Kembarnya Dah Tiada Sejak Kecil Lagi =_=
Wednesday, February 1, 2012
Assalamualaikum semua!
Hari ni, detik ini, Ckin ingin menukilkan sedikit kata-kata dari hati. Ini entri dari hati seorang kembar. Jadi, kalu nak tau apa yang Ckin nak katakan, bolehlah teruskan pembacaan kalian naa. ^_^
Alkisahnya masa Ckin post entri mengenai Hari Lahir Ckin pada 9 Januari 2012 yang lepas, banyak ucapan tahniah, gembira dan yang lebih bermakna adalah doa dari kalian. Walaupun Ckin tak kenal sangat dengan sahabat-sahabat blogger ni, tapi sekurang-kurangnya 'mengenali' jugak dan boleh menjalinkan ikatan persahabatan di sini. Tanpa sahabat, siapalah kita. Kalau duduk di rumah, tak ada kawan, mesti tak meriah. Berlainan pulak di sini. Ramai sahabat-sahabat yang mempunyai minda positif yang mana boleh Ckin jadikan sebagai rujukan untuk memperbaiki diri ini. Alhamdulillah.
Berbalik kepada tujuan asal Ckin. Act, Ckin nak berkongsi sikit kisah. Kisah seorang akak ni. Nama samarannya adalah Puteri Cahaya. Ckin kenal dengan akak ni ketika baru nak aktif berblogging tahun 2010. Masa tu tak kenal lagi. Tapi sejak akhir-akhir ni, rasa tersentuh hati sikit. Sebab Ckin baru tahu yang Kak Puteri ni ada kembar. Tetapi, kembarnya dah meninggal sejak lahir. Dan Kak Puteri tahu yang beliau ada kembar ketika beliau sudah dewasa. Allahurobbi. Keinginannya untuk bersama-sama kembar beliau tidak kesampaian. Sedih.
Ckin ada Ckak.
Ahmad ada Muhammad.
Hazwan ada Hazman.
Naim ada Najwa.
Hafiz ada Hafizi.
Najmina ada Najwa dan Nadia.
Dan banyak lagi kembar-kembar kat dunia ni... Tak menang tangan nak taip.
Tetapi, takdir Allah yang menentukan segalanya. Yang pergi tetap pergi. Kita hanya mampu berdoa agar kehidupan yang diberikan dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Mai Ckin kongsikan luahan hati beliau. Selamat membaca.
Membaca entry seorang rakan Blogger bernama Ckin Kembaq yang kongsikan kisah keakraban kembarnya DI SINI, hati saya touching & sedikit tersentuh... huhuhu... Cemburunya dengan mereka... Tapi, segalanya ketentuan Tuhan...Sesungguhnya Allah lebih mengetahui yang terbaik buat hambaNYA....
ini salah satu komen yang saya tulis melalui entri tersebut... entah kenapa tiba-tiba hati seakan-akan hiba dan syahdu je... huhu... Tak pernah rasa kot... Sebab, lahir-lahir dan membesar tanpa kembar di sisi... Tersisih jauh antara 2 alam. (dunia & akhirat) ...Wahhhh...sedihnya... Biarlah 2 alam memisahkan namun doa dan ingatan tidak akan pernah padam buat selamanya...
Dulu kecik-kecik tak pernah tahu,...sampailah dah besar sikit baru ibu ceritakan kisah sebenar... Sadis sangat waktu tu.... Tapi, tak pe lah... semua ini kan suratan hidup... Allah lebih mengetahui segalanya...Wallahualam...
Sebenarnya, manusia termasuk saya... ya! termasuk saya adalah manusia yang tidak cukup dengan apa yang telah Allah tetapkan... Astagfirullah al azim.... insaf sebentar. Setiap yang hidup pastinya akan menemui saat kematian... Tidak perlu untuk mempersoalkannya. Yang pasti, setiap yang hidup perlu mengingati hakikat kehidupan dan terus beramal dengan kebaikan,,,InsyaALLAH... Semoga kita semua diletakkan di kalangan orang-orang yang senantiasa diberi hidayah ALLAH...insyaALLAH...amin...
Walau bagaimanapun, saya cuba renungkan sabda Rasulullah s.a.w dibawah ini:
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api." (Muttafaq alaih)
Semoga apa yang direnungkan ini merupakan salah satu kebaikan buat diri sendiri, diulangi...sekali lagi buat diri sendiri... selain memberi sedikit manfaat buat sesiapa yang membacanya...InsyaALLAH...amin...
"Sesiapa yg selalu mengingati kematian, dia akan dimuliakan dalam tiga perkara: Taubatnya disegerakan, hatinya menjadi qana'ah, dan rajin beribadah. Tetapi, sesiapa yang melupakan kematian, dia akan dihukum dengan tiga perkara: Taubatnya ditangguhkan, dia tidak berasa redha dengan rezeki yang mencukupi, dan malas dalam beribadah"(Ad-Daqaq)
Semoga saling mempertingkatkan kebaikan dan bekalan akhirat yang kekal abadi, tanpa melupakan keperluan duniawi! Wallahu alam...
Akak, Ckin harap akak bersabar naa. Kembar akak menanti di sana. InsyaAllah. Sedih pulak hari ni. =_= Berdoalah dan berusahalah agar akak dapat bersama-sama kembar akak di Syurga kelak. Kami yang mempunyai pasangan di dunia ini pun tak dapat nak pastikan adakah kami akan beriringan ke Syurga akak. Tapi, kami akan cuba sedaya upaya kami. Kami juga sayang kepada kembar kami. Dan kami tak nak hidup setakat di dunia. InsyaAllah. Sekiranya kita berusaha, kita akan jumpa dan bergurau senda di Syurga. InsyaAllah akak.... ^__^Itulah luahan hati seorang kakak yang Ckin kenal di alam maya ni. Semoga Allah merahmati perhubungan kita. InsyaAllah... ^_^
Nak ziarah Kak Puteri? Sila ke:
p/s : Ckin tersentuh sekiranya ia berkaitan dengan kembar-kembar. Sebab I am one of them... =_=
23 Comments:
SubhanALLAH...Syukran ya ckin... touching nye... insyaAllah, Allah Maha Mengetahui... Apapun, syukur untuk entri ini... Semoga Allah merahmati Ckin & Ckak!!... Alhamdulillah, semoga ukhuwah fillah kita bukan sekadar sahabat blogger... akan diberkati sampai ke JANNAH...Amin... sahabat yg sama-sama mencari redha Ilahi dlm menulis & kehidupan...insyaAllah..
http://ainblogger.blogspot.com/2012/02/alhamdulillah-teharunya-terima-kasih.html
thankks ckin!!..
hmm,cik plak rase sedih..
kepada puteri cahaya..bersyukurlah bahawa kembarnya menghadap Ilahi ketika di usia kecil, kerana insyaAllah, tempatnya di syurga sana!
errm, ckin sayangi kembar ckin seadanya selagi nyawa dikandung badan...
o cik teddy: alaaa.... jgn sedey ok!!... Hidup kena happy!!... :) InsyaAllah, mesti ceria.. & bahagia..
@syamilsynz: insyaAllah,...
alahai..sedihhhh nyer..thank utk backlink tu yer ckin..mesti sedih snagat kalau kehilangan kembar kan ..huhuhuh
yg pergi xkan kembali...
perbanyakkan doa ..
semoga doa kita sampai tuk mereka...
inshaAllah...
bersabarlah..setiap perkara tu ad hikmah ny kan..\
:D
sdih nya kalau berlaku mcm tuh, sbb kembar ni da mcm sbahagian dr diri kita jgak kan. . .tp kene tabah!!
feel free to visit my new entry http://speechless009.blogspot.com/2012/02/hacked-wireless.html
kak puteri,
sedih tau akak.. =_= memikir lama jugak..macam manalah kita kat sana nanti..dengan kembar masing-masing..huhu tp jangan risau akak...Allah itu Maha Adil.Lagi Maha Penyayang...insyaAllah akak..tunggulah dan usahalh ke sana naa.. ^_^
O CIKTEDDY,
tu la... =_=
syamilsynz,
betul tu...kata-kata semangat untuk akak puteri.. ^_^
Cikgu Ma,
insyaAllah Cikgu Ma.. ^_^ wajib tu..
ida,
betul tu akak..akak ada anak kembar..pasti lagi mengerti.. ^_^
WafaIrdina,
betul tu..yang pergi takkan kembali..tp yang di sini akan pergi..
Mishter Izwan,
tepat sekali..sebahgian dari hidup...wajib... ^_^ menyusul kemudian...
@ida : alaaa... sedey la... tapi, kite kena kuat kan?... huhuhu... insyaAllah, boleh kuat..
ckin: thanksss byk2x & syukran jazeelan ya...insyaAllah, akak akan perbaiki diri ke JANNAHNYA... Akak xsaba nak jumpe... dulu (zaman sekolah) pernah wat solat hajat utk bertemu dalam mimpi lah... tapi, pertemuan semua tu kan ketentuan Tuhan... takpe lah, xdpt jumpe di dunia di akhirat insyaAllah mungkin dipertemukan... Alahai hati nie sebak. Tapi, kena kuat sangat!!!... SubhanALLAH...
uhibbuki fillah ^_^
maafkan atas salah dan silap saya,moga kita bertemu lagi dlm redha dan cintaNYA! ^^
suka dgr cerita ukhti dgn kembar ukhti.. =)
Kembar memang selalu teringat-ingat antara satu sama lain kan, dah ibarat kembar tu sebahagian daripada diri kita...
sebenarnya tumpang gembira bagi mereka-mereka yang mempunyai kembar :)
Semoga sentiasa bersabar dan berdoa. Benar seperti yang dinukilkan oleh saudara syam, kembar ukhti itu beruntung kerana syurga sedang menantinya..hanya sahaja kita yang dibiarkan hidup lama ini, tidak tahu lagi nasib di akhirat kelak..jemput ke blog WADi, ada ilmu yang hendak dikongsi, insyaAllah
Hazman dan Hazwan tu orang mane....??? macam kenal je.....
MUJTAHIDAH SOLEHAH,
uhibbuki fillah aidho.. ^_^
insyaAllah..tiada salah,tiada maaf..hehe
[wanni],
memamg pun..tambah2 bila makin besar ni...hehe alhamdulillah.. ^_^
Ad-Dien,
pesanan dari akhi.. ^_^
Hazwan and Hazman ni junior kat smkant dulu..dua2 ni terer silat..and banyak kejayaan diraih kt smkant..tak ingat org mana, tp junior.. ^_^ tengok fb Hazwan Man'aim atau Hazman Man'aim.kalu tak silap.. ^_^
@Ad-din : syukran jazeelan ya... InsyaAllah... doakan semoga ukhti yang masih perlu bermujahadah atas dunia ini dikuatkan iman & dikurniakan rahmatNYA ya...amin..
fatiah takde kembaq, tapi tacink jugak bc entry ni -,-
izzati ada izzah~ hehe. nak post gambar tak reti!
fathiahRAIHANA,
tacink2.. hehe^_^
Marhamah Al-Sofwanah,
siapa tu?hehe
Post a Comment