Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Apa Aktiviti Ckin? Senyap je?... ^_^

Monday, September 26, 2011

Assalamulaikum sahabat-sahabat. 


Sihat semuanya?  Ckin alhamdulillah baru saja lega dari demam yang agak tak teruk dua ke tiga hari ni.  Sebulan yang lalu, seminggu sebelum raya, Ckin demam memang teruk.  Teruk sangat dan Ckin disyaki ataupun istilah lain yang boleh dikatakan adalah suspek denggi.  Alhamdulillah ianya cuma suspek doktor yang hanya mengatakan "mungkin" Ckin ada.  Tapi sebenarnya tak ada pun.  Tanda-tanda macam demam denggi tu memang ada.  Syukurlah dah lega pun sekarang ni.  Lepas ja tiga minggu berlalu dengan demam selama 3 hari tu, Ckin dah demam semula dek cuaca yang tidak menentu.  Kadang panas terik, tukar jadi mendung pulak.  Itulah yang membuatkan badan ni jadi lemah sangat-sangat.  Tu pun berjalan merata.  Sempat lagi tu pi rumah terbuka tau.  Alhamdulillah.

So far, nak maklumkanlah mengenai aktiviti-aktiviti yang Ckin buat kat rumah sekarang ni.  Saja-saja nak share ngan sahabat-sahabat semua kan.hehe  Aktiviti biasalah yang pertama Ckin belajar menjahit sekarang ni.  Sijil ni habis bulan 12 nanti.  InsyaAllah.


Then dalam masa yang sama Ckin menjadi pengedar produk kesihatan dan juga produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat Zhulian Marketing Sdn. Bhd.  Alhamdulillah.  Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta.  Ckin baru jatuh cinta dengan produk-produk syarikat ni tau.  Selama ni ramai yang berfikiran negatif pada syarikat Zhulian yang lebih terkenal dengan produk barang kemas.  Tapi, sahabat-sahabat tak tau yang banyak lagi produk yang jauh lebih baik untuk kegunaan kita bersama kat sini iaitu PRODUK KESIHATAN.  Yang ni nanti Ckin story lagi naa.  Tak cukup time nih.hehe 

Dalam masa yang sama jugak, Ckin turut tolong sepupu Ckin menjual nasi lemak di padang serai.  So, rutin harian bangun jam 5.30 pagi then jam 6.30 pagi kena ada kat sana dah.  Lepas tu, jam 8.00 pagi pi pulak kelas menjahit.  11.45 pagi pi pulak amik Shahmi.  Tak cukup dengan tu, Ckin turut join kelas-kelas ilmu yang dianjurkan oleh Syarikat Zhulian di Agensi Zhulian Bertam, Kepala Batas.  Hari Khamis, Sabtu and Ahad.  Waktu ni lah paling sesuai.  Sementara ada masa terluang kat rumah yang berstatuskan bujangan kan..haha Esok pun ada kursus untuk ahli-ahli syarikat Zhulian di sana.  Program bermula jam 10.00 pagi hinggalah 6.00 petang.  InsyaAllah banyak lagi ilmu yang nak kena timba ni.  So far, alhamdulillah.  Tu je kot yang Ckin nak share dengan sahabat-sahabat Ckin ni.  Nanti apa-apa hal, Ckin akan story mory lagi naa...  Moga berjumpa lagi di lain waktu.


Ingat, beringat sebelum sakit, berwaspada bila dah kena...

Salam kerinduan,wassalam.

Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP