Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Abang... Kenapa 7 Kaki?

Tuesday, February 28, 2012

Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah bertemu lagi kita di petang yang berbahagia ni. Wah! Sangat bahagia. ^_^ Diharap post semalam dapat memberikan sedikit peringatan buat kita semua naa. Ckin berusaha menjadi yang terbaik untuk diri sendiri. Jadi, tak salahkan jika dalam masa yang sama Ckin mengingatkan kalian semua, iaitu sahabat-sahabat Ckin, kan? Oleh itu, pesanan Ckin jangan dilupakan. Sekiranya kalian rasa patut diikut perkara yang Ckin cakap, ikutlah. Sekiranya tak perlu, jadikan ianya sebagai bahan bacaan. 

Jika tak setuju dengan pendapat orang lain, jangan sesekali menolak. Tetapi, amalkan sikap menghormati pandangan orang lain. Itu adalah lebih baik. Pandangan tersebut, BIARLAH RASIONAL. Tidak membuta tuli.

Berbalik kepada cerita hari ini. Apa pulak yang nak disampaikan? Ckin dapat ni dari facebook kawan Ckin. Jadi, terdetik di hati nak berkongsi. InshaAllah. ^_^

Sangat romantik. Pegang janggut. ^_^

Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal
dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita, berlainan digali
sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo... InsyaAllah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum).

"Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita."

Isteri : SubhanaAllah. Besarnya kuasa Allah ya abang.
Suami : (hanya tersenyum)

••► Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana insyaAllah Allah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak.


Islam amat menghormati kaum perempuan, maka hargailah penghormatan ini. Sekian dahulu untuk hari ini. Wassalam. ^_^

p/s : Islam mengangkat darjat kaum wanita, tetapi hari ini, kaum wanita sendiri yang menjahanamkan darjat itu... Fikirkanlah... Kita di mana?

Read more...

Ikhlas Bukan Pada Lafaz, Tapi Pada Hati

Monday, February 27, 2012

Assalamualaikum semua!

Hari ini Ckin nak berkongsi sedikit hasil penulisan sahabat kita yang Ckin ambil dari blog RAPI PTSS. Ckin just ambil naa. Tak edit sangat-sangat dah sebab Waiz Aufa dah letak gambar comel-comel dah. ^_^ Memudahkan kerja. Apa yang penting adalah isinya tu. Ckin akui, Ckin setuju dengan penulisan sahabat blogger ni. Siapa orangnya? Bolehlah klik kat bawah ni naa.


Ckin menyokong dan Ckin mengikut jejak langkah beliau dari beberapa segi. InshaAllah. Selagi perkara itu mendatangkan manfaat dan kebaikan untuk diri Ckin, Ckin akan ikut. ^_^ 

"Allah menganugerahkan hikmah iaitu kefahaman mengenai al-Quran dan sunah kepada siapa yang Dia kehendaki. Sesiapa yang menerima hikmah itu, dia benar-benar mendapat kurnia yang banyak".

(Surah Al-Baqarah : 269)


Ikhlas bukan pada lafaz tapi pada hati.

Kadang-kadang datang angin bayu membisik lembut pada telinga. Ia seperti suara bisikan hati yang paling dalam. Jua seakan bertanya tentang sesuatu perkara. Kadangkala ia menghantui diri tetapi ada juga terasa seperti satu peringatan.

"Adakah engkau ikhlas dalam nukilan kamu?,atau engkau hanya mengharapkan sesuatu habuan duniawi?

Merenung sejenak mencari kapasitor jawapan yang sebenar. Apa yang aku mahu dalam nukilan aku.Pujian? Kadang-kadang ia datang menggoda tetapi diri cuba memberontak.Sambil melafazkan kata-kata." Aku akan cuba untuk ikhlas.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: 'Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda;

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Ya,setiap perkara yang kita lakukan akan dinilai keikhlasannya oleh Allah S.W.T. 

"Ikhlas itu sukar tetapi ia tidak payah." 

Pernah terdengar kata-kata tersebut.Tapi bagaimana nak ikhlas sedangkan ia sukar?
Berfikir...
Bagi aku untuk ikhlas dalam menulis adalah dengan menghalang perkara-perkara yang boleh menggugat niat dan lakukan perkara yang boleh meneguhkan niat...


Sembunyikan identiti

Bagi aku menyembunyikan identiti adalah satu alternatif untuk menghalang perkara yang boleh menggugat niat. Tapi mem"publish"kan identiti kita bukan bermakna kita tidak ikhlas. Ia bergantung pada individu tersebut bagaimana kuat dia menahan gelodak penyakit hati yang sentiasa mengganggu keikhlasan. Sebab tu aku terpaksa sembunyikan identiti kerana aku bukan seorang yang kuat untuk melawan penyakit hati. Tapi jangan sangka aku nie "lack of confidence" pulak. 

Tiada iklan pada blog

Dulu, masa baru-baru buat blog aku ada jugak pasang iklan. Selepas tu, aku berfikir niat asal aku untuk menulis. Kau nak dapat "earning" ker? Atau kau betul-betul ikhlas untuk menulis. So,aku buang iklan pada blog. Tapi aku tak kata blogger yang ada iklan pada blog tu tak ikhlas. Macam aku kata tadi, aku bukan seorang yang kuat untuk melawan penyakit hati. Alternatifnya adalah tiada iklan pada blog aku. So,terhalanglah diri ini untuk menulis entri semata-mata nak tingkatkan trafik dan "cash out" pendapatan dari iklan." Mungkin...


Mengawal objektif 

Sentiasa kawal objektif atau tujuan asal kita untuk ber"blogging". Kalau tergelincir dari landasan cepat-cepat naik dan pacu dengan berhati-hati supaya "maintain" dalam penulisan. Tersilap pacu kita bakal binasa.


Entri berfaedah

Sentiasa menulis entri yang mendatangkan faedah kepada diri sendiri dan orang lain terutamanya pengunjung-pengunjung blog. Contohnya,nasihat-nasihat agama. Tidak semestinya membina sebuah blog berunsur keagamaan untuk menasihat. Tapi sekadar menyampaikan apa yang kita tahu dan perkara tersebut memberi faedah kepada orang yang membaca. Apa yang disampaikan akan balik kepada kita semula. Apa yang dinasihatkan kepada orang lain adalah cerminan nasihat bagi diri sendiri. Setiap perkara yang dilakukan untuk kebaikan orang lain akan dipermudahkah oleh Allah S.W.T. Disitulah titik-tolak keikhlasan bakal terbit. InshaAllah. 


Doa

Banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T supaya sentiasa dikurniakan keikhlasan dalam berkarya dan sentiasa istiqomah dalam apa yang ditulis.

Benar juga kata-kata saudara Azwan Ramli ni. Kadang, Ckin rasa tersasar. Entah apa yang menganggu fikiran, Ckin tidak pasti. Apa yang lebih utama, Ckin mengakui kesilapan diri. Mungkin inilah yang dikatakan petunjuk dari Allah. Tak gitu? Hari-hari, diselitkan dalam doa.

"Ya Allah, janganlah Kau pesongkan hati kami setelah Kau memberi petunjuk kepada Kami..."
"Ya Allah, tunjukkanlah aku ke jalan yang benar dan lurus yang menuju kepada-Mu..."
"Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya ilmumu dan mudahkanlah ilmu-Mu untuk masuk ke dalam hatiku..."

Doa dimakbulkan? Wallahua'lam. Allah Maha Mengetahui. Mungkin teguran dariNya didatangkan melalui insan-insan ini? Mungkin jugak. Yang pentingnya, kita faham. Kita sedar. Dan kita bertindak.

Sekian dahulu untuk hari ini. Yang baik itu, ambillah buat pedoman, yang tak baik itu, tinggal-tinggalkanlah di sini naa. Wassalam.

p/s : Sesungguhnya hidayah Allah itu datang dalam berbagai-bagai bentuk. Kita yang harus lebih menyedarinya. InshaAllah. ^_^

Read more...

"Halo Yang. Nanti I Call U Balik.. Tengah Meeting Ni.."

Sunday, February 26, 2012


Assalamualaikum semua! 
Jutaan kemaafan dipohon sebab tak dapat nak share perkara yang bermanfaat buat sementara ni disebabkan tak punya masa. Jadi, hari ni sekadar nak post potret-potret duniawi yang sangat comel dan boleh menghilangkan tension dengan senyuman.

Lupa pulak, nak perkenalkan sahabat blogger kita yang post tentang ni. Nak ziarah, boleh klik:


^_^ Jadi, selamat senyum sampai ke telinga naa. ^_^'


Ok dear... ^_^ hehe


Bas yang terbaik.. ^_^


Sama? Lebih kurang jugak. ^_^


Forget = Lupa. ^_^


Menyorok pun orang nampak miaow.. ^_^


Aku hanyalah seekor kucing biasa. Sebatang kara. uhuk uhuk


Pakailah helmet. Ingatlah orang yang tersayang. ^_^


Tikus sahaja. Binatang lain boleh ye..hehe

Ok x? ^_^ Cukup untuk membuatkan diri ini tersenyum lebar. ^_^

Jumpa lagi di lain entri naa. Wassalam.

p/s : macam-macam ragam...haha

Read more...

"Tak Nak Kawan Dengan Awak Lagi!"

Thursday, February 23, 2012

Assalamualaikum semua!
Wah! Tajuk panas. Isi kandungannya sejuk je.
Sekadar nak berkongsi short animation dari IluvIslam. ^_^
Walaupun hanya seketika, tetapi ada mesej yang nak disampaikan.

Paling penting tu, duduk semeja, tapi berbalas komen di facebook. ^_^ Very cute.



Sekian dahulu untuk hari ini.
Pendek pun tak apa, asalkan ada sesuatu hari ini. Kelmarin mesyuarat petang sampai Asar. So, tak dapat nak update. ^_^

Wassalam.

Read more...

'Kenderaan Merentas Alam' Yang Hilang Tu...

Tuesday, February 21, 2012

Assalamualaikum. 
Sekadar nak berkongsi komik doraemon yang comel dan adik comel. ^_^ Ada mesej di situ. 


Kenderaan ni takkan pernah hilang. Sentiasa ada setiap hari di masjid-masjid berdekatan kalian. Kalian akan menaikinya walaupun tidak berkeinginan. 

p/s : Muhasabah diri... InshaAllah. 

Read more...

Kesalahan Noktah Bidayah. Salah Kat Mana??

Monday, February 20, 2012


Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah kesihatan dah makin pulih hari ni. Alhamdulillah. Terima kasih bagi yang mendoakan kesihatan kita ni. ^_^ Ok, berbalik kepada tajuk hari ini. Kesalahan Noktah Bidayah. Aik? Bukankah Noktah Bidayah itu adalah suatu titik permulaan yang baik untuk berubah dari kurang baik kepada baik, ataupun dah memang baik, tetapi nak 'upgrade'kan ke arah yang lebih baik? Apa salahnya? Kalau nak tau, sila habiskan pembacaan kalian di sini naa. Act, Ckin ambil ni daripada penulisan sahabat blogger kita ni iaitu Syamilsynz. Beliau lebih suka menyampaikan bentuk pengajaran mahupun nasihat dalam bentuk cerita. Ikut pendapat Ckin la. Nak ziarah beliau, boleh klik di sini: 


Sekarang, jom teruskan pembacaan dari penulisan beliau. Semoga beroleh sesuatu hari ini naa. ^_^ Cuba teliti, adakah watak-watak ini ada dalam diri kalian? Jika ada, selidiklah diri. Koreksi diri. InshaAllah. Ckin menyampaikan. 


“Nampaknya sampai sini sahajalah hubungan kita.”

“Hah? Apa maksud awak?” Firdaus meminta kepastian. Kata yang diungkapkan oleh teman wanitanya sebentar tadi membuatkan dia terasa ada suatu perkara yang akan terjadi. Suatu perkara yang menakutkan dia.


“Maksud saya kita putus.” Fatin mengungkapkan maksud sebenarnya. Fatin seorang yang putih gebu. Sangat diminati ramai. Beruntunglah sesiapa yang memilikinya.

“Tapi kita…” Firdaus tidak dapat menyambung kata-katanya. Matanya sudah mula bertakungkan air. Dia memang seorang yang sensitif.


“Saya sudah bosan dengan awak. Lagipun saya sudah ada lelaki lain yang saya suka.” Tanpa ada rasa bersalah Fatin berterus terang.


Mengalirlah air mata Firdaus tatkala mendengar pengakuan Fatin. Sebak. Hubungan yang dibina dua tahun lamanya musnah begitu sahaja. Suka duka yang di kongsi bersama hanyalah penipuan. Cinta yang baginya adalah cinta sejati rupanya adalah dusta.


*********************************************************************************************


Seminggu berlalu selepas kejadian antara Firdaus dan Fatin. Firdaus masih tidak dapat melupakan Fatin. Hatinya masih sakit. Tidak dapat menerima kenyataan yang cinta Fatin kepadanya semua hanyalah dusta setelah apa yang mereka lalui. Baginya semuanya indah.

Firdaus mencapai handset nokianya. Lantas dia menaip beberapa perkataan. Ingin dia menghantar mesej kepada Fatin. Button send di tekannya.

Sending…

“Fatin… tolonglah balas” Firdaus mengharap mesejnya dibalas.


Lama dia menunggu tetap mesej tidak di balas. Kemudian dia pun membuat panggilan call. Beberapa call dibuatnya tetapi tidak diangkat.

Hatinya terasa lebih sakit. Dia yakin Fatin membaca mesejnya dan sengaja tidak mahu mengangkat panggilannya.

Dan sekali lagi air mata Firdaus mengalir apabila mengenang semula kisah mereka. Hatinya teramat sakit. Seperti tiada penawar untuk sakitnya. Dia sangat mencintai Fatin. Hanya Fatin yang dapat menyembuhkan kesakitan dihatinya.


*********************************************************************************************


“Aku tengok semenjak dua ni kau asyik murung je. Kau ada masalah ke?” Akmal, sahabat yang tinggal sebilik dengannya menyapa. Hairan dengan tingkah laku Firdaus yang asyik mengasingkan diri dan hanya berbaring di katilnya semenjak seminggu yang lepas. Sebelum ini persoalan yang sama ditujukan tetapi Firdaus tidak menjawab.

“Emm… tak ada apa-apa lah.” Firdaus cuba bersenyum. Bibirnya mengukirkan senyuman palsu. Langsung tidak berseri.


“Ceritalah dekat aku. Kitakan sahabat. Susah senang kita bersama.” Akmal menuju ke katil Firdaus dan terus duduk. Katilnya dan katil Firdaus hanya berjarak beberapa meter. Mereka tinggal di bilik dua orang di kolej tempat mereka belajar. Kebetulan mereka sama bidang iaitu Mekanikal.

Firdaus mengubah posisi baringannya kepada duduk. “Kalau aku cerita masalah aku, kau boleh tolong ke?”

“InsyaAllah aku akan tolong apa yang boleh. Kalau tak boleh pun sekurang-kurangnya aku akan cuba mengurangkan beban kau.” Tangan Akmal menepuk – nepuk belakang Firdaus. Firdaus hanya membiarkan sahaja. Dia melihat wajah Akmal. Wajah yang bersih dan berseri seperti tidak ada masalah. Wajah yang boleh dipercayai.

“Aku sebenarnya baru ditinggalkan oleh teman wanita aku.” Akhirnya Firdaus menceritakan masalah sebenarnya. Dia sudah tidak dapat menyimpan kesakitan di hatinya seorang diri. Dia perlukan seseorang untuk diluahkan.


“Alhamdulillah.” Kalimah itu diungkapkan oleh Akmal. Wajahnya mengukir senyuman.

“Apa kau kata!” Terus Firdaus berdiri dari katilnya dan memandang tepat ke mata Akmal. Dia seakan tidak percaya apa yang baru didengarinya. Dia baru sahaja ingin berkongsi tetapi nampaknya dia tersalah orang. Dia baru dikhianati dan sekarang teman biliknya juga mahu mengkhianatinya.

“Eh sabarlah dulu. Aku cakap macam itu sebab aku bersyukur yang Allah masih sayangkan kau. Allah masih beri peluang dekat engkau untuk mencapai cintaNYA.” Wajah Akmal masih tersenyum. Jawapan yang diberinya sekaligus meredakan kemarahan Firdaus.

“Apa maksud kau?” Firdaus duduk semula. Tidak faham apa yang di cakapkan oleh Akmal dengan ‘Allah masih sayang kepadanya’.

“Macam ini.” Akmal menarik nafas. Cuba untuk menyusun ayat supaya Firdaus faham akan apa yang akan disampaikan kepadanya. Bagi seorang dai’e, penyusunan ayat amat penting ketika berdakwah kerana seseorang yang tidak begitu memahami Islam tidak akan tertarik sekiranya mereka tidak faham apa yang dikatakan oleh para dai’e.

“Cinta itu fitrah manusia. Allah campakkan perasaan itu kepada semua makhluknya. Lumrah bagi wanita tertarik kepada lelaki dan lelaki akan tertarik kepada perempuan untuk dijadikan pasangan hidup.”


Dan bahawasanya dialah yang menciptakan berpasangan-pasangan laki-laki dan perempuan. (Surah An Najm – ayat 45)

Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasangan-pasangan supaya kamu mengingati akan kebesaran Allah. (Surah Adz Dzaariyaat – ayat 49)

“Cinta yang sebenar adalah cinta yang membawa pasangan kita ke syurga. Adakah dengan bercouple, berpegang tangan, panggilan ditukar menjadi ‘sayang’ dan sama dengannya akan membawa pasangan kita ke syurga? Semestinya tidak malahan mudah mendapat murka Allah. Dan rasionalnya kita hanya akan melemparkan pasangan kita ke dalam neraka dan sudah semestinya pasangan kita akan menarik kita sekali!“

“Sebab itulah aku kata Allah masih sayangkan kau.” Panjang Akmal menerangkan kepada Firdaus. Dia berharap Firdaus memahami apa yang cuba disampaikannya tadi. Dia memandang Firdaus. Firdaus hanya menundukkan kepala sperti ingin menangkap apa yang dikatakan oleh Akmal tadi.

“Jadi apa aku perlu buat sekarang?’ Firdaus memberi respon. Mungkin sudah faham apa yang dikatakan Akmal sebentar tadi.


“Berhijrah.”

“Berhijrah?” Firdaus tidak faham.

“Yup. Berhijrah menjadi lebih bagus.”

“Maksudnya kena pindah biliklah ni? Adoi, tak nak la macam tu.” Firdaus menghela nafas mengeluh. Akmal hanya tersenyum melihat reaksi kawannya. Nampaknya Firdaus seperti sudah dapat bertenang.

“Bukanlah, aku pun tak nak kau pindah bilik. Maksud aku berhijrah di sini.” Akmal meletakkan jari telunjuknya ke dada Firdaus.

“Hati?” Firdaus meminta kepastian.

“Pandai pun sahabat aku seorang ini.” Akmal meletakkan tangannya ke atas kepala Firdaus dan mengusap-usap rambutnya. Pantas Firdaus menepis dengan tangannya. Terasa dilayan seperti budak-budak pula.

Hijrah.

“Bagaimana?” Firdaus bertanya lagi. Berminat. Menunjukkan yang hatinya inginkan kebaikan.


“Mula-mula kenalah bertaubat padaNYA. Taubat sebenar-benar taubat. Menyesali segala kesalahan yang lepas dan tidak akan mengulanginya lagi. Bersihkan hati kerana hati itu adalah raja di dalam diri.”

“Seorang muslim adalah orang yang lidah dan tangannya tidak menyakiti muslim lain, dan orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah”

“Setiap anak cucu Adam adalah pelaku dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah mereka yang bertaubat.”

“… dan ketahuilah pada setiap jasad itu ada seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Ketahuilah daging Itu adalah hati. “

“InsyaAllah kau akan berasa tenang selepas ini.” Akmal menambah. Firdaus hanya mendengar sahaja. Tidak berkata apa-apa.


“Lagi satu. Kebetulan malam esok ada program ceramah berkenaan cinta disampaikan oleh Fatimah Syarha. InsyaAllah, esok bolehlah datang.” Akmal lantas bangun dari katil Firdaus. Kemudian dia berjalan menuju ke katilnya. Sudah lewat malam. Dia mahu tidur.

“Akmal.” Firdaus menyebut namanya. Akmal menoleh ke belakang sambil mengangkat keningnya.

“Terima kasih.” Lafaz itu diungkapkan oleh Firdaus. Ikhlas.

“Semoga Allah memudahkan urusanmu menuju ke arah kebaikan.” Balas Akmal. Mendoakan.

Dan malam itu Firdaus memuhasabahkan dirinya. Cuba untuk mendekatkan diri kepada Ilahi dan cuba untuk membersihkan hatinya. Sedikit kesan calar dihatinya terubat.

*********************************************************************************************

Sesak. Dataran dipenuhi oleh ramai pelajar. Sungguh Firdaus tidak menyangka bahawa program ceramah agama akan dihadiri oleh ribuan pelajar. Ini adalah kali pertama dia menghadiri program agama seperti ini. Kerusi untuk bahagian lelaki di asingkan dengan bahagian perempuan. Menunjukkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan perlu diambil berat. Berbeza dengan program-program lain yang tidak menitik beratkan percampuran antara lelaki dan perempuan. Juga terdapat dendangan lagu-lagu hits yang melalaikan. Sekaligus merosakkan imej Islam itu sendiri.


Firdaus memandang sekeliling. Ramai. Dia sudah duduk di kerusi bersebelahan dengan Akmal. Kemudian dia menoleh ke belakang. Dilihatnya ada pelajar yang terpaksa berdiri kerana tidak mendapat tempat duduk.

“Kena berdiri pun sanggup datang?” Firdaus bermonolog di dalam hati. Seakan tidak percaya apa yang dilihatnya.

Program ceramah yang disampaikan oleh Fatimah Syarha menarik perhatian Firdaus. Tidak terkecuali juga pelajar-pelajar yang hadir turut mendengar dengan khusyuk. Banyak ilmu berkenaan dengan cinta disampaikan. Bagaimana cara untuk bercinta mengikut syarak di kongsikan dengan jelas. Topik yang sememangnya hangat lebih-lebih lagi bagi pemuda-pemudi di usia remaja yang sering di uji dengan masalah cinta.

“Bercinta sebelum kahwin itu tidak salah. Cinta itu indah. Cinta itu fitrah manusia. Tetapi untuk bercinta sebelum kahwin mesti ada batas-batasnya. Mesti mengikut syarak. Mesti berasaskan islam.

“Sekiranya kamu menyalurkan cintamu dengan cara yang tidak diredhai seperti berdua-duaan, berpegang tangan, dan sebagainya. Adakah rumah tangga yang akan dibina akan kukuh?kamu ingin rumah tangga kamu kukuh, asasnya rapuh. Itu tidak rasional.

“Asal percampuran, pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram. Dan asal muamalat ( urusan kerja) antara lelaki dan perempuan adalah harus. Dan darurat itu membenarkan apa yang di larang dengan kadar-kadarnya.

-Antara isi kandungan ceramah dari Fatimah Syarha-


Tamat sahaja ceramah yang disampaikan oleh Fatimah Syarha maka beransur pulanglah pelajar-pelajar pulang ke kediaman masing-masing. Ada yang pulang ke kolej dalaman, ada yang pulang ke rumah sewa dan tidak terkecuali juga yang pulang ke rumah keluarga. Banyak ilmu dan pengajaran berkenaan cinta yang diperoleh oleh mereka. Tidak terkecuali juga Firdaus.

“Jom balik.” Firdaus mengajak Akmal yang masih duduk di kerusinya seperti tidak mahu pulang.

“Jap. Aku nak jumpa adik aku. “ Akmal memandang ke kiri dan ke kanan. Ingin mencari kelibat adiknya.

Seketika kemudian datanglah dua orang perempuan ke arah mereka. Akmal berbincang beberapa perkara dengan adiknya dan kadang-kadang bercakap dengan teman adiknya. Firdaus hanya memandang sahaja. Tidak mencuri dengar. Mungkin mereka tengah berbicara mengenai masalah peribadi. Firdaus menghormati.


Firdaus kemudian memandang wanita yang menemani adik Akmal. Berbaju labuh seperti adik Akmal. Langsung tidak menunjukkan aurat. Malah sangat cantik bila dilihat dari dekat. Wanita itu perasan Firdaus memerhatikannya. Mata mereka berdua bertentangan. Wanita itu kemudian memalingkan kepala memandang ke arah lain. Mungkin rimas dengan pandangan dari Firdaus. Firdaus masih memerhatikan wanita itu. Putih bersih lagi berseri.

Dalam sekitar lima minit Akmal,adik dan temannya berbincang. Kemudian mereka beransur pulang. Adik dan temannya pulang ke kolej perempuan manakala Firdaus dan Akmal pulang ke bilik mereka.

“Seronok tak dengar ceramah tadi? Akmal memulakan bicara antara mereka berdua. Memecahkan kesunyian.

“Seronok. Lepas ini kalau ada program ajaklah aku lagi.”

“InsyaAllah.”

“Bincang apa tadi. Macam serius saja.” Firdaus menanya semula. Mereka berjalan seiringan.

“Adalah. Rahsia kerajaan. Heheh.” Akmal bergurau. Firdaus geli hati mendengar jawapan Akmal. Terkorek tawa di hati.


“Siapa perempuan yang menemani adik kau?”

“Emm?” Akmal mengangkat keningnya.

“Aku saja je tanya.”

“Atikah. Kawan sebilik adik aku.”

“Ohh… mesti solehah kan?”

“InsyaAllah.”

“Aku teringinlah nak wanita yang solehah.”

Akmal menoleh. Memandang ke arah Firdaus. Sedikit terkejut dengan luahan hati Firdaus.

“Nak wanita yang solehah kenalah jadi soleh dulu abang oi.” Akmal menepuk-nepuk belakang Firdaus.

Kemudian mereka pun tiba di bilik. Sudah lewat malam. Mereka perlu tidur kerana ada kelas keesokan paginya. Mujur semua assignment sudah disiapkan. Masing-masing ke katil mereka. Kemudian Lampu bilik dipadamkan.

“Jadi soleh dulu ye.” Firdaus berbicara di dalam hati. Berazam.

“Atikah…” Nama wanita tersebut diungkapkan di dalam hati. Dia menggagumi kecantikan wanita itu.


*********************************************************************************************


*Masa : Subuh

“Huargh… Mengantuknya.” Firdaus menguap sambil tangan kanannya penutup mulut. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat subuh bersama Akmal.

“Sambung tidur balik lah.” Ujar Firdaus di dalam hati. Selepas bersalaman dengan Akmal dia terus menuju ke katilnya untuk menyambung tidur. Kuliahnya bermula pukul 8.30 pagi. Masih ada dua jam lebih untuk dia tidur.

“Bismillahirrahmanirrahim…” Suara Akmal sayup-sayup kedengaran. Bacaan surah al-Fatihah dibaca olehnya. Firdaus mengangkat menoleh ke arah tempat Akmal berada.

“Mengaji?” Firdaus menanya di dalam hati.


“Baik aku pun mengaji. Macam mana nak dapat isteri solehah kalau malas mengaji. Nanti Atikah mesti tidak suka aku.” Firdaus lantas bangun dan mencapai al-Quran dan memulakan bacaan.


*Masa : Zohor


Mulutnya sedang mengunyah nasi. Makanan tengah hari ini ialah nasi ayam Pak Mat yang dibeli di kedai yang berdekatan. Nasi ayam di situ sangat popular kerana sos cili yang mengiurkan. Firdaus sering membungkus makanan untuk dimakan di bilik.

“Erk..Alhamdullillah. Kenyang.” Selesai sudah Firdaus memakan nasi ayam. Dia sudah berasa kenyang. Inign dia berehat sebentar. Kelasnya bermula pada 2.00 petang pula.


*”Allahuakbar…Allahukakbar…” kedengaran azan berkumandang dari arah masjid menandakan masuknya waktu zohor.


“Solat di bilik sahajalah. Nak turun masjid jauh.” Firdaus malas-malas. Biliknya terletak di tingkat lima kolej tempat ia duduki. Masjid pula berada di tingkat bawah sekali. Dan dia perlu berjalan 100 meter. Dia lantas membaringkan dirinya ke katil. Ingin berehat sebentar sementara menunggu azan habis.

Kemudian dia bangkit.

“Solat di masjidlah. Mana tahu boleh jumpa Atikah.”


Lantas Firdaus pun menuju ke masjid.


*Masa : Asar, Magrib dan Isyak.


Solat Asar ditunaikan olehnya di bilik sahaja memandangkan kelasnya berakhir pada lewat petang. Setelah menunaikan solat Asar dia akan membaca al-Mathurat.

Firdaus menunaikan solat Magrib di Masjid. Di mana pada waktu ini ramailah jemaah akan berkumpul. Tidak terkecuali juga Atikah. Kebetulan Firdaus ternampaknya ketika mengambil wuduk sebentar tadi.

“Baik aku stay sahaja di Masjid. Baca al-Quran sementara menunggu Isyak. Mana tahu kot-kot Atikah pun stay.” Firdaus baru sahaja selesai menunaikan solat magrib secara berjemaah. Kemudian dia menunaikan solat sunat.

Dan selesai menunaikan solat sunat dia lantas mengambil tempat di sudut letaknya rak kitab al-Quran. Kemudian dia membacanya sehingga waktu Isyak.

Menjelang tengah malam pula dia akan menunaikan solat sunat hajat.


Dia ingin menjadi lelaki soleh. Dia mahu cinta Atikah. Dia mahu wanita yang solehah. Dia yakin wanita yang solehah tidak akan mengkhianatinya seperti mana perempuan lain. Dia tidak mahu gagal dalam percintaan sekali lagi.


*********************************************************************************************


Sebulan telah berlalu. Begitulah rutin harian Firdaus. Sepanjang waktu itu Firdaus banyak beribadat kepada Allah. Solat lima waktu tidak ditinggalkan. Solat sunat dan membaca al-Quran juga dibuat olehnya. Luka dihatinya sudah pulih. Fatin tiada lagi dihati. Atikah menjadi pengganti. Dia ingin menjadi lelaki yang soleh supaya mendapat cinta wanita itu.

Malam ini sekali lagi dia menunaikan solat sunatnya. Setelah habis menunaikan solatnya. Dia pun berdoa kepada Allah.

“Ya Allah. Aku sudah jatuh cinta pada hambaMu Atikah. Kau jodohkanlah aku dengan dia. Aku tidak sanggup lagi untuk gagal dalam percintaan. Maka kau makbulkanlah doaku ini.”

Setiap malam Firdaus akan berdoa memohon supaya dia dapat memiliki Atikah. Dia sudah tidak dapat melupakan Atikah. Wanita solehah itu sangat cantik. Hatinya sudah terpikat pada kecantikkan wajah wanita itu.

“Aku tengok kau ini asyik tersenyum seorang-seorang je. Angau ke?”Akmal menanya Firdaus yang berada di katilnya. Tersenyum sendiri.

Firdaus tersedar. Dia berangan seketika tadi. Terkenangkan Atikah.

“Eh, tak ada apa-apalah. Bila lagi ada program ceramah?” Firdaus mengubah topik. Sejak kebelangkangan ini Atikah selalu muncul ketika ada program ceramah.

“InsyaAllah hari khamis ini ada. Rajin ye kau sejak kebelakangan ini.” Akmal gembira melihat perubahan pada kawan sebiliknya. Padanya perubahan Firdaus dalam jangka masa yang terdekat ini sangat tidak disangka!

“Alhamdulillah. Mujur aku ada kawan seperti kau.” Firdaus mengukir senyuman manis. Akmal juga berbuat begitu.


Pada malam itu sekali lagi Firdaus menunaikan solat sunat. Berdoa supaya dia dan Atikah dijodohkan.


*********************************************************************************************


Hatinya sudah memberontak. Dia ingin luahkan isi hatinya pada Atikah walaupun dia tidak mengenali Atikah dan Atikah juga tidak mengenalinya. Tetapi kerana sudah jatuh cinta pada pandangan pertama dan sudah lama dia memendam rasa, dia sudah tidak dapat menahan untuk terus bersabar. Dia takut sekiranya dia terus bersabar dia akan terlepas untuk memiliki Atikah.

“Esok pagi aku hendak jumpa adik aku lah. Kau temankan aku boleh tak?” Akmal mengajak Firdaus. Dia tidak mahu menimbulkan fitnah kepada orang lain.

Seperti pucuk dicita, ulam mendatang. Firdaus gembira dengan ajakan itu. Dia bersetuju untuk menemani Akmal. Dia berharap Atikah juga akan hadir untuk menemani adik Akmal. Ini adalah peluang baginya untuk meluahkan perasaannya yang sudah sekian lama terpendam.

“Baiklah esok aku akan luahkan isi hati aku padanya.” Firdaus nekad. Hatinya gembira bercampurkan gementar. Akmal perasan akan riak wajah Firdaus tetapi dia hanya membiarkan sahaja.


*********************************************************************************************


Keesokkan paginya Akmal berjumpa dengan adiknya. Ditemani oleh Firdaus. Dan seperti yang diharapkan. Atikah juga turut sama. Hati Firdaus berdebar-debar. Dia akan meluahkannya hari ini juga!

Firdaus menarik nafas. Berdoa memohon kepada Allah supaya ditenangkan hati. Berdoa supaya Atikah menerimanya. Kemudian dia berjalan ke arah tempat Atikah berdiri.


“Saya sukakan awak.” Firdaus meluahkan isi hatinya.

Terkejut Atikah mendengar pengakuan Firdaus secara tiba-tiba. Tidak terkecuali juga Akmal dan adiknya yang berada di sebelah mereka.

Firdaus perasan akan riak wajah Atikah yang terkejut. Tetapi dia sudah tidak dapat menahan isi hatinya. Dia berharap Atikah akan memahami dan menerima lamarannya.

“Kenapa dengan kau ini Firdaus?” Akmal menanya Firdaus. Dia berharap yang Firdaus hanya cuba untuk bergurau.

“Aku sudah lama jatuh hati pada Atikah. Sejak pertama kali bertemu. “

“Tetapi…” Akmal seperti rasa bersalah. Tidak menyambung katanya.

“Tetapi?” Firdaus mengulang semula ayat Akmal. Tidak faham kenapa wajah Akmal seperti rasa bersalah.

“Dia tunang aku. Aku sebenarnya ingin berjumpa dengannya kerana rindu melalui adik aku.” Akmal berterus terang.

Terkejut Firdaus mendengarnya. Tidak disangka rupanya cintanya kepada Atikah hanyalah sia-sia. Ditambah pula Atikah merupakan tunang kawan baiknya Akmal. Kawan yang dipercayainya dan yang telah mengubah hidupnya. Tetapi disebalik wajah terkejut, jauh di lubuk hatinya dia sakit. dia sakit kerana diuji sedemikian.


Sekali lagi sejarah berulang. Kenapa harus dia mencintai seseorang yang bukan jodohnya!

Firdaus berlari pantas. Dia malu untuk berhadapan dengan mereka. Ditambah hatinya yang kecewa. Dan hatinya seakan marah. Marah kerana usahanya menjadi lelaki soleh hanyalah sia-sia.

“Firdaus!” Akmal memanggil kuat namanya. Rupanya Akmal mengejar Firdaus dari tadi.

Firdaus menghentikan lariannya. Kemudian dia memalingkan dirinya ke arah Akmal. Memandang tepat ke mata Akmal. Pandangan yang menakutkan. Marah.

“Semua salah kau! Kenapa kau tidak beritahu awal-awal yang dia tunang kau?!” Firdaus meninggikan suara ke arah Akmal.

Akmal berhenti di hadapan Firdaus. Wajahnya menunjukkan reaksi terkejut kerana Firdaus meninggikan suara.

“Aku minta maaf. Salah aku. Aku tak sangka yang kau sukakan dia.” Akmal cuba untuk menenangkan Firdaus.

“Mengarut! Aku dah buat apa yang kau suruh. Aku dah berhijrah! Aku dah jadi lelaki soleh! Kenapa aku perlu lalui ujian seperti ini!” kemarahan Firdaus memuncak. Seakan gunung berapi yang baru meletus.

“Kau sudah salah faham maksud aku.” Akmal masih bertenang.


“Aku dah banyak beribadat! Allah itu tidak adil!”

Mendengar sahaja percakapan Firdaus, Akmal lantas mengangkat jarinya ke arah muka Firdaus lalu berkata dengan tegas.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” 

(Surah Al-Ankabut ayat 2- 3)

“Bahawasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.”

Firdaus tersentap. Ayat al-Quran dan Hadis itu pernah didengari olehnya. Tidak disangka rupanya ditujukan kepada orang yang di dalam situasinya. Dia merebahkan dirinya. Kedua belah tangannya sebagai pengukuh diri. Seperti melutut. Kemudian air matanya keluar.

“Astafirullahalazim…” lafaz itu diungkapnya berkali-kali. Sambil teresak-esak. Menyesali akan kesalahannya sebelum ini.


“Rupanya selama ini aku tidak ikhlas dalam beribadah kepadaNya. Aku menjadi soleh kerana inginkan perempuan yang solehah.” Firdaus tersedar.

“InsyaAllah. Sekiranya ingin mendapat cinta manusia kenalah mencintai sang Pencipta dahulu kerana Dia lebih tahu siapa yang baik untuk hambaNya.” Akmal menjelaskan. Dia tahu Firdaus yang baru sahaja ingin berjinak dengan Islam sudah semestinya akan kurang memahami dan melakukan kesilapan.

“Noktah bidayah (titik permulaan) dan matlamat kau untuk berhijrah sudah salah. Sebab itulah Allah uji kau sedemikian. Supaya kau tersedar.” Akmal berbicara lembut. Firdaus mendengarnya. Kemudian dia bangkit.

“Kalau macam itu apa yang perlu aku buat?” Firdaus sudah kembali tenang.

“Betulkan niat kau. Matlamat kau adalah untuk mendapat redha Allah. Mendapat wanita yang solehah cuma jalan untuk mencapai redhaNya.”

Firdaus diam seketika. Berfikir tentang apa yang dikatakan Akmal.

“Aku minta maaf sebab tidak beritahu kau hal yang sebenar sebelum ini. InsyaAllah. Mulai sekarang aku cuba untuk mengikhlaskan diriku padaNya. Bantulah aku .”

“Aku pun sama. Salah aku juga sebab tidak menerangkan dengan jelas dekat kau. InsyaAllah. Sama-samalah kita saling lengkap – melengkapi.”

Mereka kemudian berjalan seiring menuju ke bilik. Tangan mereka diletakkan di bahu antara satu sama lain.

“Tidak sangka pula kau dah bertunang.” Firdaus membuka bicara.

“Hehe. Rahsia kerajaan.” Mereka kemudian ketawa.

Kini Firdaus akan mengubah noktah bidayahnya. Sebelum ini dia berhijrah kerana ingin mendapat wanita yang solehah. Sebelum ini dia berhijrah tanpa mengetahui matlamat yang sebenar. Tetapi kini dia berhijrah semata-mata kerana Allah. Berhijrah semata-mata untuk mendapat redhaNya. Amin.

Begitulah perkongsian cerita daripada Saudara Syamil. Ckin sengaja letakkan gambar banyak-banyak agar mata kalian tak penat nak baca entri ni. Panjang sangat. Tetapi, banyak perkara yang dikongsikan melalui 'cerpen' ini. Sahabat, boleh jika kita nak berubah. Tetapi, titik permulaan bagi perubahan itu, biarlah dengan cara yang betul dan tepat. Jangan berhijrah semata-mata kerana perempuan. Tetapi, berhijrahlah kerana Allah. Berbuat baiklah kerana Allah. Takutlah dengan Allah. Hindarkan kemurkaan Allah. Ckin pun tidak perfect, tetapi Ckin cuba memperbaiki diri dengan masa-masa yang ada ini dengan sebaiknya. Elakkan perkara yang Allah larang. Allah. Walaupun berat, kena jugak buat ok. Jangan anggap remeh akan hal ni. Allah. 

Kuatkanlah iman kami Ya Allah. 
Kuatkanlah iman kami Ya Allah. 
Kuatkanlah iman kami Ya Allah.
Kuatkanlah iman kami Ya Allah.

Ya Allah, sebagaimana Engkau menjauhkan iblis dari rahmatMu, maka jauhkanlah iblis itu dari kehidupan kami. Amin.

Sekadar itu perkongsian hari ini. Semoga ada sesuatu yang boleh dijadikan panduan buat Ckin dan kalian yang sedang ingin berubah ke arah yang lebih baik. InshaAllah. Wassalam. ^_^

p/s : Sumbangkanlah sikit ke sini. Churp!

Read more...

Pesanan Untuk Kalian (Khutbah Nabi + 7 Sunnah Nabi)

Sunday, February 19, 2012

Assalamualaikum semua!

Apa khabar kalian? Semoga sihat-sihat belaka naa. Ckin diuji lagi. Allahurobbi... Ujian itu, ujian ini. Ujian itu, ada kisah di sebaliknya. Ujian ini, Ckin sakit lagi. +_+ 


Cuaca yang tidak menentu membuatkan Ckin sakit tekak start petang kelmarin. Seterusnya, daripada sakit di sebelah tekak kanan, dia bawak ke tekak tengah. Jadi, dalam keadaan tak larat, terpaksalah keluar ke Seven E untuk beli Strepsils. Bila dah makan tu, rasa lega sikit dari biasa. Tapi, keesokan harinya, sakit bertambah dek bangun dari tidur. Kerjanya nak berehat dan berehat. Jadi, pagi tadi jumpa doktor, doktor bagi ubat sakit tekak + antibiotik untuk sakit ni. Sekarang ni, rasa macam nak demam. Allah. Selesema semua cukup. Menanti saat nak balik dari kerja. Lupa pulak, ada lagi yang tak tau yang Ckin ni sebenarnya bekerja di INSANIAH bukan belajar naa. ^_^ Belajar tunggu bila ada rezeki nanti pulak.

Hari ni cuma nak berkongsi sedikit dengan kalian. Di bawah ini adalah Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Kalau nak ambil buat peringatan, boleh ambil. Senang je. Right-click, then save. Ckin dah print letak kat rumah. ^_^


Baginda berpesan di akhir kalam, 

Hendaklah orang-orang yang mendenganr ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir akan lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu.


Di atas pulak, 7 sunnah Rasulullah yang wajar kita amalkan. Ada lagi yang tak dapat nak dibuat ni. +_+ Tapi, kena usaha. Kalau tak usaha, tak jadi jugak.

Jadi, selamat beramal sahabat-sahabatku sekalian.

Wassalam.

p/s : Biar amalan sedikit, tetapi kita istiqamah. Allah suka yang itu. ^_^ 

Read more...

Seandainya Baginda Ada Dengan Kita...

Friday, February 17, 2012

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah semalam Program Maulidur Rasul iaitu Law Kaana Bainanaa telah berjaya dilaksanakan di Dewan KUIN. Rindunya nak bertemu dengan Rasulullah.... Subhanallah...
Jadi, hari ini Ckin nak share dengan kalian selawat tu. Tersentuh sangat-sangat. Hebatnya akhlak dan sikap yang Nabi Muhammad s.aw. tonjolkan untuk kita ikuti. Subhanallah. Mungkin ada yang tak tahu lagi maksud Law Kaana Bainanaa kan? Ckin maklumkan naa.

Law Kaana Bainanaa

maksudnya

Seandainya Rasulullah s.a.w ada bersama-sama kita
(lebih kurang gitu maksudnya)

Kalaulah Rasulullah ada dengan kita
Jika Rasulullah bersama kita
Jika Rasulullah berada dalam kalangan kita
Jika Rasulullah ada dengan kita hari ni

Jom berselawat... =') 


Ada satu bintang. Cahayanya terang.


Tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata jika Rasulullah ada dengan kita sekarang ni. Buatkan Ckin rasa nak sangat jumpa Baginda. Ya Allah... 

Ingatlah selalu akan Baginda, kerana Baginda selalu ingat akan umat-umatnya...

p/s : Sangat sebak sekarang.... ='(

Read more...

Forum Maulidur Rasul Malam: Sekadar Sambutan?

Thursday, February 16, 2012

Assalamualaikum semua!

Hari ni nak buat iklan sikit. Act, hari ini akan diadakan Forum Perdana di Kolej Universiti INSANIAH. Jadi, inshaAllah, Ckin pun akan turut sama-sama pergi ke majlis ilmu ni. Sehubungan dengan itu, Ckin dengar rasa berbesar hati ingin menjemput kalian semua untuk ke Forum Perdana ini malam nanti naa. 

FORUM MAULID AR-RASUL
LAW KANA BAINANA RASULULLAH....


Bertajuk :
MAULIDUR RASUL, SEKADAR SAMBUTAN???

Butir-butir program adalah seperti berikut:

                    Tarikh : 16 Februari 2012 (Khamis)
                    Masa : 8.15 malam
                    Tempat : (Dewan KUIN)
                    Pakaian : Menutup aurat

Berikut adalah ahli panel yang terlibat pada malam ini. Rugi kalau tak mai. ^_^

Moderator : 
Ustaz Muhammad Azki Hafizi Bin Ibrahim (Pegawai Kolej Universiti INSANIAH)

Ahli Panel : 
--> Cikgu Azmi Bin Abdul Hamid (Presiden Teras)
--> Ustaz Ridzwan Bin Bakar (Pendakwah Bebas)
--> Solehah Mariyam Bt Sa'ari (Finalis Solehah TV Al-Hijrah)

Di bawah adalah tentatif perjalanan program pada malam ini.

8.30 malam : Solat Isyak Berjemaah
9.00 malam : Ketibaan penceramah dan VIP
9.10 malam : Ucapan pengerusi majlis
9.40 malam : Forum Maulid Ar-Rasul bermula
11.20 malam : Penyampaian cenderahati kepada ahli panel dan  moderator
11.30 malam : Majlis berakhir

Mengikut tentatif program ni, Forum Maulid Ar-Rasul akan bermula pada sekitar jam 9.40 malam. Jadi, kepada kalian semua yang akan hadir, kalian boleh solat siap-siap di rumah. Tetapi, jika berjemaah bersama-sama pihak program, adalah lebih bagus. ^_^ Jadi, sempatlah nak makan di rumah dan sebagainya. 

Aku rindukan saat ini.... Sangat rindu.... Bila agaknya dapat bertemu lagi? 

p/s : Jangan lupa bawak 'senjata' ke majlis ilmu ni naa. Siapa-siapa yang nak hadir, bolehlah ajak kawan ramai-ramai dan pastikan ibadah yang WAJIB didahulukan naa. ^_^ 

Read more...

Siaran Ulangan 'HARAM' Valentine's Day

Tuesday, February 14, 2012

Assalamualaikum semua. 


Sebenarnya Ckin tak nak dah kupas apa-apa tentang hari 'Valentine' ni sebab Ckin dah kupas dalam entri pada tahun lepas. Tetapi, memandangkan ada jemputan daripada sahabat blogger Ckin, jadi Ckin pun merajinkan diri untuk join Kempen Anti Valentine ni. Memandangkan Ckin dah huraikan dalam salah satu entri tahun lepas, jadi Ckin berniat nak kongsi lagi pada tahun ini. Mungkin ada yang lupa, atau mungkin ada yang terleka. 5 versi 'Valentine' yang diuar-uarkan. Kalian dah tahu? Sekiranya belum tahu, bolehlah mulakan pembacaan di bawah. InsyaAllah. ^_^

Untuk pengetahuan kalian, 'Valentine' mempunyai 5 jenis versi yang dimaklumkan oleh Ustazah Siti Norbahyah dalam siaran Halaqah tidak lama dulu ni. Tapi, Ckin cuma nak kongsikan versi yang kelima iaitu:

Apabila St. Valentino berjaya menjatuhkan Kerajaan Islam di Cordova. Ini bermakna sambutan Hari Valentine ini adalah bagi memperingati semula peristiwa itu dan seolah-olah masyarakat Islam sendiri yang mengagung-agungkan dan bangga dengan pencapaian Kristian itu. Ada yang sedar dan bertindak keterlaluan dengan hanya membiarkan perkara ini berlaku begitu sahaja tanpa ada sedikit pun rasa bersalah terhadap agama sendiri. 

Kejamkan umat Islam sendiri? Mungkin disebabkan kita tidak merasa akan kepedihan umat Islam dibunuh beramai-ramai, dan bukannya terjadi pada diri mahupun ahli keluarga kita sendiri dan itu yang menyebabkan sebilangan umat Islam turut meraikannya. 

Untuk makluman bagi yang masih tak tahu, meraikan, menyambut, merayakan 'Valentine Day', hukumnya adalah HARAM. Ianya telah difatwakan. Diulang sekali lagi. 

HARAM!

Ckin memahami, setiap jiwa, setiap insan yang normal, semuanya mahukan CINTA. Mahu disayangi. Mahu dihormati. Mahu dibelai. Mahu dirai. Tetapi, biarlah kena dengan caranya. Ckin selitkan sedikit tips untuk kalian yang ingin bercinta. Kita sama-sama manusia. Semua inginkannya, tetapi BIARLAH DENGAN CARA YANG BETUL. Apa yang Ckin kongsikan, bukanlah sekadar perkongsian. Jadikan amalan. Dan cuba istiqamah dengan amalan ni. Buat satu demi satu, baru terasa dalam jiwa. InsyaAllah...


Sekiranya kalian menyukai seseorang, maka simpanlah perasaan anda itu jauh di lubuk hati. Mengadulah pada-Nya melalui solat sunat Tahajud, solat hajat mahupun solat fardhu 5 waktu. Bicaralah dengan pencipta kalian. Menangislah andai anda berkemampuan. 

Gambar sekadar hiasan.  Kalau nak yang macam ni, kena usaha naa.. InsyaAllah Dia faham isi hati anda...

Langkah seterusnya adalah dengan mendoakan agar jodoh kalian didekatkan antara kalian dan juga si dia. Dalam doa kalian, selitkan namanya, pintalah pada Yang Maha Pengasih agar kalian dipertemukan dengan si dia suatu hari nanti dengan akad yang sah. 

Bukan dengan cinta nafsu!

Kalian boleh mengamalkan doa ini. InshaAllah dengan pertolongan ayat-ayat-Nya, mudah-mudahan doa kalian akan termakbul. Istiqamah la naa...

(Surah Yusuf : 4) 
Inni roaitu ahada ‘asyaro kaukabaa wassyamsawal qomaro roaituhum liisajidin. 

Niatkan : 

Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya jodohku jauh maka dekatkanlah 
Sekiranya jodohku sukar, maka permudahkanlah 
Pertemukanlah aku dengan jodoh yang soleh/solehah. 

Ckin rasa tidak ada salahnya jika bertanya akan empunya diri bagi memastikan bahawa si dia belum berpunya. Jika berani, kalian boleh berhubung dengan keluarga si dia ataupun menggunakan orang tengah. Jika jatuh cinta sorang-sorang, tak jadi jugak. Bukan namanya usaha tu. Ingat, mencari jodoh bukanlah sekadar berdoa di tikar sejadah, tapi perlu ada usaha seperti menyelidik akan tingkah laku, akhlak, dan sebagainya. Andai dah dapat kata putus, barulah menjaga diri dengan sebaiknya. Itupun jika kalian memang benar-benar nak mencari calon isterilah. Kalau sekadar suka-suka, tak payahlah naa. 


Akhir sekali, letaklah pergantungan anda pada-Nya. Sekiranya kalian benar-benar percaya akan kekuasaan-Nya, maka bertawakallah pada-Nya. Kalian juga perlu menjaga perkara-perkara yang tidak disukai oleh-Nya. Cuba fikir, anda ingin memohon kepada Allah, sedangkan anda melanggar perintah-Nya! Jadi, bagi yang sedang bercinta, ingin bercinta, atau bakal bercinta, carilah cinta yang hakiki. Carilah. Koreksi diri. Muhasabah diri. Ckin hanya mampu mengingatkan. Kita takkan terlepas dari melakukan kesalahan, tetapi terpulang juga untuk diri kita menilai akan sesuatu perkara itu. InshaAllah. 

Sekian dahulu untuk hari ini. Yang baik itu, ambillah dan jadikan sebagai panduan hidup, tetapi jika sebaliknya, tinggal-tinggalkanlah di sini. Wassalam. 


p/s : Kalian dijemput untuk join Kempen ANTI VALENTINE'S DAY ni. InshaAllah moga-moga ada manfaatnya. Nak join, boleh klik di sini. 

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP