Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Just Relaxing Before Going To Poli

Monday, November 29, 2010

Assalamualaikum..

Sihat semua? Ckin sihat sokmo la. Alhamdulillah. Tadi gi jumpa doktor sbb masalah2 tertentu.. 
Lama sangat tak update blog ni. Rindu bangat. Tapi nak buat macam mana kan, kat umah bukannya ada beruk (broadband) nak guna..hehe So hari ni mintak gak ngan ckak nak mai cc. Print report ada ckit lagi dan finish my work.. Bila lama tak 'jumpa' makin rindu..ahakz jangan tanya banyak naa..

So, pada yang nak pi latihan industri, pi baik2 naa.. Jangan main bnyak2 lak an.. Waktu ni la nak rasa suasana bekerja ngan 'orang2 dewasa' and kenal perangai mereka macam mana. Maaf dipinta dari Ckin sbb tak smpat nak blogwalking. Nanti balik poli insyaAllah Ckin akan lawat lagi naa.. Hari khamis ni Ckin balik poli dah. InsyaAllah. Kerinduanku pada sahabat2 and lecturer2 and pada study sangat tinggi.

Tu ja kot nak sampaikan. Actually banyak benda nak story. Tapi tak ada masa kan. So, nanti Ckin story tntang benda lain pulak la naa.. Pasal kenduri kawin kawan Ckin iaitu Kak Syikin. Kalau nak tau, ni lah first time Ckin tengok pengantin perempuan malu giler nak amik gambar ngan suaminya..haa... Nak tau? Tunggu la nanti..heheheheheh

Sekian dulu, Wassalam.


Read more...

Tips Pujuk Isteri (" ,)

Friday, November 19, 2010

Assalamualaikum...
Alahai... Sakit perut hari Jumaat nih.. huhu

Tapi tak pa la. Ckin nak kongsi satu video ni... hee

Kononnya, nak pujuk bini ngan cara ni la. hehe Nice. Mula2 tu ingatkan dia nak nangis ke hapa kan.. Last2.. Pergh! Suara dia. Bikin hati cair. Subhanallah. 
Dah la muka tu hensem bangat...hehe Pujian ikhlas ni..ahakz


Nak tengok?

Klik bawah :


p/s : Anugerah Allah yang tak ternilai buat  dia... n_n

Read more...

Demi Matahari




Assalamualaikum... Jom dengar and hayati...


Demi Matahari.. n_n

Read more...

Salam AidilAdha... Meriah?

Thursday, November 18, 2010

Bismillahirrahmanirrohim.

Assalamualaikum w.b.t.
Di kesempatan ini Ckin nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua sahabat yang ada.


Ckin nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku sekiranya ada tersilap bicara, terkata kat sapa2, and semua la yang tak baik tu naa.... Kadang ni pun kita lupa ngan apa yg kita buat. Tp, sahabat2 kna la tegur kan... n_n

Tahun ni tak sama ngan tahun2 yang sebelumya dan tahun2 yg akan datang...
Ada musibah, bala, dugaan, ujian, kepahitan, kemanisan, kematian, kemalangan.... Macam2..

Allah tidak akan memberi ujian yang tidak dapat diterima oleh hambaNya... Tu yg penting. So jangan mengeluh... =_= Terimalah dengan hati yg sabar dan ingat padaNya...
(p/s : Pesanan untuk diri sendiri)

Apa2 pun, ingatlah kata2 ni, and boleh berdoa jugak dengan kata2 ni, 

SEMOGA HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI
HARI INI LEBIH BAIK DARI KELMARIN
BERKORBANLAH UNTUK AGAMA, KELUARGA, SAHABAT DAN JUGA DIRI SENDIRI

Wassalam.

Read more...

My Love Twin Dah Balik! ('' ,)

Monday, November 15, 2010

Assalamualaikum. Sihat ka sahabat2?
Ckin kembali hari ni dengan nak khabarkan la berita gembira..ahakz


Kembaq Ckin dah balik rumah la.hee Suka Suki.. Jangan jeles naa. Nak kembar? Haa.. Tak boleh dah kot..hakhak sahabat2 kna dapat anak kmbar la. Baru rasa happy tu macam mana kan..ngehehe

Bila balik, rasa best la sikit. Malam2 biar dia lipat baju pulak. Ckin kan keja..ahakz
(Macam la keja teruk sangat kan... Tp penat tau) 

Ops! Kantoi di situ. Ala, bukan selalu kan. Sekali sekala saja...

Yang bestnya, pagi tadi bangun sahur sama2. Syukur alhamdulillah. Ajak Ckak puasa hari ni sbb smlam ada mesej dari Kak Ila, peringatkan balik yang hari ni adalah HARI ARAFAH. Walaupun puasa sunat saja, tapi fadhilatnya besar. 

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Berpuasa pada hari ‘Arafah, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa bagi tahun sebelumnya dan tahun selepasnya dan berpuasa pada hari Asyura, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa tahun sebelumnya ”

(HR Muslim)

Tadi, sorang makcik kat sini ajak Ckin puasa lagi esok. I say, InsyaAllah. So, esok kna bangun lagi naa... Pagi tadi terlupa kunci jam handphone, pastu alhamdulillah pukul 5.19 pagi terjaga. Terus kejut Ckak tanya nak puasa or x. Dia kata 'on', Ckin gi dapur la. Goreng telur pun da cukup. Tambah ngan kicap. Pergh! Sedap tu. Janji ada nasik dan cukup untuk kai dua ni..ahakz Hidup kena simple. Right?

Ok la. Saja nak post something sbb rasa cam lama dah tak update blog. Ckin ni bz lagi sehingga report siap baru hati senang. Nanti kita tengok tebal mana report Ckin..hehe 

Ma'as salamah! n_n

Wassalam..

p/s : Rindu terubat gak ngan my twin..hee

Read more...

Tolong Check Gambar2 Tu Ye

Friday, November 12, 2010

Bismillahirrahmanirrohim.
Assalamualaikum. 
Salam di pagi jumaat (dah nak menginjak ke tengah hari dah ni...n_n)

Actually, hari ni Ckin tak bawak lappy so tak leh la nak chatting.. Tadi kan ujan non-stop. Tapi best gak bawak moto dalam hujan ni tau. Sejuk. Ckin malas bawak lappy sbb bila pakai baju hujan tu, jadi renyah..hehe Takpa2.. Biar la bagi adik Ckin main lappy tu. Ckin tak ada benda nak cita ni, sbb tak ada mood sangat. Ngan lapar pulak smntara nak tunggu tengah hari kan... 


Tau x, semalam Ckin ada belajar guna Photoshop dari blog gadis kampung, alhamduillah dah pandai cket.. Mula2 tu pening la jugak kan. Ya la, kaedah tu macam untuk blogger yang dah tau ckit2 pasal photoshop. Yg Ckin ni zero tu tak la, tp 15 percent kot. Bila dah godek2 kat dalam tu, haaaa.. baru jumpa benda yang Ckin nak tu. Hmm.. Mmg lebar la snyum..ahakz Pastu, mula la cari beberapa gambar untuk diedit. Gambar2 yang diedit tu untuk simpanan diri sendiri saja ye. Bukan untuk tontonan umum. Lepas Maghrib, ngaji then trus buka photoshop. 

Halamak haih! Cek suka..hee InsyaAllah Ckin akan guna sebaik2nya. benda alah ni.


Tadi sempat blogwalking ke blog2 yang ada tp tk smua la. Macam2 ada..

Haish.. 

Yang baik, buruk, sedih, touching woo... Whatever la.. Haa..  Tadi ada singgah blog sahabat2, tengok la, ada lelaki berfesyen macam pmpn ...Hmm.. macam2 dunia kan.. Ada yang buat seks ngan kambing. Aigoo! Silap haribulan kena tendang then mati pucuk baru tau. Depan khalayak ramai lak tu. Geli deh. Tindkan undang2 dah dikenakan kot kat dia. Pastu, tengok pulak dalam blog lain, kisah yang sedih antara anak dan mak la, hampir2 jatuh air mata ni, tp cover2.. Dlm pejabat tu, t orang tengok la.hihi Then, gi pulak kat blog lain, kisah AC Mizal, Fazley.... Tu pun salah satu kerenah manusia jugak. Nak tau? Search la naa.. 


Apa yang kita tulis tu akan ditanya di sana kelak. Hanya itu pesanan Ckin. Nak cakap lebih2, kang dikatakan membebel pulak. Pmpn, fitrah macam tu..hehe 

Pertama, check smula dalam blog or mana2 la, adakah gambar yang kita tunjukkan tu dalam keadaan mendedahkan aurat hatta aurat orang lain? (tak kisahlah orang kulit putih ka, kulit hitam ka, org luar ngara ka, dlm ngara ka..smua termasuk)

Yang dinamakan aurat itu menutup mengikut syariat Islam. Kalau kita tengok aurat orang lain dah dpt dosa, then bila pembaca membaca tulisan kita dengan ada gmbar tak tutup aurat, bukankah dosa2 tu akan berganda?? Fikir balik naa. Rasanya blogger smuanya dah beso2 kan, orang kata dah pandai menilai yang mana baik n yang mana buruk.

Kedua, check balik perlu ka kita letak gambar pmpn tak bertudung dalam blog kita? Walaupun orang yang diambil gambarnya tu adalah orang bukan Islam?... Dah tak ada orang yang bertudung untuk dijadikan contoh?... Right? 


Contoh, bila kita nak gambarkan yang kita ni dlm keadaan stress, then letak gmbar pmpn (org putih) sebagai simbolik untuk gambarkan perasaan masa kita ngah menulis. Benda tak perlu, tak payahla nak guna kan?... Banyak lagi gmbar yang kita boleh pilih. 

Ehem.. Ehem.. 

Gmbar lelaki stress, tak boleh letak? Walaupun si blogger adalah perempuan? Tak mustahil kan?... 

Ketiga? Check balik dua tu terlebih dulu. Ckin cuma nak ingatkan diri sendiri and sahabat2 yang ada. Inilah yang dinamakan top up free hatta kita sedang tidur... Cuba check balik dlm blog Ckin, ada x gmbar2 pmpn tak tutup aurat?.. Kalau ada tolong gtau naa. Nak kena buang. Ckin mmg akan care pasal gmbar2 dlm ni. Why? Sbb Ckin tau sebab munasab benda tu tak boleh dipaparkan.

Moga sahabat2 akan faham dengan entri ni. Kesian kat blogger2 lelaki, sbbnya kena tengok gmbar2 permpuan yang tak tutup aurat... Dosa berlipat kali ganda...

Wassalam

p/s : Kalau ada yang tak kena, maklumkan naa.. n_n

Read more...

Demam Report L.I + Report Tuan Haji

Tuesday, November 9, 2010

Assalamualaikum?
Sihat semua?... yang dah exam, ada yang tinggal lagi satu paper ja kan? Lega kan?.. Pasni boleh la balik rumah and rest lama2 kan?..hehe Dah faham sangat student life ni.. Tp best pa exam.. I like u know.. Sbb bila habis exam, komfem cuti. Sapa tak ngaku??? 

Aceh! Melawak ja na..

Minggu ni Ckin bz yang amat la (Boleh tahan la...hehe) Ckin nak siapkan report minggu ni jugak. Sakit tengkuk, lenguh semua ada. Tapi, insyaAllah akan siap jugak t. Dah la ada dua report kena buat...huhu Satu yang Tuan Haji (bos) mintak. Ri tu da hantar tapi kena buat lain. Haish! Sbbnya Tuan Haji ni mmg 'kuat kritik'... Tadi buat pasal mesin fotostat, uih... Sakit berpinar mata ni. 

Sbb tu la ni Ckin balik umah, asal lepas Isyak ja kalau tengok buku mesti ngantuk. And tidur la.. Tak tahan la. Tengok la kat bawah ni. Ckin buat tadi.. Just nak kongsi la... Ckin buh watermark ni. Nanti sedap2 ja orang nak copy kan.. Kita kena usaha sndiri. Nak mintak, ada caranya...Mintak ngan tuannya.. Baru ok... 


Tengok la.. Agak2 ok x?



saja nak kongsi.. Ckin ni nak jugak update blog.. hehe

Esok kita tengok crita baru naa...

Wassalam

p/s : Entri ni tak panjang dah... hehe Ni perkongsian saja oke.. n_n

Read more...

Time Program Keagamaan, Ramai Yang Tak Mau Join

Thursday, November 4, 2010

Assalamualaikum Sahabat2...

 Macam mana? Dah baca tentang entri yang Ckin post?.. Kebetulan maklumat2 tu ada, so Ckin post sampai 3 sekali entri hari Selasa baru2 ni. Kelmarin leh la rest dari update my blog ni. Ilmu tu kan ibarat kuda. Kita kena ikat dia supaya dia tak lari. Ilmu boleh datang and pergi anytime, cuma terpulang kat kita nak amik or biarkannya berlalu begitu saja kan?... Madah2 tu biar berisi, ye dak? Ahakz


Ok.. Actually, Ckin nak berkongsi story ngan sahabat2. Tapi Ckin kena cerita la jalan cerita dari mula. Agar shabat2 faham. Nanti tak faham sapa susah? Ckin tak susah la sbb Ckin faham. Kang ada gak yang dok kerut2 dahi baca story Ckin ni...ngehehe

Kelmarin, Ckin balik keja la kan area jam 5 petang tu. Then bawak motor menghala ke Padang Serai. Nak jumpa ngan Kak Ain, kawan Ckin tu. Mak sedaranya nak bagi pisang kat Ckin. 

Wah! 

Mmg Ckin ternanti2 sangat akan pisang...
Alhamdulillah ada la 2 sikat pisang. Mmg nak makan lama dah. Area 2 mggu tu... Cuma tak berkesempatan nak beli. Rasanya hari2 namapak orang jual pisang kat tepi jalan.hehe Cuma segan nak berhenti beli ja. Memandangkan mak sedara Kak Ain, nama Mak Ndak, orang Baling, mmg banyak la buah2 kat sana. Depa bawak buah tu dari kampung kat sana baru2 ni. Balik tu, pas Maghrib, makan nasik goreng kak ipar buat + nasik biasa...hehe Patu pekena la 2 biji pisang. Lega rasanya. Mmg kenyang sangat la. 

Tapi Rasulullah sarankan agar kita berhenti makan sebelum kenyang tau. Ingat tu... Tapi sekali-sekala tak pa kot noh..ahakz Pagi tadi, time sahur, makan lagi sebiji pisang. Aik? Dah makan selalu lak nih..hehe Untuk kesihatan and penghadaman. tu yang jadi nak makan selalu.

Berbalik pada cerita yang Ckin nak kongsi. Lepas Ckin balik dari rumah Kak Ain amik pisang, Ckin gi pulak kat Dewan Kg Ekor Kucing (kg Ckin la), nak jumpa ngan sorang kawan. Namanya Kak Wahida. Ckin pi sana dulu sebelum balik rumah. Nanti segan dah nak kuar. Lenguh belakang sbb galas beg kan..hehe Then smpatla Ckin tengok budak2 kat kg ni buat latihan nasyid. 


Hmm... Menarik jugak. 

Suka bait-bait lirik yang Kak Wahida buat. Memang menyentuh kalbu. Macam mana yang Ckin boleh rasa menyentuh kalbu or x?

Haa,.. Bila Ckin dengar lagu atau lirik tu, tiba2 darah rasa menyirap ke muka and rasa meremang tiba2...
 Tu lah tandanya lagu tu best and mmg masuk kat dalam hati.

Dah abis tu, Ckin mula sembang2 ngan Kak Wahida. Tentang baju muslimah untuk budak2 kompang tu la. Actually, kak ipar Ckin, nana Kak Mustika ada jual baju2 muslimah ni. Nak tengok? Sila klik :


Ckin gi sana sbb nak bincang tentang baju la. Pastu, kata sepakat dah dicapai. Dah bincang2, keluar isu lain. Kak Wahida nak ajak Ckin join buat program ceramah kat kampung ni. Dengar penjelasan satu demi satu. Kak Wahida gtau yang sambutan sangat2 lah tidak menggalakkan. Ni nak msuk kali ke-5 buat program ni. Jadi, Kak Wahida nak ajak kawan2 yang kat IPT nak tolong plan apa semua. Dia nak buat sorang? Komfem tak larat. Kalau diikutkan mmg banyak yang kena prepare disebabkan bnyak kekhilafan yang tak disedari..


Bayangkanlah, program Maulidur Rasul diadakan, tapi hanya kanak2 yang hadir. Golongan veteran lak hanya sorang yang mai. Tu la statement yang paling terkejut bila Ckin dengaq tau.huhu Dengar tu agak sedih. Time program2 kemerdekaan, jamuan raya...

 Pergh! 

Yang mai tu bukan setakat budak2, tapi ngan tok2 budak yang mai. Hmm.. Time tu terpikir jugak. Kalau kat IPT, sistem paksaan ke program2 boleh dibuat, tp kalau kat kg takkan nak paksa kan?... Maybe ada cara lain. Kelmarin Ckin da bincang2 serba sikit. Plannya nak buat bulan 12, tapi Ckin akan balik Poli dah. Kena buat awal atau Ckin akan  tolong buat apa yang Ckin tau, tp tak join... Tengok nanti camna ... InsyaAllah.. Ckin akan buat apa yang Ckin mmpu. Lagipun, Ckin penah jugak terlibat dlm program2 ni. Maybe ada smthing new yang boleh dibuat kan.

Moga dipermudahkan...Amin.


Waktu ngah sembang2 tu pulak, dapat mesej dari sorang kawan. Kawan SMKANT gak. 

Salam,,kpd suma shbt2 ex-student smkant 04-08,,mari sma2 kita sedekahkan al-fatihah buat ibu kpd shbt kta, mohd izham che johar yg tlah kmbali ke rhmatullah kul 3pg td,,amin,,arap2 4wardkan msj ney kpd shbt2 yg mengenali izham,,
sumber : yidz

Innalilillahiwainnailaihiroji'un...
Semoga rohnya mak nya ditempatkan dalam kalangan mukmin yang terpelihara..amin ya rabbal 'alamin.

Tiap yang hidup pasti akan kembali kepada pencipta-Nya..


Ya Allah,
Kau berikanlah kemudahan kepada sahabat2ku yang sedang ditimpa ujian
Kau bantulah sahabat2ku yang sedang menghadapi peperiksaan
Kau tabahkanlah sahabat2ku yang ditimpa musibah
Kau selamatkanlah sahabt2ku yang ditimpa kemalangan
Kau sembuhkanlah sahabat2ku yang sakit 
Kau berikanalah kebahagiaan kepada sahabat2ku di mana jua mereka berada
Amin Ya Rabbal 'Alamin

p/s : Musibah itu tak mengenal usia... Bila2 masa pun ia akan datang.. Moga ada hikmahnya atas semua ini..
 =')


Read more...

Syaitan Stay Dlm Hidung Kita Waktu Tidur

Tuesday, November 2, 2010

Assalamualaikum...

Sahabat2ku yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian. How's ur day...?
 Pagi tdi singgah blog sorang sahabat ni, dia crita dalam blog dia yang mana dia tersekat dalam jam yang teru. Pastu ikhtiar punya ikhtiar akhirnya sampai jugak kat dewan exam kan.. Dia ada exam kelmarin... Alhamdulillah Allah permudahkan urusan dia... 


Nak jenguk dia yang bersedih? Sila klik :


Ckin pun penah jugak jadi macam ni. Tp bukan jam la.. Time tu Ckin nak sign pengesahan borang peersetujuan PTPTN, surat yang mak abah tandatangan otw pos ke poli. Tapi, tak sampai lagi. Macam mana ni? Kawan2 semua dah pakat beratur nak sign... Masa tu ingat Allah ja.. Doa moga dipermudahkan...

Alhamdulillah.. sorang penyelia asrama nak tolong hantar Ckin ke pejabat pos amik surat tu. Dia siap telefon lagi... Mmg ucap terima kasih sangat2 kat Encik tu..lega hati..

Doa ditimpa musibah. Jangan lupa baca naa.. Senang saja nak ucap...

Innalillahiwainnailaihiroji'un
(Al-Baqarah : 56)

Nabi juga menganjurkan agar kita menambah dengan doa di bawah,
"Ya Allah, berikanlah kepadaku pahala atas musibah ini dan gantikanlah ia dengan yang lebih baik darinya"

Ops!

Mesti ada yang jadi pelik sbbnya ucapan kat atas tu hanyalah apabila tiba kematian...
Salah tanggapan tu. Bukan hanya saat tiba kematian baru nak ucap kalimah itu ye... 

Pernah Ummu Salamah yang telah tua (hampir 70 tahun) kematian suaminya Abu Salamah. Dia merasa sungguh sedih kerana terlalu sayang kepada suaminya ini. Siang dan malam matanya tidak boleh tidur. Tiba-tiba dia teringat suaminya pernah memberitahu, jika ditimpa sesuatu musibah Nabi Muhammad SAW mengajarkan membaca zikir seperti disebutkan tadi. Ummu Salamah terus membacanya siang dan malam. Selepas habis edahnya, dia dilamar oleh Syaidia Abu Bakar r.a, tetapi ditolaknya.

Kemudian Ummu Salamah dilamar Syaidina Umar Ibni Al Khattab, namun dia menolak lamaran itu. Akhirnya Rasulullah menghantar orang untuk melamarnya, namun dia menolak dengan alasan sudah terlalu tua, ramai anak dan pencemburu orangnya. Namun Rasulullah tidak keberatan, mka berlangsunglah perkahwinan Ummu Salamah dengan manusia yang paling baik didunia sebagaimana permintaannya di dalam zikirnya sebelum ini.


Ok.. Berbalik pada tajuk asal kita.. Nak maklumkan tentang something yang Ckin agak ramai lagi yang tak tau tntang hal ni...

Ckin ni ada masa nak berinternet waktu 8.00 am till 5 pm ja naa.. Waktu malam, adik amik lappy ni pi online kat umah kwn dia sbb ada Wifi... Nak buat keja apa pun, mmg kat cni aja la... 

( Untuk makluman aja la..ahakz )

Tadi, ada buka akaun Flixster, ada conversation dari kwn.. Dia ada maklumkan tentang Syaitan Dan Hidung nih... Boleh baca okeh...

Moga ada manfaatnya... =)


Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: 
Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur

 (Riwayat Muslim) 

Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita
atau macam mana bentuknya, kenalah kita ambil tahu sikit.

Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan
berkembang megah bila dipuji ye dak.

Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis,
kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.

Malah ada orang jatuh cinta kerana
terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.

Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.
Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung,
tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.


Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan
yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.

Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,
macam-macam dia bikin tau... 

Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.
Cara nak membersihkannya;

Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,
bersihkanlah perlahan-lahan.

Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek
kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,

boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam
serombong kapal... (mcm pn marfuaton..hehe)

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat,
nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah...

Setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya
kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah

Dan dapat menghidu bau syurga 
(ini bergantung kepada amalan masing-masing).

Akhir kata........

"Walaupun dirimu tidak kukenal,
tetapi lubang hidungmu
tetap menjadi pujaan hatiku"
(sesungguhnya jaga ler hidungmu yang bermakna itu)

p/s : Kiranya ayat copy and Ckin da edit skit2... Mau bagi sempurna gitu... n_n
Yang mana baik, kita amalkan..

Read more...

Samb : Kisah Diazab Ketika Koma

Assalamualaikum...
Nak sambung story pasal crita kelmarin ni.. 

Moga ada hikmah untuk kita ambik...

..............................................................................

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yang soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab Allah. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana,..??? Kalau 100 orang tengok,..??? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni,..??? Allah..."

"Kakak berazam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma,..??? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha,..???

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah,..??? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib,..??? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.

p/s : Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu adalah dari diri Ckin sndiri... Ma'assalamah.

Read more...

Tips : Kod2 Telefon Waktu Kecemasan

Assalamualaikum sahabat-sahabat.

Pagi ni curi2 masa cket nak kongsi tips2 penting waktu kecemasan.  Bagi yang memakai handphone saja naa.. 


Kalau telefon rumah, tak boleh la guna kaedah2 kat bawah ni. Ckin amik ni daripada sahabat blogger jugak.  Nak tengok blognya, sila klik :


1) Nombor Kecemasan.

Kita mesti selalu ingat bahawa nombor kecemasan utk semua handphone ialah 112. Sekiranya kita berada dlm kecemasan & berada di kawasan yg tiada sebarang liputan utk semua talian handphone yg kita gunakan, kita boleh mendail nombor kecemasan 112 ini. Keunikkannya ialah, ia boleh digunakan di kawasan tiada liputan talian & boleh di dail walaupun handphone kita ketika itu dikunci. (keypad lock)


2) Kuasa Bateri Tersembunyi.

Setiap handphone nokia dibekalkan dengan kuasa bateri tambahan. Tetapi tahukah kita bahawa handphone yg telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai kuasa bateri tambahan. Macam mana caranya?? Andaikan bateri handphone anda sudah terlalu lemah atau mati, dan pada masa yg sama kita mahu membuat panggilan penting & berada dlm keadaan kecemasan. Untuk mengaktifkannya, kita hanya perlu menekan *3370# . Handphone kita akan berjaya dihidupkan semula & paparan kuasa tambahan sebanyak 50% akan terpapar di skrin handphone.


3) Menyekat Penggunan Handphone.

Boleh ke kita sekat orang lain menggunakan handphone kita khususnya apabila handphone kita dicuri oleh orang lain?? Kita boleh menyekat si pencuri drpd menggunakan handphone kita itu. Caranya dengan menekan no siri yg terdapat di handphone kita. Kita hanya perlu tekan *#06# dan 15 digit no siri handphone kita akan terpapar di skrin. Nombor ini adalah unik utk setiap handphone. Apabila handphone kita dicuri, kita boleh menghubungi pusat servis handphone & memberinya nombor siri tadi utk menyekat / mengunci sistem handphone itu. Jadi, si pencuri tadi tidak akan dapat menggunakan handphone itu walaupun kad simnya telah ditukar berulang kali, dia tak berupaya utk mengaktifkan handphone itu. So..walaupun handphone kita dicuri, sekurang2nya anda berpuas hati sbb si pencuri tadi takkan dpt menggunakannya ataupun menjualkannya, melainkan dia tahu nombor siri handphone itu.

p/s : Mana yang baik tu, amik la naa... =)

Read more...

Pengajaran : Kisah Diazab Ketika

Monday, November 1, 2010

Assalamualaikum...

Tadi ada check inbox, then ada baca tentang kisah ni. Semoga ianya dapat menyedarkan kita dari terleka... 
Bila baca and dengar pengalaman orang lain, rasa takut yg amat sangat... Subhanallah... Mereka adalah org2 yang terplilih untk mndapat azab sikasaan yang terawal... Sanggupkah?.... 

Jom baca kat bawah.. Moga ada manfaatnya..

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui perbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai kapanpun.

Ada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya kembali ke Mekah sebentar untuk menghabiskan liburan semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 setelah menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang diri yang tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Kembali ke cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalan ya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya... kita bawa dia kehospital," kata saya. Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis,..???

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat,..???" tanya saya masih terpinga-pinga. 

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.

Katanya, "Mazlan, kakak ini sudah berumah tangga, kawin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

.................................................

Bersambung esok....

p/s : Cuba letak diri kita pada tempat kakak tu.... Sanggupkah?... MasyaAllah...


Read more...

Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana Pun

Assalamualaikum..
Kembali lagi bersama Ckin Kembaq.. ahakz

Dengan kesejukan ni, alahai.. Warna merah jambu pun dah jadi purple..huhu
 Tak faham tak apa.. Hanya org yg tau saja yang faham.. 

Start semalam till hari ni, ujan non-stop. Tak lebat pun, cuma tak henti2.. tu ja. so, mai keja kena la pakai baju ujan tu kan.. Ngan galas aset penting lagi.. Kesabaran tu penting naa.. Hujan kan rahmat. So, jangan salahkan penciptanya bila hujan turun. Ckin siap kena selesema lagi nih


Mari berdoa. Moga rahmat akan mengiringi kita naa..

Maksudnya :
Ya Allah, turunkanlah hujan  yang memberi manfaat.

Rasulullah menganjurkan agar kita berdoa tatkala hujan turun. 
Hadis yang diriwayatkan daripada Imam Bukhari.

Ckin ni sejuk sbb buka air-cond, stokin lembap kena ujan tadi. So, mmg sejuk kecut abis la kaki ni.. Ckin ni jugak jenis yang tak boleh kna air-cond sangat. Payah nak menulis.hehe So, kalau ada air-cond pun bagus, tak ada air-cond pun ok. Dua2 ok la..hehe

2 minggu ni ada masalah air-cond rosak kat pjabat ni. Pakat tak tahan panas la. Maybe badan depa dah biasa ngan sejuk, tu tak tahan panas kot...hehe Ckin? Biasa2 saja. Tak panas, tak sejuk. Alhamdulillah.. Kelebihan buat Ckin. 

Cuti ni gi mana ya?..

Haa.. Ckin dapat makluman dari mak yang kawan Ckin, nama Kak Syikin dah nak kawin.

Oh! Sangat terkejut la..hehe

Dia tunang pun tak gtau. 
So, malam tu dengan pantasnya Ckin mesej dia.

Ckin : Salam. kwin ng owg hr tu ka? xgtaw noh..huhu
Kak Syikin : wslam..haii x lah..dgn owang len.. sabtu ni jumpa nak x?

Ckin : Bleh gak.. Nak gak tengok owangnya..ahakz ngan sapa?
Kak Syikin : Jumpa nati baqu ceta.xleh cita la.x terkejut..

Ckin : Haa.. cam ada surprise ja? nak jumpa katna?
Kak Syikin : Hai, nti jmpa ja kat kdai abg ka ya. 

Ckin : InsyaAllah..mst punya la..xzabo nak dgq cita nih...ahakz alahai,rsa lma ja nak p hr sbtu..hehe
Kak Syikin : hek eleh..lex lu..esok jumaat,dah sab2,..nt jump la..

Hehe.. Rajin cket Ckin ni hari nak taip mesej2 tu.. Tu la perbincangannya..
Plan punya plan, tak jadi jumpa hari Sabtu. Kita merancang, Allah jua yang mnentukan.

Sbbnya hujan lebat petang sabtu. Dah la kempunan bihun sup lama dah... Tak pa la kan.. Ckin pun gunakan petang yang ada utk sleep and sleep.. ahakz Biasa la.. Hujan  tu kan rahmat. Sejuk tu pun rahmat.

Plannya keluar hari Ahad. Alhamdulillah berjaya jugak. 
Pastu,tengah2 jalan, Ckin pun korek2 rahsia.. Mesti nak tau. Nak tau?

Ceriteranya macam ni, Kak Syikin knal ngan Khafiz (tunangnya) tu 3 minggu camtu la. Saat perkenalan adalah dalam usrah yang dihadiri oleh depa dua ni. Pastu, ada sorang ustazah ni berkenan la tengok Kak Syikin. Then, jumpa and cakap nak kenalkan ngan sseorang ni. Pastu, bermulalah saat perkenalan. Startingnya, mesej2 la. 

Tengah2 perkenalan tu, si Khafiz tu cakap, 
"Awak, jom kita bertunanglah.."

Kak Syikin ni pun terkejut la. Sangat2 terkejut. 
"Eh, awak serious ni? Kita kan baru kenal ni...."

Khafiz pula jawab,
"Sy ni tak suka kawan lama2... Lebih baik kita  ada hubungan yang ada kesudahannya...kan?"

Pastu, kata sepakat dicapai. Dah tengok cam ok ja kan.. Sebelum tu, depa penah jumpa sekali time birthday Kak Syikin. Dia mai buat surprise kat sekolah. Bagi kek and hadiah. Time tu mmg hati dah suka la. Alhamdulillah. Step yang sterusnya, waktu puasa kedua Ramadhan tahun ni, mai la rombongan merisik ke rumah Kak Syikin. Then, Raya kedua pulak, mai pulak rombongan meminang. Alhamdulillah. dah selesai. Orangnya boleh tahan. Semapat lagi Ckin tengok2 orangnya.. nampak matang gitu. 

Kesudahannya, Kak Ckin akan akad nikah pada 26.11.2010 ni and knduri 28.11.2010. 

Haa.. Boleh bayang 'time-line'nya???

Sangat singkat. Act, Kak Syiin tu dah umur 25 tahun. Sebelum ni pun dia da penah gtau kat Ckin yang orang sekeliling cakap umur dia dah meningkat and patut ada anak dah usia ni kan...alahai

Bukannya dia tak mau kawin, tapi jodoh tak mai lagi... Normal. Orang sekeliling.... Cakap2 manusia. So, kena pekakkan telinga ja noh...

Apa yang Ckin nak kongsi ni tau apa?

Jodoh pertemuan di tangan Allah. Kita tak boleh mempercepatkannya ataupun melambatkannya walau sedikit pun. sudah tercatat jodoh kita pada tarikh sekian sekian... Jadi, tunggu ja la naa..

Sebelum ni pun, Kak Syikin ada mintak tolong Ckin teman dia gi jumpa ngan sorang calon ni. Pastu gi la. Pandangan Ckin, depa dua tak sesuai. And Ckin nasihatkan Kak Syikin agar pertimbangkan balik agar tak menyesal di kemudian hari... Alhamdulillah. Mmg jodoh dia ngan si lelaki tu tak ada. Sebaliknya ngan orang lain. Kena terima la, ye dak?

Doa agar dikurniakan pasangan yang baik. Nak? Boleh amalkan naa..

( Surah al-Furqan : 74 )
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

dan 1 lagi doa yang Ckin amalkan dalam solat,
Surah Yusuf : 4


Inni roaitu ahada 'asyaro kaukaba wassyamsa wal qomaro roaituhum lisajidin.

"Ya Allah,jika jodohku jauh,maka dekatknlah,
jika jodohku sukar,maka prmudhkanlah,
pertemukanlahaku dgn jdoh yg soleh"

Kalau nak jodoh yang soleh, kena jadi yang solehah jugak kan?...

p/s : Kena bersedia zahir dan batin bab2 jodoh ni..hehe Bukannya apa, percakapan org sekeliling tu mempengaruhi deh.. Peace! =)



Read more...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP