karbon dioksida, (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air, maka (CO2) itu akan larut ke dalam air dan akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yang boleh menyebabkan penyakit jantung.

3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh, kerana suhu air pada waktu tersebut membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan.

4. Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air, kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.

Itu sebabnya. Nah! Mulai sekarang, dari minum berdiri, maka kita duduklah. InsyaAllah. Di bawah ini Ckin turut memetik penulisan dari salah seorang ulama' (orang berilmu) untuk kita ketahui mengenai hukum minum berdiri. Moga Allah membantu kita untuk memahami agama yang agung ini. InsyaAllah. 

Menurut an-Nawawi (penyusun buku Hadith 40 dan Riyadhussolihin, seorang tokoh terkemuka dalam fiqh dan hadith (wafat pada 676H): Beliau berpandangan bahawa dibolehkan minum berdiri dan minum duduk itu lebih baik dan lebih sempurna.
(Rujuk: Riyadhussolihin, bab no.114)

Beliau membuat kesimpulan itu dengan menyenaraikan enam hadith yang di antaranya ada yang melarang dan ada yang membenarkan. Maka itulah kesimpulan beliau dan itulah juga kesimpulan yang dibuat oleh ulama sebelum beliau termasuk at-Tirmidzi yang disebutkan di atas tadi. 

Untuk penjelasan seterusnya, sila ke page beliau. InsyaAllah. Klik sini: AliTantawi

p/s: Yang baik tu ambillah, yang tak baik tu sila tinggal-tinggalkan di ruangan ini. InsyaAllah. ^^ Wassalam.

Read more...

Baby Mengantuk Yang Cute

Monday, December 3, 2012

Assalamualaikum semua. 
Alahai.. Lama bebenor tak update blog. Kesian kan? Hari ni nak update sikitlah. Mungkin boleh membuatkan kalian tersenyum hari ni. 

Tak mau stress. Tak mau tension-tension naa. Cool je. 

Both of them are really AWESOME! ^_^


Ni Korean Baby. Really cute you know! ^_^


Boleh macam ni? 

Untuk melepaskan kegigihan jejari menari di papan kekunci. Yang penting, happy selalu. 

p/s: Nanti baru Ckin update yang lain. InsyaAllah. Moga senyum-senyum selalu. ^_^

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP