Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Subhanallah! Beruntungnya Umat Rasulullah s.a.w

Sunday, January 23, 2011

Assalamualaikum.  Sihat semua?  

Alhamdulillah Ckin baru saja selesai buat Program Sukaneka bersama muslimat RAPI tadi di padang.  Lega hati sebab dah settle and dapat berkenal-kenalan dengan adik-adik usrah yang lain.  Moga-moga perancangan-perancangan selepas ni akan dimudahkan.  Act, Ckin ada terjumpa benda menarik kat blogdausso.wordpress.com .  

Rindu pada Baginda... =_=

Tadi nak cari benda lain tapi jumpa benda lain.  Alhamdulillah... Ckin nak ajak sahabat-sahabat semua untuk baca apa yang Ckin dapat kat bawah ni.  Kelebihan yang umat Rasulullah dapat!  Subhanallah.. Mungkin kita tak sedar, tapi harap lepas ni kita akan lebih bersyukur naa.  Jangan lupakan Rasulullah, dan sentiasa terapkan dalam hati untuk merindukan baginda.... 

Ka’bul Akhbar berkata bahawa:

“Saya telah membaca kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Musa A.S yang mana Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai Musa, dua rakaat yang disembahyangkan pada waktu subuh oleh Muhammad dan umatnya Aku menganpunkan bagi mereka (yang mengerjakan solat subuh) semua apa-apa yang terjadi pada malam dan siang hari, dia tetap dibawah lindunganKu”.

Firman Allah S.W.T:

“Wahai Musa, solat Zohor empat rakaat yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya, aku akan beri kepada mereka pengampunan pada rakaat pertama, aku beratkan timbangan mereka pada rakaat kedua, rakaat ketiga Aku kerahkan para malaikatKu bertasbih dan membaca istighfar (memohon ampun) bagi mereka dan pada rakaat keempat Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit sehingga para bidadari dapat mengintai mereka.”

Firman Allah S.W.T:

“Wahai Musa, empat rakaat solat asar yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya, maka semua para malaikat dilangit dan dibumi meminta ampun untuk mereka, maka sesiapa yang telah diminta ampun oleh malaikat, tidaklah Aku siksa mereka.”

Firman Allah S.W.T:

“Wahai Musa, solat Maghrib tiga rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya, iaitu ketika matahari terbenam, maka Aku bukakan untuk mereka pintu2 langit , dan setiap sesuatu yang mereka minta pasti akan Aku berikan.”

Firman Allah:

“Wahai Musa, solat Isya’ empat rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya ketika terbenam mega-mega merah, Solat itu adalah lebih baik daripada dunia dan seisinyadan juga mereka terlepas dari dosa-dosa. Mereka itu bagaikan anak yang baru lahir dari perut ibu.”

Firman Allah S.W.T.:

“Wahai Musa, jika Muhammad dan umatnya berwudhu’ sebagaimana Aku perintahkan, maka Aku berikan kepada mereka setiap titik air wudhu’ itu dengan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.”

Firman Allah S.W.T.:

Wahai Musa, puasa yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya dalam bulan Ramadhan selama sebulan dalam setiap tahun, maka akan Aku berikan mereka setiap satu hari puasa itu satu kota di syurga dan setiap kebaikan yang dilakukan oleh mereka yang sunat, akan diberi pahala sebesar pahala fardhu. Aku berikan kepada mereka satu malam yang bernama Lailatul Qadar, barangsiapa yang membaca istighfar pada malam itu hanya sekali tetapi dengan bersungguh dan menyesal didalam hatinya terhadap kesalahan2nya, apabila dia mati pada malam itu atau pada bulan itu, maka Aku berikan pahala kepadanya pahala 30 orang mati syahid.”

Dan Firman Allah S.W.T:

“Wahai Musa, diantara umat Muhammad S.A.W. ada orang-orang yang berdiri di atas tempat2 tinggi untuk mengumandangkan syahadat LA ILAHA ILLALLAH, maka pahala mereka bagaikan pahala para nabi-nabi A.S. dan rahmatKu wajib keatas mereka. Sedangkan murkaku jauh dari mereka dan tidak akan Aku tutup bagi mereka pintu taubat selama mereka tetap bersyahadat kepadaku.

Begitulah betapa besarnya ganjaran dan kelebihan untuk umat Muhammad jika dibandingkan dengan umat para nabi yang lain. Jadi, semoga kita dapat memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaNya.

p/s : Moga-moga kita akan lebih muhasabah diri kita.  

Wassalam.  

Read more...

Allah Hanya Memanggil Kita 3 Kali... In Life???

Saturday, January 22, 2011


Assalamualaikum semua....

Salam di pagi Sabtu yang agak mendung...hehe Alhamdulillah Ckin dah terpacak depan lappy ni... Pada yang akan menghadapi exam, buat yang terbaik! Bertawakkallah pada Allah. Tapi setelah berusaha la kan kan... Kalau tak usaha, macam mana nak berjaya, ye dak? Ok... Pagi-pagi ni Ckin nak berkongsi sikit cerita yang memang dah lama Ckin simpan as draft dalam blog ni. Baru jumpa balik setelah diselidik tadi. Plannya nak cari benda lain, tapi jumpa benda lain. But, it's ok. Mungkin ada yang pernah baca dan mungkin ada yang tidak. Jom me'rest'kan diri naa.. Ckin baca sambil cecah biskut and Anlene. Haa.. 

Yummy! Yummy! Memang sedap la.. ahakz 

Jom scroll ke bawah.

"Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah....... Aku bertanya pada Ibu. 
'Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?' 
Maklum, ini pertama kali aku berUmrah.. Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah. Ibu berkata...


'Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..'

Keningku berkerut.... 

....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?' Ibu tersenyum.. 

'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?' Saya menggelengkan kepala.

'Panggilan pertama adalah Azan', ujar Ibu. 


'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.

Saya terpaku.... Mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat karena meetinglah, mengajarlah, menyiapkan assignment, tengok movie dan lain lain.

Masya Allah........

Ibu melanjutkan,

'Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. 

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran'. Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji/Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. 
Allah berkata, laksanakan Haji/Umrah bagi yang mampu'.

Mata saya semakin berkaca-kaca. .........Subhanallah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ...... Alhamdulillah...

'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN. 


Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Kebiasaannya, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Karena itu, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ....

Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......InsyaAllah syurga adalah balasannya.. .....'
 ** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi, saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. .... Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..... ..... Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ ....**



Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'

'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak.'

Mudah-mudahan sahabat-sahabat yang membaca post kali ini dapat refresh semula diri kita.  InsyaAllah.  Ilmu yang ada, Ckin akan cuba sampaikan.  Kerana inilah bakal simpanan bekalan kita di sana kelak.  
InsyaAllah Ckin akan kongsikan mengenai apa yang Ckin baca sehinggakan air mata yang kurang mengalir sejak akhir-akhir ini turut tersentuh dan merasa gerun dengan amaran-Nya.  Moga-moga Ckin akan diluangkan masa yang ada.  Banyak tugasan penting yang perlu Ckin siapkan termasuk yang remeh dan yang penting.  Ujian masa.  

Sekian dahulu, 
manfaatkan masa yang ada ni dengan sebaiknya naa.  Masa yang lalu tidak akan kembali lagi walaupun Doraemon masih ada di Bumi.  n_n

Wassalam.

Read more...

GA Kasperskye Dari FARISZ@AZ.Com

Wednesday, January 19, 2011

Assalamualaikum. 

Ha.. Dengan penuh bersemangat Ckin nak menaip entri khas ni. Actually, sahabat blog kita ada buat tawaran hebat yang tak terdapat di mana-mana tempat..ahakz So, follower beliau kena buat satu entri yang bertajuk

"GA Kasperskye Dari FARISZ@AZ.Com". 




Macam mana Ckin boleh tau tentang tawaran hebat ni? Sebenarnya, Ckin memang bz sangat la 2 ke 3 minggu ni. So, memang tak sempat nak terjah ke semua blog yang ada. =_= Tapi, bila tengok ada komen dalam entri Ckin, Ckin secara automatiknya akan menerjah dengan segera ke blog pihak yang mengomen Ckin tu. 

Bila tengok tadi, 
"Oh1 Rupa-rupanya ada something new here...." 

Benda favourite lak tu. Hadiahnya adalah follower YANG BERTUAH tu akan mendapat Key Kasperskye Internet Security 2011 1Pc 1Year 1Key. Ckin pun guna KISS 2011. Tapi, kalau dapat, ok la jugak kan. Boleh buat hadiah kat sahabat Ckin if ada la kan...( ngaku siap-siap.. hehe ) Apa kelebihan KISS ni? Haa..
Nak tau, carilah sendiri naa..

p/s : Penganjur tidak mengizinkan sebarang pengiklanan.. Maaf ye penganjur... n_n

Selain tu, syarat-syarat join penyertaan ni adalah follower terbabit perlu menjawab soalan-soalan cepu emas daripada beliau.... 

Jeng.. Jeng.. Jeng...

Soalan pertama :
i ) Berikan satu nama lagu nasyid dari kumpulan nasyid di Malaysia yang anda paling gemari.(xramai suka lagu nasyid tapi pilihlah lagu mana yang paling disukai).


Ckin paling suka lagu Mahligai Kasih. Dulu, kini dan selamanya. Tak ada lagu yang boleh tandinginya.. n_n 


Soalan kedua :
ii) Berikan lirik lagu tersebut dan nama kumpulan tersebut.

Liriknya adalah..........

Duhai kasih cuba kau dengarkan
Isi hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan
Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kitakan diberkati

Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina oh
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

'Kasih kuharapkan cinta kita kan terus kekal hingga ke syurga'

Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku oh
Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini hingga terbina mahligai bahgia oh

Nyanyian Kumpulan UNIC. 

Nak tengok ? 


iii) Berikan sebab anda suka lagu nasyid tersebut.

Part ni yang paling best nak isi... ^_^ Kenapa Ckin paling suka lagu ni???
Nak tau, Ckin jatuh cinta dengan lagu ni sejak di sekolah menengah lagi.  Sejak Form 3 dah mula dah..hehe Biasala.. Antara pengumpul lirik lagu nasyid ni... 
(Dalam kepala aja la..hehe)

Lirik lagu ni menceritakan tentang seseorang yang ingin menyampaikan hasrat hatinya kepada insan yang dicintainya.  =_= Seolah-olah macam luahan hati Ckin.  Tapi, kepada siapa pun tak dapat dikenalpasti lagi.  Yang penting, Ckin akan hadiahkan lagu ni kepada bakal suami Ckin nanti..ahakz Maknanya sebagai peringatan buat si dia tentang hati dan perasaan Ckin.  Sekarang?  Tak lagi la.  Just wait for that time...hehe

InsyaAllah, sekiranya si dia ada terbaca entri ni, alhamdulillah.  Mudah-mudahan dia faham akan isi hati Ckin. Ni bukannya nak jiwang or apa kan, tapi tu lah hakikatnya.  Sebagai contoh, si dia dah memberi harapan kepada kita, dan kita sangat mengharapkan kasih kita akan tercapai sehingga terbinanya MAHLIGAI KASIH yang diredhai Allah.  Maka, kita akan berdoa dengan sesungguh mungkin bagi menjadikan impian kita tercapai.  Maka, dengan pertolongan-Nya, insyaAllah akan berjaya.  

Apa-apa pun, Ckin mengaku la.  Ckin tersentuh dengan lagu ni.  Touching gitu.  Biarlah kita bercinta dari jauh.  Hanya kita dan Allah yang tahu.  Walaupun si dia tak tahu, tetapi mungkin satu hari kita akan dipertemukan jugak.  Doa banyak-banyak naa.  Ni dah nak kluar tajuk nih..haha Maaf naa penganjur.. ^_^

Mungkin setakat tu dulu entri yang merapu kot..haha Moga-moga ada something new yang boleh kamu semua ambik.. InsyaAllah..

 Ckin nak tag :


p/s : Buat individu yang ditag, kalau berkesempatan, bolehla join naa... Tiada paksaan... n_n
Wassalam

Read more...

Ni Lah Dia Hasutannya! Haish...

Assalamualaikum...

Maaf naa.. Ckin terlalu bz sampai tak sempat nak update blog.. Mesti boring bila bukan blog, alih-alih keluar benda yg sama kan..hehe

Tajuk entri ni agak mencabar and agak menarik.  Nak tau?  Sila rajin-rajinkan diri anda untuk scroll ke bawah naa... Moga-moga ada manfaatnya... InsyaAllah...

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su’). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik,” Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu.” Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak “cool” cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. “Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang,” syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. “Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit

Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya “cool” dan “vogue”, yakni dibisiki wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?” Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik.” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. “Yah…. tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy,” katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit


Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih “power”, tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, “Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki.” Ini baru agak longgar. “Oh…… ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala……. orang tetap menamakannya dengan jilbab.”

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis

Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja.” Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis.”

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya.”

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki,” bersungut. “Fitnah? Ah…… itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman.”

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini

Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu” Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup


Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.
 
Credit to : http://dausso.wordpress.com/2008/07/21/cara-aurat-wanita-didedahkan/

Read more...

Antara Dua Kasih... Makbulkan doaku ini.. Amin..

Thursday, January 13, 2011

Assalamualaikum...

Jom dengar lagu ni... hehe 

MY FAVOURITE SONG... ahakz


Ya Allah, 
Sekiranya Kau takdirkan dirinya dipertemukan dengan diriku, 
Maka Kau bimbinglah kami dengan ilmuMu,
Janganlah Kau biarkan diriku dan jua dirinya hanyut dalam cinta nafsu, 
Kerana sesungguhnya ianya tidak menjanjikan pulangan apa-apa,

Ya Allah,
Seanandainya sahabatku mula diusik hatinya,
Maka Kau tegurlah dirinya andai dia terleka,
Jangan Kau biarkan dirinya kabur dengan cinta dunia,

Ya Allah, 
Tautkanlah hati kami di jalanMu,
Rahmatilah kami dengan rahmatMu,
Bantulah kami dengan kasih sayangMu..

Ku pohon kepadaMu Ya Allah
Moha ukhwah kami teguh selama-lamanya
Kerana pada jalanMu kami bertemu
Kerana hati kami bertaut ketika memadu kasih dan sayangMu
Ku pohon lindungilah dirinya dengan maghfirahMu
Agar kekuatannya terletak pada taqwa dan iman
Bukan pada nafsu...
Agar jiwanya tidak mudah dimamah bisikan syaitan
Agar tidak dipahat jamuan hiasan duniawi yang pastinya palsu dan merugikan
Ku pohon agar hatinya bersarang rindu untuk bertemu denganMu
Sehingga saat kami dipertemukan suatu ketika nanti...
Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

...v^_^v...

Read more...

Selamat Hari Lahir Ckin!

Sunday, January 9, 2011

Assalamualaikum.  


Tak sangka Ckin dah menjejak ke usia 20 Tahun.  Banyak ucapan dari sahabat-sahabat sama ada by facebook, mesej dan mulut.  Alhamdulillah masih ada yang ingat.  Bila teringat balik, rasa macam.....

 Entah.....

Sepanjang tempoh 19 tahun hidup, banyak sangat kekhilafan yang dibuat.  Happy, takut, gelisah, suka, semua bercampur and jadi rojak...  Azam yang ada dah direnew... InsyaAllah...  Apa yang Ckin harapkan adalah semoga tahun-tahun yang akan datang akan jadi lebih baik dengan kehadiran '20-an' ni... Dapat free call, tapi tak tau nak telefon sapa.  hehe Telefon my twin la noh...  Ada faedahnya jugak.  Dia baru balik dari Kem apa ntah under IMAM di UITM.  Maybe penat sket kot.  Nanti la Ckin nak kacau dia.  Jangan jeles naa..ahakz

Actually, Ckin baru ja balik dari Perak ni.  Berziarah ke rumah roomate Ckin.  Alhamdulillah puas hati sebabnya benda paling best adalah Ckin dapat mandi sungai.  Pergh! Sejuk kot..hahaNama sungai tu adalah Sungai Guar kalau tak silap.  Airnya jernih.  Secara jujurnya, Ckin tak puas lagi tu.  Nak mandi lagi and lagi.  Tapi keadaan masa yang tak mengizinkan.  So, kena bajet la. Ckin pi hari Jumaat, balik hari  ni, ahad.  Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang.  Program Diskusi Ilmu tak dapat nak join.  Satu kerugian, tapi tak apa minggu depan ada lagi kan.  

Nak cerita banyak-banyak, tapi mata dah mengantuk.  Penat.  Nanti sambung lain naa..  Wassalam.

p/s : SELAMAT HARI LAHIR BUAT DIRIKU... ^_^

Read more...

1 Januari - Sejarah Jesus Disunatkan. Kamu Raikannya?

Wednesday, January 5, 2011

Assalamualaikum..

Apa khabar iman dan jasad? Syukur dapat jugak buka blog.  Banyak benda nak dimaklumkan tapi keadaan internet dan masa yang tidak mengizinkan.  By the way, Ckin akan manfaatkan peluang ni dengan sebaik-baiknya.  Ckin nak cerita sikit tentang isu semasa dan sikit-sikit tentang sejarah.  Waktu malam tahun baru Ckin ada di Pusat Islam. Dengar Diskusi Ilmu.  Alhamdulillah ada sikit ilmu kot yang boleh Ckin kongsi.  Malam tu jugak menjadi malam sejarah hitam bagi diri Ckin... =_= Apa yang jadi? Biarlah rahsia.  Ckin akan ingat benda yang jadi tu sampai bila-bila.  Walaupun sampai sekarang ni pun masih tak dapat menerima kecacatan peristiwa tu.  Ckin tak mau bercakap panjang, cuma nak berkongsi sikit apa yang Ckin ada.

Sahabat-sahabat Ckin ni ada sambut Tahun Baru tak baru-baru ni?  Kalau ada, nak jugak bertanya, tahukah apa sejarah atau rahsia di sebalik '1 JANUARI' pada Kalendar Masihi tu?  Takkan saja-saja sambut kan?... Setiap perkara yang jadi kat atas muka bumi ni pasti ada sebab-sebabnya.  Tunggu kita ja nak check ataupun tidak.  Kalau nak tahu, '1 JANUARI' adalah hari di mana JESUS disunatkan!


Ckin tak bercakap tanpa bukti.  InsyaAllah.  Ckin pun ada siasat tentang benda ni melalui Wikipedia untuk pengesahan.  Rupa-rupanya ianya adalah sejarah.  Is it right?  Jom baca kat bawah.

Circumcision of Jesus is an event from the life of Jesus of Nazareth. The Gospel of Luke states in verse 2:21 that Jesus was circumcised eight days after his birth (traditionally January 1). This is in keeping with the Halakha, Jewish law which holds that males should be circumcised eight days after birth during aBrit milah ceremony, at which they are also given their name.  Source:http://en.wikipedia.org/wiki/Circumcision_of_Christ 

Nak Ckin explain jugak ka?  Rasanya semua yang baca ni cekap B.I kan... So, kalau tak faham maksud sila rujuk Kamus naa...  Circumcise tu maknanya dikhatankan.  Jesus kan Tuhan depa.  Dia disunatkan!  Kalau ikut logik akal pun, takkanlah Tuhan yang dikatakan maha berkuasa tu dikhatankan oleh orang lain??? Sedangkan kita umat Islam berpegang pada firman Allah.

Surah Al-Ikhlas : 3
"Ia tidak beranak dan tidak pula Ia diperanakkan"

 Bila kamu meraikan Tahun Baru, ini bermakna kamu pun turut meraikan hari di mana Jesus yakni Tuhan Kristian disunatkan!  Haa.. Bagusla kan?  Kamu cakap Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah.  Tapi, seolah-olah kamu meraikan pihak-pihak Kristianisasi.  Nauzubillahiminzalik.  Moga-moga kita akan ditetapkan iman di hati.  InsyaAllah.

Contohnya, masa malam tahun baru tu hampir RM100,000 lebih diperuntukkan untuk bunga api tu.  Sedangkan saudara-saudara kita di Langkawi (rumah-rumah rosak sebab musibah ribut), di Terengganu and Pahang (banjir) yang teruk.  Kenapa tak salurkan saja duit tu ke sana?  Sahabat-sahabat kita menderita dengan bom, mercun kat Palestin, tapi kita seronok bila mercun tu meletup di udara.  Depa tu dihujani peluru setiap masa, pagi petang siang malam.  Nak makan pun kena makan tumbuhan hatta rumput sebab bertapa seksanya depa kena ngan Yahudi Laknatullah!  Ingat balik sahabatku sekalian, kita tak rasa aoa yang depa rasa.  Sebab tu kita happy sentiasa.  Kan?  Mengaku aja la.  Kenapa kita masih mengagung-agungkan semua ni?  Fikir-fikirkan kembali ye.  Perjalanan hidup kita tak lama.  Sekejap saja.  Ckin mengingatkan diri Ckin dan jugak sahabat-sahabat selagi mampu.

Ingat ye sahabat, syaitan dah bersumpah.  Bersumpah akan terus-menerus menyesatkan kita.  Buktinya?

Daripada Said Al-Khudri,
"Demi kepujian-Mu aku akan terus-menerus menyimpang dan menggoda hambaMu selama mana nyawa mereka di badan"
Lalu dijawab oleh Allah,
"Demi Kemuliaan-Ku, Aku akan terus-menerus mengampuni mereka selagi mereka memohon keampunan dari-Ku"

Nampak?  Syaitan pun memuji Allah walaupun dia jahat.  Kita?  Contohnya, waktu berdoa, mals nak angkat tangan sampai paras dada.  Waktu berdoa, membelakangi kiblat sebab nak bersembang dengan kawan-kawan.  Waktu berdoa, tak memulakan dengan puji Allah dan mendoakan kesejahteraan Nabi kita.  Benda simple.  Kamu saja malas nak buat.  Terus-terang aja la.  Cakap kias-kias ni pun bukannya nak faham, ye dak?  Waktu kita perlukan Dia, baru kita nak duduk di tikar sejadah, berdoa dengan air mata, sebab nak pastikan agar doa kita dimakbulkan, berdoa agar kita disembuhkan dari demam, berdoa agar kita berjaya dalam exam, berdoa agar usia dipanjangkan.  Tapi, bila dah senang, semua lupa kat Dia.  Sanggup pulak buat dosa yang sudah dikatakan HARAM dan BERDOSA BESAR!  Mana letaknya iman yang kita bina selama ni?  Mana amalan-amalan sunat yang kita lakukan?  Subhanallah.  Ckin emosi atas apa yang berlaku.

Maaf, Ckin tak boleh terima andai orang terdekat Ckin yang sama-sama berjemaah, makan setalam, tidur sekatil, belajar sekali, berjalan-jalan sekali buat benda-benda yang memang tak ada faedah langsung pada diri dia.  Ckin kesian, tapi dah itu jalan yang dipilih, apa lagi yang mampu kita katakan?

Contohnya, Allah dah cakap JANGAN MENGHAMPIRI ZINA! JANGAN! JANGAN! Tapi, nak jugak.  Kenapa Allah tegaskan dengan ucapan "Jangan hampiri zina?" bukannya dengan "Jangan buat zina!" ?  Ini bermaksud hampiri zina pun dah bawak kepada dosa apatah lagi yang melakukannya.  Kan? Kalau ikut logik akal pun dah boleh bezakan yang mana baik and yang mana sia-sia.  Akhirnya, Allah tunjukkan jugak la yg mana perintah tu bukan main-main.  Kenapa tak letak pergantungan pada Allah?  Kenapa nak jugak langgar perintah Allah?  Tanya balik diri kita.  Kalau masih buat semua yang diharamkan oleh-Nya, maknanya kamu masih ragu-ragu dengan kekuasaan dan kemampuan Allah.  Nauzubillahiminzalik.  Istighfar banyak-banyak naa.

Ckin rasa dah cukup setakat ni kot noh.... InsyaAllah nanti Ckin sambung kalau berkesempatan.  Semoga dengan ilmu yang sikit ni akan membawa perubahan pada diri Ckin dan jugak kamu semua.  Biarlah apa orang nak kata bila kita tak ada pakwe/makwe, asalkan Allah tau apa yang ada dalam hati kita ni.  Hidup kita menuju dua tempat.  SYURGA ataupun NERAKA.  Jalannya?  Kamu yang tentukan.  Masuklah ke mana-mana pintu yang kamu rasakan sesuai.  InsyaAllah.

p/s : Kalau dah terjebak ke dalam kancah maksiat, bertaubatlah... Pintu taubat masih terbuka selagi nyawa belum berada di hujung kerongkong... InsyaAllah... Sama-sama renungkan.  Jaga diri baik-baik naa. n_n

Nukilan,

Ckin Kembaq
Insan Yang Masih Mencari Redha-Nya...

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP