Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Game Yang Menghina Islam

Monday, October 31, 2011

Assalamualaikum semua.
Kembalinya Ckin hari ni nak berkongsi sedikit mengenai perkara yang tersembunyi yang menjadi mainan kawan-kawan/adik beradik/saudara mara mahupun diri kita sendiri.  Act, pagi tadi ada terbuka facebook sorang sahabat baru ni.  Just checking on his wall.  Maka, terjumpalah info di bawah yang tak pernah lagi Ckin ketahui sebelum ni.  

Post ni mungkin lebih ditujukan buat peminat tegar videogame seperti PS and others.  Kalu dah kita tahu sesuatu benda tu salah, kita wajib meninggalkannya.  S
esungguhnya, sesiapa yang berperang dengan dirinya sendirinya bagi mengelakkan melakukan perkara yang ditegah oleh Allah, maka dia akan beroleh kenikmatan kelak sama ada di dunia mahupun di akhirat.  InsyaAllah.  

Ckin tak mau bercakap panjang, cuma pesanan Ckin adalah yang buruk kita segera tinggal-tinggalkan, yang baik kita sebar-sebarkan.  Moga ada hikmah di sebalik yang berlaku ni.  


Buat mereka-mereka yang begitu sukar nak tinggalkan hobi bermain game yang salah ni, fikir-fikirkan kembali.  Kenikmatan bermain videogame tu hanya seketika, tapi kemurkaan Allah agak-agaknya sampai bila?  Sekalipun kita tak mampu untuk menjadi seorang hamba yang hebat dalam ibadah seharian, tetapi kita mampu untuk menjauhi kemurkaanNya rigt?

Jadi, renung-renungkan dan muhasabahlah diri.  Take ur time.  Kalu bukan sekarang untuk bertindak, then bila lagi?


Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran agamaNya); dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah : 244)

Sekian dahulu buat kali ini.  Wassalam.

Read more...

Di Sebalik Doa Ketika Duduk Antara Dua Sujud

Sunday, October 30, 2011

Assalamualaikum semua.
Ni Ckin nak kongsikan maksud doa antara dua sujud yang kita baca hari-hari tu.  Pendek, tapi penuh makna.  Beruntunglah bagi mereka-mereka yang menghayatinya.  ^_^


Maksudnya adalah :

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Semoga kita dapat sama-sama menghayati maknanya naa.  InsyaAllah.  ^_^

Read more...

10 Perkara Yg Yahudi Sengaja Rahsiakan Dr Kita

Assalamualaikum.  


Hai sahabat-sahabat semua!  InsyaAllah Ckin nak kongsikan sikir artikel yang Ckin dapat dari fb.  Mengenai Yahudi.  Ternyata mereka sengaja merahsiakan kebaikan daripada kita semua supaya keburukan yang kita dapat.  

Selamat membaca! Eh2, sebelum tu nak cakap, yang mana baik tu ambil, yang tak baik just tinggalkan di sini naa...  ^_^
 
Antaranya adalah :

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Klik "SHARE" dan sebarkan pada Muslim yang lain!

Sama-sama renung-renungkan naa...  Jumpa lagi ye..  Wassalam. ^_^

Read more...

S : Kenapa Mudah Sangat Tinggalkan.......? =_=

Thursday, October 27, 2011

Assalamualaikum.
Banyak perkara yang bermain-main di minda Ckin ni.  Ckin terfikir sejenak akan apa yang berlaku di sekeliling Ckin ni.  Dengan kehidupan sebagai seorang staf, seorang hamba dan macam-macam lagi status yang Ckin pegang sekarang ni.  Mmm, Ckin straight to the point lah naa...


Alkisahnya persoalan yang bermain-main dalam fikiran ni adalah :

"Kenapa orang/manusia begitu mudah untuk melengah-lengahkan solat?"  

Ckin tak pasti nak bermula dari sudut mana.  Tapi, apa yang Ckin menjadi pelik ibni ajaib, bila perkara yang paling ditekankan dalam kehidupan seseorang muslim, menjadi suatu perkara kedua.  

Sebagai contoh, solat Maghrib.  Waktunya sangat pendek.  Tapi, masih ada yang seolah-olah mengabaikannya.  Lebih mengutamakan assignment, ceritera di tv, landing2 atas katil, makan and yang seumpama dengannya.  Ckin pelik. 

Di mana kualiti solat seseorang manusia tu?  Adakah cukup dengan mengatakan, 

"JANJI AKU DAH SOLAT"  

"LAMBAT ATAU CEPAT TU TAK PENTINGLAH..." 

Pernah tak terfikir, 

"Kenapalah assignment aku tak siap-siap lagi ni?"
"Kenapalah markah exam aku low?"
"Kenapalah aku susah sangat nak menghafal auay Quran ni?"
"Kenapalah family aku ni bermasalah?"

Dan...........

"Kenapa masalah bertimpa-timpa ke atas aku??"

Pernah tak terfikir ada kaitan tak soalan-soalan ni dengan hidup kita?
(bukankah ada kaitan dengan apa yang kita buat and apa yang kita dapat?)

Apa yang Ckin nak sampaikan kat sini, cuma 1.  Jangan sekali-kali mengabaikan solat.  Melainkan dengan keadaan-keadaan yang tertentu.  Ckin tak mau memanjangkan persoalan-persoalan ni.  Cuma, niat di hati nak peringatkan diri sendiri dan juga sahabat-sahabat Ckin.  Sahabat-sahabat Ckin terdiri daripada pelbagai jenis orang.  Adaya yang biasa-biasa, ada yang separa biasa, ada yang luar biasa, ada yang terlebih pandai, kurang pandai, dari smka, dari family yang hebat, kaya, miskin, sederhana....  Banyak jenis.  Tapi, yang luar biasa dalam beribadah, yang menjaga kualiti solatnya....  Sangat sedikit.  Bukan Ckin sedih, tapi Ckin terfikir.  

Adakah pintu hati mereka semakin ditutup?
Adakah ini ksenangan yang Allah nak bagi supaya mereka lebih mengabaikan Dia?
Adakah saat ni Allah nak biar mereka terjatuh macam tu sahaja ke dalam 'jurang' dunia?

Ya Allah...  Ampunilah dosa-dosa kami hambaMu yang sangat lemah ini
Bantulah kami untuk istiqamah dalam beribadah kepadaMu Ya Allah.

Kalau kamu yang sedang membaca post Ckin ini merupakan salah seorang daripada insan yang Ckin katakan, agak-agaknya kamu masih nak menunggu?  Ataupun sekadar buat tak tahu?

Wahai sahabat, 
BERUBAHLAH.  MOHONLAH PADA ALLAHAGAR DIKUATKAN IMAN.  DITETAPKAN IMAN DI HATI.  

Itu yang mampu Ckin katakan...
(aku jua insan yang lemah.tapi aku tetap akan berusaha sebaiknya dalam beribadah)

Dan sekarang,
SAMPAI BILA PERSOALAN-PERSOALAN INI AKAN TERUS BERMAIN-MAIN DI DALAM FIKIRAN CKIN?

Mungkinkah ada sesuatu yang Dia ingin sampaikan pada Ckin? =_=
(aku tak tahu...)


Read more...

"Aku Khuatir Kamu Terjatuh Kali Ketiga..."

Assalamualaikum semua.  ^_^ 

Sebelum tu, senyum sikit? ^_^ Kan comel gitu.. 

Actually, hari ni Ckin nak berkongsi sedikit dengan sahabat-sahabat semua ni.  Kisah seorang anak muda yang beriman dengan syaitan.  Sama-sama kita renungkan pengajaran di sebalik kisah ni.  Bukan sekadar untuk diletakkan di blog Ckin ni tau.  ^_^

Alkisahnya bermula begini :

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan ...dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'


Ingatlah wahai sahabat-sahabatku, jangan sesekali menganggap sesuatu ibadah yang kita lakukan tu adalah perkara yang remeh semata-mata.  ^_^ Wassalam.


Read more...

Royalmix BD & KP Complex. Jom Terjah!

Monday, October 24, 2011

Assalamualaikum.
Ckin kembali lagi!  Actually, ada benda yang Ckin nak story kat sini.  Kan Ckin ada cakap yang Ckin dah jadi pengedar produk kesihatan sekarang ni.  So, nak jugak kongsi-kongsi dengan sahabat-sahabat Ckin ni.  Tapi, Ckin nak share ni mengenai makanan kesihatan yang sangat-sangat berkualiti produknya.  Yang lain-lain tu nanti Ckin akan share ok.

Pertama sekali, Ckin nak share mengenai makanan kesihatan yang namanya adalah ROYALMIX BD COMPLEX & ROYALMIX KP COMPLEX.  Mesti semua nak tau apa specialnya Royalmix BD Complex & Royalmix KP Complex ni kan?  Sebelum tu, Ckin nak briefing sikit pasal produk kesihatan yang sangat bermutu ni.  Royalmix ni ada dua jenis.  1 untuk kanak-kanak.  1 lagi untuk orang dewasa.


Untuk kanak-kanak iaitu Royalmix BD Complex, antara kebaikannya adalah kalau ada anak-anak yang macam malas nak belajar, atau dirasakan otaknya lemah dalam pelajaran, makanan kesihatan ni amat-amat sesuai.  InsyaAllah.  Selain itu, ia juga baik untuk pertumbuhan seseorang kanak-kanak kerana kandungan bijiran soya yang ada dalam susu ini.  Sepanjang menghadiri kelas sebelum ni, pemimpin ada jugak briefing dengan mudah kat Ckin mengenai kelebihan-kelebihan royalmix ni.  Yang mudah nak difahami.  Macam yang Ckin cakap kat atas tu lah.  Amat sesuai untuk otak kanak-kanak.  Tambah-tambah lagi yang masih belajar sekarang ni.  Meransang pertumbuhan badan kanak-kanak kerana ianya ada banyak nutrien penting yang diperlukan oleh kanak-kanak ni.  Kalau nak tau kelebihan lebih lanjut, kenalah bagi anak-anak atau adik-adik kita cuba dulu.


Yang kedua, Royalmix KP Complex pulak dikhususkan untuk orang dewasa.  Mudah je yang Ckin nak sampaikan pada semua.  Buat ibu-ibu mengandung yang dah hamil 4 bulan ke atas boleh mula ambil makanan kesihatan ni.  Sebabnya ia sangat-sangat baik untuk dalaman si ibu dan untuk anak yang bakal lahir.  Untuk orang yang sihat lagi-lagilah baik sebabnya produk kesihatan ni memang dikhususkan untuk orang yang sihat yang nak menjaga kesihatan tubuh badannya.  Kalau Ckin briefing banyak-banyak pun, kita yang melihat takkan tahu rahsianya.

 Sekarang ni Ckin explain benda yang mudah.  Kalau ada yang nak cuba dan merasai kehebatan makanan kesihatan yang direka daripada alam ciptaan Allah ni, silakan hubungi Ckin di sini.  Royalmix KP Complex ni Ckin dah cadangkan kat kawan Ckin iaitu Kak Ain try.  Alhamdulilllah, setakat ni tak ada masalah lagi untuk dia.  Ckin suggest kat dia sebab dia ada masalah migrain, muntah teruk sebab alah mengandung and ada lagi penyakitnya.  Ckin nak tolong dia.  Alhamdulillah setakat ni dah tak dengar dia mengadu muntah-muntah lagi.

Setakat tu dulu kot yang Ckin nak kongsi.  Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh tanya straight kat sini naa. Ataupun by email : nas_success91@yahoo.com.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi, Rasulullah telah bersabda :
“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam kehidupan dan dia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”


Read more...

Layan Jap Keletah Mat Lutfi ^_^


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
How are you friend?  Hopefully, all of you are great in your life.

Hari saja ja nak berkongsi video matlutfi ni.  Ckin pasti ramai-ramai kat luar tu mesti dah kenal ngan Mat Lutfi ni kan?  Dia ni pandai aplikasikan apa yang ada dalam minda dia dalam bentuk video.  Ckin first time tengok sebelum ni pun rasa happy and hilang tension.  So, untuk anda-anda kat sana.  Jom layan lagi sekali video kat bawah.  Kepala Ckin dah berat sangat hari ni.  Tu yang rasa nak tengok video je.  ^_^



- Video yang dia amik ni cantik -

Lain kali kita jumpa lagi naa.. Byeh3x Wassalam.


Read more...

Di Sebalik Isra' Mikraj...

Wednesday, October 19, 2011

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian, apa khabar?  Diharapkan semuanya berada dalam keadaanyang baik-baik belaka.  InsyaAllah...  Ckin kurang aktif berblogging semenjak dua menjak ni en.  So sorry maa...hehe  Nanti kalu ada kelapangan lagi, Ckin akan cuba melawat ke blog sahabat-sahabat naa.  InsyaAllah...


Alkisahnya, Ckin nak kongsi banyak cerita ni.  Tapi, kita go on satu persatu lah naa...  Kisah ketika Israk Mikraj berlaku.  Walaupun Israk Mikraj dah lepas, tp tidak ada salahnya kalau kita ulang dan ulang kembali apa yang berguna untuk kita.  Jadi, apa yang Ckin cuba kongsikan ni, kalu baik, maka ambillah buat pedoman diri dan orang lain.  Kalu yang tak baik, tinggal-tinggalkanlah naa.  Sama-sama kita insafi diri kita yang kerdil ini.  Wallahua'lam.

Ali r.a. meriwayatkan :

"Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" 

Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. 

Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?"  Baginda bersabda :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.




Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

InsyaAllah akan Ckin kongsikan sedikit perkara yang Ckin rasa berguna untuk sahabat-sahabat dan diri Ckin sendiri.  Ingat, yang baik tu, ambil.  Yang tak baik, sila tinggalkannya di sini.  ^_^

Wassalam.

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP