Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Vitalea Multivitamin Terbaik Dunia

Wednesday, April 16, 2014

Vitalea Shaklee merupakan multivitamin terbaik kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral yang amat diperlukan untuk tubuh badan kita. Vitalea Shaklee ini diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. Ia juga vitamin larut air yang sangat mudah dan pantas diserap oleh tubuh badan kita.


Ujian klinikal menunjukkan bahawa individu yang mengambil Vitalea Shaklee ini selama setahun dapat mengurangkan risiko jatuh sakit sehingga 65%. Ia merupakan multivitamin terbaik kerana ia adalah formulasi yang disokong oleh 7 kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dengan kualiti yang luar biasa sekali.

Antara khasiat yang diperolehi sekiranya anda mengambil Vitalea Shaklee ini ialah :
  • Meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh, memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental.
  • Menyokong jangka hayat hati, usus, jantung dan buah pinggang.
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi.
  • Menyediakan asas nutrisi dan membantu dalam stimulasi metabolisme.
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.


Siapa yang perlu mengambil Vitalea Shaklee :
  • Semua orang dewasa kerana secara lazimnya orang dewasa cenderung mengambil makanan tidak seimbang contohnya makanan segera, makanan rapu dan cara mengendali dan memasak makanan berkhasiat juga turut diabaikan menyebabkan khasiatnya akan hilang.
  • Ibu mengandung yang cenderung untuk mengalami anemia & tekanan darah rendah sepanjang proses kehamilan. Dengan 2 biji pengambilan Vitalea setiap hari maka si ibu tidak perlu mengambil kerang atau organ dalaman lain. Set Ibu Hamil yang disarankan juga mengandungi Vitalea Shaklee sebagai produk utama.
  • Ibu menyusu terutamanya bayi yang menyusu melebihi umur 6 bulan. Kajian menunjukkan zat besi di dalam susu ibu berkurangan apabila bayi melebihi 6 bulan. Dengan pengambilan Vitalea Shaklee, InsyaAllah bayi mendapat kandungan zat besi yang mencukupi.

Ingin jadi individu, ibu serta bapa yang hebat??? Sekurang kurangnya anda perlu pastikan Vitalea Shaklee tersenarai dalam must have item di dalam laci vitamin rumah anda. Alangkah ruginya anda sekiranya mengabaikan pengambilan multivitamin terbaik dari Shaklee ini.

Apa kata mereka? 

 Kata doktor, bukan orang biasa. 

Doktor yang suggestkan, sebab memang terbaik. 
 
 HB low, jangan main-main. Kena cari alat bantu. 

Apa kata anda? :)

Read more...

Shaklee Halal Atau Haram?

Wednesday, April 9, 2014

Salah satu persoalan yang paling ramai pengguna nak tahu mengenai Shaklee adalah berkenaan status halal Shaklee. Maklumlah, Shaklee dibuat dan diimport dari USA. Dan kat botol Shaklee takde pula tu tanda logo Halal Jakim kannn.. :)

Syukur alhamdulillah, ramai yang mengambil inisiatif untuk benar-benar mencari kepastian mengenai kehalalan Shaklee.

 Jadi adakah Shaklee halal? 

Okay, pertama sekali sebelum kita nak lihat adakah halal ataupun tidak, kita kene tahu dulu fakta ini:

1) Shaklee bukanlah produk Malaysia. Produk ini dihasilkan di USA. Kilang di USA. Bahan mentah semua dari sana.

2) Shaklee dieksport ke Malaysia.

Jadi, jelas ya.. produk Shaklee ni semua dari USA.
Yang kedua pula, yang perlu kita tahu ialah, kesemua produk Shaklee yang dijual di Malaysia telahpun mendapat Sijil Halal daripada Islamic Services of America (ISA). Alamak, siapa pula ISA ni kan? Betul ke ISA ni boleh bagi sijil halal? Macam tak percaya je..

Jom kita check.

ISA ni adalah satu organisasi  yang bertanggungjawab memberikan sijil halal di Amerika. Tapi yang membuatkan ISA di lebih best sebab ISA diiktiraf di peringkat dunia. Banyak organisasi Halal di negara lain mengiktiraf ISA ni, termasuklah JAKIM sendiri. Dan paling best, ISA diiktiraf oleh JAKIM semenjak tahun 1982 lagi. Haa.. masa ni pun ramai yang tak lahir lagi kann.. Kalau rasa kurng percaya boleh je baca pasal ni kat blog ISA ni. Takpun boleh rujuk gambar kat bawah ni.

Ok tak cukup dengan itu, mari saya tunjukkan pula dari web JAKIM ye. Dalam web JAKIM kita boleh lihat sebenarnya ada banyak lagi badan Islam lain yang diikitiraf oleh JAKIM. So, kalau kita nak pergi beli makanan kat pasaraya dan bila belek-belek makanan tu ada tanda Halal, tapi bukan tanda halal JAKIM janganlah terus melatah ye, cuba cek dulu kat Web JAKIM ni ada tak tanda logo tu. Kalau ada alhamdulillah, bolehlah terus beli. Ingat.. kat luar negara pun ramai juga orang Islam tau.. dan tanda halal JAKIM memang takde kat sana. Halal JAKIM ada kat Malaysia je.


Dan di bawah ni adalah Sijil Halal Shaklee yang telah dikeluarkan oleh ISA. 
(Sijil Halal 2014 belum dikeluarkan pada tarikh artikel ini ditulis)


Jadi, bagi yang sebelum ini ragu-ragu dengan status kehalalan produk Shaklee diharap dapat pencerahan melalui entri saya ini. Sebenarnya tindakan anda berusaha mencari tahap status halal Shaklee adalah sangat baik. Ini adalah kerana apa yang kita makan bakal menjadi darah daging kita kan.
So, diharap semuanya jelas dan dapat consume produk Shaklee tanpa was-was lagi.

Sumber : http://sweetbonda.blogspot.com/2014/01/shaklee-halal-atau-haram.html

Read more...

Kenapa Perlu Ostematrix?

Tuesday, April 8, 2014

Assalamualaikum semua.
Jom kita selami kebaikan ostematrix dari Shaklee. :)
Mudah-mudahan ada kebaikan untuk kita semua.


Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis. "

Berapa banyak kalsium diperlukan??
Institut kesihatan Kebangsaan mengesyorkan 1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg bagi wanita pasca putus haid. Kecuali anda seorang "kaki susu" serta cermat memakan, adalah sukar untuk memperolehi jumlah kalsium ini menerusi diet sehari-hari. Kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya... tetapi sebenarnya, pengambilan purata bagi wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah sebab utama kita wanita dilanda wabak osteoporosis.


Jom check jika anda ada tanda-tanda berikut..
Antara Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:

OTOT DAN SARAF >>

* Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
* Kejang otot
* Wheezing(pernafasan berdehit)
* Susah menelan
* Suara berubah akibat laryngospasm

SARAF >>

* Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
* Letih
* Sawan
* Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal

JANTUNG >>

* Sesak nafas
* Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat

KULIT >>

* Rambut kasar
* kuku rapuh
* Psoriasis (sakit kulit)
* Kulit kering

>>> Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:

* Kekejangan atau kram otot
* sukar/susah nak tidur
* Perasaan berdebar2
* Eczema-penyakit kulit
* Rapuh kuku
* Sakit Sendi
* Tekanan darah tinggi
* Gigi reput
* Paras Kolestrol timggi
* Kebas-kebas kaki dan tangan
* Rheumatiod arthritis
* Rickets

Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.


Kenapa Shaklee Osteomatrix pilihan saya?

kerana Ostematrix ni lengkap dgn unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D dalamnya penting utk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif. Makan 4biji sebelum tidur, esoknya bangun pagi cergas ceria, membuang memang mudah.. Alhamdulillah..


Tahukah anda Shaklee OsteMatrix membekalkan:

*# 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi

# 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya

# 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

---------------------------------------------------

Tahukah anda mengapa kita perlu amik 4 biji osteomatrix sebelum tidur??

Sebabnya, penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang ke toilet, so tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak kalsium. Dan sebagai bonusnya, kita akan dapati boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada cramp/sengal2 dan badan rasa lebih ringan gitu.


Siapakah yang sesuai untuk mengambil ostematrix?

* Mereka yg alah pada susu.
* Mereka yg selalu sembelit.
* Mereka yg berisiko menghidap osteoporosis.
* Ibu hamil dan ibu menyusu.
* Mereka yg sering letih.
* Mereka yg susah bangun pagi.
* Mereka yg sering kebas tangan dan kaki.
* Mereka yg ada tekanan darah tdk seimbang.
* Mereka yg sakit belakang ketika hamil.
* Mereka yg mengalami mslh kuku, kulit & rambut kasar.
* Mereka yg kerap kram kaki.

Dah baca panjang berjela.
Mestila nak tahu berkesan atau tidak, kan?
Jangan risau, mereka bukan penipu, malah nak membantu. :)

 - membantu masalah senggugut -

 - membantu mengurangkan kejang kaki -

 - membantu anak mudah utk melawas, gigi bertambah kuat, kurangkan sakit lutut -

 - membantu melegakan sakit pinggang - 

- membantu menghilangkan sakit pinggang -

- membantu dalam masalah buasir, sembelit -

Ikhtiar dah ada.
Jom kita berubah ke arah kesihatan yang lebih baik.

Ckin
013-4552943
Yang Ori Sahaja Kita Beri

Antara sumber rujukan :
https://www.facebook.com/notes/eizmierah-mumnbabyshop/osteomatrix-kalsium-shaklee-kenapa-ianya-penting/325756097510896

Read more...

Penapis Air Terbaik

Friday, April 4, 2014

Assalamualaikum semua.
Ckin nak sharing something. Nak tahu? Jom baca. :)


Air yang bersih penting untuk tubuh yang sihat.
Jadi, apa salahnya laburkan sedikit duit untuk kesihatan yang baik?

Pelaburan terbaik?
Dengan membeli penapis air.

"Ala, penapis air mahal la..."
"Ribu-ribu tu...tak cukup bajet lagi nak beli..."
"Belum cukup duit la nak beli..."
"Tak reti la nak pilih yang mana...boleh suggest?"

InsyaAllah boleh.
Saya nak hebahkan di sini, hari ini.
Mudah-mudahan kalian mendapat manfaat dan kebaikan.


Shaklee telah memperkenalkan Get Clean Water Pitcher.
Apa benda tu?
Itulah namanya penapis air.
Tapi bukan yang besar gedabak tu.
Saiznya cuma sebesar water heater yang kita guna tu.
Seriously ? Yes, seriously.
Tengoklah pada gambar ni. Cantik pulak tu. Hijau.

Apa specialnya penapis air dari Shaklee ni?
Meh nak listkan. Kita fahami melalui bahasa mudah.

1) Berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin ada dalam air minuman kita. Ia diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air / Water Quality Association (WQA). Plumbum pun akan dapat dikurangkan dalam air ni.

2) Menjimatkan kos. Kenapa? Tak perlu elektrik. Tak perlu bateri. Bila sampai masa filter tu kena tukar, dia akan bagi hint sendiri. Bagus kan?

3) Menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

Perbezaan yang ketara, kan?

4) Menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

5) Fleksibel sebab boleh dibawa ke mana-mana sahaja sebab tak perlu cari plug dsb. Nak bawa berkelah pun boleh.

6) Jimat masa. Sebab sekejap sahaja air akan ditapis. Dah boleh minum. Rasa airnya halus dan berbeza dari air yang tidak ditapis.

Harganya berbaloi-baloi.
Buat anda yang sukakan penjimatan, water pitcher shaklee adalah pilihan yang tepat.


Perkongsian dari hati. :)

Ckin
013-4552943
Hanya yang berkualiti diperkenalkan.

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP