Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Gambar Penyokong Bola Yang Tak Disiarkan Di Media

Wednesday, January 11, 2012

Assalamualaikum semua!

Ckin kembali lagi dengan something yang boleh dikongsikan dengan kalian. Tadi Ckin mencari-cari di google berkenaan dengan Peristiwa Tak Bai, pastu jumpa pulak dengan benda lain. Tapi, ada kepentingan dah hikmahnya jugak tu. Ckin nak kongsikan sedikit 'scene' yang jarang-jarang diperlihatkan kepada umum. Mungkin ada, tapi tak banyak. Ckin nak kongsikan mengenai bola sepak. Tak perlu cakap banyak kot, sebab biarlah gambar yang menjelaskan segala-galanya. ^_^

Nak tengok sumber boleh ke dua laman web ni. 


&


Ikuti di bawah hasil copy dari sana.. ^_^

Teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan stadium yang menyediakan kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya. Usaha dan sikap yang dipamerkan semua pihak ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokong Kelantan yang lain.







Gambar oleh Afendy Latif

Situasi ini sukar untuk dilihat di stadium lain atau disiarkan di dada akhbar. Ini antara watak-watak yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan meskipun ada segelintir penyokong Kelantan yang menyebabkan penyokong Kelantan yang lain dipandang sinis penyokong pasukan lain. Yakinlah! Kemenangan atau keputusan perlawanan akan lebih bermakna jika mendapat keredhaan Illahi.


Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”

(QS: Al-Baqarah 2:45)

Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan).

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya".

(QS Asy Syams 91:8)

Khusyuk di dalam solat itu mudah.

"Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu".

(QS: Al-Baqarah 2:185)

Bola, Bola jugok Akhirat jange di lupo....tak sapa 5 minit pun...smeta jah...
Ckin bukanlah peminat tegar bola sepak macam kembar and Abg Kri (abg kedua) Ckin tu, tapi kalau ajak tengok sekadar teman-teman bolehlah. Kelemahan pemain bola sepak yang membuatkan Ckin tak mau tengok adalah mengenai aurat mereka ini. Maaf bagi peminat mahupun pemain bola sepak itu sendiri. Ini adalah PENTING. Menayangkan aurat hatta untuk bermain bagi pertandingan-pertandingan kat dunia ni takkan memberikan apa-apa faedah pun. Sebabnya, nak menang dalam bola sepak pun, tetap berdoa kepada Allah kan? 

Inilah contohnya. Siapa nak pakai macam ni? ^_^ 

Cuba tengok balik, bila menang, pasti akan cakap dialog-dialog macam kat bawah ni:

"Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada kami..."

"Alhamdulillah kami menang pada kali ini setelah berusaha dengan sungguh-sungguh..."

"Alhamdulillah.."

Dalam ramai-ramai tu pasti ada seorang yang akan sebut. Ada lagi siap buat solat hajat nak bagi bola menang. Punya minat kan? Tak salah pun. Memang itulah fitrah manusia. Berkehendakkan kepada fitrah. Berkehendakkan kepada yang baik-baik. Berkehendakkan agar impian tercapai. Mana ada peminat bola nak tengok pasukan dia kalah, kan? Sama jugak bila pelajar, pekerja, guru, artis, dan semua makhluk Allah kat muka Bumi mendapat ganjaran, pasti akan keluar perkataan 'alhamdulillah' di mulutnya. Automatik! Tak perlu nak pasang dalam kepala. Bila dapat ganjaran hasil dari usaha, dia akan berterima kasih kepada Allah sebab memberikan kejayaan tu pada dirinya. Tapi, bila ditinjau dari sudut yang sebenar, itu jadi kata-katalah. 


Menang, tapi dalam masa yang sama tinggalkan suruhan Allah. 
Menang, tapi dalam masa yang sama melanggar hukum Allah sewenang-wenangnya. 
Berjaya, tapi dalam masa yang sama melupakan Allah. C
Cemerlang, tapi dalam masa yang sama 'lupa' pada Allah. 

JANGAN PULA MENJADI MANUSIA YANG AGUNG DI MATA ORANG LAIN, TETAPI DIPANDANG HINA OLEH ALLAH.

Cumanya, mungkin boleh diperbaiki lagi. Kalau pemain-pemain bola sepak pakai seluar fit yang menutup lutut tu, Ckin mesti join tengoklah. InsyaAllah. Sekarang just tengok gitu-gitu je lah. Sebabnya............. Apabila seseorang itu melihat aurat seseorang yang lain, maka beroleh dosa baginya. Bukan dosa kecil, tapi dosa besar. Cukuplah dosa yang ditanggung atas bahu sendiri. Nak tambah lagi 'saham' tu? Cukuplah kot. ^_^ Na'uzubillahiminzalik. 


Sedikit peringatan bagi diri Ckin dan sahabat-sahabat semua :

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. 
Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." 

(Surah Al-Ahzab:36)

Yang baik itu jadikan panduan, yang tak baik itu tinggal-tinggalkanlah di sini. Sehingga bertemu lagi kelak. Wassalam. ^_^

16 Comments:

cIk JanNah January 11, 2012 at 5:20 PM  

alhamdulillah bagus betol diorang. nie baru betol tak mengabaikan waktu solat walau dimana jua berada. :P

Ckin Kembaq January 12, 2012 at 7:53 AM  

cIk JanNah,

alhamdulillah..itu yang patut diterapkan dlm diri setiap Muslim sebab majoritinya adalah Muslim.. ^_^

khairul January 12, 2012 at 8:22 AM  

mcm ni lah yg kita mau !

Ckin Kembaq January 12, 2012 at 9:30 AM  

khairul,

yup!sokong 200%.. ^_^

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail January 12, 2012 at 11:36 AM  

bersukan pun bersukan juga, yg disuruh dn yg dilarang kena patuh. =)

Ckin Kembaq January 12, 2012 at 11:40 AM  

Kak Maera,

Betul tu..bila dpat berkat,komfem menang bergaya.. ^_^

Nem0 o0h Nem0 January 12, 2012 at 12:11 PM  

solat tu wajib! kecuali mati.

Ckin Kembaq January 12, 2012 at 12:29 PM  

Nem0 o0h Nem0,

yep! wajib..dalam kubur, yang pertama akan ditanya adalah mengenai solat.andai baik, maka baiklah. andai solatnya ada kekurangan, maka yang lain tidak akan ditanya...ada hadis tentang ni.. ^_^


Cik Tikah,

alhamdulillah.. ^_^

LadyBird January 14, 2012 at 11:02 AM  

Alhamdulillah...
amat2 bagus :)..
patut dicontohi :)

Ckin Kembaq January 16, 2012 at 8:34 AM  

en. Shafiq,

alhamdulillah.. ^_^


LadyBird,

Betul tu ladybird..hehe rasanya baru tengok situasi gini... ^_^

sukacuka January 16, 2012 at 10:26 AM  

Betul tu..bola2 gak..solat jangan lupa//

Anwar Naim January 23, 2012 at 3:31 PM  

Assalamualaikum, tudia habaq hg, haha bgus btul depa ni.. bola2 jgak kan.. kewajipan msti diutamakn..naim pn x brapa fanatic ngn bola ni.hehe

Ckin Kembaq January 23, 2012 at 10:17 PM  

Anwar Naim,

Waalaikumussalam.haha..baru tau.. ^_^

p/s : tudia..ayat penang kuaq dah..haha

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP