Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Cabaran Tonjolkan Rasa Cinta Pada Rasulullah. Jom JOIN!

Friday, February 3, 2012

Assalamualaikum semua!

Ckin menyusun jari memohon maaf sebab tak dapat nak ziarah kalian semua dalam masa terdekat ni. Wifi kat rumah sangat-sangat slow. Kadang dah buka entri, tp tak dapat nak komen. Redha je lah benda free kan..hehe Kelmarin seharian Ckin tak dapat nak online sebab paginya Ckin kena menghadiri sebuah bengkel di dewan KUIN bersama-sama dengan staf yang berkaitan. Alhamdulillah ada ilmu baru di sana iaitu kaedah untuk mengendalikan Panjar Wang Runcit a.k.a duit petty cash. Ckin tak pernah buat lagi dan ini adalah kali pertama. Bagi Ckin, ini merupakan satu perkara baru di alam pekerjaan sebenar. ^_^ Newbielah katakan. Kemudian, naik ke pejabat, kena kemas-kemaskan pejabat baru Ckin di Blok A. Untuk makluman bagi warga KUIN, pejabat Timbalan Rektor HEP telah berpindah ke Blog A iaitu berdekatan dengan Kulliyyah Usuluddin dan Pejabat Timbalan Rektor PPP iaitu pejabat Dato' Barni. Ramai yang masih tak tau tentang hal ini . Jadi, Ckin tolong uar-uarkan di sini. Mana tau ada warga KUIN yang melintas di blog Ckin en. ^_^


Cinta Rasulullah? Sayang Rasulullah? 

Berbalik kepada tajuk Ckin hari ni. Apa sebenarnya niat Ckin? Motif? Tujuan?
Cuba renungkan sejenak. Bila ditanya kepada kita semua, termasuk diri Ckin yang banyak khilaf ini, adakah sayang dan cinta pada Rasulullah? Sudah pasti, Ckin dan kalian akan menjawab dengan penuh perasaan.

"Mestilah sayang. Rasulullah s.a.w. role model kita tu..."
"Of course lah.. Tanya pada budak kecik pun dia akan ckp sayang.. Nabi kita..."
"Yup! Sayang sangat-sangat. Penyelamat kita di Padang Mahsyar kelak.. Tak gitu?"
"Nabi kita der.. Mesti la gua hormat. Dan walaupun gua tak penah jumpa Baginda, gua cinta pada Baginda!"

Begitulah serba sedikit jawapan yang akan diberikan saat ditanya. Ckin pun akan menjawab dengan jawapan yang sama. Bagindalah yang terhebat. Bagindalah yang  paling utama selepas Allah. Bagindalah pemimpin tauladan. Bagindalah maksum.

Tetapi, perasan tak, sejauh mana kita dah buktikan rasa cinta dan sayang pada Rasulullah s.a.w. yang kelak akan memberi syafaat kepada kita di Padang Mahsyar nanti?Di mana kata-kata 'sayang' kita pada Baginda? Contoh paling mudah yang Ckin nak berikan pada kalian hari ini.

Hari ini kalian dah berselawat pada Rasulullah? 
Jika dah berselawat, berapa kali? 1 kali? 5 kali? 10 kali? 50 kali? 100 kali? 1000 kali?
Atau sekadar dalam solat sahaja? Fikirkan seketika. 

Perkara yang sangat mudah. Berselawat. Tanpa perlu menggunakan tenaga zahir. Bukankah Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan kita bahawa selawat kita akan sampai kepada Baginda? Ini buktinya.

"Sesungguhnya selawat yang kamu ucapkan akan sampai kepadaku"

(Riwayat Abu Daud)

Nah! Walaupun sekali kita berselawat, ianya akan sampai kepada Rasulullah, model terulung kita semua. Oleh itu, Ckin nak berikan sedikit tips paling mudah untuk kalian mencari masa berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ini. Sangat-sangat mudah, dan jangan sesekali mudah mencari alasan untuk hal yang sangat mudah ini. Tak perlukan masa selama 5 minit pun. Hanya 2 minit. Ataupun hanya 1 minit. Begitu sekejap. 

Ckin Tunjukkan Kaedahnya

Cuba perhatikan jari masing-masing. Setiap satu jari mempunyai 3 ruas yang Allah ciptakan dengan sebaik-baiknya. Bila dihitung, kesemua ruas di jari mencukupi sebanyak 15 ruas. Jadi, setiap kali selepas solat, selawatlah mengikut kiraan 5 jari kita. Boleh? Ckin cabar kalian dan diri Ckin untuk buat ni. Seriously. Ye la. Tak cukuplah dengan mengatakan "Aku Cinta Rasulullah" tetapi sebaliknya tidak buat apa-apa langsung untuk menunjukkan tanda kecintaan kita. Bukankah begitu?


Hasilnya, apabila dihitung. Jika kalian solat penuh 5 kali sehari, bilangan selawat yang kalian dah lafazkan adalah sebanyak 75 kali. Nah! Sekurang-kurangnya tidaklah kalian mengatakan alasan-alasan lagi lepas ni.

"Alamak! Tak sempatlah Ckin..."
"Saya ni orang yang sangat bz lah..."
"Bila waktu yang sesuai untuk saya berselawat? Rasa cam tak cukup masa la pulak...haiiii"

Ckin dah tunjukkan jalan. Cuba istiqamah dengan cara yang Ckin bagi tu. Jika rasa tak mampu buat selepas solat, kalian boleh juga buat pada situasi seperti di bawah:

1. Ketika naik motor, kereta ke mana-mana. 
2. Ketika berjalan di tepi taman, ke kedai.
3. Sebelum berblogging. Cukupkan 5 jari sahaja. Susahkah?
4. Sebelum tidur. Cukupkan 5 jari.
5. Sebelum ke kuliah.
6. Selepas solat sunat Dhuha.
7. Sebelum keluar bermain.
8. Ketika basuh baju.
9. Sebelum memulakan proses belajar.
10. Selepas buat assignment.
11. Ketika memasak.
12. Ketika sidai baju.
13. Selepas buat kerja sekolah.
14. Ketika membasuh kereta.
15. Ketika membasuh motor.
16. Ketika menghadap cermin.
17. Sebelum makan. Selawat 3 kali.
18. Ketika mengemas bilik.
19. Ketika menyapu.
20. Ketika menunggu bas.

Selain itu, bagi yang sentiasa ke Masjid, Pusat Islam mahupun selalu mempunyai masa yang lapang, rajin-rajinkanlah diri untuk berselawat. Tiada salahnya untu memaksa diri untuk buat baik. Bila dah jadi kebiasaan, ianya sudah tidak menjadi masalah. Seriously! Pengalaman demi pengalaman. Mustahil tak rasa apa-apa kan... ^_^


Ckin cuma menunjukkan jalan. 

CABAR DIRI SENDIRI 
sebelum mengatakan yang 
"AKU TAK BOLEH BUAT"

Sekarang, anggaplah ini sebagai fasa permulaan untuk kita. Nabi turut berpesan kepada kita agar membaca surah Al-Kahfi dan memperbanyakkan selawat pada malam Jumaat. Baginda turut berpesan agar memperbanyakkan selawat kepada Baginda pada hari Jumaat. Hari ini adalah hari JUMAAT. Penghulu segala hari. Jadi, bina semangat baru. Mulakan dengan langkah pertama. Jika dah melepasi ujian ini, ucaplah TAHNIAH untuk diri kalian sendiri. Tepuk dada, dan cakaplah:

"Tahniah diriku. 
Awak dah berjaya. Buat lagi. Allah tahu dan Allah mengambil kira akan setiap kebaikan yang awak lakukan."

Kemudian, senyumlah. Senyum di atas kejayaan mengorak langkah pertama. Jika bukan kita yang mulakan langkah ini, bila lagi? Kita tidak dapat memastikan yang Jumaat depan adalah milik kita lagi. Jadi, banyak-banyakkanlah amalan kebaikan. InsyaAllah. Itulah sedikit perkara yang ingin Ckin kongsikan. Semoga kalian berjaya. 

LANGKAH PERTAMA DI SINI!

Ini bukan pertandingan "SIAPA BERSELAWAT PALING BANYAK', tetapi ini adalah sebagai langkah permulaan untuk menzahirkan bahawa "AKU BENAR-BENAR CINTA RASULULLAH!". Segala yang baik, ambillah dan ikutlah. Yang tak baik tu, tinggal-tinggalkanlah di sini. Wassalam. ^_^

p/s : Ilmu tanpa amal, ibarat pohon yang tidak berbuah. Jadi, muhasabahlah diri kalian naa. Ckin dah tunjuk jalan di sini. ^_^ Allah lebih mengetahui akan hakikat keinginan hamba-hambaNya. ^_^

15 Comments:

Cikgu Aini February 3, 2012 at 6:22 PM  

insyaALLAH, sama-sama amalkan... sambutlah hari kelahiran junjungan kita dengan penuh kesyukuran dalam keimanan... Salam Istiqamah Ckin!!..

NorFarahin@aien February 3, 2012 at 10:01 PM  

Biar Allah menjadi saksi cinta tulus buat insan istimew di hati kita
dialah Muahammad bin Abdullah.
Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad wa'ala alihi wasohbihi wasallim
:D

Unknown February 4, 2012 at 3:21 PM  

entri yg bermanfaat! terima kasih kerana berkongsi...

L February 5, 2012 at 9:19 AM  

tq, sngat menyedarkan.. semoga sentias berselawat keatas bginda..

jom baca sebentar jep..
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/sila-baca.html

FR February 5, 2012 at 11:32 PM  

paksa diri, lama2 jadi ikhlaslah.. kan ? :)

Cikgu Ma February 6, 2012 at 6:49 PM  

assalamualaikum...ooo, bljaq kat kuin...

hmm, memang susah nak buat / tunjukkan kecintaan, manis mulut mengaku cinta belum tentu perbuatan menggambarkan kecintaan...baru nak selawat bila tiba 12 rabiiulawal..itu pun kalo ingat...

Anonymous,  February 6, 2012 at 8:25 PM  

mudah sungguh nak dpt pahala...bl masa2 saja boleh dpt pahala..

Ckin Kembaq February 7, 2012 at 8:06 AM  

kak puteri cahaya,

insyaAllah akak..Allah lebih suka amlan yg sedkit tetapi istiqamah.. ^_^



::WafaIrdina::,

betul tu...nanti kat 'sana' kelak akan mudah.. ^_^



Santri T.P.I.N.I,

sama-sama.,..
p/s: pelik di sini..napa banyak sangat..adeh..



L,

insyaAllah L.. ^_^ menyinggah..



fathiahRAIHANA,

btul tu...benda baik tak rugi.. ^_^



Cikgu Ma,

Waalaikumussalam.
Bukan belajaq, tapi bekerja..hehe di KUIN.. ^_^
setuju tu cikgu ma.. ^_^



soooooour,

that's right..sangat mudah... ^_^ jadi, amal-amalkan naa.. ^_^

suzie rahman February 7, 2012 at 12:31 PM  

entri yg bagus..ptut kak suzie xnmpk muka ckin kt blog.hihi

HaDi February 7, 2012 at 1:22 PM  

Salam...

Lama sungguh tidak melawat blog ni setelah berehat lama...
InsyaAllah selepas ini akan kembali aktif dalam mengatur angkah untuk terus berkongsi..=)

Ckin Kembaq February 7, 2012 at 2:21 PM  

kak suzie,

hehe..tawu takpa.. ^_^



HaDi,

Waalaikumussalam.
Alhamdulillah...memang lama betul berehat...muncul jugak akhirnya.. ^_^

Addien February 7, 2012 at 4:37 PM  

Jika ckin lengkap kan satu pusingan (semua jari)ia akan menjadi 33 kali, sebagaimana hadith yang menuntut bacaan takbir, tasbih, dan tahmid 33 kali tersebut..

selamat beramal... :)

barakallaufikum

Ckin Kembaq February 7, 2012 at 4:39 PM  

Ad-Dien,

yup..itu yang selengkapnya..tpi nak start ni dengan perlahan-lahan...agar dpt istiqamah.. ^_^

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP