Menitis Air Mataku Di Hari Kelahiran - 9.1.2012
Monday, January 9, 2012
Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah. Bersyukur rasanya dipertemukan dan dipanjangkan umur pada hari ini. Ckin dah menginjak ke usia 21 tahun. Alhamdulillah. Dah meningkat umur. Terharu. =')
9 Januari 1991
22 Jamadilakhir 1411
Semalam, lebih kurang hampir-hampir menunjukkan jam 11.15 malam, Ckin mula taip sms untuk dihantar kepada kembar Ckin yang tersayang iaitu Ckak. Tujuan Ckin adalah untuk menjadi orang pertama wish kat dia dan sebagai persiapan takut-takut Ckin terlena. Almaklumlah, bila dekat dengan bantal, mata mudah sangat nak pejam. Kemudian, 2 minit lepas tu, dapat balik mesej dari Ckak yang membuatkan air mata Ckin berlinangan di malam hari kelahiran. Inilah pertama kali dalam hidup Ckin. Pertama kali Ckin menitiskan air mata bila Ckak cakap yang dia sayang kat Ckin. Alhamdulillah Ckin sorang -sorang kat dalam bilik. Jadi, tak ada siapa yang nampak. ^_^ Ckin sangat-sangat tersentuh. Sehinggakan bangun tidur, mata jadi cam bengkak. Sebab menangis sebelum tidur semalam. Ternyata bukan Ckin sahaja yang menangis kerinduan, rupa-rupanya Ckak pun menangis disebabkan touching.. I Love Her so much... For the rest of my life. Susah senang, Ckin akan cari dia jugak. ^_^
Kak,
Aku takkan pernah menyesal dilahirkan sebagai kembaq hang. Aku betul-betul sayang kat hang.
Kalau tak ada hang, siapalah aku... =_=
Kak,
Aku betul-betul rasa rindu sangat kat hang. Terima kasih sebab dah jadi peneman aku sejak kecik lagi.
Terima kasih ya Allah.
Seriously, air mata itu turun lagi. Sangat-sangat touching. Inilah air mata yang lahir dek kegembiraan dan bersyukur atas nikmatNya. Terima kasih ya Allah.
Kepada sahabat-sahabat Ckin yang wish birthday di facebook, yang mendoakan Ckin and kembar, syukran kathiro. Hanya doa yang mampu Ckin balas. InsyaAllah. Ckin dapat tengok di email sahaja. Redha je lah..
Bermula pada 9 Januari 2012 ini, azam Ckin akan diperbaharui. Azam yang lama ada yang tidak terlaksana dek kekhilafan diri sendiri. Tapi, azam tahun ini akan bermula dan dicapai dengan lebih baik. InsyaAllah. Ckin menjadikan tarikh lahir sebagai noktah bidayah bagi azam Ckin bagi tahun berkenaan.
Setakat itu dahulu, Ckin mengharapkan Ckin akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. Ya Allah. Terima kasih kerana mengurniakan insan-insan yang menyayangi diri hamba-Mu ini. Terima kasih ya Allah. Aku tidak akan mensia-siakannya. InsyaAllah.
p/s :
1. Ckin tak dapat nak tengok facebook sebab facebook diblock. Jadi, ucapan trimas untuk kalian di sini.
2. Terima kasih kerana bersahabat di sini. Walaupun tak pernah jumpa, tapi pengalaman tu ada.
3. Penggunaan bahasa 'aku' dan 'hang' adalah biasa bagi orang utara. Jadi, harap tiada yang mempertikaikannya. Lagipun inilah yang dibiasakan sejak kecil. ^_^
4. Ckin akan sambut lagi hari kelahiran pada tarikh dalam bulan Islam kelak. ^_^
29 Comments:
selamat hari lahir ckin..semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan..:)
nur anis,
Terima kasih kak anis.. ^_^ amin.amin.amin.
HB ckin. moga pjg umur, dilimpahkan rezki.moga azam yg dihajati akan terlaksana. =)
muda trang tang2 lagi tuan rumah ni
Selamat ulangtahun Ckin Kembaq... InsyaAllah, ada masa akak selalu singgah sini k... All the Best, semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan jodoh... singgah selalu ke teratak akak ye!... Salam Ukhuwah!!..
Kak Maera,
Tq akak.amin..insyaAllah.. ^_^
khairul,
yup..muda lagi.. ^_^
puteri cahaya,
Syukran kathiro akak..insyaAllah Ckin akan menyusul ke sana kelak naa.. ^_^
Salam ukhwah jugak..
sanah helwah sayang. :)
*kemas sgt blog sist tau. fes taim dtg. then fllow. then fes taim komen. :))
Cik Yuyu,
tq sayang.. ^_^ semua fes taim..nanti mai bertaim2 naa.. ^_^
selamat hari lahir...
p/s: awat sy yg takde kait mengait ni pun touching jugak dengan ayat kembaq ckin tu.. hairan2.. (",)
eh, ckin ada kembar? so sweet :) happy birthday dear :)
happy birthday ckin dan kembar ckak. semoga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah swt hendaknya :)
selamat hari lahir ckin & ckak ^^
fuad ansari,
terima kasih.. ^_^
p/s : ada jiwa kembar la tu.. hehe
Cik Tikah,
a'ah..ada kembar..hehe tqvm dear.. ^_^
cIK JanNah,
terima kasih banyak2 cik jannah... ^_^ insyaAllah...dengan doa kalian jugak..
Shah Rizar,
terima kasih.. ^_^'
hepi blted b'day..
btw, tersentuh lak hati bace luahan hti utk kembar ckin.
huhu sem0ga kalian d limpahi rhmat dari-Nya :)
cik Kartun,
tqvm cik kartun...
sy lagi tersentuh... ^_^ sebab pertama kali dalm hidup mnangis sebab sayang kat dia.... ^_^
wahh kembar rupenye... meanrik..
http://nighberkz.blogspot.com
NighBerkz'S Blogs,
^_^
waaa,
hepi belated yaa..
semutsengal,
tqvm... ^_^
Selamat menyambut hari lari yang ke-21 ckin. Kita lahir pada tahun yang sama. Maaf lambat.
sukacuka,
it's okay..btw, tqvm ^_^
selamat hari lahir.moga sentiasa murah rezeki. ;)
Nem0 o0h Nem0,
tq dear.. ^_^ amin ya Allah..
rindu nak baca entri betapa akrabnye ckin ngan ckak... sob3x sedey sebab akak pun kembaq tapi sorg2x ja kat bumi ni....sob2x... xpa, family semua ada cuma rasa sebahagian diri xda... huhuhu... touchingnya...
puteri cahaya.
^_^ jangan sedih akak..untung2 dapat kawin t, dpt anak kembar lak kan.heheh rezeki Allah.who knows right? hehe
akak ada kembaq?betul ka ni? jangan rasa gitu...biasalah tu.ujian utk akak tu.. ^__^
sob3x... a'ah... ajal maut kan di tangan ALLAH... Masa mak akak lahirkan akak, kakak kembar akak ni pergi dulu.... jadi, akak la seorg je yang terus membesar dan alhamdulillah, sihat walafiat sampai sekarang...Semoga akak ambil iktibar dengan memperbaiki diri kerana akak terlalu berbeza yang dah menjadi bidadari di alam sana...sedangkan akak perlu menempuh ujian & dugaan hidup sebelum ke alam sana... InsyaAllah, suke kalau Allah beri rezeki zuriat kembar kalau dah sampai masa berkahwin nanti...
puteri cahaya.
Allahurobbi.. sabar ye akak.kelak akan bertemu jgk dengan kembar akak di sana kelak....insyaAllah....dia duk tunggu akak tu...nanti lagi bahagia kat sana.... ^_^ insyaAllah...rezeki tu milik Allah akak...tak dpt anak pertama kembar, ada kelahiran kedua, ketiga, keempat dan seterusnya...berdoa dari sekarang naa.. alhamdulillah Ckin pun mengamalkannya dari sekarng...punya nak kan.. ^_^ jadi ,jom kita amal sama-sama naa.. suatu hari insyaAllah dimakbulkan jugak doa ni....insyaAllah impian kita sama..tak ada beza... ^_^
InsyaAllah kin, moge diperkenankan!!... amin...
puteri cahaya.
insyaAllah...Dia lebih mengetahui akan gerak hati kita..kan akak.. ^__^ jgan putus asa...jgan sedih2 naa.. kembar akak duk tunggu tu.. ^_^
Post a Comment