Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Ada Lagi Short Film Terbaik! - The Criminal

Thursday, June 28, 2012

Assalamualaikum semua! 
Hari ini nak berkongsi lagi Short Film yang Ckin rasakan menarik dan mungkin ada sesuatu yang boleh kita ambil sebagai iktibar. InshaAllah... 

Role the clip! ^_^


Jangan khianati sesuatu perhubungan andai kita tak nak dikhianati. Hargailah sahabat-sahabat yang ada di sekeliling kalian. InshaAllah... Ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik perhubungan yang terbina atas nama Allah.

p/s: Tak semua benda kita akan dapat mudah-mudah... 

Read more...

Headshot ! Baru Kena Kat Atas Batang Hidung.

Thursday, June 21, 2012

Assalamualaikum semua!
Just wanna sharing something. Hasil vlog dari sahabat blogger kita. Kenal Pelaut Rabbani? Kawan blog Ckin la tu. ^_^ Tak sangka betul dia ada buat vlog. 1st time tengok dan agak teruja untuk mengetahui isi di dalam vlog beliau. Jom tengok! 

Jap.. Jap..

Nak pesan sikit. Yang baik tu ambillah naa. Yang tak baik tu, jadikan sebagai sempadan. InshaAllah...

This is his blog:



p/s: Kalau ada lagi sahabat blog Ckin nak buat macam beliau, Ckin ucapkan selamat maju jaya dan selamat menyampaikan ilmu... ^_^ 

Read more...

Isra' Mikraj, Bukan Sekadar Sejarah Dlm Kalendar

Tuesday, June 19, 2012

Assalamualaikum semua!
Dapat lagi bertemu setelah beberapa hari tidak bersua di alam maya ni. Macam mana keadaan hati-hati kalian? Adakah baik? Kalau kurang baik, carilah penawar naa. Ok, berbalik kepada tajuk hari ni. Ckin cuma ingin berkongsi sedikit tentang perkara-perkara yang berlaku pada hari Rasulullah dimi'rajkan tu. Masih ingat lagikah kalian? Kalau lupa, jom kita refresh balik ingatan kita naa. Ckin copy paste dari blog WMA. So, memang bukan hasil penulisan Ckin. Ckin pun nak refresh apa-apa yang lupa. ^_^

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”.

Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.


Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Antaranya :

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail :

"Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak."

2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail :

"Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan)."

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah:

"Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang)."

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail :

"Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka."

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Kata Jibrail:

"Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami."

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail:

"Itulah orang yang makan riba"

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail:

"Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain"

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail:

"Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya"

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail:

"Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang."

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail:

"Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat."


11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail:

"Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat."

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail:

"Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua."

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail:

"Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat."

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail:

"Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat."

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


Langit Pertama:

Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua:

Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

Langit Ketiga:

Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

Langit Keempat: 

Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

Langit Kelima:

Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam:

Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh: 

Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim A. S. bersabda kepada Rasulullah S. A. W:


“Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”.


Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda,

“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:

SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM.

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”.

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan:

Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu:

Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.

Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan:

Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam.

Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh

Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah :

Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S. W. T :

Aku ambilmu sebagai kekasih.
Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu.
Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.
Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat.
Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat.
Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu.
Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy.
Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar.
Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. Kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu.

Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu.

(Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

Wallahu’alam.


Itu sahaja yang dapat Ckin kongsikan dengan kalian hari ni. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. ^_^ Rasulullah idola kita! Takbir! Allahuakbar! Jumpa lagi naa. Wassalam.


p/s: Refresh.. Refresh.. Jangan lupa terus naa.. ^_^

Read more...

Tudung Labuh Akel Available! Jemput Tengok... ^^

Thursday, June 14, 2012

Assalamualaikum semua!

Sukacita dimaklumkan bahawa Ckin dah menjadi pengedar Tudung Labuh Akel. So, just nak briefing sikit-sikit kat blog ni. Ada dua jenis tudung Akel yang Ckin jual. Just klik link kat bawah naa. 

Bagi yang ada fb, boleh ke sini:


Ckin nak tunjukkan beberapa tudung yang Ckin jual. Boleh tengok kat gambar-gambar di bawah. Selebihnya boleh tengok di fb Ckin naa. Tapi, kalau ada di antara kalian yang tak ada facebook, boleh maklumkan kat Ckin and bolehla Ckin upload semua gambar tudung tu kat sini. 

1. Tudung Labuh Akel Two Tone Bidang 50.






2. Tudung Labuh Akel Two Tone Bidang 60.






Yang kat atas ni adalah sebahagian daripada tudung-tudung yang Ckin jual. Untuk makluman kalian, posting adalah seperti berikut: 

Posting:
Bidang 50 > 1-6 helai = RM6.00 bagi Semenanjung, RM9 bagi Sabah Sarawak
Bidang 60 > 1-4 helai = RM6.00 bagi Semenanjung, RM9 bagi Sabah Sarawak

Sekiranya berminat, boleh hubungi direct Ckin di
014-2511540.

Nombor ini hanya digunakan untuk urusan jual beli sahaja. ^_^

Sekian dahulu. Nak promote, silakan. Ckin nasihatkan kalau nak beli, terus direct ke nombor telefon yang Ckin bagi tu. Mudah dan cepat. Just maklumkan kod tudung and berapa nak. Apa-apa hal kita contact lain naa. Jumpa lagi. Wassalam. ^_^

p/s: Any question, please do no hesitate to contact me. ^_^

Read more...

Saya Dah Halau Semua Yang HIPOKRIT. Jom Solat!

Tuesday, June 12, 2012

Assalamualaikum semua!
Hari ni nak berkongsi lagi sesuatu yang rasanya pernah kita baca suatu ketika dulu. Mungkin ianya akan dapat bagi manfaat pada kita. InshaAllah. Ckin tak ingat Ckin dapat dari mana, tapi dah ada ni, silalah lapangkan waktu kalian untuk membaca dan menghayatinya lagi sekali naa. ^_^


Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …


“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat ..

Sekian dahulu untuk hari ini. Jumpa lagi di lain waktu naa. ^_^

p/s: Dukacita dimaklumkan bahawa keputusan temuduga Ckin di MIROS 2 minggu lepas tidak berjaya.. ^_^ It's okay. Rezeki tu milik Allah. ^_^ 

Read more...

Nilai Jamban dan Nilai Syurga. Mahalkah?

Thursday, June 7, 2012

Assalamualaikum semua!

Hari ni nak berkongsi suatu kisah. Mudah-mudahan meresap masuk ke qalbu paling dalam. Kisah pendek, tetapi begitu mendalam maksud di sebaliknya. Bukanlah nak membezakan antara tandas dan syurga. Tapi nak kita renungkan sejenak sahaja. 


Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seraya seorang lelaki menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya. Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”

Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?


Sangat terkesan. Banyak mana dah amalan yang dah ada untuk masuk ke Syurga Allah? Fikir-fikirkan naa. Sekadar mengingatkan diri ini dan kalian yang menjadi teman maya. Malam-malam tengoklah Majlis Tilawah Al-Quran. Malam ni dah malam keempat. Sangat mendayu-dayu bacaan mereka. Beruntunglah mereka ang dikurniakan denga suara sedemikian. Tapi, bukanlah suara yang merdu yang perlu kita kejar. Pertajamkan dahulu tajwid kita. Kalau tak tau, belajarlah dari sekarang. Jangan tunggu nak kahwin baru nak cari kawan untuk mengaji..Sekian dahulu. Wassalam. 

Kelmarin hampir-hampir nak excident. Pemandu perempuan ni suka-suka je nak tukar laluan tanpa bagi signal. Alhamdulillah masih selamat. Jantung rasa cam nak tercabut jugaklah. =_= Kepada pemandu-pemandu sekalian, please... Beware of the other people! Jangan ingat diri sendiri sahaja k. Tu je nak pesan. Bertimbang rasalah sikit. Sekadar mengingatkan supaya tak berlaku kehilangan nyawa begitu saja. That's all.

p/s: sekarang ni internet kat office dah hilang terus. so, tak boleh dah nak menaip waktu lapang.... kena pandai curik masa... ^_^ Ujian kan... ^_^

Read more...

Ego Tidak Bertempat. Huh!

Sunday, June 3, 2012

Assalamualaikum semua! 

Apa khabar kalian hari ni? Sihatkah? Atau ada yang sedikit sakit macam Ckin ni?... ^_^ Nikmat ditarik sikit. Tanda Allah sayang kan? 


Hari ni nak berkongsi sedikit tentang EGO TIDAK BERTEMPAT. Ego? Kalian ada ego? Ckin akui Ckin pun ada ego. Tetapi kita yang tentukan besar mana ego kita tu. Am I right? Kalau bercakap pasal ego, semua orang tahu yang lelaki biasanya akan ada ego yang sangat tinggi. Tak nak mengalah. Buat sesuatu ikut suka hati. Tak nak terima pendapat orang lain walaupun pendapat tu bernas dan banyak lagi. Tidak semestinya lelaki sahaja ada ego tinggi, ada jugak perempuan yang mempunyai ego yang tinggi. Yang penting, ego ini bukanlah suatu sikap yang bagus. Ye dak? 

Ckin teringat masa Ckin join Solat Hajat Perdana di Surau KUIN dulu. Ustaz Faisol ada menyelitkan dua cerita. Dan Ckin masih ingat lagi sampai hari ni tapi tak ingat semua la. Ceriteranya berbunyi lebih kurang begini. Tapi Ckin edit bagi lagi menarik. Masih tak lari dari kisah sebenar. ^_^ 

Situasi 1 (Ego Tidak Bertempat) 

Pada suatu hari, sepasang suami isteri menaiki gerek (basikal) di tengah-tengah bendang (sawah padi). Pak Leman dan Mak Limah (bukan nama sebenar) bersiar-siar sambil memerhatikan padi yang semakin menguning. Kemudian, terjadilah perbualan antara mereka ni. 

Pak Leman : Mak Hang, padi dah nak masak. Bolehlah nanti kita angkat. 
Mak Limah : Betul tu Pak Hang. Kena buat cepat-cepat ni. Nanti hujan. ^_^ 

p/s: panggilan Mak Hang and Pak Hang adalah bahasa romantik orang dulu-dulu. 


Tiba-tiba, pasangan Pak Leman dan Mak Limah nampak seakan-akan benda bergerak-gerak dalam belukar di hujung bendang. 

Pak Leman : Mak Hang, apa dalam belukar tu? 
Mak Limah : Hmm? Tu burung la tu… Tu yang macam tu… 
Pak Leman : Yaka? Dak kot. Tu kerbau dalam tu. Tu yang macam tu… 
Mak Limah : Burung la Pak Hang… 
Pak Leman : Kerbau la Mak Hang… 
Mak Limah : Burungggg… 
Pak Leman : Kerbauuuu… 
Mak Limah : Ish.. Pak Hang ni bukan nak percaya… Burung la… 
Pak Leman : Aku kata kerbau, kerbaula… 
Mak Limah : Burung jugak.. 
Pak Leman : Kerbau. 
Mak Limah : Burung. 
Pak Leman : Kerbau. 
Mak Limah : Ish.. Pak Hang ni. Berhenti sat. Mai nak tengok sapa yang betui. 
Pak Leman : Ok. (sambil memberhentikan gereknya) 

Kemudian, Mak Limah mengambil sebatang ranting kayu dan membaling ke arah belukar tadi. Bila dibaling, maka bertebaranlah burung-burung dek terkejut dengan balingan tu. (skema betul ayat..hehe) 

Mak Limah : Ha! Tengok Pak Hang. Kan aku dah kata tu burung. Tak mau percaya. (cebik mulut) 
Pak Leman : Kalau aku kata tu kerbau jugak, Mak Hang nak kata pa?... 
Mak Limah : =_= Hmm… Apalah Pak Hang ni… 

Tu namanya ego tak bertempat. Dah tau diri tu salah. Mengaku sajalah kan?... Lebih kurang begitu ceritanya. 


Situasi 2 (Tak semua perkara kita tahu) 

Kisah ni Ckin tak ingat sangat. Tapi bolehlah reka sikit-sikit. Tapi tak lari dari kisah asal. ^_^ Kisah yang berlaku di antara seorang bos berpangkat Prof dan pemandunya seorang insan biasa yang berasal dari Terengganu. Kalau tak silap Ckin pemandunya ni seorang yang setakat berpendidikan rendah dan masih baru lagi bekerja dengan Prof ni. Bila sampai di pejabat, Prof ni pun naiklah atas pejabatnya. 

Prof : Kau ni lembaplah.. Mana paper yang aku suruh ambil tu??? 
Driver : Maaf Prof, saya tertinggal dalam kereta… 


Lantas si pemandu ni pun berlari-lari turun ke kereta nak ambil paper dalam kereta. Dicari-cari tak ada. Di belakang bonet tak ada. Di tempat duduk depan tak ada. Di tempat duduk belakang tak ada. Setelah puas cari, rupa-rupanya paper tu terselit di tepi pintu dalam keadaan yang keronyok-keronyok dah. 

Driver : Kat sini rupanya. Bila aku beli? Hmm… 

Prof : Haa.. Lembaplah kau ni. Bodoh betul. Aku suruh ambil paper, berjam-jam kau cari. Kecik-kecik dulu tak nak mati, bila besar menyusahkan orang! Memang bodoh betul kau ni! Buat keje terhegeh-hegeh! 
Driver : …………………. (diam seribu bahasa) 

Kemudian, pemandu ni dapat satu idea. Dia nak test Prof ni. 

Driver : Prof, memandangkan Prof ni bijak pandai macam Albert Einstein, boleh tak saya nak Prof selesaikan satu masalah ni?... 
Prof : Hah? Apa dia? 
Driver : Buat ayat yang ada 50 perkataan yang setiap perkataannya bermula dengan huruf ‘J’. 
Prof : Bodohlah kau ni! Mana boleh buat 50 perkataan yang setiap perkataan tu mula dengan huruf ‘J’! Apalah kau ni. Dah memang bodoh. Lagi bodoh rupanya. Hahaha (gelak jahat) 
Driver : Saya boleh buat. Prof dengar ni. (sambil senyum) 

Si driver ni pun buatlah 50 ayat dengan setiap perkataan di depannya bermula dengan huruf J. Ckin tak ingatlah. Bahasa Terengganu lagi tu. ^_^ Yang Ckin ingat kat bawah ni. Sikit sangat ingatnya. ^_^ 

Jemah jangok. Joned jamoh jenab. Jemah jerit jange joned. Joned jamoh jugok. Jemah jerit, joned jange jange. Jemah and bla.bla..bla.. (tak ingat dah la..hehe)

Prof : Hebat! Maafkan saya sebab maki kau tadi. (sambil bangun dari tempat duduknya) 
Driver : (Senyum) 


Kesimpulannya, kalian boleh simpulkan sendiri naa. Cerita sudah. Pengajaran pun sudah. Ada lagi nak tambah? Kalau nak tambah, silakan tambah di ruangan di bawah. Sekian dahulu untuk hari ni. Jumpa lagi bila ada kelapangan waktu naa. Kepada yang baru-baru nak berkenalan dengan blog Ckin yang kebiruan ni, salam ziarah untuk kalian. InshaAllah jika berkesempatan, Ckin akan melawat teratak kalian. Kita sama-sama belajar. Jadi, jangan cepat give-up. Terimalah ujian seadanya. ^_^ Jumpa lagi naa. Wassalam. 

p/s: Jika kita rasa kita ni dah cukup susah, dan cukup terseksa, pandanglah orang yang lagi susah... Just mengingatkan... ^_^ 

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP