S : Kenapa Mudah Sangat Tinggalkan.......? =_=
Thursday, October 27, 2011
Assalamualaikum.
Banyak perkara yang bermain-main di minda Ckin ni. Ckin terfikir sejenak akan apa yang berlaku di sekeliling Ckin ni. Dengan kehidupan sebagai seorang staf, seorang hamba dan macam-macam lagi status yang Ckin pegang sekarang ni. Mmm, Ckin straight to the point lah naa...
Alkisahnya persoalan yang bermain-main dalam fikiran ni adalah :
"Kenapa orang/manusia begitu mudah untuk melengah-lengahkan solat?"
Ckin tak pasti nak bermula dari sudut mana. Tapi, apa yang Ckin menjadi pelik ibni ajaib, bila perkara yang paling ditekankan dalam kehidupan seseorang muslim, menjadi suatu perkara kedua.
Sebagai contoh, solat Maghrib. Waktunya sangat pendek. Tapi, masih ada yang seolah-olah mengabaikannya. Lebih mengutamakan assignment, ceritera di tv, landing2 atas katil, makan and yang seumpama dengannya. Ckin pelik.
Di mana kualiti solat seseorang manusia tu? Adakah cukup dengan mengatakan,
"JANJI AKU DAH SOLAT"
"LAMBAT ATAU CEPAT TU TAK PENTINGLAH..."
Pernah tak terfikir,
"Kenapalah assignment aku tak siap-siap lagi ni?"
"Kenapalah markah exam aku low?"
"Kenapalah aku susah sangat nak menghafal auay Quran ni?"
"Kenapalah family aku ni bermasalah?"
Dan...........
"Kenapa masalah bertimpa-timpa ke atas aku??"
Pernah tak terfikir ada kaitan tak soalan-soalan ni dengan hidup kita?
(bukankah ada kaitan dengan apa yang kita buat and apa yang kita dapat?)
Apa yang Ckin nak sampaikan kat sini, cuma 1. Jangan sekali-kali mengabaikan solat. Melainkan dengan keadaan-keadaan yang tertentu. Ckin tak mau memanjangkan persoalan-persoalan ni. Cuma, niat di hati nak peringatkan diri sendiri dan juga sahabat-sahabat Ckin. Sahabat-sahabat Ckin terdiri daripada pelbagai jenis orang. Adaya yang biasa-biasa, ada yang separa biasa, ada yang luar biasa, ada yang terlebih pandai, kurang pandai, dari smka, dari family yang hebat, kaya, miskin, sederhana.... Banyak jenis. Tapi, yang luar biasa dalam beribadah, yang menjaga kualiti solatnya.... Sangat sedikit. Bukan Ckin sedih, tapi Ckin terfikir.
Adakah pintu hati mereka semakin ditutup?
Adakah ini ksenangan yang Allah nak bagi supaya mereka lebih mengabaikan Dia?
Adakah saat ni Allah nak biar mereka terjatuh macam tu sahaja ke dalam 'jurang' dunia?
Ya Allah... Ampunilah dosa-dosa kami hambaMu yang sangat lemah ini
Bantulah kami untuk istiqamah dalam beribadah kepadaMu Ya Allah.
Kalau kamu yang sedang membaca post Ckin ini merupakan salah seorang daripada insan yang Ckin katakan, agak-agaknya kamu masih nak menunggu? Ataupun sekadar buat tak tahu?
Wahai sahabat,
BERUBAHLAH. MOHONLAH PADA ALLAHAGAR DIKUATKAN IMAN. DITETAPKAN IMAN DI HATI.
Itu yang mampu Ckin katakan...
(aku jua insan yang lemah.tapi aku tetap akan berusaha sebaiknya dalam beribadah)
Dan sekarang,
SAMPAI BILA PERSOALAN-PERSOALAN INI AKAN TERUS BERMAIN-MAIN DI DALAM FIKIRAN CKIN?
Mungkinkah ada sesuatu yang Dia ingin sampaikan pada Ckin? =_=
(aku tak tahu...)
0 Comments:
Post a Comment