Assalamualaikum semua!
Apa habaq? Harap-harapnya sihat-sihat la naa. ^_^
Sukacita dimaklumkan bahawa pada hari ini, salah seorang daripada sahabat kita melangsungkan walimahnya pada hari ini. Alhamdulillah.
Kita bila lagi? ^___^
Sabor je lah naa...hehe
Tahniah bagi Yati, iaitu sahabat maya Ckin. Orangnya dari Sabah. Berkahwin pun dengan orang Sabah. Untuk mengenali empunya blog, bolehlah ke sini naa...
Tapi, AWAS! Beliau sudah bersuami bermula pada hari ini. ^_^ Alkisahnya, Ckin mula kenal Yati masa Ckin berjaya buat header menggunakan Adobe Photoshop tahun 2010. Waktu tu tengah praktikal di Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah. Tiba-tiba Yati bagi mesej di facebook untuk mintak Ckin buat header kat dia. Start dari situ, bermulalah perkenalan dengan Yati. Header yang Ckin buat ni simple-simple je sebab Ckin jarang sangat nak explore dalam-dalam. Buat yang bagi sedap mata memandang je pun.
Lainlah time tu ada Aiz Batu Campur buat header. Memang cantik sangat. Jeles pun ada. Tapi, tu kan anugerah Allah kat Aiz en. Jadi tak perlu nak jeles-jeles. Siapa usaha, dia akan dapat. ^_^ Ada niat nak jumpa, tapi apakan daya, jauh nuh dari Penang ke Sabah. =_= Tapi tak apa, sebab Ckin pernah mimpi jumpa dengan Yati dalam mimpi siap peluk lagi sebab happy sangat-sangat. Alhamdulillah. Mungkin satu hari nanti kita akan berjumpa lagi naa Yati. Mana tau, jumpa tengah jalan dah ada baby di tangan. Ye dak?
Rezeki Allah, who knows? ^_^ Banyak benda yang nak buat, tapi bila jumpa depan-depan mesti terdiam seketika sebab terkejut plus happy. That's me.hehe Yati siap hantar lagi kad undangan perkahwinan untuk Ckin, tapi apakan daya nak pergi tu 'dekat' sangat.
Yati, cek akan simpan kad tu untuk kenangan cek naa.. ^_^
Memang cantik.
Apa yang penting, Yati dah berjaya mengharungi ujian-ujian sebelum perkahwinan beliau. Tidak bercinta sesuka hati sebelum kahwin. Alhamdulillah. Tak semua orang mampu untuk melepasi ujian ini. Mereka yang kuat sahaja boleh. Kepada kalian yang belum bercinta, jangan cuba-cuba bercinta semata-mata untuk mencari keseronokan duniawi naa. Bahaya! Kang tak kekal lama sehingga ke walimatul urus yang diidam-idamkan. Kalau suka pada seseorang lelaki mahupun perempuan, niatlah untuk menjadikannya sebagai pasangan hidup kelak dan jagalah diri masing-masing.
Kalau takut terlepas ke tangan orang lain, pergilah jumpa dengan family insan-insan yang disukai tu. Cakap elok-elok, minta baik insyaAllah akan dimudahkan. ^_^ Tapi, jangan risau naa. Dah sampai masa untuk cari pasangan, carilah. Jodoh tu memang dari Allah dan ditetapkan oleh Allah, tapi kalau tak cari, tak boleh jugak. Banyak cara boleh dibuat. Guna orang tengah, cari sendiri, tengok dari jauh dan sebagainya. Sebab apa kena cari? Sebab calon lelaki dan perempuan bukan macam dulu dah. Takut banyak buruk dari baik. Baik di luar, buruk di dalam. Sebab tu kena cari dah pilih. Dan jangan pulak terlalu memilih. Koreksi diri, kenali diri, barulah kita tahu di mana tahap kesempurnaan diri kita. InsyaAllah. Sedikit lagi tips di situ naa.
Ckin cuma mampu berpesan dan mengingatkan. Ckin pun ada buat kesilapan. Tapi, jangan ikut yang tak baik tu. Yang baik tu, ambillah. Dan gunakan sebaik-baiknya. Tetapi, dalam masa yang sama ingin memperbaiki segala kesilapan itu. InsyaAllah. Lagipun, siapa yang nak jumpa Allah dalam keadaan yang membawa banyak buruk dari baik kan? Ckin tak mau. Oleh sebab itu Ckin nak cuba menerapkan sifat mahmudah berbanding sifat mazmumah ke dalam diri. Kalian pun boleh. Perkara baik, jadikan sebagai kebiasaan. Yang tak baik tu, belajarlah untuk tinggal-tinggalkan. Lagi elok, buang jauh-jauh. Jauh dari sudut hati yang paling dalam. Kalu kita mahu, insyaAllah kita akan dapat. Bergantung pada diri kita sendiri. Itu sahaja. Ada masa lagi ni sebelum kita dijemput oleh Allah. Ckin mengambil pengajaran daripada dua sahabat sekolah Ckin yang sudah dijemput mengadapNya. Sarhan dan Fazrul Afiq. Tak mustahil lepas ni akan ada lagi yang akan dijemput kelak. Tiada siapa mampu menghalang hatta 5 saat. Tak boleh nak berkata,
"STOP", "STOP","STOP"
Nyawa tetap ditarik begitu sahaja. Bergantung kepada amalan yang dikerjakan. Allahurobbi... Takut rasanya bila memikirkan bab kematian ni.
Cukuplah setakat itu.
Doakan sahabat kita ini dirahmati dan diampunkan dosa-dosa mereka yang lalu serta dimudahkan urusan mereka di alam sana. InsyaAllah.
Suatu hari kita akan bertemu jua wahai bakal suamiku...
Doakan juga kebahagiaan baitul Muslim yang dibina oleh Yati dan suaminya naa. ^__^
Last but not least,
SELAMAT PENGANTIN BARU YATI, SAHABATKU... ^__^
^_^ DOA CEK SENTIASA MENGIRINGI KALIAN SEMUA. INSYAALLAH... ^_^
Wassalam.
p/s : Nak bagi semangat kat kalian untuk sama-sama bina Baitul Muslim kelak naa. InsyaAllah.
Read more...