Deodoran Kristal. Bau Ketiak Hilang 100%!
Sunday, November 4, 2012
Assalamualaikum semua!
Apa khabar semua? Harap-harapnya kalian baik-baik belaka dengan cuaca yang tak menentu ni. InsyaAllah. Sekian lama Ckin tak update blog. Ni entri pertama bagi bulan November. Pasni entah bila pulak entri yang seterusnya. ^_^'
Ckin sebenarnya ada sesuatu nak dikongsikan dengan kalian. Apakah itu? Sebelum tu nak tanya, siapa kat sini yang pakai deodoran Nivea, Rexona, Dr. Mist, Avon, Avant dan banyak lagi, sila angguk. Ckin pun pakai jugak. Mana boleh tak pakai. ^_^ Tapi, kesan dari deodoran-deodoran yang kita gunakan tu, kat bahagian ketiak baju jadi warna kuning dan keras. Dan kadang tu ada jugak yang bau badan masih ada walaupun dah guna deodoran. Kan? Pengalaman semua orang ada. Tak kira lelaki atau perempuan. Kalau dulu waktu sekolah, baju sekolah yang warna putih tu akan jadi keras dan kuning kat ketiak. Bagi yang rajin sental time basuh baju sekalipun, tetap takkan hilang walaupun berus kuat-kuat ataupun gunakan sabun mandi. Seriously! Ckin tau la sebab pengalaman dah ada kan?hoho
Dari zaman sekolah dulu, guna deodoran cecair, stik dan sehinggalah kepada jenis spray. Spray tu alhamdulillah ok la jugak. Tapi kalu berpeluh baik punya tengah panas, baju tetap kena deodoran tu. Dan hasilnya pun kurang menawan. Ckin pernah terfikir. Dah tak ada benda lain yang boleh gantikan deodoran-deodoran yang Ckin gunakan ni. Takkan nak gunakan ni sampai ke tua kan? Nanti ketiak hitam mcm mana? Dan macam tak best. So, satu hari nampak roomate pakai deodoran yang cecair, spray dan dia cakap tu pewangi pun xada apatah lagi bahan kimia. So, dengan pantasnya tanya jenama apa, beli kat mana dan rancang nak beli. Satu hari tu Ckin pi Watsons sebab roomate cakap kat sana ada. Alhamdulillah ada botol terakhir. Balik tu mandi terus pakai. Dan nak tunggu kesannya. Fuh! Kesannya sangat mengecewakan. Sampai je Asar, kesan dah hilang. Memang tak ada pewangi dan bahan kimia, tapi tetap tak boleh dengan Ckin sebenarnya. So, tukar balik pakai deodoran spray jenis Rexona.
Al-kisahnya 3 minggu lepas, tengah duk syok-syok online fb, pastu nampaklah iklan kat fb. Namanya Ketiak Berbau. Ckin pun saja-saja klik nak tengok. Benda apa ni? Macam ada sesuatu. Chewah! Pastu semak satu persatu dari fb sampailah ke blog. Rupa-rupanya ianya adalah Deodoran Kristal.
Apa sebenarnya DEODORAN KRISTAL ni? Maeh nak explain sikit. Baca la naa. Untuk pengetahuan.
Bahan Mineral Semujadi pada Deodoran Kristal iaitu :
1. Active Sulfur dan Kalanit yang berfungsi mengelakkan bau badan ( khususnya ketiak ) dari bakteria sepanjang hari.
2. Kandungan Hipoalergenik ini tidak akan menyebabkan keradangan.Fungsi Utama Tawas Kristal, antaranya :
1. Boleh digunakan oleh lelaki atau wanita samada untuk remaja atau dewasa samada untuk persekolahan atau dipejabat.
2. Sangat berkesan serta efektif dalam membasmi kuman atau bakteria penyebab
bau badan pada ketiak.
3. Bebas dari campuran bahan kimia, bahan pewarna dan pewangi buatan kerana
ianya adalah bahan dari alam semulajadi dan ianya tidak mempunyai bau.
4. Tidak ada bau, jadi anda boleh pakai wangian kegemaran anda sendiri berbanding deodoran biasa yang kebiasaannya akan ada bau dan kadang-kadang anda tidak suka bau deodoran itu.
5. Memberikan kesegaran tubuh sepanjang hari, walau dalam jadual yang padat
6. Lebih yakin kepada diri tanpa bau badan / bau ketiak
7. Tidak menimbulkan rasa tidak selesa (lekit) atau lembab pada ketiak selepas
digunakan.
8. Tidak meninggalkan kesan kekuningan pada baju atau pakaian anda.
9. Ketiak anda sentiasa putih dan tidak akan menyebabkan kehitaman.
10. Tahan lebih 12 jam.
Kaedah Penggunaan Tawas Kristal:
Selepas mandi, pastikan bahagian ketiak anda tidak dilap supaya ianya basah, ambil tawas kristal tersebut dan sapu atau gosokkan pada ketiak atau pada bahagian yang biasanya akan mengeluarkan bau yang tidak selesa.
Jika anda ingin lap ketiak anda selepas mandi pun tiada masalah, cumanya sewaktu hendak memakai tawas tersebut pastikan anda basahkan ketiak anda atau bahagian badan yang lain atau basahkan tawas kristal tersebut dan sapukan dengan menggosokkan tawas ke bahagian yang berkenaan.
Kalau boleh tu, cukurlah dulu rerambut kat ketiak tu. Kebersihan tu. ^_^
Cara Simpan Tawas Kristal:
Simpan ditempat yang kering, karena tawas kristal akan mengecil jika terkena pada air.
Last but not least, macam mana nak beli DEODORAN KRISTAL ni? Bagi sesiapa yang nak bau badan hilang, tak nak dah baju jadi kuning/kotor/keras, tak nak ketiak jadi warna hitam hasil penggunaan deodoran yg ada bahan kimia dan pewangi, dan nak badan sihat tanpa terkena kanser breast, insyaAllah boleh hubungi Ckin untuk order.
PENGALAMAN CKIN SENDIRI.
Ckin boleh katakan yang Deodoran Kristal ni memang terbaik. Deodoran spray REXONA yg ada ni pun dah dibuang sebab dah gunakan deodoran kristal. Alhamdulillah. Bukan Ckin je yang merasakan kelebihannya sebab masa balik kampung, Ckin gitau kat mak dan Ckak. Dua2 try pakai dan dua2 akui apa yang Ckin katakan. Seriously! Ckin pun ada belikan kat Ckak and mak. Biar pakai sorang satu. Senang. Lagipun ketahanan ni agak lama. Ckin dah guna lebih 3 minggu, dan masih besar lagi deodoran ni. Jimat dan sihat. Ckin pun promote kat kawan-kawan ofis. Tunggu respons. Roomate sendiri pun try pakai. Dan dia pun akui benda yang sama. Ni bukan cakap kosong. Benda baik, Ckin akan kongsikan. InsyaAllah.
Sekian untuk itu. Kalau ada yang berminat nak beli, just sms kat Ckin naa. InsyaAllah Ckin akan bantu. Jumpa lagi naa. Wassalam.
p/s: Makin meningkat usia, penggunaan deodoran yang ada fragrance (pewangi) dan bahan kimia akan menyebabkan ketiak menjadi hitam. Nak ke?huhu Tak cantik jadiknyr. Ckin tolak awal-awal la kan..hehe ^_^
37 Comments:
salam
kalau saya order 2 bijik, dapat diskaun RM25 inggit dop??? hehe. siyes saya minat nak beli nie...
baru first time dengar deodoran kristal...macam best!
Jannah,
waalaikumussalam. sebenarnya harga asal adalah RM35.tp sekarang ni dah didiskaunkan. =) kalu minat, sms je ke 014-2511540 naa =)
syamilsynz,
bolehla nak try kan.hehe
cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog niechat boxpakjoe x kira k hahah ,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html
dia just batu macam tu je ke ckin?
kak anis,
a'ah..mcm kristal.. =) tak berbau, tak melekit..kira selesa dan mmg utk bdn. =) no side effect. =)
menarik ni.. kalau order akan pos ke rumah ya.. ada kos penghantaran tak?
Dr. Hafiz,
free postage dan akan dihantar ke rumah. =)
abg x pernah guna sebaraang produk utk hilangkan bau ketiak ni ...sbb ketiak abg bau wangi haha
pergh.. dah jadi bisnes woman dah skrg.... heheh
khairul,
wah..hebat.. tak semua org ada..haha =)
pha is,
lama dah..hoho ^_^
setia pada yang satu...apapun terbaik kalau ingin mencuba
bukan tawas ke ni, takkan sampai rm15
Pengecualian bayar balik ptptn, graduan cina paling ramai
new hope,
hrga tak smpi pun RM10. yg smpai 15 tu termasuk pos.. =) lagi 1, yang ni dah dipotong bagi petak sebab kalu yg beli yg murah kat kedai tu, dia tajam.. =)
salam ckin, maafla lambat membalas apa yg ditanya ckin hari tu. memang membaca takbir raya pada aidilfitri hanya sehari sahaja, lepas raya kedua dan ketiga tidak lagi membacanya kecuali di tv-tv yg menyiarkannya. kalau di masjid-masjid, hanya hari raya raya pertama sahaja membaca takbir raya...
kalau nak takbir sendiri pun takpe lagi pun perkara ini hanyalah sunat sahaja, kalau buat pun dapat pahala. semoga penerangan ini dapat memuaskan hati... wallahu a'alam.
assalammualaikum..
still available lagi tak?
berminat nak beli..tq :)
Santri T.P.I.N.I,
waalaikumussalam.terima kasih atas pencerahan tu.. =)
nurul amira,
waalaikumussalam.
masih available. sms naa. =)
Slm ckin..stil jual lg ke? Berminat nk bli..cmne ea? .pape ley email ea.. redposted@yahoo.com
waaalaikumussalam.
ada lagi. dah emel. check naa. :)
Tolong berikan info macam mana nak beli kristal deodoron.
email: fadzilah5479@gmail.com
nak belh macam mana?
nak beli mcmn?
Cik Anon,
Dah emel. :)
Regards,
Ckin Kembaq
salam. masih ade jual kah deodoran krystal ini?
kalau ade macam mane nak beli ya?
Cik Anon,
boleh terus sms ke 014-2511540 :)
saya ingin beli,bagaimana cara pesannya ?
Cik Anon,
sila sms ke 014-2511540 :)
kulit saya kulit sensitif, ada side effect tak klau saya guna deodoran kristal nie?
Hyorin Song,
boleh je..tak de mslh.. :) sms sy 014-2511540 :)
- Ckin Kembaq -
klu nak oder mcm mana ?
ni email saya ita_lee@ymail.com
hi kak ad jual deodran ni lagi x?ad whatsapp x?
Ckin email sye . Sbb sye sms dy kate salh nombor .
Harynaa@gmail.com
السلام عليكم. Emel psl produk ni kt sye. Muhammadkhairkamarudin@gmail.com
Thank you a bunch for sharing this with all people you really recognise what you
are speaking about! Bookmarked. Please also talk over with my site
=). We could have a link alternate agreement between us
My weblog ... Berita Terkini
Tolong emel pada sya mcm berminat ricanr@gmail.com
Salam sis, product ni still available lagi x? Sis ade whatsapp?
Salam sis, product ni still available lagi x? Sis ade whatsapp?
Post a Comment