Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Yati Dah Mendirikan Baitul Muslim. TAHNIAH!

Sunday, January 22, 2012

Assalamualaikum semua! 

Apa habaq? Harap-harapnya sihat-sihat la naa. ^_^


Sukacita dimaklumkan bahawa pada hari ini, salah seorang daripada sahabat kita melangsungkan walimahnya pada hari ini. Alhamdulillah. 

Kita bila lagi? ^___^ 

Sabor je lah naa...hehe

Tahniah bagi Yati, iaitu sahabat maya Ckin. Orangnya dari Sabah. Berkahwin pun dengan orang Sabah. Untuk mengenali empunya blog, bolehlah ke sini naa... 


Tapi, AWAS! Beliau sudah bersuami bermula pada hari ini. ^_^ Alkisahnya, Ckin mula kenal Yati masa Ckin berjaya buat header menggunakan Adobe Photoshop tahun 2010. Waktu tu tengah praktikal di Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah. Tiba-tiba Yati bagi mesej di facebook untuk mintak Ckin buat header kat dia. Start dari situ, bermulalah perkenalan dengan Yati. Header yang Ckin buat ni simple-simple je sebab Ckin jarang sangat nak explore dalam-dalam. Buat yang bagi sedap mata memandang je pun. 

Lainlah time tu ada Aiz Batu Campur buat header. Memang cantik sangat. Jeles pun ada. Tapi, tu kan anugerah Allah kat Aiz en. Jadi tak perlu nak jeles-jeles. Siapa usaha, dia akan dapat. ^_^ Ada niat nak jumpa, tapi apakan daya, jauh nuh dari Penang ke Sabah. =_= Tapi tak apa, sebab Ckin pernah mimpi jumpa dengan Yati dalam mimpi siap peluk lagi sebab happy sangat-sangat. Alhamdulillah. Mungkin satu hari nanti kita akan berjumpa lagi naa Yati. Mana tau, jumpa tengah jalan dah ada baby di tangan. Ye dak? 


Rezeki Allah, who knows? ^_^ Banyak benda yang nak buat, tapi bila jumpa depan-depan mesti terdiam seketika sebab terkejut plus happy. That's me.hehe Yati siap hantar lagi kad undangan perkahwinan untuk Ckin, tapi apakan daya nak pergi tu 'dekat' sangat. 

Yati, cek akan simpan kad tu untuk kenangan cek naa.. ^_^ 
Memang cantik.

Apa yang penting, Yati dah berjaya mengharungi ujian-ujian sebelum perkahwinan beliau. Tidak bercinta sesuka hati sebelum kahwin. Alhamdulillah. Tak semua orang mampu untuk melepasi ujian ini. Mereka yang kuat sahaja boleh. Kepada kalian yang belum bercinta, jangan cuba-cuba bercinta semata-mata untuk mencari keseronokan duniawi naa. Bahaya! Kang tak kekal lama sehingga ke walimatul urus yang diidam-idamkan. Kalau suka pada seseorang lelaki mahupun perempuan, niatlah untuk menjadikannya sebagai pasangan hidup kelak dan jagalah diri masing-masing. 


Kalau takut terlepas ke tangan orang lain, pergilah jumpa dengan family insan-insan yang disukai tu. Cakap elok-elok, minta baik insyaAllah akan dimudahkan. ^_^ Tapi, jangan risau naa. Dah sampai masa untuk cari pasangan, carilah. Jodoh tu memang dari Allah dan ditetapkan oleh Allah, tapi kalau tak cari, tak boleh jugak. Banyak cara boleh dibuat. Guna orang tengah, cari sendiri, tengok dari jauh dan sebagainya. Sebab apa kena cari? Sebab calon lelaki dan perempuan bukan macam dulu dah. Takut banyak buruk dari baik. Baik  di luar, buruk di dalam. Sebab tu kena cari dah pilih. Dan jangan pulak terlalu memilih. Koreksi diri, kenali diri, barulah kita tahu di mana tahap kesempurnaan diri kita. InsyaAllah. Sedikit lagi tips di situ naa. 


Ckin cuma mampu berpesan dan mengingatkan. Ckin pun ada buat kesilapan. Tapi, jangan ikut yang tak baik tu. Yang baik tu, ambillah. Dan gunakan sebaik-baiknya. Tetapi, dalam masa yang sama ingin memperbaiki segala kesilapan itu. InsyaAllah. Lagipun, siapa yang nak jumpa Allah dalam keadaan yang membawa banyak buruk dari baik kan? Ckin tak mau. Oleh sebab itu Ckin nak cuba menerapkan sifat mahmudah berbanding sifat mazmumah ke dalam diri. Kalian pun boleh. Perkara baik, jadikan sebagai kebiasaan. Yang tak baik tu, belajarlah untuk tinggal-tinggalkan. Lagi elok, buang jauh-jauh. Jauh dari sudut hati yang paling dalam. Kalu kita mahu, insyaAllah kita akan dapat. Bergantung pada diri kita sendiri. Itu sahaja. Ada masa lagi ni sebelum kita dijemput oleh Allah. Ckin mengambil pengajaran daripada dua sahabat sekolah Ckin yang sudah dijemput mengadapNya. Sarhan dan Fazrul Afiq. Tak mustahil lepas ni akan ada lagi yang akan dijemput kelak. Tiada siapa mampu menghalang hatta 5 saat. Tak boleh nak berkata, 

"STOP", "STOP","STOP"

Nyawa tetap ditarik begitu sahaja. Bergantung kepada amalan yang dikerjakan. Allahurobbi... Takut rasanya bila memikirkan bab kematian ni. 

Cukuplah setakat itu. 

Doakan sahabat kita ini dirahmati dan diampunkan dosa-dosa mereka yang lalu serta dimudahkan urusan mereka di alam sana. InsyaAllah.

Suatu hari kita akan bertemu jua wahai bakal suamiku...

Doakan juga kebahagiaan baitul Muslim yang dibina oleh Yati dan suaminya naa. ^__^

Last but not least,

SELAMAT PENGANTIN BARU YATI, SAHABATKU... ^__^


^_^ DOA CEK SENTIASA MENGIRINGI KALIAN SEMUA. INSYAALLAH... ^_^

Wassalam.

p/s : Nak bagi semangat kat kalian untuk sama-sama bina Baitul Muslim kelak naa. InsyaAllah. 

30 Comments:

Unknown January 22, 2012 at 12:04 PM  

tahniah laa buat kwn yg dah ijab kabul tu...smoga kekal hingga ke akhir hayat :)

Cetusan Terkini | 6 Sikap Blogger Super !!

Dafinullah January 22, 2012 at 2:35 PM  

ehem ehem ehem.... tahniah... ^_^

Ckin Kembaq January 22, 2012 at 2:43 PM  

Ibnu Darwin,

ehem..tahniah buat yati.. ^__^

Pha Is January 22, 2012 at 2:56 PM  

hmm.. smnejak dua menjak ni, banyak sangat citer pasai kahwen... kejap kawan, kejap sepupu... yg diri sendiri ni bila la nak merasa tak tau... hehehe

CikTeddyCorner January 22, 2012 at 3:12 PM  

wah..Alhamdulillah..cik pon tumpang gembira bile dgr ni..moga kekal smpai akhirnya.. =)

Ckin Kembaq January 22, 2012 at 4:24 PM  

pha is,

biasalah tu..maknanya makin2 dekat lah tu..hehe diri sendiri? mm..mm..mm..mm..mm.. entahlah..tunggulah lagi beberapa tahun lagi en...yg penting, bukan sekarang.. ^__^


Original Cik Teddy,

Alhamdulillah...kita pun..wewe

suzie rahman January 22, 2012 at 5:45 PM  

taniah yati..skin bila lagi?

Cik tikah January 22, 2012 at 8:08 PM  

selamat pengantin jugak :) bila pulak rezeki cik tikah kan. hehe

FR January 22, 2012 at 10:15 PM  

wah selamat pengantin batu buat kak yati tu :))

Kak ckin bila pulak ni? jgn lupa jemput tawwww :>

Ckin Kembaq January 22, 2012 at 10:15 PM  

suzie rahman,

hehe...sy?...tunggulah 2 3 tahun lagi..insyaAllah.. ^_^


Cik Tikah,

ada la tu nanti..hehe bakal2.. ^_^

Ckin Kembaq January 22, 2012 at 10:33 PM  

fathiahRAIHANA,

insyaAllah..bakal2..hehe lambat lagi..jodoh ringan, ada la tu..insyaAllah akan jempt punya lah..hehe

p/s : buat kak ckin senyum sorang2 ja..hehe ^_^

unknown January 22, 2012 at 10:58 PM  

abg clara dia nak kahwin leps habis U nanti.. Dia kata, kahwin awal dpt berkat ^^

apa2 pwn, selamat pgntin baru utk kawan kq ckin..

^^

Kancil 8349 January 23, 2012 at 12:29 PM  

Selamat pengantin baru untuk sahabat anda

Ckin Kembaq January 23, 2012 at 10:12 PM  

Clara,

jangan lupa jemput naa clara..hehe ada rezki, nak gak pi.. ^_^


Kancil 8349,

InsyaAllah.. ^_^


Cikgu Ma,

nanti tak lama la tu..hehe


khairul,

insyaAllah..tahniah utk dia.. ^_^

Addien January 24, 2012 at 3:17 PM  

Barakallahu lakuma wa barakah 'alaikuma wa jama'a baina kuma fikhair

Addien January 24, 2012 at 3:19 PM  

ohh ye..sudah jawab soalan ckin di blog perihal aurat wanita dengan bapa saudara.., akan datang boleh juga tanya di fb fan page..mudah dan boleh taip panjang

wallahua'lam

Cik_Shiqah January 24, 2012 at 5:16 PM  

Assalamualaikum cik ckin ^^
saya baru ada masa utk menjengah blog ni, sorry sangat2 naa!

tahniah kpd kwn cik ckin. moga berkekalan hingga ke syurga.

nanti turn cik ckin plk naa. InsyaAllah. hehe ;D

Ckin Kembaq January 25, 2012 at 7:50 AM  

Ad-Dien,

'kuma' kena tukar pada 'huma' rasanya.. ^_^ insyaAllah..da tengok..syukran.. ^_^


Cik_Shiqah,

Waalaikumussalam cik shiqah..

takpa-takpa...kalu free, buat naa...nanti ada peluang kita join lagi..hehe utamakan yg penting tau.. ^_^


LadyBird,

tahniah untuknya jua... ^_^

NorFarahin@aien January 25, 2012 at 11:19 AM  

Barakallahu lakuma wa barakah 'alaikuma wa jama'a baina kuma fikhair :D

menikmati cinta yang halal sgt indah...still waiting..my future zauj..kiter jumpe d akad yaa :D

Ckin Kembaq January 25, 2012 at 11:53 AM  

::WafalIrdina::

InsyaAllah..sama2 tunggu naa.. ^__^

jelly gamat January 25, 2012 at 3:02 PM  

selamat jatuh cinta...ehehhe

Ckin Kembaq January 25, 2012 at 3:03 PM  

jelly gamat,

selamat jatuh cinta?bagi yati..hehe

syamilsynz January 25, 2012 at 6:18 PM  

Tahniah buat yati dan suami...Sama2 kita bina baitul muslim dengan cara yang diredhai olehNya...

syamilsynz January 25, 2012 at 6:32 PM  

tahniah buat yati dan suami, smoga diberkati olehNya.

Moga kita juga mengambil pengajaran membina baitul muslim dengan cara yg diredhai olehNya.

Cikgu Aini January 25, 2012 at 11:28 PM  

wah,...tahniah buat Yati!..Selamat Pengantin Baru. Bagus pesanan dr ckin...hehe. moga dirahmati Allah selalu naa... :)

Ckin Kembaq January 26, 2012 at 7:57 AM  

syamilsynz,

Tahniah untuknya.. ^_^ insyaAllah..itu yang dicari..


kak puteri cahaya,

insyaAllah akak..pesanan akan disampaikan kepada yati...hehe ^_^

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP