Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

DUIT! Jangan Lupa Naa and Salam Kemaafan...

Thursday, April 28, 2011

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian!

- D U I T!         D U I T! -

Apa khabar?  Rasanya hampir dua minggu lebih Ckin tak update en.  Alahai, dah nasib diri ni menghadapi exam deh...  Tapi alhamdulillah petang tadi merupakan last paper Ckin.  Alhamdulillah sebab dah berakhir bagi sem ni and pengakhiran jugak bagi penghabisan Diploma Sains Kesetiausahaan.  

"Pasni nak buat apa eh?"  

Yang tu dalam proses pemikiran.   Ckin tak ada apa nak kongsi sebab tak ada idea ni.  Malam ni nak tengok movie puas-puas, balik layan movie lagi, and ada something penting yang Ckin nak buat.  Apa tu?  Secreto De Amor le.

Ckin balik lambat untuk last sem ni.  Kan Ckin ada gitau yang Ckin akan gi Wahsiyyah Shoppe tapi kursus tu dah ditunda ke 15 and 16 Mei.  Lega hati sebabnya Ckin memang kempunan dah nak balik rumah. =_= Ye la, Sepanjang tempoh 5 bulan (rasanya kot) ni, Ckin hanya balik rumah 2 kali sahaja.  Alhamdulillah masih boleh bertahan, tapi tengok depa ni pakat suka nak balik, Ckin pun lagi lah bertambah kuat keinginan nak balik.  Esok plan nak gi round sekitar Poli then sekitar Perlis (roomate yang ajak) then entah apa lagi yang nak buat.hehe  Ikut saja la Ckin ni.

By the way, untuk sahabat-sahabat yang mengenali diri ini kat Poli atau kat blog atau kat FB, Ckin nak menyusun jari memohon seribu kemaafan seandainya Ckin ada buat salah sepanjang perkenalan kita ni.  Halalkan ilmu, makan dan minum, dan yang seangkatan dengannya.  Ckin ni pun khilaf, banyak yang kurang, tp Ckin cakap lah Ckin sayangkan kalian semua.  Atas nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.  Moga-moga perkenalan ini tidak akan terhenti begitu sahaja.  InsyaAllah... =_=

Setiap pertemuan akan diakhiri jua dengan perpisahan...
Setiap yang hidup pasti akan mati...
Setiap yang mula pasti ada akhirnya...   
MELAINKAN ALLAH S.W.T

Moga kita berjumpa lagi ye sahabat-sahabatku...

p/s : Di sepanjang cuti ni, istiqamahlah dalam ibadah yang kita sama-sama lakukan selama ni.  Solat hajat jangan lupa supaya kita sama-sama akan dapat result yang memuaskan hati nanti.  InsyaAllah...  Al-Quran jangan tinggal.  Ma'thurat maintain.  Zikir jangan lupa.  ^_^  Wassalam

Read more...

Bila Agama Cuba Digadaikan. Apa Pendapat Kamu?

Tuesday, April 19, 2011

Assalamualaikum sahabat-sahabat...  

Maaf naa...  Atas kesibukan nak exam, Ckin tak sempat nak reply komen and update blog ni.  Alahai, sabar je la.  Ni pun update sebab nak share something yang sangat-sangat penting.  Ckin stop study jap.  Petang pas zohor insyaAllah Ckin sambung study lagi.  ^_^ Ckin start final hari Khamis ni, then Isnin and Khamis depan.  Pastu 29 & 30 ada kursus ngan pihak Wahsiyyah Shoppe.  Yang tu lain cerita pulak, nanti Ckin story naa.  InsyaAllah.

Ckin ambil ni dari sahabat blogger Ckin.  Namanya : Zarule162 Nak tengok balik boleh gi sana naa.
Boleh baca dan fikir semula akan apa yang Ckin nak kongsikan kat bawah ni.  Any pertanyaan, refer kat Ckin atau kat Zarule tu.  

Dunia akhir zaman semakin hebat tekanan ke atas agama Islam.  Islam dicaci, dihina, dipaparkan keburukan dari segala segi segenap penjuru 360 darjah dan dalam pelbagai bentuk serangan. Dulu mereka menentang secara terang-terangan dan sehingga kini mereka masih menyerang tetapi bentuk serangan pula adalah berbeza.  Mereka semakin licik dan begitu halus sehingga kita umat Islam tidak nampak dan tidak perasan segala pergerakan mereka.  Pergerakan freemason ini sekarang semakin terdesak menggunakan medium mereka untuk menekan pemerintah supaya mengikut telunjuk mereka. Baru-baru ini kita telah dikhabarkan di akhbar tempatan tentang IFC.  Siapa yang tak tau IFC tu apa, sila rujuk di sini.

1. Apakah Interfaith Commision (IFC)?
IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religous Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama termasuk agama Islam akibat desakan penganut agama lain.
Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?
IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?
Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut:
* Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu ide penubuhan IRC berjalan dengan lancar.
* Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF.
* Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.
* Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN , JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimana pun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.
* Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.
* Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.

4. Apakah matlamat penubuhan IFC?
Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

6. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?
Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:
1. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam.
IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam. Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan - Freedom of religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri.
Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.
2. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah.
Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:
Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948·
Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita· (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995)
Konvensyen mengenai hak kanak-kanak.·
Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi· berasaskan agama.
Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewargaan, sukukaum, agama· dan bahasa minoriti.
Deklarasi Vienna dan plan tindakan.·
Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam.
Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan.
Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.
3. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja
Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.
4. Orang Islam bebas untuk murtad
Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan 'setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama....(artikel 18)'. Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.
5. IFC berhak menentukan status agama seseorang.
Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya adalah bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal agama Islam.
Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada nama Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) draf undang-undang IFC.

7. Apakah sikap PM dan menteri?
Menurut kenyataan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, penubuhan IFC cuma ditangguhkan. Penubuhannya tidak pernah dihalang. Jawatankuasa Kaukus Parlimen Berkenaan Hak Asasi Manusia melalui pengerusinya, Dato' Sri Mohamed Nazri Aziz yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri sepakat bersama 50 NGO menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu.
Ini kerana moral adalah hak peribadi individu dan kewujudan undang-undang untuk mengawalnya dikira melanggar hak asasi manusia. Kenyataan ini bermaksud, peraturan dan undang-undang Islam tidak boleh digunakan untuk mengawal akhlak orang Islam atau dengan kata lain, Al-Quran dan hadis tidak terpakai dalam kehidupan individu.
Orang Islam bebas melakukan apa sahaja atas tiket "hak asasi manusia". Kenyataan ini nampaknya selari dengan tuntutan IFC.

8. Apakah kaitan IFC dengan Islam Hadhari?
Islam Hadhari menekankan kemajuan kebendaan dan mengenepikan pembinaan manusiawi. Persoalan moral bukan keutamaan. Apa sahaja perlu dilakukan demi kemajuan kebendaan
Berikut adalah petikan akhbar tersebut.
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahawa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Berikut adalah kenyataan dari saudara kita saudara Affendi email kepada saya. Harap info ini dapat menyatupadukan kita semua untuk menegakkan kalimah Allah di akhir zaman ini. Allahuakbar!

Tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.  Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
 - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama 
- Maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain 
- Mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? 
(...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim)

Ini dia, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...  Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu.  Tau 50 orang Islam tu kata apa?...  Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...  Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya,  'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'...  Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya : 
Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)
Ckin pernah dengar pasal isu ni, tapi sekarang baru jumpa.  Sebagai seorang Muslim yang sayangkan agama kamu, apa yang kamu rasa???  Maruah Islam diceroboh oleh umat Islam sendiri.  Nak berdiam diri and membenci dari hati (selemah-lemah iman) sahaja?  Atau masih nak pretend golongan-golongan ni?

Petikan : Zarule n FB 

Read more...

10 Jerat Nak Menghadapi Final

Sunday, April 10, 2011

Assalamualaikum...

Hari ni Ckin rompak banyak masa untuk berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat sekalian.  Lagi seminggu macam tu, Ckin akan menghadapi final exam.  Sahabat-sahabat macam mana pulak?  Adakah waktu kita final sama?hehe Kalau sama, Ckin nak berkongsi sedikit ilmu yang Ckin dapat lepas pi Diskusi Ilmu bersama En Radhi kat Pusat Islam PTSS semalam.  Tajuk pun dah semacam en?

1. Tak tahu nak start dari mana.
Penyelesaiannya : Apa yang dicadangkan oleh En Radhi, kita semak and cari semula soalan-soalan final year yang lepas-lepas.  Buat.  Teliti.

2. Masa terhad tapi banyak lagi tak study.
Penyelesaiannya : Fahami tujuan sebenar sesuatu sub-topik.

3. 'Kering' sampai tak boleh nak fokus.
Penyelesaiannya : Susun jadual supaya ada variasi study.  Contohnya, pagi buat subjek teori, petang buat subjek kira-kira, malam buat subjek teori.

4. "Saya dah habis baca, tapi tak ingat"
Penyelesaiannya : Baca nota sendiri (bukan nota dari lecturer semata-mata).  Banyakkan latihan daripada menghafal.  Faktor tak ingat ni antaranya adalah gabra nak final.  So, lupa habis. Kan?

5. "Saya rasa saya faham, tapi saya belum bersedia untuk diuji"
Penyelesaiannya : Buat latihan.  Mula-mula, re-check nota sendiri, review back what u have learn, then buat latihan.  InsyaAllah boleh punya.  Practice makes perfect right?

6.  Terlalu banyak nak ingat.
Penyelesainnya : Buat pneumonik.  Yang ni Ckin selalu buat.  Contohnya, bagi subjek Tamadun Islam.  Ckin ingat lagi.  Bagi bidang Biologi ada 3 orang tokoh yang terkenal bagi bidang Botani.
Kaedah pneumonik yang Ckin buat adalah --->

 GORENG BAWANG WANGI 
yang merujuk kepada 

G   B   W
G = Al-Ghafiqi (bidang herba perubatan)
B = Al-Baytar (menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh digunakan dalam perubatan)
W = Al-Wahsiyyah (bidang pertanian)

Alhamdulillah sampai sekarang pun masih ingat lagi. ^_^

7. Hanya boleh ingat dalam 'short memory' sahaja.
Penyelesaiannya : Tukar konsep dan niat belajar.  Niat di hati untuk ingat ilmu yang dipelajari sekarang bagi masa depan.  Bukannya sekadar untuk mengambil exam.  Buat jadual exam.  Konsep pembelajaran yang sesetengah pelajar lakukan sekarang majoritinya adalah salah.  Mereka hanya ingin menghafal bagi exam sahaja.  Pentingnya adalah dengan menukar konsep belajar tersebut naa.  

8. Suka sangat study atas katil sambil dengar lagu.
Penyelesainnya : Tukar cara study.  Jangan sesekali amalkan aspek kat atas ni walaupun sebentar.  Boleh?  Pastikan di meja.  Sambil dudu atau berdiri.  Suasana 'belajar' tu kena diwujudkan.  Faham kan?

9. Rasa 'krem' minda dan fizikal.
Penyelesaiannya : Jangan buat sesuatu secara mendadak.  Sebagai contoh, kita aktif bersukan.  Then, bila nak final, terus stop bersukan.  Nanti badan akan terkejut.  Macam tu jugak dengan study berlebihan.  Sebelum ni tak pernah tidur lewat untuk study, tp tiba-tiba nak berjaga sampai jam 2 3 pagi.  Nanti badan akan terkejut.  Boleh buat, tp kena slow-slow dan teratur.

10. Budaya 'stay-up'.
Penyelesaiannya : Cuba buat.  Kaedahnya adalah dengan tidur awal, dan bangun awal.  Set masa siap-siap.  Contohnya ada seorang pelajar lelaki terbaik SPM 2010 di Johor baru-baru ni.  Antara rahsia kejayaannya adalah dia stay up for studying sejak dia kecil lagi.  Dia ni anak yatim piatu lagi.  Dulu, ayahnya pesan pada dia, kalau nak study, study waktu ayah qiamullail.  Dia pun buat.  Bila masuk sekolah menengah, dia mula buat secara berkala.  Sampailah sekarang ni.  Antara lain yang hebat, dia selang-selikan hafalannya dari segi akademik dan hafazan ayat al-Quran.  So, dia memang jaga pemakanannya.  Hebat bukan?  Itu antara rahsia kejayaannya.  Boleh la check naa...

Ckin tak mampu nak stay up lagi.  Kang mengantuk menjadi-jadi.  =_=

Ckin nak berkongsi ngan sahabat-sahabat.  Supaya kita betul-betul memanfaatkan masa kita yang tinggal seminggu lagi ni untuk prepare sebaik mungkin.  Tambah-tambah lak Ckin ni dah sem akhir. ^_^ 

Apa-apa nak tanya tentang study, tips, isu semasa, or tentang akademik keseluruhannya, kamu boleh la email terus kat En Radhi (bagi Ckin, antara lecturer yang memahami akan situasi studentnya) di email :

mrad001@yahoo.com

Sekian dulu, Ckin pun ngah arrange masa.  Tadi dah buat soalan final year bagi subjek Keusahawanan.  Sekarang rehat jap untuk kongsi ni.  Petang nak buat benda lain pulak.  Malam ni ada perjumpaan ngan beliau la.  ^_^  Moga-moga sahabat-sahabat boleh gunakan apa yang Ckin kongsikan ini dengan sebaiknya.  Ma'as salamah.

Wassalam.

Read more...

9 Jenis Wanita Dalam Neraka. Siapa Mereka?

Friday, April 8, 2011

Assalamualaikum...  Apa khabar sahabat-sahabat?  Maaf la naa sebabnya Ckin memang tak sempat nak post something new kat sini.  Bz and banyak benda nak pikir.  hehe  Tapi, hari ni sempat curi masa sikit.  Act, lagi seminggu lebih dah nak final + exam MUET and beberapa lagi agenda penting yang tak selesai lagi.  Jadi orang yang bz lah sekarang ni.  Meh baca kisah ni.  Mungkin ramai yang tak sedar akan perkara ni, so sama-sama amik iktibar naa.  Moga-moga hati kita akan gentar apabila digambarkan akan azab Allah di sana kelak.  

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut : 
"Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,
"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

Sumber : Klik Sini

p/s : Sama-sama mengingati sesama sendiri... insyaAllah. 

Read more...

Dah Habis Presentation RP..alhamdulillah

Sunday, April 3, 2011

Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian?  Sihat fizikal dan mental?  Sekarang ni di Perlis dah banjir, hujan tak menentu, so jagalah kesihatan baik-baik naa...  Ckin alhamdulillah masih sihat walafiat wa lepat liat.ahakz.  Act, saja curi-curi masa ni.  Tadi Ckin ada kena buat presentation Rancangan Perniagaan (Business Plan) untuk projek akhir bagi kursus yang Ckin amik.  Ckin buat perniagaan jahitan langsir bagi projek nih.  Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik.  Habis dah explain tentang apa yang Ckin and kawan-kawan Ckin buat. 

Semalam sibuk sangat.  Balik dari kelas MUET, terus solat isyak then gi bilik kawan Ckin untuk sambung buat pdersediaan bagi RP ni.  Tido pun lambat semalam sebab dimaklumkan yang assignment Translation kena ditaip bukannya ditulis.  Semalam pun pinjam laptop roomate nak buat kerja sebabnya laptop Ckin dah dipinjam oleh my love twin balik ke rumah.  Charger laptop kembaq Ckin meletup sebab kawan dia bagi tumpah air atas charger tu.  Mujur dia nak ganti balik.  Lega hati.  Sekarang dia kat kampung sebab UITM ditutup sementara atas sebab banjir.  Nanti ahad dia akan balik mai sini dah kot.hehe Ok lah.. Nak balik dah ni.  Ni pun guna laptop roomate jugak aka Ruhani buat sementara..ahakz 

Nak pi kem kat Dusun Resort pulak 5.30 petang ni.  Kem Pemantapan Organisasi.

p/s : Post yang tertangguh pada hari Jumaat hari tu..haha malas nak edit dah..so, publish aja la.. ^_^

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP