Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Syaitan Stay Dlm Hidung Kita Waktu Tidur

Tuesday, November 2, 2010

Assalamualaikum...

Sahabat2ku yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian. How's ur day...?
 Pagi tdi singgah blog sorang sahabat ni, dia crita dalam blog dia yang mana dia tersekat dalam jam yang teru. Pastu ikhtiar punya ikhtiar akhirnya sampai jugak kat dewan exam kan.. Dia ada exam kelmarin... Alhamdulillah Allah permudahkan urusan dia... 


Nak jenguk dia yang bersedih? Sila klik :


Ckin pun penah jugak jadi macam ni. Tp bukan jam la.. Time tu Ckin nak sign pengesahan borang peersetujuan PTPTN, surat yang mak abah tandatangan otw pos ke poli. Tapi, tak sampai lagi. Macam mana ni? Kawan2 semua dah pakat beratur nak sign... Masa tu ingat Allah ja.. Doa moga dipermudahkan...

Alhamdulillah.. sorang penyelia asrama nak tolong hantar Ckin ke pejabat pos amik surat tu. Dia siap telefon lagi... Mmg ucap terima kasih sangat2 kat Encik tu..lega hati..

Doa ditimpa musibah. Jangan lupa baca naa.. Senang saja nak ucap...

Innalillahiwainnailaihiroji'un
(Al-Baqarah : 56)

Nabi juga menganjurkan agar kita menambah dengan doa di bawah,
"Ya Allah, berikanlah kepadaku pahala atas musibah ini dan gantikanlah ia dengan yang lebih baik darinya"

Ops!

Mesti ada yang jadi pelik sbbnya ucapan kat atas tu hanyalah apabila tiba kematian...
Salah tanggapan tu. Bukan hanya saat tiba kematian baru nak ucap kalimah itu ye... 

Pernah Ummu Salamah yang telah tua (hampir 70 tahun) kematian suaminya Abu Salamah. Dia merasa sungguh sedih kerana terlalu sayang kepada suaminya ini. Siang dan malam matanya tidak boleh tidur. Tiba-tiba dia teringat suaminya pernah memberitahu, jika ditimpa sesuatu musibah Nabi Muhammad SAW mengajarkan membaca zikir seperti disebutkan tadi. Ummu Salamah terus membacanya siang dan malam. Selepas habis edahnya, dia dilamar oleh Syaidia Abu Bakar r.a, tetapi ditolaknya.

Kemudian Ummu Salamah dilamar Syaidina Umar Ibni Al Khattab, namun dia menolak lamaran itu. Akhirnya Rasulullah menghantar orang untuk melamarnya, namun dia menolak dengan alasan sudah terlalu tua, ramai anak dan pencemburu orangnya. Namun Rasulullah tidak keberatan, mka berlangsunglah perkahwinan Ummu Salamah dengan manusia yang paling baik didunia sebagaimana permintaannya di dalam zikirnya sebelum ini.


Ok.. Berbalik pada tajuk asal kita.. Nak maklumkan tentang something yang Ckin agak ramai lagi yang tak tau tntang hal ni...

Ckin ni ada masa nak berinternet waktu 8.00 am till 5 pm ja naa.. Waktu malam, adik amik lappy ni pi online kat umah kwn dia sbb ada Wifi... Nak buat keja apa pun, mmg kat cni aja la... 

( Untuk makluman aja la..ahakz )

Tadi, ada buka akaun Flixster, ada conversation dari kwn.. Dia ada maklumkan tentang Syaitan Dan Hidung nih... Boleh baca okeh...

Moga ada manfaatnya... =)


Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: 
Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur

 (Riwayat Muslim) 

Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita
atau macam mana bentuknya, kenalah kita ambil tahu sikit.

Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan
berkembang megah bila dipuji ye dak.

Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis,
kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.

Malah ada orang jatuh cinta kerana
terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.

Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.
Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung,
tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.


Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan
yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.

Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,
macam-macam dia bikin tau... 

Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.
Cara nak membersihkannya;

Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,
bersihkanlah perlahan-lahan.

Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek
kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,

boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam
serombong kapal... (mcm pn marfuaton..hehe)

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat,
nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah...

Setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya
kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah

Dan dapat menghidu bau syurga 
(ini bergantung kepada amalan masing-masing).

Akhir kata........

"Walaupun dirimu tidak kukenal,
tetapi lubang hidungmu
tetap menjadi pujaan hatiku"
(sesungguhnya jaga ler hidungmu yang bermakna itu)

p/s : Kiranya ayat copy and Ckin da edit skit2... Mau bagi sempurna gitu... n_n
Yang mana baik, kita amalkan..

7 Comments:

SHM November 3, 2010 at 8:16 AM  

owh, ye ke? tq sbb share...^_^

Ckin Kembaq November 3, 2010 at 8:37 AM  

yup..

ur welcome..

p/s : sbb tu ada hikmahnya berwudhuk kan? Cuci hidung dlm wudhuk boleh bersihkan hidung..tanpa kita sedari.. n_n

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o November 3, 2010 at 11:11 AM  

sedut air tu sampai kepangkal ... hidung " kaisyum " baru lah setan kuar..nice post banyakkan lagi cm ni

Ckin Kembaq November 3, 2010 at 11:33 AM  

sedut air smpai ke pangkal?cam na tu?..huhu

p/s : InsyaAllah akan menyusul perkara2 remeh yg kita lupa.. n_n

Anna Boleyn November 4, 2010 at 10:03 AM  

huhu baru tau pasal syaitan kat lubang hidung ni. adeyy~ thanx for sharing. :)

Ckin Kembaq November 4, 2010 at 10:09 AM  

Anna,
Sama la..n_n

p/s : Kena amalkan kaedah yang dibagi tu.. Sy dah cuba amalkan.. v^_^v

Anonymous,  November 17, 2010 at 2:20 AM  

Doonryfluonee
[url=http://healthplusrx.com/alternative-treatment-for-heart-disease]alternative treatment for heart disease[/url]
acakaxoni

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP