Abang... Kenapa 7 Kaki?
Tuesday, February 28, 2012
Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah bertemu lagi kita di petang yang berbahagia ni. Wah! Sangat bahagia. ^_^ Diharap post semalam dapat memberikan sedikit peringatan buat kita semua naa. Ckin berusaha menjadi yang terbaik untuk diri sendiri. Jadi, tak salahkan jika dalam masa yang sama Ckin mengingatkan kalian semua, iaitu sahabat-sahabat Ckin, kan? Oleh itu, pesanan Ckin jangan dilupakan. Sekiranya kalian rasa patut diikut perkara yang Ckin cakap, ikutlah. Sekiranya tak perlu, jadikan ianya sebagai bahan bacaan.
Jika tak setuju dengan pendapat orang lain, jangan sesekali menolak. Tetapi, amalkan sikap menghormati pandangan orang lain. Itu adalah lebih baik. Pandangan tersebut, BIARLAH RASIONAL. Tidak membuta tuli.
Berbalik kepada cerita hari ini. Apa pulak yang nak disampaikan? Ckin dapat ni dari facebook kawan Ckin. Jadi, terdetik di hati nak berkongsi. InshaAllah. ^_^
Sangat romantik. Pegang janggut. ^_^
Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?
Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal
dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita, berlainan digali
sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo... InsyaAllah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum).
"Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita."
Isteri : SubhanaAllah. Besarnya kuasa Allah ya abang.
Suami : (hanya tersenyum)
••► Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana insyaAllah Allah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak.
Islam amat menghormati kaum perempuan, maka hargailah penghormatan ini. Sekian dahulu untuk hari ini. Wassalam. ^_^
p/s : Islam mengangkat darjat kaum wanita, tetapi hari ini, kaum wanita sendiri yang menjahanamkan darjat itu... Fikirkanlah... Kita di mana?
41 Comments:
amboiiiiii *merujuk kepada pgg janggut tu*
:D
fathiahRAIHANA,
uih..memang pun..peminat janggut sejemput ni..hehe bertuah mereka yg ada cmtu..hehe
salam akak.. lady bru dengar ilmu ni..
LadyBird,
waalaikumussalam dik..
samalah kita.. ^_^
oh, sebab tu eh? baru tahu :D nice info :)
EYFAalias,
dlm wikipedia pun ckp..elak tanah mendap.. ^_^ tp tak merujuk pada perempuan..ia secara umum..
Tetapi tetap ada kaum hawa yang mempertikaikan hukum islam dan sehingga menubuhkan kelab2 yg bermcm jenis...hmmmmm
owh.. x sama erk..? sblom ni ingat semua 7 kaki je... rupanya ada beza...
perkongsian yg bagus dik... tQ :)
jiwang tp berisi....
nice share sbg peringatan..
hihih..
=D
entry yg sangat berguna (: thanks for sharing anyway
salam ckin.. subhahanallah..thx ckin.
kalau aurat lelaki mcm mane pulak?
faiz fakhirin,
kalu tak silap, mereka nak menyamakan kedudukan dengan lelaki...entahlah...rancanglah sebaik mana pun, darjat wanita takkan sama dengan lelaki... ^_^
pha is,
yup..tak sama..hehe ^_^
kak dela,
ur welcome akak.. ^_^
Haffzone,
mereka yang jiwang.. ^_^
hana,
yup.peringatan di situ.. ^_^
Ratu Lissa,
amik sebgai panduan dan ilmu tambahan.. ^_^
kak suzie,
waalaikumussalam akak...walhamdulillah.. ^_^
syamilsynz,
aurat lelaki?Allahua'lam..nanti sy cuba semak pd yg pakar.. ^_^
abg mtk maaf lama x singgah sini sbb bz skit
khairul,
oh..it's okay..teruskan keja2 tu naa..utamakan yg penting.. ^_^
Indahnya ciptaan ysng Maha Esa...
Gen2Merah,
Setuju sangat2..hukumNya, Dia lebih arif.. ^_^
syukran atas perkongsian ini..selamat berkenalan..
AnNa FaRHaNa,
'afwan..salam ukhwah fillah.. ^_^
salam ya ukhti..jom folow blog rin..rin da folow blog anda
Cikgu Hearty,
waalaikumussalam...inshaAllah..meyusul.. ^_^
Subhanallah...baru tau hikmahnya...thanks sharing info ni dear :)
[sutera kasih],
Walhamdulillah.. ur most welcome.. ^_^
betul tu, darjat pompuan xkn sama dgn lelaki..tapi manusia mana pernah cukup dgn apa yg dia miliki.
faiz fakhirin,
beban lelaki dan perempuan takkan penah sama....seorang perempuan tidak akan boleh menjadi seperti seorang lelaki, begitu juga sebaliknya...hatta dlm Islam pun dah diberi garis panduan sebaiknya...semuanya bergantung pada keimanan dan ketaatan seseorg hamba.... ^_^
p/s : manusia tidak pernah merasa puas...melainkan mereka yang benar2 mengenal erti syukur dan menerapkan ke dalam dirinya..inshaAllah.. ^_^
oh baru tahu..betapa berhikmahnya Islam =)
O CIKTEDDY,
Benar tu.. ^_^
itulah yang harus kita tahu bahawa Allah sentiasa menjaga dan memuliakan wanita
Kak Yatie,
betul sangat2...Allah adil.sangat adil.. ^_^
sy baru tau pasal ni.. ingatkan, semua kubur sama je dalamnya...
(",)
ramai org skrg yg xbrapa sayang dgn darjat sendiri...
fuad ansari,
tak sama..memang 5 kaki utk lelaki dan 7 kaki untuk perempuan.. ^_^
lazaac,
melainkan mereka menyedarinya...dan ada Islam yg syumul dalam hatinya....
syukran atas kesudian bertanya di forum perihal hadith kedalam kubur..ada satu athar mauquf berkenaan dengannya, rujuk forum untuk perbahasa lanjut naa syikin
barakallahufik
begitu sekali Allah menjaga aurat wanita.. masyaAllah, semoga kita semua mendapat rahmat dariNya.. n_n
betul betul betul.Islam pada nama sahaje tetapi aurat showcase sana sini.
*Thanks ya Ckin atas ilmu 7 kaki ini.Baru Wan tahu..
kpd para lelaki, kita pun kena alert walaupun kita hanya 5 kaki...jgn fikir aurat kita yg berapa jengkal ni boleh dibuat sambil lewa...hehehe
Ad-Dien,
dah tengok di email..nanti sy menjengah naa.. syukran sebab banyak mjawab persoalan yg ditanya.. ^_^
Ibnu Darwin,
yup..Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana... ^_^
W.H.R.,
pasal aurat, ramai dh yg tahu..tp buat dek..hidayah tu milik Allah..kita yang kena berdoa agar hidayah tu smpai kat kita...kalu x, selamanya akan mcm tulah...smpai mati...kan?
p/s : ur welcome.. ^_^ ilmu Allah...kita kongsi..
Post a Comment