Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Pakai Tudung vs Tak Pakai Tudung versi Doodle

Wednesday, January 18, 2012

Assalamualaikum semua!

Memandangkan seorang daripada sahabat kita telah dijemput kembali mengadap Illahi, jadi apa salahnya kita memuhasabahkan diri semula. Jenazah dikebumikan pagi ini dan semoga ianya menjadi pengajaran buat diri kita semua. Ckin ingin berkongsi sedikit entri santai daripada salah seorang sahabat blogger kita iaitu :


Nak jenguk, boleh ke sana naa. Simple dengan doodle yang comel. Dan peringatan yang halus di situ. Jadi, preparelah sebelum kematian menjemput. 

Allah... =_=


Isu Perempuan: Pakai Tudung vs Tak Pakai Tudung


Assalamualaikum. Ehem *clear throat* Hai semorang especially gadis-gadis comel yang pakai tudung mahupun yang tak pakai tudung. *lelambai tangan* Kite ada doodle untuk awak-awak semua ni. Just for fun. Actually, not so fun, cuma saja suka-suka, out of boredom, maka terhasillah post ni. Post ni bukan post untuk troll orang so harapnya takde yang butthurt. Peace yaww. ^^

Pakai Tudung vs Tak Pakai Tudung

Ada yang pakai tudung memang baik.
Ada yang pakai tudung tapi jahat.
Ada yang tak pakai tudung memang jahat.
Ada yang tak pakai tudung tapi baik.

Ececeh. Macam pantun lah pulak kan. Heee. Sebenarnya, memang betul pakai tudung tak semestinya orang tu baik dan tak pakai tudung tak semestinya orang tu jahat. Well said. Tuhan pun tak suruh pakai tudung je. Tuhan suruh tutup aurat. Tudung tu salah satu cara untuk menutup aurat.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada.... (dot dot dot)" - diambil dari sini

Pakai Tudung (Baik)

Jenis yang dia pakai tudung dan baik, maksudnya menutup aurat dengan sempurna, contohnya:
#1 solat awal waktu, 
#2 rajin mengaji Quran, 
#3 rajin berpuasa sunat, 
#4 rajin menderma, 
#5 sopan-santun.
Memang ciri-ciri idaman semua mentua dan macam-macam lagilah kan.


Tak Pakai Tudung (Baik)

Jenis yang tak pakai tudung tapi baik ni jenis yang "don't judge a book by it's cover" maksudnya walaupun tak pakai tudung tapi lagi baik dari yang pakai tudung kekadang tu. Contohnya:
#1 solat cukup, 
#2 selalu mengaji Quran, 
#3 rajin berpuasa, 
#4 rajin bagi derma 
#5 sopan, tak mencarut bukan-bukan.
Memang baik sangat-sangat.  :)



Pakai tudung (baik) tapi.....

Ini ada 1 masalah. Dah bagus dah pakai tudung dan baik sebab tak buat maksiat apa semua, TAPI, alamak ada tapi lah pulak, tapi tudung tu sekadar tudung, tak tutup aurat dengan sempurna. Contohnya:

#1 pakai tudung tapi nampak rambut (tak pakai anak tudung)
#2 pakai tudung tapi pakai legging (ketat)
#3 pakai tudung tapi baju pendek (tak tutup pinggul)
#4 pakai tudung tapi baju jarang (tak pakai inner)
#5 pakai tudung almost perfect tapi nampak kaki (tak pakai stoking)
#6 pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek/lengan tiga suku
#7 pakai tudung tapi tak tutup dada (common problem alamak #terasa erk. @_@)
#8 pakai tudung tapi nampak leher (sebab nak tayang subang kot)
#9 pakai tudung tapi sanggul tinggi (macam bonggol unta)
#10 pakai tudung tapi ber-make-up tebal (tabarruj)

Kalau tengok dekat blog http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/ lagilah macam-macam gaya boleh jumpa. This is a serious problem. Bukannya tak boleh nak melawa dan berfesyen tapi berpada-pada lah kot, kan? Boleh je tutup aurat dengan sempurna dan nampak lebih cantik. Kalau di mata manusia tak cantik pun, at least cantik di mata Tuhan. =)

Ini ada beberapa guide untuk pakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna dari http://www.owhsomuslim.com/osm/a-guide-to-proper-hijab-for-ladies/ (Terinspirasi nak buat post ni sebab tengok doodle beliau yang owh so awesome ^_^)


Pakai Tudung (Jahat)

Yang ni benda yang sangat rare sebenarnya, tapi bukan perkara yang luar biasa. Kalau tak, mana datangnya quote "pakai tudung tak semestinya baik" kan kan? Bagus dah pakai tudung tapinya jahat lah pulak, contohnya:
#1 merokok
#2 mengumpat yang boleh sampai ke dosa memfitnah, 
#3 bergaul bebas dengan bukan mahram sampai terjadi benda bukan-bukan, dan 
#4 mencuri barang orang lain. 

Dan macam-macam lagilah contoh. Bab solat tu tak tahu lah pulak. Mana tahu dia jahat pun tapi masih solat ke? Tapi solat kan tiang agama. Kalau sempurna solat, sempurna lah ibadah yang lain. Nampak gayanya kena check solat sendiri dulu dah betul ke tidak ni. #notetomyself.


Tak Pakai Tudung (Jahat)

Yang ni common rasanya. Orang selalu samakan, tak pakai tudung = jahat macam kapir. Ish3. Harsh gila ayat tu. Ada je kapir yang baik. Hmm, contoh yang tak pakai tudung dan memang jahat betul contohnya:
#1 minum minuman keras yang memabukkan, 
#2 mewarnakan rambut, warnakan kuku tangan kuku kaki semua, nak solat macam mana kalau wudhuk tak sah? 
#3 hipokrit contohnya dia pura-pura pakai tudung sebab nak mengorat lelaki ataupun pura-pura pakai tudung sebab kena paksa dengan family. Bila dah belakang family, terus jadi Setan. Lepastu tak pasal-pasal ada lagu "Minah Tudung" ciptaan Hafiz As'ari, 
#4 seksi meksi yang menggoda mata para Arjuna. Kalau yang alim sambil tengok sambil geleng-geleng kepala atau istighfar, kalau yang gatal, sambil tengok sambil tersengih kerang busuk. 
#5 pregnant out of wedlock lepastu dump baby merata-rata dekat dalam longkang lah tong sampah lah. Aiyooo.


Apa-apa pun, ingatlah yang hidup kita ni bukan untuk dunia saja tapi untuk bekalan di hari akhirat jugak. Sekarang dah akhir zaman, Kiamat akan berlaku bila-bila yang kita pun tak tahu bila, takut tak sempat bertaubat. Wuwu. Takutnya. #notetomyself

Related post:

Hmmm, kenapa related post ni semua hasil penulisan lelaki, perempuan semua di manakah? Heee. Lagi 3 hari tinggal untuk makan di siang hari sebelum tiba Ramadhan. Selamat menyiapkan diri untuk beribadah dan berubah untuk kebaikan. :) Ayooo kita. 

Yang baik tu, ambillah buat pengajaran. Yang tak baik, tinggal-tinggalkanlah di sini. 

Wassalam. 

19 Comments:

CikTeddyCorner January 18, 2012 at 9:49 AM  

whoa!really nice post! i loike..nsihat yg bergune tuk kite =)

Ckin Kembaq January 18, 2012 at 9:57 AM  

Original Cik Teddy,

InsyaAllah...amik naa.. ^_^

Nurul Iman Rosman January 18, 2012 at 10:04 AM  

okay, ini sangat-sangat menarik okay!

saye suke ;)

Ckin Kembaq January 18, 2012 at 10:08 AM  

Nurul Iman Rosman,

sy pun suke.. ^_^

Scha Nazri January 18, 2012 at 10:11 AM  

thanx for sharingg! jom berubah! amin. ;)

Ckin Kembaq January 18, 2012 at 10:15 AM  

syAzAnA,

jom3..sy support di belakang naa.. ^_^

Unknown January 18, 2012 at 10:36 AM  

wahai kaum wanita ..jgn lah menampakkan aurat anda!

Ckin Kembaq January 18, 2012 at 10:38 AM  

khairul,

nasihat dari seorang ayah ni.. ^_^

Cik Yuyu January 18, 2012 at 10:58 AM  

im improving myself act! :) doakan yep.. ^^

Ckin Kembaq January 18, 2012 at 11:02 AM  

Cik Yuyu,

InsyaAllah...always in my du'a.. ^_^


Mohammad Abu Bakar Kamal,

^___^

Pha Is January 18, 2012 at 7:15 PM  

mungkin selalunya kaum lelaki yang banyak mengupas hal2 tudung ni sbb selalunya, yang bagi alasan ialah kaum perempuan kot.. hehehe

Ckin Kembaq January 19, 2012 at 7:58 AM  

pha is,

ada kemungkinan di situ.. ^_^ banyak bagi alasan..hehe

Shah Rizar January 19, 2012 at 12:08 PM  

yg penting tak tutup aurat (rambut) tetap berdosa walopun dia dia baik sgt..

Ckin Kembaq January 19, 2012 at 12:24 PM  

Shah Rizar,

yup! itulah kenyataannya... ^_^

Intan Syafika Anuar July 13, 2012 at 4:21 PM  

sgt bgos kalau na didik budak2 dr kecik lg .

Ummu Assad January 3, 2013 at 12:27 AM  

Betul sangat analisis awak. Baik dimata manusia dan baik di mata tuhan tak sama .. Yang bertudung perlu jaga perlakuan dan sentiasa muhasabah diri. Begitu juga dengan yang tidak .. Akhirnya, yang Allah pandang hanyalah Taqwa kan :)

Prihatin July 14, 2014 at 9:47 AM  

as salam
very nice doodle
and very simple explanation...but very clear.congratulations

Prihatin July 14, 2014 at 9:47 AM  

as salam
very nice doodle
and very simple explanation...but very clear.congratulations

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP