Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

10 Jerat Nak Menghadapi Final

Sunday, April 10, 2011

Assalamualaikum...

Hari ni Ckin rompak banyak masa untuk berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat sekalian.  Lagi seminggu macam tu, Ckin akan menghadapi final exam.  Sahabat-sahabat macam mana pulak?  Adakah waktu kita final sama?hehe Kalau sama, Ckin nak berkongsi sedikit ilmu yang Ckin dapat lepas pi Diskusi Ilmu bersama En Radhi kat Pusat Islam PTSS semalam.  Tajuk pun dah semacam en?

1. Tak tahu nak start dari mana.
Penyelesaiannya : Apa yang dicadangkan oleh En Radhi, kita semak and cari semula soalan-soalan final year yang lepas-lepas.  Buat.  Teliti.

2. Masa terhad tapi banyak lagi tak study.
Penyelesaiannya : Fahami tujuan sebenar sesuatu sub-topik.

3. 'Kering' sampai tak boleh nak fokus.
Penyelesaiannya : Susun jadual supaya ada variasi study.  Contohnya, pagi buat subjek teori, petang buat subjek kira-kira, malam buat subjek teori.

4. "Saya dah habis baca, tapi tak ingat"
Penyelesaiannya : Baca nota sendiri (bukan nota dari lecturer semata-mata).  Banyakkan latihan daripada menghafal.  Faktor tak ingat ni antaranya adalah gabra nak final.  So, lupa habis. Kan?

5. "Saya rasa saya faham, tapi saya belum bersedia untuk diuji"
Penyelesaiannya : Buat latihan.  Mula-mula, re-check nota sendiri, review back what u have learn, then buat latihan.  InsyaAllah boleh punya.  Practice makes perfect right?

6.  Terlalu banyak nak ingat.
Penyelesainnya : Buat pneumonik.  Yang ni Ckin selalu buat.  Contohnya, bagi subjek Tamadun Islam.  Ckin ingat lagi.  Bagi bidang Biologi ada 3 orang tokoh yang terkenal bagi bidang Botani.
Kaedah pneumonik yang Ckin buat adalah --->

 GORENG BAWANG WANGI 
yang merujuk kepada 

G   B   W
G = Al-Ghafiqi (bidang herba perubatan)
B = Al-Baytar (menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh digunakan dalam perubatan)
W = Al-Wahsiyyah (bidang pertanian)

Alhamdulillah sampai sekarang pun masih ingat lagi. ^_^

7. Hanya boleh ingat dalam 'short memory' sahaja.
Penyelesaiannya : Tukar konsep dan niat belajar.  Niat di hati untuk ingat ilmu yang dipelajari sekarang bagi masa depan.  Bukannya sekadar untuk mengambil exam.  Buat jadual exam.  Konsep pembelajaran yang sesetengah pelajar lakukan sekarang majoritinya adalah salah.  Mereka hanya ingin menghafal bagi exam sahaja.  Pentingnya adalah dengan menukar konsep belajar tersebut naa.  

8. Suka sangat study atas katil sambil dengar lagu.
Penyelesainnya : Tukar cara study.  Jangan sesekali amalkan aspek kat atas ni walaupun sebentar.  Boleh?  Pastikan di meja.  Sambil dudu atau berdiri.  Suasana 'belajar' tu kena diwujudkan.  Faham kan?

9. Rasa 'krem' minda dan fizikal.
Penyelesaiannya : Jangan buat sesuatu secara mendadak.  Sebagai contoh, kita aktif bersukan.  Then, bila nak final, terus stop bersukan.  Nanti badan akan terkejut.  Macam tu jugak dengan study berlebihan.  Sebelum ni tak pernah tidur lewat untuk study, tp tiba-tiba nak berjaga sampai jam 2 3 pagi.  Nanti badan akan terkejut.  Boleh buat, tp kena slow-slow dan teratur.

10. Budaya 'stay-up'.
Penyelesaiannya : Cuba buat.  Kaedahnya adalah dengan tidur awal, dan bangun awal.  Set masa siap-siap.  Contohnya ada seorang pelajar lelaki terbaik SPM 2010 di Johor baru-baru ni.  Antara rahsia kejayaannya adalah dia stay up for studying sejak dia kecil lagi.  Dia ni anak yatim piatu lagi.  Dulu, ayahnya pesan pada dia, kalau nak study, study waktu ayah qiamullail.  Dia pun buat.  Bila masuk sekolah menengah, dia mula buat secara berkala.  Sampailah sekarang ni.  Antara lain yang hebat, dia selang-selikan hafalannya dari segi akademik dan hafazan ayat al-Quran.  So, dia memang jaga pemakanannya.  Hebat bukan?  Itu antara rahsia kejayaannya.  Boleh la check naa...

Ckin tak mampu nak stay up lagi.  Kang mengantuk menjadi-jadi.  =_=

Ckin nak berkongsi ngan sahabat-sahabat.  Supaya kita betul-betul memanfaatkan masa kita yang tinggal seminggu lagi ni untuk prepare sebaik mungkin.  Tambah-tambah lak Ckin ni dah sem akhir. ^_^ 

Apa-apa nak tanya tentang study, tips, isu semasa, or tentang akademik keseluruhannya, kamu boleh la email terus kat En Radhi (bagi Ckin, antara lecturer yang memahami akan situasi studentnya) di email :

mrad001@yahoo.com

Sekian dulu, Ckin pun ngah arrange masa.  Tadi dah buat soalan final year bagi subjek Keusahawanan.  Sekarang rehat jap untuk kongsi ni.  Petang nak buat benda lain pulak.  Malam ni ada perjumpaan ngan beliau la.  ^_^  Moga-moga sahabat-sahabat boleh gunakan apa yang Ckin kongsikan ini dengan sebaiknya.  Ma'as salamah.

Wassalam.

7 Comments:

Dafinullah April 11, 2011 at 12:07 AM  

wah..bagus2... entri yg sgt3 bermanfaat!! sgt2 berguna!! thanks berkongsi.....^_^

Dafinullah April 11, 2011 at 12:07 AM  

wah..bagus2... entri yg sgt3 bermanfaat!! sgt2 berguna!! thanks berkongsi.....^_^

SHM April 11, 2011 at 1:55 PM  

entry yg bermanfaat..tp rsenye utk thn ni x dpt dgunakan kot sbb da x de exam..:D

HaDi April 11, 2011 at 2:58 PM  

Wah...
boleh jadi motivator...
tp skrg dah x jd pelajar lagi..
lmbt la kuarkan tips2 berguna nie..
klo tahu,,nk cuba dah dlu..=P

nur anis April 11, 2011 at 7:47 PM  

alamak..saya pun dah nak final ni..goodluck ckin..:)

Haffzone April 12, 2011 at 7:37 AM  

macam2 tips kt sini... lame xjlan2 kt sini...=D

CikTomyam April 19, 2011 at 10:29 AM  

gud info..ada gak eh krem minda..huhu

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP