Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Wednesday, November 14, 2012

Assalamualaikum semua!
Hari ini merupakan hari terakhir kita akan berada di Tahun 1433. Sedar ataupun tidak, kita akan ditinggalkan oleh masa-masa lalu kita. Mari muhasabah seketika. Apakah amalan ataupun keburukan yang telah kita lakukan sepanjang tahun 1433 yang lepas? Adakah banyak amalan baik ataupun ringan amalan keburukan? Kita diberi akal yang sihat untuk berfikir dan merenung kesilapan lalu. InsyaAllah masa yang lalu tidak akan kembali. Tetapi masa depan kita boleh pastikan akan berlalu dengan lebih baik dan terisi. Setiap manusia yang melakukan kesilapan, kembalilah kepada jalan yang sebenar. Kembalilah kepada landasan sebenar. Terdapat berita gembira yang ingin Ckin sampaikan. Allah sangat mencintai diri mereka-mereka yang apabila melakukan kesalahan tetapi kembali bertaubat kepada Allah. Baru-baru ni Ckin ada tonton satu video nasihat daripada al Habis Ali al Jufri kepada remaja-remaja seperti kita. Nanti Ckin akan kongsikan. Kalian tahu, tanda Allah sayang pada kita adalah Allah telah mencampakkan ke dalam hati kita rasa takut/bersalah pabila kita melakukan kesalahan! Maknanya Allah masih ambil peduli pada kita. Fikirlah seketika. Sayangnya Allah pada kita... :')

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH DIBACA SELEPAS ASAR.


Maksudnya: 
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

DOA AWAL TAHUN HIJRAH SELEPAS MAGHRIB.

Maksudnya: 
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.
Nota:

* Doa dipetik dari: Surah Yasin, Tahlil dan Doa, Terbitan Abad Sinergi Sdn Bhd, Cetakkan Kedua Disember 2009

p/s: Jangan lupa baca petang ni naa selepas Asar dan selepas Maghrib. InsyaAllah. Sebarkan agar kita semua tahu. ^_^

Sumber: Sawanila 

4 Comments:

Dafinullah November 15, 2012 at 7:12 AM  

Salam maal hijrah 1434.. :-)

Mr. Doctor November 16, 2012 at 3:00 AM  

Alhamdulillah sempat baca haritu..wah kes Razis tu panjang betul..x habis baca lg..tp dah pukul 3 plak..nanti nak smbung bca..

Unknown November 19, 2012 at 10:42 PM  

Salam maal hijrah maaf busy dgn final exam... mohon jasa baik tuk vote sy di Contest iPhone 5

http://www.khairul-zamri.com/2012/11/iphone-5-gadjet-impian.html

Segala jasa baik Allah pasti membalas dengan sebaik2nya. Barakallah :)

L November 29, 2012 at 2:56 PM  

alhamdulillah kita dah masuk tahun baru.. huu. apa la azam ku tahu ni..

Jom singgah baca sekejap =)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/11/7x-umur-dunia.html

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP